Monday, August 24, 2009

Banyakkan bersabar

Hari ketiga berpuasa. Belum apa2 aku dah rasa macam kehabisan idea untuk masak juadah berbuka dan bersahur. Tak nak cakap pasal makanan lah.

Bendera merah naik pada petang Jumaat lepas. Jadi, belum rasa nikmat puasa lagi. Sadis. Belum berpeluang berterawih dan berpuasa. Tapi tak apa, banyak lagi amalan lain untuk kejar pahala. Amin.

Contohnye, banyak-banyak bersabar bila anakande sepah-sepahkan rumah selepas beberapa minit dikemaskan :p

Dan banyak-banyak bersabar sekiranya masa mandikan anakande, anakande nak main pencuci muka yang dah expired. Bila kita ambik dari dia, dia akan menangis macam kena cubit. Oh tidak.

Dengan kata lain, banyakkan bersabar.



Oh ye. Iman dah ada 5 1/2 batang gigi. Dan sekali sekala, bila Iman geram, Iman akan test kekuatan giginya, dengan menggigit bahu Ibu dia :p Sejak gigi ada banyak ni, suka betul dia menggigit baju. Dan sekali sekala bila geram, Iman akan mencium pipi Ibu dan bila geram tahap gaban, dia gigit sikit pipi Ibu dia. Oh tidak. Itu lah cara Iman tunjukkan geram dia. Tapi Ibu je yang kena gigit. Iman geram Ibu? Sebab Ibu gomol Iman?

Iman so kedekut bila orang nak tengok gigi dia. Dia akan tutup mulut serapat-rapatnya. 5 batang. Gigi ke-6 tumbuh last week, di sebelah gigi pertama (bawah rightmost).

7 comments:

Mrs Fingers said...

senasiblah kita...sampai pernah luka...tudung lak kalau pakai yg batu mcm nk tercabut batu...

Unknown said...

hehehe..sabor je la ek puan wafaa..sementara nak besar byk betol ragamnya kan..nanti dah besar, mesti rindu semua kenangan time dia kecil kaan :)

Wafaa said...

Naz: belum tahap luka lagi tapi sakit kena tarik rambut tu boleh tahan gak sakit dia :p

Aton: op cos. lepas raya cukup 12 bulan (1 tahun). no more baby, toddler pulak. oohh tidak.

Sasha Farina said...

comelnyaaa gambar pegang Kao Biore tu! hehehehhe

Wafaa said...

Kak Sasha: seminggu tu mmg dia dok main Kao Biore tu :p

yumyum said...

cute gilaaaa tido pegang facial wash!!
alahai iman ni lelaki heteroseksual yee.. grooming skettt

Wafaa said...

cikyam: mimpi kena cuci muka dgn awek cun kot. ekekeke