Then aku tinggal kejap kemaruk trifle ni. Tapi lepas raya hari tu, kat office casting ada potluck raya. So, dessert je la yang sempat aku fikir. Teringat yang dah lama tak makan trifle. Jadi, aku buat 2 bekas - 1 untuk office dan 1 untuk rumah. Tapi sebab hari jamuan tu aku EL, so aku bawak ke office keesokan harinya. Alhamdulillah, licin. Tapi aku tak puas hati dengan custard layer. After tweeting around, a few Twitter friends suggested me to pekatkan lagi custard pudding tu. So, at the 4th attempt, I now found the best measurement and method. Gigih aku fikir camane nak improve trifle ni.
Kita cuci mata dulu sebelum ke resepinya :)
This is how the 3rd layer looks like. After 4th attempt, i now know how to make it, CORRECTLY! Yeayy! Err at least kena pada tekak aku.
Guna bekas ala-ala Pyrex atau kaca atau apa sahaja asalkan boleh nampak keseksian. Biasanya kalau guna bekas ni, i can make another bekas kecik. Yang ni tak nampak 1st layer. Too bad.
This is the other bekas that i've mentioned above. Nampak 3 layers. Next time, i've to cut the swiss roll thicker. Cara makan dari bekas ini adalah buat macam makan aiskrim sambil tengok tv. Hehehehe..
Resepi Trifle
1 swiss roll
1 tin fruit cocktail
1 tin susu cair
1 tin air (sukat guna tin susu cair)
7 sudu besar gula (boleh kurangkan kalau tak nak manis. 7 sudu is just fine)
5 sudu tepung kastad + 1/2 tin susu cair (bancuh sebati)
1 kotak Kristal Jelly
Layer 1: Potong swiss roll bulat-bulat. Susun atas bekas yang sesuai. Siram air fruit cocktail ke atas swiss roll. Sekadar nak melembapkan sahaja, bukan nak kasi sampai banjir. Hehe. Ketepikan.
Layer 2: Dalam satu periuk yang sesuai, masukkan susu cair, gula dan air, masak atas api sederhana. Kacau sehingga sebati. Bila mendidih, kecilkan api dan masukkan bancuhan kastad tadi. Kacau sampai betul-betul likat dan tidak berketul. Tutup api dan biar seketika sebelum dituang ke atas Layer 1 (swiss roll tadi)
Layer 3: Selepas custard layer siap, biar seketika dalam 2-3 minit. Kemudian, tabur/susun fruit cocktail (tanpa air) ke atas Layer 2 (custard layer) tadi. Kali ni, biarkan custard layer menyejuk dan mengeras. Ia tak akan jadi keras mcm jelly pudding tu, dia agak lembut. Tapi make sure betul-betul dah hilang panasnya, baru dituang Layer 4.
Layer 4: Masak Kristal Jelly mengikut arahan dia atas kot. Lagi sekali, make sure custard layer dah sejuk baru dituang kristal jelly. Kalau tak, custard layer akan bercampur dengan kristal jelly, maka tidak seksi lagi trifle kita heheee. Selepas kristal jelly dituang, biarkan sejuk sebelum dimasukkan ke dalam fridge.
Ada banyak cara untuk deco trifle pudding ni. Some people letak whipping cream and lots of fruit on the top layer. Tapi sebab malas, aku skip semua decoration itu. Bukan mandatory pon tu.
Ok lah. Itu sahaja. I've shared on the facebook and emailed to officemates. Sekarang ilmu ini aku kongsi di sini pula.
No comments:
Post a Comment