Monday, March 22, 2010

Periuk

Beberapa minggu yang lepas, periuk nasi elektrik yg aku guna dah rosak. Pot dia melekat tak mau tanggal. Periuk tu kecik je, untuk 1 liter. Sesuai untuk kami 3 beranak. Bila periuk tu dah rosak, aku guna periuk extra. Yang besar, hadiah kawin (tak ingat sape bagi). Besar as in untuk 7-10 orang makan. Bila guna periuk yang besar, setiap kali masak nasi (read: setiap kali masak min is 1 cup, max 2), mesti berkerak dan cam ada hangus-hangut sket. Dengan kata lain, akan banyak la nasi membazir sebab berkerak.

Selepas 2 minggu bersunggut, Khamis lepas husband kata "Weekend ni cari periuk".

So, semalam kami ke pasaraya dekat rumah. Beli periuk yang 1 liter. Kat kotak tu tulis for 3-4 persons. For me, sebagai kitchen manager di rumah itu, memerlukan non-stick pot. Senang sket.

Poyo je. Pasal periuk pon nak tulis. Suka hati guwe la.

Balik dari pasaraya, Iman mengamuk-ngamuk. Semua benda tak kena. Itu adelah tanda-tanda mahu tido. Tengah dia mengamuk-ngamuk tu, aku letak dia atas riba dan n3n3nkan dia. End up, dia tido dari 5.30 sampai 10.30 malam. Itu pon kena bangun mamai-mamai lagi. Tukar diaper, bagi dia makan. Lepas makan, dia nak makan sendiri, so, aku potong tembikai sket dan masuk bilik jap surf Internet. Tiba-tiba dengar husband kata "Ehhh nape Man-Man baring?" (kadang-kadang husband aku panggil Iman as Man-Man). Aku jenguk, laaaaa... dia terbaring dengan mulut penuh dengan tembikai. Tangan kiri kanan pegang tembikai, mata kuyu nak tido lagi. Bawak pegi dapur, basuh mulut, cuci gigi sket. Dan, bentang toto segala. There he goes, dozed to lala-land.

5 comments:

e.l.i.s.s.m.i.e said...

aku pun guna periuk kawen gak..ada satu periuk tu, tak guna dah rosak..sayang!jenama philips lak tu.

Wafaa said...

kat rumah aku, periuk besar best (panasonic x 2, philips) tapi masak sikit dia hangus. jadi, hanya berbaloi kalau masak banyak. yg kecik yg baru beli tu, beli pensonic. RM70 gak kecik2 pon. haishhhh

iyma said...

alala..nape x amek gmbr iman tertido smbil mkn tembikai..aku bleh bayang comelnye dia masa tu.. :) :)

Wafaa said...

dia dah baring atas tembikai time tu :)

aS_c0mei said...

aku pon terbyg iman tdo sambil make buoh timun tuhhh.ahhahahha.lawok laaa