Friday, February 25, 2011

Sushi at pasar malam

Hari Khamis ada pasar malam Tmn Sri Sentosa. Sebab takut sakit hati tengok Kejora & Bintang, aku decide tak mahu tengok episod hari semalam. Jadi, aku bawa Iman pegi pasar malam. Bawa dengan stroller sebab nak cepat dan tak larat weh nak dukung sambil bawak barang. Boleh tumpang letak barang dalam bakul stroller.

Banyak aku beli. Murtabak ayam x 2, bihun sup, laksa penang, mi kari (tak sedap, lain kali tak yah beli), char kuey teow (next time mintak kurangkan cili), egg tart x 2 (menyesal aku beli tapi habis jugak aku makan LOL), Ultraman (murah dan besar) dan juga last but not least ...

SUSHI.


Jangan main-main, sushi ada jual kat pasar malam. Ada banyak jenis. Siap ada California Roll lagi. Iman suka sushi, so aku beli yang paling sikit. 1 box of 8 rolls = RM2.50. Jauh lebih murah dari Jusco or Sushi King. Rasa dia sama je. So, lain kali boleh beli lagi.

Bila anak suka makan sushi, rasa macam nak belajar buat. Dalam Jr Masterchef Australia, selamba je si kembar yang tinggi tu buat sushi. Huhuu..

By the way, the picture taken using our new kamera kecik. Macam ok je. Tapi kesian pulak dslr itu. Bukan niat untuk melupakan dirimu tapi kamera kecik ni adalah impian ku sejak dulu. Tapi jangan risau, kamu tetap aku sayang. LOL.

On our note, banyak jugak kompeni P itu bagi duit poket (excluding transportation masa kat jpn nanti). Convert-convert 5k++. Nak sikit? Haha.. Ok la good nite. Doakan hari esok lebih baik dari semalam. Amin.

No comments: