Saturday, March 21, 2009

Take home chef

Kami jarang makan kat luar. Breakfast kat luar boleh dikira berapa kali. So, tiap-tiap kali nak masak memang kadang-kadang habis idea. Tapi hari ni, breakfast yang senang dan simple je. Takde la simple tapi untuk yang tak reti masak macam aku nih, kira dah ok la nih.

Kebetulan dalam peti ada 2 biji buah oren. Besar pulak tu. So, daripada terbiar dalam peti, baik buat jus. Cepat habis. Boleh top up buah lain lak.

So ini dia, breakfast kami hari ni.



Makaroni goreng
Makaroni - rebus sehingga lembut
Bawang putih - tumbuk
Bawang merah - tumbuk
Cili boh (cili kering pon boleh, ikut suka)
Daging kisar
Sos tiram, sos cili, sos tomato
Sayur (carrot, apa-apa aje)
Gula, garam


Cara-cara
- Tumis bahan tumbuk dengan sedikit cili boh sehingga naik bau.
- Masuk daging, kacau hingga masak
- Masuk semua sos, kacau lagi
- Masuk gula garam secukup rasa
- Masuk makaroni dan sayur
- Siap


Yummmy! Oishi.. tak ada sukatan, main belasah je.


Petang ni jalan-jalan, yeay!

No comments: