Aku sepatutnya terminate MLTA aku dengan Hong Leong and change to Prudential. Reason? Aku nak record aku hanya kat satu insurance company. Buat masa sekarang, aku bayar premium untuk Prulink Assurance Plan dan Prulink Education Plan untuk Iman. Under one roof lah senang. For the record, I've been paying for Iman's since he was 6 month. Harapan aku, dia dijauhi dari ada kena mengena dengan PTPTN yang mengarut tu. Lesson learn from me.
Sebut pasal MLTA, aku ada tanya sorang manager ni. Dia pon cerita kisah dia dan insurance. Dan ada statement yang buat aku sedar yang bukan aku je yg berfikiran macam tu. Dia kata "Bukan tak nak ramai anak tapi benda2 macam tu la... u faham kan?"
Ya, aku faham sangat. Gaji aku tak banyak. Tapi bila direkodkan, I used 22% of my gaji bersih paying for those 3 insurances. Memang orang akan kata, duit boleh cari tapi kalau boleh lahirkan ramai anak time muda, senang hidup di hari tua. I wish I can tapi ada banyak yang nak kena consider. At least untuk aku. Orang senang je nak cakap, "Iman mintak adik", "Bila lagi nak tambah anak? Dah masuk 30 kang, penat pulak."
For those yang ramai anak dan hidup senang, syukur Alhamdulillah. Tapi kami ada komitmen - insurance seorang anak RM150, upah pengasuh RM300. Minimum untuk seorang anak sebulan adalah RM450. So, kalau anak 2 orang, jumlah minimum adalah RM900, kalau 3 orang RM1350. Minimum. Oh, nanti ada yang cakap "Ambik la maid". Hmm.. not an option for me, at least for now. I don't know in the future. Sekarang kami tinggal di apartment 3 bilik. So, untuk ada maid, it is not a good option. Tukar kerja? Buat masa sekarang belum terfikir. I have a busy husband. So, after 5.30pm, aku akan tukar uniform jadi full time housewife; ambik anak dan masuk dapur. So agak2, berisiko atau tidak kalau tukar kerja yang dapat gaji lebih tapi jam 7.30pm belum sampai rumah?
Kalau ada yang kata "Tak nak tukar keje yg gaji banyak, tak nak ambik maid, pastu bising itu ini." Suka hati le. Bak kata pepatah, "macam la aku guna duit kau". Haha. Pepatah sape tu?
Walau apa pun, aku bersyukur kerana dikurniakan nikmat hidup yang sempurna bagi aku. Cukup makan, pakai, simpanan untuk hari tua dan Iman, syukur Alhamdulillah. Semoga rezeki yang kami dapat tiap-tiap bulan ni diberkati-Nya. Amin.
9 comments:
memang kena plan betul2 utk ms depan anak2.
aku tunggu beli rumah dulu, baru pk nak beranak balik..
kitorang beli rumah lagi satu. tapi belum boleh tambah anak sebab mau pengsan bayar 2 rumah dalam 1 masa. rumah je dekat 2k. gilos. so, tunggu rumah sekarang ada penyewa la besok2.
ye..aku pon sama wafaa..nak tmbh anak byk kena consider..bkn pasal duit je, tp ability aku..sorg je aku dah huru hara, kalo tmbh lg sorg, x tau la nak ckp cmne dah..biar la apa org nak kata......
wafa,kita lebih tau poket kita kan.so bo layanla mulut org.tp rezeki tu dari Allah sbnrnye,kita jangan risau pasal rezki anak2 sb mmg akan ada rezki utk diorang.yakinlah rezki tu dari Allah,bukan semata2 dari usaha kita cari duit.hati2 takut jatuh syirik sb kita percaya duit tu lebih berkuasa dariNya.Wallahualam,aku share ape yg disampaikan pada aku.sb aku pun pnh rasa cam ko rasa
Imah: maklum lah, kita ni baru nak mula hidup. keje pon baru 3-4 tahun, bukan berbelas tahun. Anak pon baru 1-2 tahun, bukan berbelas tahun. Jadi, kita buat la perlahan-lahan :) One step at a time.
Anonymous: Tak ada la sampai nak mendewa-dewakan duit sampai tak percayakan kuasa Allah. Orang tak beriman je yang fikir macam tu. Nauzubillah. It is just aku merancang keluarga dan kerjaya supaya besok keluarga anak-anak tak terabai. Aku percaya pada rezeki anak yang diberi oleh Allah, sebab masa anak umur 9 bulan kami beli 2nd car dan masa umur anak 20 bulan, kami beli 2nd house. Thanks to Allah for all the opportunities and rezeki.
insyaAllah,smg Allah jaga iman kita.as a mother kita mmg concern pasal every single things about our family esp kids..kan,only the best.aku suka baca blog ko wafa.devoted mom :)
hurmm... sbb tuh la sampai skang aku still wondering mcamane la mak ayah kita dulu leh tanggung anak ramai2.. wahal keje gaji x mcm kita skang ponn..... ..
mmg tabik dekat orang dulu2....
tapi.. org kata.. rezeki anak sentiasa akan tuhan bagi...hurmmm.. takut nak ambik risiko..
aku sokong natsuha :) macam mana orang dulu2 ye. mungkin zaman tu, barang pun tak semahal sekarang.
Betul, orang selalu cakap dapat anak ada la rezeki anak.. tapi kan, kalau kita dah buat reality check, sure kita dah calculate risk factor segala kan.. sesungguhnya diri sendiri yang memikul :) kena fikir mana nak proceed dulu dan segalanya :)
Post a Comment