Sunday, November 29, 2009

Aidiladha & animals

Salam Aidiladha. Kami masih di kampung. Esok baru balik KL. Jammed ka? Tidak jammed ka? Baru dapat sms dari in-laws. Jam 6 pm, baru kat RNR kKrai. Bertolak jam 12tgh. Oh. Menakutkan. Balik ke kampung di malam raya, kami salah sebuah kereta yang stuck dalam kesesakan dari tol Gombak to Bentong. Read - sepanjang highway ye.

Raya ni tak ada gambar. Sibuk dengan acara korban pada hari raya pertama. Kami tidak di kampung one hour before sembahyang raya. Sedikit rasa weng. haha... From our family, me buat akikah utk Iman and my brother buat korban. Belah family my nenek, ada 3 orang buat korban. Jadi, sibuk sedikit. Ada a few piccies tempat kejadian lembu 3 ekor dikorbankan.

Iman was so excited dapat tengok haiwan lain selain cat and dog. Ye la, kat KL itu je haiwan yang banyak ada. Bila nampak lembu2 untuk dikorbankan, dia asyik dengan "eowwww...". Read - he's saying meow. Bila di rumah maksu, at husband's side, kuda pon dia panggil "eowww...". Meow oh meow. Later, we share story about Iman and cat.

Attending tahlil at my aunties, dapat jumpa sepupu-sepupu yang jarang dapat jumpa. Gossips and updates, macam biasa. Masing-masing membesar dengan jayanya. Anak-anak pon bertambah-tambah diorang. Hmmm... bagus2.

Mom's calling. Nak buat air untuk en. husband. See you later.

p/s: girls, let's buy kfc barrel tonight. dine at home. kfc ramai orang. rimas hehe.

4 comments:

iyma said...

lama aku x mkn kfc..huhu

Wafaa said...

Imah: kalau pegi KFC, cheezy wedges adalah wajid di'order'

iyma said...

wafaa..u makes me drooling..

Wafaa said...

KFC sebelah pertama kompleks aje. pegi lah hehe