Monday, February 28, 2011

Selamat berkursus

Jap, training dalam BM apa? Kursus? Latihan?

Hari ni MC kerana perut tidak selesa. Iman hantar ke rumah pengasuh. Aku dok rumah, rehat. Makan ubat tapi mcm belum ada kesan. Sementara MC, update blog se-round.

En Suami sudah selamat bertolak ke Osaka untuk training 5 minggu malam tadi. First time away dari anak dan isteri, 5 minggu pulak tu. Bukan 5 hari. Kami pegi airport 3 beranak. Sampai sana dalam just nice. The other 2 colleagues dan boss pon baru sampai. Yang satu kapal dengan suami ku ada 2 orang je. Boss diorang tu datang sebagai support. Sebelum tu, group ke Tokyo dah masuk dah. Flight 10.30pm.

Baiknya boss diorang, tunggu sampai diorang masuk balai berlepas, iaitu 11.30pm. Sampai final call baru la laki aku berkejar nak masuk. Sebelum tu deal dengan Iman yang menangis sebab kena paksa keluar dari playland sebelah KFC tu. Terpaksa tebalkan muka berjalan agak jauh bila banyak mata memandang. Nasib badan.



Sebenarnya baju tu ada seluar dia sendiri tapi sebab kitorang pakai jeans, dia pon nak pakai jeans jugak.



Masa kat Mc D kitorang makan sebelah Rashid Sidek. Muda lagi dia. Dan sudah pasti tidak berperut buncit.



Jadi Iman, kita tunggu phone call dari Ayah, ok? We pray for your safety and health.

Ok, mahu makan ubat dan breakfast merangkap lunch. Hah, apekah?

Friday, February 25, 2011

Sushi at pasar malam

Hari Khamis ada pasar malam Tmn Sri Sentosa. Sebab takut sakit hati tengok Kejora & Bintang, aku decide tak mahu tengok episod hari semalam. Jadi, aku bawa Iman pegi pasar malam. Bawa dengan stroller sebab nak cepat dan tak larat weh nak dukung sambil bawak barang. Boleh tumpang letak barang dalam bakul stroller.

Banyak aku beli. Murtabak ayam x 2, bihun sup, laksa penang, mi kari (tak sedap, lain kali tak yah beli), char kuey teow (next time mintak kurangkan cili), egg tart x 2 (menyesal aku beli tapi habis jugak aku makan LOL), Ultraman (murah dan besar) dan juga last but not least ...

SUSHI.


Jangan main-main, sushi ada jual kat pasar malam. Ada banyak jenis. Siap ada California Roll lagi. Iman suka sushi, so aku beli yang paling sikit. 1 box of 8 rolls = RM2.50. Jauh lebih murah dari Jusco or Sushi King. Rasa dia sama je. So, lain kali boleh beli lagi.

Bila anak suka makan sushi, rasa macam nak belajar buat. Dalam Jr Masterchef Australia, selamba je si kembar yang tinggi tu buat sushi. Huhuu..

By the way, the picture taken using our new kamera kecik. Macam ok je. Tapi kesian pulak dslr itu. Bukan niat untuk melupakan dirimu tapi kamera kecik ni adalah impian ku sejak dulu. Tapi jangan risau, kamu tetap aku sayang. LOL.

On our note, banyak jugak kompeni P itu bagi duit poket (excluding transportation masa kat jpn nanti). Convert-convert 5k++. Nak sikit? Haha.. Ok la good nite. Doakan hari esok lebih baik dari semalam. Amin.

Wednesday, February 23, 2011

Baking Guru

I love books. Terutamanya yang berkaitan dengan makanan. LOL. Penemuan terbaru adalah seperti di bawah ini:


Aku jumpa buku ni kat rumah in-law. Setiap kali pegi, aku pandang je. Tak cuba buka pon. Tapi last weekend, bila tak ada apa-apa nak buat, I took the thick book and start flipping it, page by page. OMG *capital and bold with huge font size*

Aku pernah jumpa recipe cards kat rumah nenek aku. Makcik aku punya. Tak sure Cik Han atau Cik Nun. Yang pasti itu cards dari US or UK. Dua tu je yang pernah study kat sana. Tapi yang kali ni laaaagi banyak.

