Wednesday, June 30, 2010

Serrisa 2

Semalam kami ke pejabat lawyer @ Puchong. The building is opposite IOI Mall baru. Dan kat sana ada Daisho. Kedai barang RM5 yang sangat aku suka ^_^

Ke office lawyer untuk sign S&P dan bank loan document (tak tahu orang panggil apa). Juga sign MOT. Banyak set kena sign dan sementara kerja-kerja meng-initial setiap page, Iman dah sepahkan meeting room dengan coco crunch. Ops. Maaf.

Kemudian ke RHB Sec 9 sAlam. We spent 1 hour there. The officer mati-mati nak laki aku sign, guna signature yg dia guna masa buka passbook 10 years ago. Mana la nak ingat, der. Lepas sejam baru la officer tu tunjuk signature yang 10 tahun lepas tu, dan mintak laki aku ingat dan lain kali kena guna yang tu. Sebab lama sangat Iman pon dah buka kasut dan berpusing-pusing dalam bank tu, berlari-larian.

Kemudian, ke CIMB plak. Buka join account untuk housing loan dan payment untuk lawyer. Sekali lagi dugaan, lama gile ok kena tunggu. Aku dah masuk phase mood tidak bagus. Iman? Lagi la. Budak umur 20 bulan, paham-paham la. Nak-nak bila dia nampak tabung Toy Story tu.

Dah selesai semua tu, balik. Plan selesaikan urusan EPF dan cari meja, cancel sama sekali.

Reached home at 5pm. Both of the parents tertido tapi Iman segar bugar. Berlari-larian dalam rumah. Kacau aku tidur so, memang aku tak dapat tidur yang berkualiti, at all. Teman Iman main sepanjang petang dan Iman tidur awal malam tadi. Selepas menangis-nangis nak tidur, berjaya jugak dia tidur.

Belah malam, tengok Japan vs Paraguay. Berakhir dengan penalty. Semua orang tahu result. Then aku tidur. Dekat pukul 4 bangun nursed Iman dan tengok Spain main pulak. Banyak betul drama. Score tak banyak macam Argentina & Brazil.

Then, bangun 6.30 siapkan bekal Iman (nasi goreng & cokodok pisang).

Ehhhhhhhhhhhh lupa breakfast. Nak makan la dulu. Bye.

3 comments:

Anonymous said...

hebat iman...20 bulan dah mkn nasi goreng.....huhuhu...kakak dhiya tuh, nk kena berkejar nk suap kan nasik...tp mamanye tak kurus2 gak

Wafaa said...

Tu bekal kat rumah babysitter. Dia makan banyak kat sana tapi kalau kat rumah, banyak main dari makan

Anonymous said...

hmm..cmtu la dah jadi mak kan..byk buat keje dr tido..nak tido, anak x tido plak..anak tido, ada plak benda nak buat..tp seronok kan? :)