Sempena nak balik kampung, aku belum packing walau satu barang pon.
Baju raya sudah dibasuh. Masih di ampaian, belum diangkat. Nak kena iron lagi. Ok masih banyak kerja.
Biskut raya untuk Iman belum buat. Baru sempat buat 2 adunan biskut sarang semut. 1 bekas dah bagi kat babysitter. Iman suka tapi kalau dia makan berterabur. So, kena buatkan yang lain.
Sebenarnya boleh buat malam tadi yang pasal baju tu tapi aku mengantuk sangat. Tertido kat kerusi. Tinggal Iman main sorang-sorang. Sampai satu masa dia kejut aku, aku tengok dia dah tak pakai diaper. Seluar dah tak tau kat mana. "Shi... shii". Terkejut mak, ok. Maunya dia berak, ishhh...
Aku bangun dari kerusi, tiba-tiba terpijak sesuai. Eiiii... sekali tengok, ohhh roti john. Haa?? Roti john? Bukan ke roti john dok dalam peti ais? Camane boleh ada atas tikar ni. Hmmm.. ok, thanks to Iman.
Sekali aku tengok rumah, Ya Rabbi, macam dilanda ribut. Iman oh Iman.
Tak apa la Iman. Ape pon, ibu sayang Iman. Sorang anak pening kepala. Kalau dua tiga empat anak? Happening dan meriah.
Note:
Kain sampin anak & bapak.
Songkok bapak.
Last but not least, esok ramai yang dah start bercuti dan balik kampung. Selamat hari raya. Have a safe journey. Raya pertama tu tak yah pk pasal diet bagai. Makan je semua. Dan, happy holiday juga.
3 comments:
i like your sentence "Raya pertama tu tak yah pk pasal diet bagai. Makan je semua. " hehehe
selamat hari raya, wafaa :)
elakkan kebaya & adik beradiknya kalau rasa nak makan semua benda atas meja. Hihiii.. Selamat hari raya Aidat.
Selamat hari raya wafaa..and iman :)
aku dah turun 2kilo masa puasa, so bleh la aku melantak puas2 masa raya..hahaha..ada 2 kilo nak isi balik :P :P
Post a Comment