Aku anak beranak ni kurang berjalan. Tapi tahun ni aku rasa aku banyak travel. Haha. Kalau dah naik kapal terbang atau drive lebih dari 1 jam dan keluar dari KL tu aku kira travel lah. Tak kira la balik kampung ke, kenduri kawin ke; janji keluar dari KL dan bermalam ^_^
Januari 2011
Ad-hoc plan ke Melaka sempena cuti tahun baru. Ad-hoc sebab 9 pagi baru surf Internet, looking for hotel and place to eat in Melaka. Result dapat book hotel untuk check-in jam 12 tengahari, dan kami masih di KL pada jam 10 pagi itu.
March 2011
Balik kampung masa wedding Surayya (my sister). Masa kenduri kat rumah Pasir Mas, aku balik berdua je dengan Iman, balik dengan Firefly sebab masa tu suami outstation kat Osaka. Ye, sangat risau sebab masa tu Japan kena tsunami.
Hujung bulan March, aku drive ke utara, untuk majlis bertandang kat belah Cik Mat (adik ipar baru aku), berdua je dengan Iman juga. Tapi aku singgah Simpang Pulai untuk ambik adik aku Hanif. Simpang Pulai - Manjung jauh oiiii.. Aku ingat 10-15 minit je.
Sambil menyelam, minum air. Aku ke Perlis, melawat Widad kat matrik dan singgah ke UiTM Arau. Tempat jatuh lagi dikenang. Cewah. [I was in UiTM Arau from 2000 to 2003].
July
Masuk 1hb July, kami ke Kuala Nerang, Kedah untuk wedding Faiz (sepupu suami). Tak berjalan ke mana tapi aku sempat ke rumah Cik Nie, mak saudara merangkap kakak sulung mama. Kami balik keesokan harinya dan singgah di Kulim, rumah sepupu suami. Dan, aku tak sangka it took me 2 hours from Kuala Nerang to Kulim. Balik KL kira-kira berapa habis untuk tol. Muahahaha.. amik kau, ada la RM100++. Minyak tak yah cakap la. Laki aku tu asal half tank je dia nak isi bagi penuh. So, yang tu aku lost track sikit.
Walaupon 2 kali ke utara tahun ni, tak de sekali pon aku ke belah pulau kat Penang tu. Aku nak tuntut janji. Tahun ni mesti pergi jugak. Dok hotel, then jalan-jalan cari makan, cuci mata, pegi rumah Surayya. Ok, aku ni sebenarnya rindu ngan adik-beradik. Bila dah kerja, mana nak ada cuti sekolah dah. #sedih.
No comments:
Post a Comment