Sebab banyak sangat section, buku tu ada 2 set plus 1 set (ni tak sempat belek). So kiranya buku tu 3 ring binder. Kalau nak take 1 page out, senang. Tak payah usung buku yang berat tu ke dapur. LOL.

Antara section yang di'cover':

  • quick breads and muffins
  • cakes
  • breads
  • pastries
  • tarts and pies
  • candies & cookies
  • main dish
  • biscuits and rolls
  • coffee cakes

Nak pinjam tapi nanti jadi hiasan je kat rumah. Dah la kekurangan book rack, book shelf cikai pon tak ada. Kesian tengok buku-buku yang tak tersusun. Book rack ada 1 je dan semua section dah guna. Sadis.

Anyway, cuci mata je la tengok buku tu.

Tuesday, February 22, 2011

Peragut mati bukan orang Malaysia

A gory end for Malaysian snatch thief.

Aku rasa tak patut tulis 'Malaysian'. Bukan ke 'Malaysian' tu maksud dia orang Malaysia? Adakah semua yang tinggal dia Malaysia ni, dikategorikan sebagai 'Malaysian' walaupon dia tu pendatang tanpa izin atau dengan izin. Bukan ke yang meragut tu pendatang? Local newspaper tulis dua-dua orang jahat tu pendatang. Berita Harian tulis peragut tu dari negara sebelah sana.

Haip. Tulis betul-betul tak boleh ke? Ehh ke sebab kejadian tu di Malaysia, dia pun tulis 'Malaysian'? Ehh aku dah confuse. Haha. Semangat patriotik tetiba.

Comment

Aku tanya someone pasal nak bawak kanak-kanak ke Istana Budaya. Ini kes mak nak tengok Terima Kasih Cinta la ni.

Then ada suara turut menjawab (bukan suara orang yang aku tanya).

Dia kata, "Tak sesuai bawak budak-budak tempat macam tu. Nanti dia nangis. Bising. Kacau orang".

Aku speechless tapi sempat jawab, "No, tak semestinya. Kalau toddler yang sebaya anak aku, diorang tengah nak belajar. By the way, anak aku suka live show".

Thank you for your precious comment.

2 points yang aku boleh cakap kat sini:

  1. Since the comment is from single unmarried person, aku rasa lebih baik tidak ada comment dari comment yang sekadar nak menyampuk. Dengan kata lain, lebih baik diam kalau tak tahu apa-apa.
  2. Perception dari orang yang tidak mempunyai anak kecik maybe typical. Budak-budak kecik ni tak sesuai di bawa ke tempat-tempat sedemikian. Adakah semua orang akan fikir budak-budak umur 2-3 tahun ni bising dan mengganggu orang?

Kalau dia tanya "Anak kau okay ke kalau tempat-tempat macam tu?" Itu aku boleh terima. Appreciate the concern. By the way, aku bukannya nak bawak dia tengok cerita Cinta atau Lagenda Budak Setan kat panggung. Sah-sah la cerita tu slow dan 100% confirmed yang itu bukan cerita kanak-kanak. Teater ni lain. Semuanya live depan mata. Siap ada orang menyanyi live lagi. Dan, takkan la mak tak tahu anak dia camane. Kalau tahu anak tak suka tempat-tempat macam tu, ada kita nak bawak?

Dengan kata lain - Please think before you say anything.

Saturday, February 12, 2011

Cerita Iman

Dah lama tak tulis pasal Iman. Bila tengok entry lama, banyak jugak entry.




NOTE: Kalau tak nak baca, tutup je. TQVM.

Pada umurnya 28 bulan 8 hari, beratnya tetap 10kg. Kang orang kata aku tak bagi anak makan pulak. Dah jenis badan dia tak naik. Tanya doctor pon jawapan dia sama "Dia sihat cuma dia small size. Tengok balik gambar parents masa kecik". Checked - ikut Husband.

