Monday, September 06, 2010

27 Ramadan 1431H - Persiapan raya

Camane ye. Aku tak tahu nak prepare untuk raya. Maksudnya, kalau untuk diri sendiri. Sepasang baju baru untuk dipakai di pagi raya dah cukup. Lain-lain dari tu tak reti. Kekeke... lebih kepada malas nak mencari dan fikir, kot.

  • Baju kurung - 2 pasang. Sepasang beli siap (Cream kuning ke ape ntah). Dan juga hijau-nak-ke-biru (kain pasang yang dah lama ada tapi baru jahit)
  • Tudung - sehelai je baru utk di'match' dengan baju cream. Nak cari lagi sehelai tapi tak leh imagine baju tu camane sebab my mom jahitkan. I guess, kena mintak my sis belikan.
  • Heels - jumpa pulak heels lama yang jarang pakai. Beli time2 nak kawin dulu. Pakai je yang tu.

Bila dah ada anak, of course la aliran tunai keluar banyak untuk dia.
  • tshirt - 5 to 6 kot. Tapi aku rasa macam lebih
  • baju melayu - cream (tempah tailor) dan dark blue (inherited from bapak saudaranya. kira baju raya la tuh)
  • pants - one with adjustable waist (rasa macam semuanya MIKI, beli kat jusco midvalley. Stripes or numbered or with sport text on it)
  • jeans - one with adjustable waist (Pumpkin Patch Subang Parade) dan one without adjustable waist (OshKosh tapi lupa beli kat mana. Serius.)
  • shoe/sandal - one turquoise sandal (beli kat Crocs Subang Parade lepas crocs pasar malam koyak. Dah pakai dah pon. Kira kasut raya jugak la tuh)
Husband? No baju melayu, macam biasa lah. Dalam almari baju, ada beberapa warna. Cream, off-white, black, dark blue, dark pink, dark peach. Tu je lah. Tahun ni, akhirnya terbuka hati beli 2 barang.
  • shirt - a Nike (ke Adidas?) jersey. Kira baju raya la tu. Setahun sekali pon payah nak beli baju.
  • shoe - he bought his 1st Nike shoes. Dah pakai dah semalam. Sebenarnya nak gantikan kasut kerja yg dah koyak tapak. Kira buat raya sekali la tu kot.
Biskut raya yang dibuat sendiri.
  • Biskut sarang semut. Kesukaan saya!
  • Plan nak buat biskut cornflakes ni. Senang Iman nak pegang. Tak de la hancur macam biskut sarang semut. That one is so soft tapi Iman suka. Camno tu.
Others.
  • touch & go - dah topup.
  • duit raya - lepas tawaf semua bank kat ss 15, akhirnya ada orang yang sudi tukarkan aku RM100. Jauh-jauh aku pegi, kat office gak dapat tukar. So tahun ni, seringgit sorang ye.
  • beg - ish... asal balik kampung je mesti aku ada issue dengan beg baju. Baju Iman makin banyak. So, rasanya aku nak kena beli lagi satu.
Sekian sahaja buat masa ini. Terima kasih.

2 comments:

Eliss said...

aku selai jer baju raya dan satu sandal raya tapak flat bajet nak byk berjalan raya thn ni qada tahun lepas sakit mata.hahaha.

nuha 5-6 helai baju raya..huhuhu

aieesha.salleh said...

bila ada anak, memang anak yang akan beraya sakan kan. hehehe. :)

Raya kalau sampai petang raya tu masih di sini, singgah lorr ye.