Tuesday, April 07, 2009

Home made solid food

4 April dah berlalu dan Iman masuk 6 bulan. After a few trial and attempts introducing him to solid food, he now enjoying his new food, selain susu ibu.

Dan hari ni, I made him baby rice with banana. 2 senduk sebagai bekal di siang hari di rumah pengasuh. Tengahari tadi pegi jenguk Iman and the pengasuh told me that "Suka dia makan, separuh dah habis." Separuh? Maksudnya 1 senduk ke Iman makan?? Iye laa tu. Banyaknya. Hmmm.. boleh ke macam tu? Itu pon, Iman macam boleh makan lagi. Ayooo.. banyak tu Iman.

Sehingga hari ini, Iman memang akan menolak baby rice semata-mata. Belum cuba campur EBM lagi. Mungkin dia akan suka dan makan. Let's try this weekend. Untuk hari esok sehingga Jumaat, the menu is baby rice with fruit.

Mungkin ada orang kata "Kenapa tak beli yang dah siap?" Yang dah siap bermaksud, nestum yang dalam tin. ^_^ For me, lebih puas hati buat sendiri. Adalah impian aku, masak untuk Iman dan bekalkan Iman makanan untuk in between EBM feeding meal. Tak ape lah kalau terpaksa bangun seawal 5.30 pagi, I don't mind. Bak kata cikyam, natural parenting is personal choice.

Kenapa tengahari aku jenguk Iman? Kerana dapat call "Badan Iman merah-merah". I rushed to rumah pengasuh and was about to take him to clinic. Tapi the pengasuh told me "Ini campak keladi ni. Kena bagi air kelapa. Pastu amik daun semambu, letak bawah bantal". Erk... letak daun semambu bawah bantal? Ape itu? Kenapa? Hmm... I need reasonable reason, not just terima membuta tuli.

7 comments:

yumyum said...

oowh my mum did that (daun semambu) with me when i got chicken pox during childhood. tapi dah tak ingat how exactly they look like. ada ke lagi zaman skang ni?
anyways mesti wafaa dah bergegas tanya kat paed ni.hehe get well soon iman!

esoh said...

sama sama.. daun semambu.. berkesan gak..
get well soon iman

weh, cemana ko buat baby rice with pisang tu?

ashraf muka masih kelat bila try makan.. hahaha

Wafaa said...

Cikyam: tak pegi paed sb kena buat appointment bagai. tapi Iman is getting better from his allergic. Kulit alah pada hama-hama jahat.

Aishah: Macam buat bubur, cuma campor je ape yg kau nak campur. Ashraf makan ape? Iman tu mcm kuat je melantak. Tak padan ngan kecik.

Mama Durrany said...

wafaa..daun semambu tu utk x kasik gatal-gatal..tapi tak tau kena ketak bawah bantal..masa nia kena campak dulu, aku x letak pun daun tu..sebenarnya x kenal pun daun tu camne..hehehe

Wafaa said...

ooo.. untuk gatal2. tapi pengasuh Iman suh letak bawah bantal. Itu yg aku pk mcm tak logik la pulak, letak semata2?? tapi now dah ada ubat tahan gatal. daun semambu tu byk kat kuil2 India.

esoh said...

bukan bawah bantal, aku dulu bawah badan

Wafaa said...

haa? bawah badan? ooo mebi utk hilangkan gatal. now dah ada ubat gatal kan