Gambar tak sharp dan buruk. Hanya guna camera iPod. Malas nak ambik camera betul.

Kalau tengok gambar, macam butter cake biasa je tapi sebenarnya tak. Ada peach sana sini dan juga creamy yang aku rasa aku suka. Nak kata sedap kang macam masuk bakul angkat sendiri pulak. Tapi tu la hakikatnya. SEDAP! Haha.. ok perasan. Suami kata ok. So, ok la tu kot.
Sebelum masak elok, ada cerita. It took 2 hours for the cake to cook. Asal bunyi "TING" je, Iman berlari ke dapur nak tengok kek. Bila nampak aku keluarkan kek nak test, dia siap-siap ambik stool dia nak tengok. Then dia cakap "Nak makan kek". Lepas sejam pertama tu, aku test guna pisau. It didn't came out clean. So, aku tambah lagi 10 minit. Pon sama. Then aku perasan yang oven tu sejuk. Haa.. apekah? Aku adjust-adjust the temp. Tapi kejap nyala kejap tak. Dalam kepala dah mencongak untuk survey harga oven Butterfly. Tiba-tiba aku rasa nak check the power extension. Lepas aku betulkan, then the oven is back to normal. So, terpaksa lupakan hasrat nak beli oven baru. Tapi, boleh consider tak nak tukar ke oven yg lagi besar? Haha. Ok, tak boleh cakap, kang oven sekarang tiba-tiba rosak, haru aku.
Ok. Itu sahaja.
p/s: Nak re-organize label-label kat blog ni. Tapi tak tahu nak curi masa kot celah mana.
No comments:
Post a Comment