Tuesday, July 07, 2009

Foodie

Sekarang musim durian. Banyak betul durian. Malam tadi ada dengar Husband cakap, "Dah 2 tahun tak makan durian." Erk... betul, sejak dia kawin ngan aku, langsung tak pernah makan durian. Aku tak makan durian, so, mungkin tak ada geng nak makan kot. Or, maybe tak makan pon tak pe. Dan malam tadi masa kat rumah in-law @Sunway, ada saudara dari kampung datang. Dan ada durian. Tapi durian tu bukan dari kampung pun. Haha.. durian KL. Kata sepupu tu, durian KL takde pokok. Haha iye la tu. Dan, ada durian 3-4 ulas atas meja. Sungguh berselera Husband aku makan. Lor.. kepingin ke? Kepingin?? Haha. Bukannye tak suruh dia beli dan makan kat rumah, tapi dia tak nak beli nak wat camane. Dan, hari tu, pertama kali beli durian kat Jusco. 3 ulas = RM4.00. Mahal tu. Dan aku dapat soalan cepu emas "Tau buat pulut bubur durian tak?". Laju je jawab "Tahu!". Sebenarnye tak. Hehe. Tapi imagine-imagine macam buat bubur. Ekceli aku taktau nama dia sebenarnya tapi ingredient dia beras pulut, santan, kacang merah, gula melaka @ nise. Bila dah dimasak-masak, jadi la sejenis dessert yang taktau ape rasa. Husband kata OK. So. i guess lulus la kot. Hehee.



Sekarang nak share resepi baru aku cuba. Orang lain dah berzaman buat, aku baru je cuba buat :0. Kat rumah ada lebihan roti dalam 3-4 keping. Daripada dibiarkan takde orang makan, aku pon try la buat 1 resepi ni. Puding roti. Biasa-biasa aje. Cuma aku campur kismis. Mintak kismis Iman sikit. Dik, Ibu amik sikit ye :p

Bahan-bahan dia macam biasa. Roti potong-potong 4 segi. Dalam bekas lain, campur 2-3 sudu besar tepung jagung, 1-2 sudu besar gula halus, 2 biji telur, esen vanila, susu cair 100ml. Thanks Eliss, perasan takde susu cair dalam resepi aku. Kacau-kacau sebati, pastu tuang la dalam bekas yang berisi roti. Tekan-tekan sikit bagi adunan tu meresap dalam roti. Bakar @ 180 degree @ 30-40 minit, sampai kekuningan. Siap. Iman pon makan gak. Kunyah-kunyah kismis. Iman suka mengunyah. Now, kami share makanan. Suap untuk mak, suap untuk anak :o



Dah lama tak share pasal makanan Iman. Pagi tadi masak bubur. Pertama kali cuba campur kurma, kismis, suhun, pucuk keping, bayam, ayam. Haa amik kau. Sedap-licious. Tapi gambar kat bawah ni, bubur nasi campur ayam campur bunga kubis campur nestum sikit. Oh, sedapnya bau.



Itu lah dia. Cerita makanan.

6 comments:

e.l.i.s.s.m.i.e said...

tak letak susu cair erk? aku nyer resepi letak susu :D nuha dah makan nasi, x makan dah bubur2 :D

Wafaa said...

Eliss: ehhh.. mak tertinggal susu cair. huhu.. nanti aku amend jap. Oh, Iman makan nasi dan bubur. Cuma, aku belum cukup ilmu nak sediakan lauk utk dia. Say no to garam dan gula, huhuuu

Rozalinda Ghazale said...

email kan aku bubur kacang tu...resipi dia...as if aku akan buat...last2 order dr kampung gak..allalalalalalalaa

Wafaa said...

aku suda emel. nanti semak. huhu semak tu.

yumyum said...

erk DURIANN? nasib baik both of us laki bini cannot eat.
hehe

btw, ive bought some of the NUBYs too!

Wafaa said...

yg dalam gambar tu Nuby's ek? tak ingat lak makcik. tapi cute kan? menggoda betul.