Masa-masa macam ni, pada tarikh hari ni, kami adik beradik menghantar baba ke persinggahan terakhirnya. Segala masih jelas. Macam pita rakaman. Sehingga ke hari ini, air mata aku akan murah bila teringatkan hari itu. Tidak ada satu malam yang aku lalui tanpa teringatkan arwah. Ingatan terlalu kuat.
Sejak hari itu, pelbagai dugaan kami lalui. Sejak hari itu juga hubungan kami adik-beradik bertambah rapat. Kami menyokong dan menjadi kekuatan satu sama lain. Harta boleh dicari tapi bukan adik-beradik. Adik-adik aku menjadi menjadi matang dalam usia yg muda. Masa aku seusia mereka, ujian aku tak sekuat ujian mereka. Tiap kali berdoa, aku mohon dengan-Nya agar diberikan mereka kekuatan.
Semoga Allah swt menempatkan arwah baba di kalangan hamba yang beriman.
Al-Fatihah.
3 comments:
Al-fatihah.
mmg, sejak arwah abah aku meninggal pun, doa lepas solat utk ibu bapa dah jadi wajib.
Doa utk diorang tu dah jadi amalan dari dulu. Cuma utk adik2 masuk sekali sejak ayah aku meninggal. Tak sangka aku diorang cekal
aku setuju. aku ngan adik aku pun makin close lepas ayah aku meninggal. dia pun dah boleh bawak berbincang. lebih matang berbanding dulu. hari ahad hari tu, bday arwah ayah aku, so kami 1 family ke sana. tapi, doa memang wajib, tak kira bila masa teringat, esp after solat kan.
al-fatihah
Post a Comment