Israel semakin angkuh. Bekalan makanan dan ubat-ubatan disekat. Orang awam dibom suka-suka hati. G*** betul la diorang.
Tapi apakan daya kita kat Malaysia ni. Patutnya boikot habis-habisan barang-barang yang ada sangkut paut dengan Israel tu. Tapi ini tak, iklan K*F*C ada lagi kat radio. Beli barang made in Thai*land la jawabnya. Dan, di Pro*on, ada buat derma untuk meringankan beban umat Islam di Gaza. Walaupon tak seberapa, tapi berkat doa dan bantuan yang tak sebesar mana itu, diharap dapat membantu sedikit sebanyak. Wakil Muslim Care Malaysian Society akan bertolak ke Syria untuk ke Palentine Ahad ini, membawa bersama wang yang didermakan. Semoga, roh-roh mereka yang terkorban di Gaza, dicucuri rahmat-Nya. Amin.
Selingan
Semalam aku pegi pasar malam. Mahalnya sotong putih. RM16 sekilo. Ikan pari 2 keping kecik RM4++. Mak aihhh... Itu belum ambik udang lagi. Udang tak tahu lak berapa sekilo. Yang pasti, duit not 50 yang aku bawak semalam, berbaki RM20 sahaje dengan hanya membeli sotong 1/4 kg, ikan pari 2 keping, keropok sikit, pisang 1 ikat, lauk siap masak 2 jenis. Tanpa ada barang-barang yang tergatal tangan nak beli.
No comments:
Post a Comment