Wednesday, April 28, 2010

Baby

Rabu - malam penuh dengan program menarik. Glee, CSI, Mertua vs Menantu 2 (nak tengok tapi tak suka la ada orang dengki2 dalam cite tu)

Dan, Iman bergolek-golek, lalu tertidur. Aku bukan nak manjakan anak, tapi aku suka peluk Iman, tido kan dia, cium dia. Bau wangi ;)

Aku on laptop jap. Submit e-filling. Tak kena bayar dan tak ada terlebih bayar. But husband's terlebih bayar 1k plus. Apekah? Boleh joli katak tak dengan duit tu? Hmmm... Sambil tengok-tengok fb. Ternampak status cikyam, pasal in the womb. Grabbed the remote, flipped to #553.

Dah pernah tengok dulu. Dan kali ni, tiba-tiba terdetik, "Seronoknya ada baby kecik". Aku cium Iman yang tengah tido. Aku tau, aku rindu nak ada baby. Baju-baju yang comel, cd yang kiut-miut, stocking EBM, bf from tiny mouth. Errr... now bf from toddler yang ada berbelas gigi hehe. Dan tak lupa juga, rindu dengan payable cuti 2 bulan :) Tapi masa belum time. Hehe. Ye, aku tau. Dan selalu orang cakap. "Awak tu dah 2*. Baik cepat sebelum 30". Ye, sedia maklum. Makin bertambah umur, badan mungkin kurang fit. Kita doa yang baik-baik aje lah.

Btw, talking about baby, congratulations to a few friends yang dapat April baby - Syed K, Lin, Gee (hari ni 2x induce, good luck dear!).

5 comments:

amws said...

Hallo

Rozalinda Ghazale said...

Gee dah beranak dah ke?

Hunny said...

cepat2 dpt no 2.nnt iman ada geng.ko time pregnen tak de sickness ke?

iyma said...

hihi..dah teringin?? :P

uish..byknyer terlebih byr..ape lg..ajak la husband g holiday!! aku terlebih bayar RM4 je..haha..husband kena byr lg RM100++..hohoh..xleh joli la..

Wafaa said...

Roza: Gee baru bersalin smlm, baby boy.

Hani: No 2 cadangnya next year. Lepas Iman celebrate bday 3 tahun. Previous pregnancy aku Alhamdulillah ok, takde morning sickness.

Imah: Teringin la tengok baby-baby nih.