Weekend lepas pegi Sogo dan Pertama kompleks. Lepas solat Asar, Husband kata "Jom balik." I was like "Ehhhh... mana aci Ayah & Iman je dapat beli barang. Ibu pon nak jugak". Then kami ke Sogo.
Ramai orang. Stroller tak bawak, so Iman perlu didukung. By his ayahanda of course :p
"Ok, 15 minit je untuk cari barang." Haiyaa.. ni dah macam shopping marathon ni. Oleh kerana 15 minit sahaja masa diberi, I only managed to grab 3 benda - jeans, pant, and shirt - tanpa try jeans dan shirt itu.
Kemudian balik rumah dengan suka hati.
Bungkusan plastik Sogo dibuka. Jeans baru ditayang pada Husband, kemudian mendapat soalan cepu emas, "Muat ke?" Jawapan standard "Muat la, ini kan size seluar yang lagi 1 tu."
Jeans itu dicuba.
Errrkkk... nape tak boleh butang nih? O oooo.. tak boleh jadi ni. Tapi tak boleh bagitau Husband :p
Esoknya, ke Sogo lagi untuk tukar seluar size tambah 1. Dan shopping baju Iman sikit. Lepas tu balik. Seluar dicuba. Ha, longgar la pulak. Mana ada size 28.5. Ceh. Yes, I know, buncitness dan gemukness. Hmm...
Kali ni bagitau darling husband. And here's the conversation:
She: Tadi dah tukar seluar.
He: Nape tukar seluar?
She: Tak boleh butang.
He: Camane nak butang, perut buncit.
She: Terdiam seketika kemudian mendekati He sambil manja2. Buncit sangat sangat sangat sangat ke?
He: Geleng.
She: Habis tu?
He: Buncit je. Takde sangat sangat sangat sangat tu.
She: Camane?
He: Medium.
She:Ha?
7 comments:
kekkeke..comellnye dialog husband-wife ni :p
comel dgn perut buncits huhu
haha..kelakar la ko wafaa.. :P
tp aku pon selalu problem beli jeans..sbb peha besar..kalo muat tang peha mesti pinggang longgar..mesti kena anta kedai alter..badan x balance..heheh
ahahahaa.. jom sit up jom :P
p/s: elly pun baru ni tak dapek masuk in my fav jeans. hehehehe
imah: ko ada masalah paha besar gak ke? tgk mcm tak de pon.
elly: sit-up? aiyoo.. sit up dgn Iman pon dah cramp2 perut.. :p
haha..ko x perasan kot..peha aku besar la..wpon kurus, peha aku x kurus..tu yg aku nyampah tu..
ni kalau timbang kati ni, kaya kot kita :p
Post a Comment