Friday, August 26, 2011

Menjelang beberapa jam lagi nak balik kampung

Dari list semalam, berapa je dah kira consider done. Ada lagi yang perlu diselesaikan sebelum tengah malam ni sebab esok lepas Subuh nak bertolak. We'll see sejauh manakah kata-kata suami itu akan menjadi kenyataan. Aku mintak bersahur on the way, say kat Karak or Bentong, dia kata tak payah. Orang nak bertolak as early as possible supaya, tak de lah perjalanan tu di tengahari time mata hari terpacak atas kepala.

Ok. Cita-cita nak buat cookies tercapai semalam. Tapi aku tak puas hati dgn outcome mama carries sebab aku lupa camane cara nak buat dia punya bedak sejuk. Bedak sejuk = white decoration dia. Dulu as in way before aku kerja dan kawin, aku pernah buat sekali. My mom bagi resepi. Menjadi je. Cara dia sama je, cuma aku lupa aku beat the white egg tu macam mana dulu. Cookies ok but not the decorations. Frust mak.

Then beralih kepada biskut favorite, biskut sarang semut. Last year, 1st time aku buat sendiri. Tak parut pon. Guna strainer. Tekan-tekan then keluarkan doh yang halus-halus tu. Tapi aku lupa yang strainer aku guna tahun lepas tu dah buang sebab rosak. Yang ada kat rumah sekarang adalah sangat halus. Tak sesuai langsung. Hampir give up. Dah la pemarut tak ada. Yang ada pon yang biasa2 tu je. Then aku freezekan the cookie dough. Duduk la dalam peti tu sejam lebih. Then aku keluarkan dan cuba parut. Yeay! Cuma leceh la sebab kena parut sikit-sikit. Kalau guna strainer yang lama tu, kejap je siap.

Resepi boleh refer kat sini dan sini.

Tapi ada satu pengajaran. Kalau buat cookies last minute dan oven kecik je, baik lupakan sahaja. Kerana, diri sendiri yang penat. Bila penat, mula la nak tension. Solutionnya satu je kalau dah nak buat last minute jugak - beli oven yang besar. Boleh bakar 100 (contoh) biji sekali gus. Ha, puas hati.



1 comment:

Qaseh Suhaida said...

kita pun buat kuih last minit jugak..buat simple pun xyah pakai oven pun..cornflake coklat.