Thursday, December 03, 2009

bz bz bz

Lately, I am very occupied. Busy Ya Ampun. Sangat terasa bila nak siapkan seluar Iman malam tadi. Iman, macam biasa, tidak akan jauh dari toy baru dia tu. Nak-nak kalau aku ON, ada lampu, lagi dia suka. Nak fill bobbin dengan benang pon, dia akan membantu dengan menarik benang tu panjang-panjang, sampaikan aku terpaksa stop kejap.

Kenapa busy sekarang?

6.00-6.30pm - Jemput Iman (kadang2 lambat, 6.45pm baru sampai rumah babysitter)
6.30-7.30pm - Cinta Untuk Balqis @TV3, masak, main dengan Iman, mandi, solat
7.30-8.00pm - Nur Kasih @TV3. Pls do not disturb, this time tak ada iklan walau 1 saat.
8.00-8.30pm - Settle kan kerja-kerja lain i.e siapkan semua kerja di dapur, sewing sikit
8.30-9.30pm - Nenek Kebaya @TV9, hidang makan etc etc etc
9.30 onward - Siapkan semua kerja. Kadang-kadang tak siap. Kerja macam siapkan barang Iman, iron baju kerja. Selalunya pagi baru buat :(

Errr... busy dengan tv? Oh. Kita kena balance. Ada banyak program yang tak sempat nak tengok. Biggest Loser Asia sekali sekala dapat menyelit.

Ada orang tanya "Camane kau buat kerja rumah seme?" Ye, aku tak ada maid dan dalam masa yang sama aku nak rumah aku teratur dan bersih. Hari-hari kena sapu, vacuum. Kita kena cepat dan ada jadual sendiri. Aku busy sebab Husband aku balik lambat. Kalau dia balik awal, he took over kerja jaga Iman. Tapi kalau Iman nak dok dengan aku je, he'll take over buat kerja i.e kupas bawang, masak.

Ada yang kata
  • anak sorang boleh lagi.
  • amik la maid
  • bagi la Iman adik, dia nak kawan
Hmmm...
  • kenapa? Anak lebih dari sorang tak boleh ke buat kerja2 semua?
  • aku belum fikir nak amik maid. Aku boleh handle lagi. Selagi kudrat ada, InsyaAllah, Tuhan permudahkan urusan bila kita niat untuk rumahtangga kita
  • bagi la Iman besar. Btw, utk yang berkenaan, nak ke tolong aku jaga anak bila aku beranak lagi? Nak ke bagi duit utk beli keperluan tiap2 bulan? Duit pengasuh? Saving and insurans? Nak? Nak?
Ini bukan entry lepas geram hehe.

Iman dah boleh berjalan sendiri. Tapi malas mengatasi kerajinan. He can walk a few metres without falling. Congratulations sayang!

Oh, pertama kali mencuba resepi baru. Oatcake.
  • 125ml boiling water
  • 1 tsp butter (takde unsalted, salted butter pon ok)
  • oat secukupnye
Tuangkan air panas dalam mangkuk. Cairkan butter. Masukkan oat secukupnya. Sampai doh boleh dibentuk-bentuk. Bakar @10-15min atau sampai jadi perang @180degree. Boleh bekukan. Boleh dapat banyak. Cukup untuk 3 hari makan. Adult pon boleh makan dengan honey atau maple syrup atau apa-apa yang suka. Takde hal.

Itu aje entry yg carca-marba. Bye.

5 comments:

ajan said...

yeay nanti I tiru recipe ye?
Cam senang je nak buat.

haritu I tried your pancake recipe. Jadi cam lempeng. Hhihi. Kimi pun taknak makan. Haish.

Wafaa said...

Ajan, i made pancake entry for you. add enough milk, tapi jgn cair sangat.

ajan said...

yeah i saw.
Thank youu!!!

iyma said...

cite tv yg ko tgk sama cam aku!! haha :D cuma aku x sebz ko sbb husband aku jauh...and aku duk dgn mak aku..thank god! dlm keadaan x larat ni, kalo aku & husband duk sendiri aku rasa umah kitorg mesti cam tongkang pecah..huhu

Wafaa said...

hehe. aku dulu masa pregnant-kan Iman, Alhamdulillah, rumah masih rupa rumah. Husband aku byk tolong, celah gak tgh2 busy dia :p