Wednesday, October 20, 2010

24 months of Iman

24 bulan. Here's his milestone.


Imitate a lot, like other kids.

Now, kalau kat luar, nampak orang naik motor merah, dia akan kata “ayah” or “yayah”. He now can show and call his yayah whenever he saw his yayah at parking lot :p

Bila kena buli ngan ayah, dia akan panggil “ibuuuu”. Awww.

Kadang2 dia panggil aku “mama”, kadang-kadang “ibu”. Biasanya “mama” tu bila dia rasa nak main-main. Lalala… mana satu ni?

He is my lil helper. “Iman, tolong buka peti ais”. Cepat2 dia buka peti ais for me :p Or, “Iman, tolong Ibu ambik kan remote boleh?”, and he will cari-cari remote and pass it to me. And and… “Iman, tolong tutup kipas boleh?”. Instead of tekan off, Iman just reduce the speed. Hehe. Tak reti lagi nak tutup betul2. Or, dia tak tahu each button function lain-lain. It’s okay, he has a lot more to learn.

Vocabulary 99% Malay. 1% reserve for ball, fish, cat, car, bird, dog, hot. I assume all toddlers are the same for that 2 or 3 words.

He knows his friends’ name – Ayyen and Icha (sometimes it sounds Isha).

No more throwing tantrum when sending off ayah to work. Takat say bye-bye kat pintu, flying kiss sket. Tak ada meraung-raung dah. tQ Iman.

Like other kids, dia bagi remote mintak kita buka tv. Kali ni lebih specific “hotdog” or “tututuuuuu”. Read: hotdog adalah lagu Mickey Mouse clubhouse, tututuuuuu adalah mengikut melodi “oh tootles!”. He event can see a tiny mickey mouse kat kedai buku. Or, separuh dari kepala mickey mouse kat dalam gambar bday cake dia. So, mickey mouse fan. Now, aku nak cari cotton fabric yang ada gambar mickey mouse. Mari lah buat sarung bantal sehelai dua untuk Iman.

Suka berkawan. Kalau lepas dia kat mana-mana playground, he will try to mix around with other kids. But I have to closely monitor him if he was about to mix around with budak2 besar. You know, they can be so lasak like tolak2 budak kecik umur 2 tahun. So, kena la monitor.

Attune to gegirl :p Awww.. jangan ngorat ye.

He has a lot of toys yang macam crane, tow truck. Ha, benda-benda macam tu. Bila on the road, nampak the real crane at the construction area, he’ll said “besharrr” (besar). I don’t know why he call it ‘besharr’. He also address ikan bandaraya kat dalam aquarium kat rumah as “besharrr”. Tapi kalau crane kat bangunan yang tinggi, he called it as “tintiii” (tinggi). LOL.

Still n3n3n at home.

Not yet trained for PT. The real one. Belah malam je, Iman tak pakai seluar. Kadang2 tu naked terus. 5 minit sekali tanya “Iman nak shi shi?”. Hmmm, let’s prepare for PT.

Sometimes, tiba2 dia dah separuh bogel bila seluar tah ke mana dia bukak & letak. Sometimes, diaper pon dia bukak. Kalau pakai cd lagi la dia suka buka tutup the Velcro tu.

Before this, he call his fav uncle “mamaa…”, now he called him “ashuu” (for Ayah Su)

Tak boleh aku tido dulu dari dia. If I did, he’ll play around me, sampai aku rasa “haishhhh” dan bangun. Dan juga, tak boleh aku duduk baring-baring atas katil dalam bilik. Confirm dia akan datang dan tarik aku keluar. Siap tarik bantal sama, for me to baring-baring kat luar (depan tv). LOL. It has been months dia buat macam tu.

Dulu dia suka pakai kasut sampai ke dalam rumah. Cth, bila dah sampai depan pintu, Iman akan masuk dengan kasut sampai ke depan tv dan buka kasut depan tv. Now, dia dah pandai buka kasut kat pintu or luar pintu.

Naik tangga dah laju, tapi kena pegang apa-apa lah. Kalau turun, masih perlahan. Dia berhati-hati.

Prefer makan nasi sendiri. Tapi kalau nak dia betul-betul makan, sambil-sambil dia makan sendiri tu, kita kena suap jugak.

Selama ni, kalau nak bagi Iman makan ubat, sila bagi nenek pengasuh dia suap. Siap bagi botol ubat kat nenek pengasuh, dan Iman akan standby (duduk) tunggu disuap. LOL. Kat rumah? Akan ada la adegan kejar-mengejar, wrestling sikit-sikit. Takut ngan nenek pengasuh ke Man? Kekeke..

Nampak lilin secara live (jauh atau dekat) atau dalam tv/video, dia akan berusaha untuk tiup. Nasi atau air yg panas, Iman akan tiup sambil bunyi “fuhhh fuhhh”.

Masih takut dengan patung yang pakai baju kat kedai.

Juga takut dengan entiti yang gelap.

Conteng-conteng dengan krayon. Bila tengok krayon Buncho dia dah patah-patah dan lukisan ada di beberapa tempat tak sepatutnya, i.e pintu, almari akuarium, cover handphone; I bought him washable Crayola. Tapi dia akan pelik when he found out his art is gone from drawing area (read: dinding dekat akuarium).

Dah boleh lompat tak cecah lantai.

Yet to learn parts of his body. Nanti ibu ajar ye. Sekarang tahu mata, mulut, hidung, kaki, tangan. Nanti kita improve ye.

Suka sangat sepak bola. So, aku la jadi mangsa main bola sepak dalam rumah. Bakul akan jadi gol :p Boys will be boys.

Badan Iman tak naik. I think he’s on his old weight, 10kg. Getting taller but not getting fatter. It’s ok lah. Janji sihat :p

New vocab

  • Tatan – kalau nak ke seat belakang kereta.
  • Baying – baring. Ask me to baring if he want
  • Beshar – crane or ikan bandaraya
  • Andi – mandi
  • Ashu – Ayah Su, his fav uncle
  • Tinti – Crane at top of a building
  • Bati – bagi (bila barang dia diambil orang)
  • Tutan – Bukan (bila kita salah pasang channel tv)
  • Asyik – Nasi
  • Popok – Keropok
  • Ibu – THAT’ S ME!! Hehehe.. Officially boleh sebut complete IBU on his 2nd birthday. Clap clap.
  • Yuk – Tiup belon getah or belon air :p
  • Anash – panas
  • Ot – hot (panas kat luar rumah) sambil tutup kepala. LOL
  • Atokk – atuk, husband kepada nenek pengasuh AND also refer to benda yg dok depan kedai motor, the one yg bertiup lentok2 ditiup angin (this one guna eletrik). Haha… aku tak tahu apa nama dia. Tapi Iman takut nak lalu dekat dia.
  • Ane? – Mana?

Tu je lah yang aku ingat buat masa sekarang. 24 bulan dah ye. Selamat membesar Iman. You have a lot more to learn. Kita belajar pelan-pelan, ye :)



2 comments:

Jue @ atanayuiman said...

bestnya iman dah pandai lompat.. Iman jue tak pandai lagi :-( lompat mcm tak lompat.. kelakau jerr.. hehhe..

pape pun, hepi besday untuk iman.. be a good boy yeaa.. muaaahh!!

Ain Alida said...

awh, sungguh comel =D
keep up da good work iman =)