Suami seorang yang sibuk. Kesibukannya menjadikan Iman teman shopping aku yang paling setia. Memandangkan area apartment kecik kitorang ni terlalu banyak kedai (siap ada Giant lagi you), maka, selalulah kami berdua menjalankan aktiviti ini berdua, lepas aku balik dari kerja.
Sejak ada Iman, ke mana-mana sahaja aku bawak dia. Termasuklah shopping. Tapi kena tengok jugak shopping apa. Kalau takat nak shopping groceries, toiletteries tu tak ada masalah. Tapi kalau ada hati nak shopping baju, tak ada chance nak belek lama-lama. Dulu ye, dia diam je dalam stroller. Sekarang, bersedialah untuk main kejar-kejar.
Dulu pernah sekali tu, aku carry dia dalam baby bjorn, kami ke Daiso The Curve. Bukan senang mcm ABC bawa seorang infant (masa tu Iman baru xx bulan) dan menjelajah ke setiap genap Daiso. Berdiri lama-lama dengan carry Iman, boleh buat pinggang cramp. Tapi sempat jugak penuh bakul tu aku borong. Hehe..
Kalau hari Iman tak mahu duduk dalam stroller, lupakanlah niat nak bawak stroller. Maka, Iman akan duduk dalam troli. Tapi, kena cepat a.k.a speed shopping sb Iman pernah sampai stage bosan duduk dalam troli sedangkan orang lain bebas berjalan (atau berlari). Dia akan mintak dikeluarkan. Keluarkan dari troli tu tak ada masalah, tapi masalah camane aku nak tolak troli sambil cari barang sambil kejar anak yang happy gila macam pegi taman tema. Haha. Pening kepala mak.
Itu belum lagi Iman tak nak duduk dlm troli langsung, end up aku kena dukung dia sambil pegang bakul. Terpaksa slash beberapa to buy item dan pilih yang ringan-ringan je. Walau pon berat Iman hanya 10-11kg tapi kalau dah berjalan sambil dukung dan sambil bawak bakul, tak ke mcm nak patah pinggang? Ha, jawab.
Walau apa pon, he is my best friend. Terima kasih Ya Allah kerana memberikan aku zuriat sebaik Iman. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment