Wednesday, October 13, 2010

Iman is my little helper

Tengok gambar dulu. Ini barut baby. Mak saudara yang baik hati lagi rajin dan manis menawan sorang ni nak bagi kat unborn anak saudara yang sekarang dalam perut mak dia jauh di Aloq setaQ sana.


By hook or by crook, aku kena siapkan sebelum Jumaat. Jadi malam tadi sepatutnya boleh siap jahitkan tali pengikat dia tu. Tapi, kerana lil helper yang comel tapi selalu kena marah, akhirnya, dapat siapkan 1 helai je. Then, potong tali for another 3 pcs. Then, tali tu habis. Terpaksa tunda ke malam ni, iA.

Camane la tak kena marah bila asyik nak pegang itu ini. Kita takut la kena benda-benda macam jarum je. Tapi lepas marah tu, kesian la pulak. Perasaan ingin tahu Iman melebihi perasaan takut kena marah. Biasa kalau kena marah, terus jadi statue. Tapi kali ni macam "tak pe lah, tahan sikit. Bukan selalu dapat pegang benda ni (read mesin jahit)."


Masa ni agak kelakar sebenarnya tapi aku tahan gelak sb tak boleh la marah pastu gelak. Time ni mata Iman pandang je aku. Sambil menggigit hujung baju, tangan dia tetap nak duduk kat hand wheel. Iman oh Iman. Malam ni Ibu janji, no more marah-marah. Main je lah. Jangan pegang tempat bahaya sudah. Janji?


2 comments:

Eliss said...

comelnya lah iman duk pegang mesin jahit tu.autie nak pegang pun tak pandai ..hehehe

Wafaa said...

auntie, pegang je. jangan pegang kat jarum. kang kena babab. :p