It has been a while since Iman lulus 99% turun dan naik tangga. Tak cukup 100% sebab most of the time aku akan mintak Iman pegang something (dinding/tangga). Going up is faster than going down. Advantage - aku boleh hand-carry barang. Dulu masa Iman tak pandai naik tangga, susah nak bawak barang. Maklumlah ye, rumah tak ada lif. Apartment 3 tingkat mana ada orang buat lif pon.

Current hobi - main p-eh-p (PSP). Main as in betul-betul main. Cuma ada la a few parts yang dia perlukan bantuan such as tak tahu nak buka treasure box atau tak tahu nak lompat across the gaung. Yang ni kena tolong sebab kalau tak, nanti hero tu jatuh dalam api. LOL. Itu kalau main satu jenis game. Kalau main Ultraman, ada problem 1 je. Dia nak buat aksi angkat - pusing - baling pada yang tak boleh buat macam tu. Itu pon satu problem jugak nak kena explain bagitau yang Ultraman jenis tu tak boleh buat macam tu. Hmmm.. I don't think it is good for a 2 y.o toddler to play such games. Jadi, plan aku adalah, bagi Iman main PSP time weekend je. He has been asking for PSP since yesterday tapi aku kena cekalkan semangat dan distract dia dengan benda lain.


Gigi. Gigi bawah Iman menunjukkan tanda-tanda mahu rosak (macam kereta pulak.. LOL). Not that aku tak cuci atau beruskan gigi dia or gave him too much sweets or candy. Nope. Aku memang tak belikan dia candy or sweets. Paling manis yang ada kat rumah pon; Vitagen, yogurt, sometimes we have homemade cakes in our fridge, once in a blue moon ice-cream. Tak tahu main silapnya sampai gigi Iman boleh kuning dan dah tak elok. I feel bad. Nak-nak bila ada yang komen "Tu la, bagi makan gula-gula banyak sangat". Errkkk.. suka hati je nak komen. Cuba datang rumah aku dan buka peti ais tengok ada tak benda-benda macam tu. Komen pandai je ye.


Rambut. He had a long curly hair, until yesterday. Oleh kerana tidak tahan, aku pon bawak Iman potong rambut kat kedai mamak kat bawah rumah. RM5 je dah boleh dapat rambut yang pendek dan kemas :) Sebelum ni, ramai pulak yang cakap Iman ni perempuan. Padahal dah pakai shirt dan jeans. Dah habis 'lelaki' dah aku pakaikan dia, tapi ada jugak yang kata dia 'perempuan'. Tailor dekat rumah kata "Rambut macam perempuan". Cousin Iman cakap "Rambut Jonas Brothers". Pengasuh Iman kata "Ni kalau Isha dapat macam Li, mesti lawa". (Note: Isha adalah seorang kawan Iman di rumah pengasuhnya, berusia hampir setahun. Li adalah panggilan Iman di rumah pengasuh. Kenapa Li? Sebab anak lelaki pengasuh Iman nama Fadli, dan aku tak tahu kenapa dia address Iman as 'Li').






Tertarik kepada toddler lain dan mahu bermain bersama. Friendly I can say tapi sokmo kedekut takut orang ambik barang dia. LOL. Pandai berbaik dengan budak kecik dari dia. Kecik as in budak-budak yang baru merangkak, contohnya. Kalau dia tak bagi budak tu ambik bola dia, biasanya dia akan offer budak tu benda lain. And thank God dia tidak suka tolak-tolak budak lain sampai jahat. Haippp... behave sikit ye Muhammad Iman.


Juga budak perempuan, mesti tersipu-sipu. Terbaru masa jumpa Sofia Alani anak Rozalinda & Azwan Shahady tu. Haishh.. Dipicit-picit pipi Fifi. Nasib baik la Fifi tak rimas. Weekend hari tu Muhammad Aqid anak Bob dan Nana jadi mangsa dia. Huhuuu.. Oh tidak ye, Muhammad Aqid tu lelaki. Itu nak cite pasal Iman yang suka main dengan pipi budak lain. Kesian korang. Sorry la ye, anak auntie memang macam tu bila jumpa budak muda dari dia.





Bila aku panggil "Iman!", dia akan jawab "Ye, jap". Dan dia berlari-lari datang kat aku yang dok dalam bilik, contohnya. Hihiii... "Ye, jap" tu selalu aku yang cakap. LOL. Too cute.



