Thursday, March 22, 2012

Tak cukup duit

Kami ke pasar malam Selasa lepas. Biasanya kalau ke pasar malam, aku hanya bawa duit ikut banyak mana barang yang nak beli. Masa keluar dari kereta, nampak orang jual belon.

Aku: Iman, ibu tak bawak duit cukup. So, kita tak payah beli belon ok?
Iman: Ok.

Dan kami memulakan operasi beli dinner (nasi dagang, nasi kerabu, laksam). Bila dah habis beli dinner, ke hulur ke hilir la aku cari nugget untuk Iman. Bila offer nugget, dia tak nak.

Aku: Iman nak makan apa?
Iman: Tak nak
Aku: Why?
Iman: Ibu tak de duit.

Huuu that was so sweet. Terharu. Lalu aku bagi RM1 untuk dia pilih apa dia nak. Tak terfikir pulak aku dia nak lampu nyala-nyala tu. Oh mannnn...

Jenuh la nak explain kat dia. Siap tunjuk duit seringgit-seringgit ada 3 je. Lampu tu nak kena ada 10 keping. Haiyooo...

Moral: Choose your sentences wisely when talking to your kids. They hear, absorb, think and make some relationships from the words.

1 comment:

Aishah Salleh said...

really reminds me of ashraf :)
since aku benti, bila dia minta toys ke apa ke, aku cakap,"mama takde duit la, minta papa". Papa dia pulak cakap "papa duit dalam poket sikit, kat bank banyak".

So now, dia nak something dia tanya dulu, "mama ada duit tak mama, emm mama takde duit, papa ada duit banyak ke sikit? ashraf nak toys". :) mereka memahami :)