Friday, March 05, 2010

17 month

Lagi 7 bulan, Iman akan 2 tahun. 2 tahun? Masa untuk tambah anak kah? Kita tengok la dulu camane ye. Rasa macam kek birthday Iman nanti, nak yg ada edible la sket. Hehehe.

Ok, mari recap apa milestone Iman.

*********************************************************

Words
- tutuk (duduk)
- tatuh (jatuh)
- nak
- yayah (Ayah)
- bbbbuu, bubu (Ibu)
- tatak (kakak)
- bebe (baby)
- bak (solat - refer kepada angkat takbir dan sebut Allahuakhbar)
- eow (kucing)
- nek (nenek)



Cemburunya boleh tahan. Terutamanya bila the parents memegang seorang bebe (baby). Dia yang tengah syok main pon boleh datang dekat the parents, sambil cuba untuk duduk atas pangkuan the parents, no matter how.

"Iman, bilik air jom" - Iman akan berjalan ke bilik air. "Iman, kasut mana?" - Cari kasut, dan itu tanda mahu keluar :) Dan kalau tahu nak keluar, Iman tahu apa nak buat - ambik kasut, dan mengekori the parents :)

Kadang-kadang, menangis bila hantar ke rumah bbsitter.

Kadang-kadang, bila nampak muka aku kat pintu rumah bbsitter, dia yang kat dalam tu terus menangis, sambil berpusing2 setempat. Apekah?

Suka betul pakai kasut ayah. Dah macam Ronald McDonald dah.



Habis je bottle feed, dia akan pass the bottle to us. Termasuklah di tengah malam. Dan juga, ketika tak ada sape2 dekat dia, dia akan cari orang to pass the bottle.

Banyak minum air. Yogurt drink, ribena pon minum.

He can mixed around and play with other kids. So, rasanya tak ada masalah berkawan-kawan kot.

Asal dengar orang mengaji, azan, zikir, baca doa - cepat2 dia tadah tangan. Jadi anak soleh ye. Amin.



Macam biasa, cannot see me wearing cantik-cantik one. Mesti mengekor ke mana sahaja aku pegi, padahal dalam rumah je :)

Kalau ada ciri-ciri nak buat perangai yang agak 'cantik', bentangkanlah toto. He'll baring on the toto. And he's expecting to be fed (n3n3n ye).


Suka iklan yang ada Norlia Ghani tu.



Haa, yang ni mak tak berapa berkenan. Suka campak barang bila ada benda yang tak kena dalam hati dan perasaan beliau. OMG. Sabar je lah.

Macam budak lain kot, he like to mess my dapur. Hmmm... what to do. Biar je la, bukannya tak boleh kemas.

Iman the explorer. He can tunggang terbalikkan a lazy chair, and using his creativity to climb on it. Kadangkan kot celah-celah kerusi tu pon dia boleh masuk. Latest, happened at Melia Hotel KL. Ada high chair and he's playing with it. Tetiba, dengar suara Iman. Alih2 tengok dia dah masuk kat tempat kita step on tu. Haiyo.

Suka air. Tak senang duduk kalau nampak fontain atau running water.

Suka kejar kucing. So, aku belikan je la kucing mainan. Kat pasar malam je.



Bila buka buku, dan ada gambar baby, he'll say "bebe". Atau buka mana2 buku, he'll say "A...". Ni kes aku selalu dok tunjuk ABC kat dalam hardbook dia.

Manja. Hmmm.... ye ke?

8 comments:

Eliss said...

kejap jer dah besar anak kita kan.rindu plak bau baby :P

syuhada said...

words yang bermula dengan 't'. tomeinya. anak sedara aku pun sebut word mula dengan t. 'tishin tadi' refer to mesin padi.

Wafaa said...

Eliss: teringin nak beranak lagi tapi tak berani jamin boleh handle 2 budak kecil seorang diri

Wafaa said...

Aidat: haa, apesal ek? huruf 'T' senang sebut?

Anonymous said...

iman manja & kuat jeles..tanda2 x nak adik lg.. :P

rilexla..bg iman besar sket lg..sian dia.. (aku palk lebih2..hehe)

Wafaa said...

No sharing ibu & ayah? Hehehe...

ajan said...

waaa kimi belum reti cakap sangat lagii.

Bagus betul pandai tadah tangan nak doa. Hihi.

ajan said...

waaa kimi belum reti cakap sangat lagii.

Bagus betul pandai tadah tangan nak doa. Hihi.