Kadang-kadang, aku ajak Iman buat kerja rumah. Yang terbaru, kalau dia ada kat dapur masa aku masak, dia yang tukang ceduk beras dan masukkan ke dalam periuk, of course with my supervision. Kemas area depan tv kalau nak bentang toto pon Iman kena buat. Siapa sepahkan, dia yang kena kemas. Tapi biasanya, aku la yang kena kemas. Haha, macam la tak faham kan?


Contoh bantuan dari Iman. Ini masa hari hujan, kami sidai kain dalam rumah. Cepat pulak keringnya :)

Hmm ape lagi. Oh, Iman suka nasi lemak. Dia tak suka bihun goreng, tapi mee goreng dia boleh jugak makan. Antara fish fillet, nugget dan french fries, he prefers fish fillet. Huhuhu mahal tu nak. Betik, tembikai, pisang, apple dia ok dengan tu. Tapi kalau bagi dia isi kelapa, dia tak nak. Apesal ntah. Licin kot.


Target nak PT sebelum bulan 3 tak kesampaian. Kalau tengah practice tu, mesti bocor 2 kali. Camane ibu bekerja train yang tinggalkan anak di rumah babysitter PT anak masing-masing? A big Q.


Ok lah, tu je. Bye.

Sunday, February 06, 2011

Cerita yang seram tapi tak seram

hanya ada 2 dalam list:

Zombi Kampung Pisang
Hantu Kak Limah Balik Rumah

Dua-dua cerita tu kalau tengok banyak kali pon tak apa. Hihii..

Tak payah nak bandingkan dengan Ngangkung. I am not a fan of that movie. Aku pernah nampak orang komen somewhere kat Internet. Dia kata "Confuse cerita hantu sekarang. Cerita hantu ke cerita lawak". Well, dua-dua Zombi Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah Balik Rumah tu bukan hantu. Sila tengok cerita tu sampai habis. Zombi-zombi tu sebab termakan makanan yang bercampur toksid (ehh camane eja?) dan Kak Limah tu bukannya hantu tapi pesakit mental.

Ok, nak pujuk Iman berhenti main game. We are so in big trouble la weh.

Bye.

Tuesday, February 01, 2011

Superhero

Kali pertama (tak sure kalau kat rumah babysitter dia pernah tengok) Iman tengok Ultraman kat tv adalah pada 31hb Dec. Kemudian, beberapa minggu lepas, aku kena pow belikan Iman patung Ultraman yang besar la jugak. Layankan aje la sebab dia tak ada patung Ultraman. Then bila nak buang kotak patung tu, Iman tak bagi. Dia jumpa pulak kotak (lebih kepada kertas) kat dalam bilik stor. Diusungnya keluar dan jadi salah satu mainan dia. Nak menambahkan lagi perasa kepada demam Ultraman, suami downloadkan game psp Ultraman untuk Iman. So sekarang, bila sampai rumah (lepas aku jemput Iman dari rumah babysitter), Iman akan tanya "Ibu, ane pp?" (Ibu, mana psp. Psp jadi 'pp). LOL.

Come to my surprise, dia kenal la pulak Ben10. Kebetulan kami ada 1 selimut Ben10 dan 1 comforter Ben10. Kat rumah tak pernah buka kartun Ben10 tu sebab aku tak tengok Ben10. Satu hari tu, Iman yang tengah main2 remote tetiba tertukar ke channel yang ada kartun Ben10. "Ibu, Ben10." Dah upgrade dari sebut "aten" kepada "ben-ten". Good job. You are improving. So now, nampak sekecik2 sticker Ben10 atau orang pakai baju Ben10 kat tepi jalan (dan Iman dalam kereta) atau baju-baju Ben10 yg ada jual kat Jusco, mula la dia mintak nak Ben10. Lucky we still can distract him with other things. Kalau tak boleh, habis la.

Ultraman pon tengok movie

Dalam fikiran Iman sekarang "Laptop ada Ultraman"

Pemilik baru PSP. Budak2 zaman sekarang.