Friday, May 27, 2011

Terlepas cakap

Petang tadi masa ambik Iman, aku singgah kedai Ah Yee order gas. Semalam masa nak masak untuk makan malam, dia boleh habis. Patut la 1-2 hari macam malu-malu nak hidup. LOL. Ok that's not the main story.

Bila orang hantar gas balik, aku cakap dgn Iman "Iman, nak ikut Ibu gi kedai?". Tapi bila dah on tv, ada repeat American Idol pulak. Dan bila teringat ada left-over lauk, aku cancel nak pegi kedai tanpa bagitau Iman. Tengah aku tengah kusyuk tgk tv, tiba-tiba Iman datang dan cakap "Ibu, nak itot?". Mula-mula aku tak layan tapi dia dok asyik ulang "Nak itot nak itot". Dia boleh repeat berulang-ulang kali non-stop. Isshhh tak boleh jadi ni. Lama-lama menjadi rayuan.

Last-last aku terpaksa tukar baju dan pegi kedai. Oh drama belum habis. Masa kat kedai, baru je melangkah masuk, Iman tarik tangan sambil berkata "Nak beger ayam pesyel". Amboiiiii nak burger ayam special. Padan muka aku la sebab selalu beli burger ayam special. Tapi tak kisah lah, sebab Iman boleh habiskan sebijik, tanpa bantuan orang lain. Burger pon burger la nak, asalkan awak makan.

2 comments:

natsuha said...

iman pandai mkn beger?? wooww!! kagum!! adam afyq sampai leni x reti2 nk mkn beger...heheh

Wafaa said...

Dia tu kalau masa aku ambik mesti mintak makanan. Sokmo aku bagi roti jah tp kalu aki nak mkn jugok, aku beli burger jah. Boleh share tapi lonih dop cukup 1 burger sb dia sorang boleh perabih 1 bijik.