Wednesday, September 09, 2009

Lauk-pauk & bekal Iman

Semangat nak masak datang. So semalam, sampai rumah jam 6. Terus masak. Macam tak caya dapat siapkan 2 lauk dalam masa 20 minit. Iron Chef pon kalah nih.. hehehee


Lala Goreng Cili
Bahan-bahan: Lala, 3 bawang merah, 3 bawah putih, 2 cili merah, 2 sudu besar sos tomato, cuka makan sikit, garam
Cara: Rendam dan basuh lala. Tumbuk bawang2 dan cili. Then, tumis. Dah pecah minyak tu, masukkan sos. Masuk garam sket. Kemudian masuk air sikit (kalau suka la, me tak letak air). Last sekali, masukkan lala. Eh belum last. Tuang sket je cuka.


Sayur Goreng Lauk Udang
Bahan-bahan: Udang secukupnya, sayur (me guna stok yang ada i.e broccoli, cauliflower a.k.a bunga kobis (ek?), carrot), 2 ulas bawang putih (tumbuk kasar), Knorr Pasti Sedap (jiran sebelah bagi 4 peket kecik)
Cara: Tumis bawang putih. Masukkan sayur-sayuran dan udang-udang itu. Last sekali masuk air sikit dan juga perencah knorr tu.



Dan ini Iman's meal. Buat pagi tadi, buat bekal Iman hari ni. Banyak la pulak. 5 keping. Gumuk-gumuk lak tu. Takpe, Iman can share with friends. Selain pancake a.k.a lempeng, Ibu bekalkan Iman nasi with sardin (sedapnye dik!!), dadih yg Ibu buat Isnin lepas. Guna separuh dari adunan, dapat 15 bekas. Banyaknya. Bawak 2 bekas ke office bagi kat kawan yang terpaksa tidak berpuasa.

Oh ye. Ini guna resepi yang belajar kat youtube hehe. That's why I love youtube! Basically, to get nice and fluffy and gumuks one, you have to separate the mixed ingredient.

Iman's Pancake
Bahan-bahan: (A) 3 sudu besar tepung naik sendiri, 1 sudu (kot) baking powder (saje je letak nak kasi extra naik hehe), brown sugar sket. (B) 1 telur, susu, minyak jagung (boleh guna minyak sayur lain or melted butter/majerin or olive oil)
Cara-caranye: Bancuh A bagi rata. Bancuh B dalam bekas lain, kacau kacau. Masuk B dalam A. Ni goreng tanpa minyak sb dah letak minyak jagung. Dapat la 5 biji kalau tuang guna senduk sup.




6 comments:

Anonymous said...

oh sedapnyer lala..kesian aku..sejak pregnant x leh mkn seafood..kalo x naik rashes kat lengan, kaki & belakang badan..huhu..benci!

Wafaa said...

eh jgn macam tu. habis pantang besok, bole makan byk2.

Sasha Farina said...

Lala goreng cili tu mengancam ler.. mintak skit :D

Wafaa said...

try la kak. sedap tu.

Sasha Farina said...

terus terang cakap ek? tak pernah masak lala.. hehehe.. binatang yg bercengkerang semua ni, tak pernah masak.. ketam, kupang, kerang, lala etc etc etc.. paling adventurous udang ler.. hahaha.. sila lah gelak. :D

Wafaa said...

saya pon lala je reti masak hehehe.. benda2 yg ada cengkerang yg lain, errr mcm susah je