Thursday, November 30, 2006

To Rozalinda Ghazale


tak elok merajuk :)

Wednesday, November 29, 2006

Awak suka siapa?

tiba2 rasa nak tengok semua kartun2 nih. dulu zaman sekolah rendah, time cuti sekolah paling best. pagi2 kat tv ada cite2 ni. yg best, bila diadaptasi dari cite2 kartun ni. sanggup tu mandi lambat. ahaks. tapi skang kartun dah lain dah. makin moden.




List of cool shout box

kepada sesape yg nak tukar shout box atau yg baru nak adakan shout box (mcm aku.. hihi), boleh la jenguk2 ke URL kat bawah nih.

  1. Oggix
  2. ShoutMix
  3. ShoutHuns

sape2 nak tambah lagi, please do. terima kasih.

Tuesday, November 28, 2006

new me

ahad - pegi Focus Point kat Carrefour Subang. tujuan - nak beli sesuatu untuk memberi mata ni keselesaan. mula2 nak beli contact lens. tapi bila pk balik, aku amik spek. frameless ni tebal kot. bila pakai rasa mcm cikgu lak. then, masa nak balik aku tanya that lady 'if i want to go for contact lens, how much aaa?'

ini yg dia jawab
1 box = 3 pairs
RM150
2 box = 6 pairs
RM300
Free 1 pair
7 Months

bila aku cakap kat kawan kat opis, diorang kata mahal. then what should i do? nasib baik tak kena tipu. dan semalam, pegi amik spec. hohoho baru jelas. tapi tak selesa lah kalau nak pakai sepanjang masa. then, i'm thinking to buy pairs of contact lens.

Monday, November 27, 2006

Should watch Hindi-movie

Dah lama tak tengok Hindi movie. Last week pegi umah member (Aishah), tengok. Asalnya nak tengok citer lain tapi tak jadi. tengok laa cite ni - Kabhi Alvida Naa Kehna.


Synopsis:

Kabhi Alvida Naa Kehna is the story of a football player, Dev (Shah Rukh Khan) - whose career falls apart after an accident that leaves him handicapped for life - and Maya (Rani Mukherjee) who struggles to come to terms with her inner self after she realises that she cannot have children.

Dev's wife, Rhea (Preity Zinta), is a modern career-driven girl, while Maya's husband Rishi, (Abhishek Bachchan), is everything that is classy and urbane.

The movie explores the depths of human emotions, the dark corners of every personality. Kabhi Alvida Naa Kehna takes an interesting turn when Dev meets Maya and sparks fly.

The new found relationship soon creates complications between the two couples. It also causes them to put their lives and their marriages into perspective and face life as they had never done before.

Friday, November 24, 2006

Esok cuti yeay!

hari ni jumaat. esok sabtu. lusa ahad. lepas tuh dah masuk keje balik. pejam celik memang cepat je waktu berjalan. shavira pon dah nak kawin. dulu masa degree, selalu gak la nampak dia kat school. bukan selalu, mmg takde hari tak nampak. ahaks. bila tengok dia cam alim2, takut la pulak nak tegur, sembang. tapi bila masuk keje, eh eh.. boleh bawa sembang jugak rupanya. semalam sembang lama dengan dia. rupanya dia dulu dok Pengkalan Chepa. terkejut besar aku.. aku dok sana 11 tahun. aku habiskan zaman kanak2 aku kat sana. kawan2 aku ramai. rupanya2 dia kenal kawan2 aku tu. cait... awat hang tak habaq awai2. adoi.. ter'jejak' kasih la pulaks. eh apasal orang yg dah nak kawin ni badan cam naik je. ahaks.. contoh.. irwandy hohoho.. senang hati kot.

semalam timbang berat kat umah Aishah. OMG! naik 2kg. skang 47kg. haaaaa?????? biar betul. dah lama berat tak cecah lebih 45kg. alamak.. mati aaa cam ni.. abis aku. abis. patut la seluar keje cam ketat je. sampai gatal2 perut. aiyoo.. kena mulakan aktiviti kurangkan makan. erm.. camane la berat tak nak 2kg. aku terlalu cukup makan. pagi, lunch, tea break, malam, supper.

hari ni jugak, aku Q amik tiket A1. hehehe dapat la 6 tiket. ingatkan nak pegi ngan bb tapi dia keje lak esok. tengok lah camane. but i wish i can go with him. dah lama sangat kami tak kuar sama2.

Wednesday, November 22, 2006

hair-style

semalam aku ngan aishah buat keje gile. ahaks. pegi KL sentral kita pegi sape mek? hohoho ako mustapha! huhuhuhu... tak pasal2 boleh duduk2 dgn mamat tuh. dah le hensem. adoi laa..

utk 1 jangkamasa yg lama aku akan support semua problem wms sorang2, alone. alah, sebelum nih pon mmg buat sorang pon. tapi betul lah, bila aku buat keje sorang2, aku akan jadi lebih independent. bila aku lebih independent, confidence level aku akan naik. that is the pro. but the cons is aku akan teragak2, dan lambat nak setelkan problem. itu lah yg susahnya. NOBIta bukannya nak paham. yg dia tahu, campak kan keje2 yg tah apa2 kat aku.

oh ye, rozalinda ghazale nak potong rambut. aku pon carik2 gak hair-style. aku suggest Natalie Imbruglia punye style masa nyanyi Torn. aku penah potong cam tuh. siap bawa magazine lagi, tunjuk kat tukang gunting. hohoho. rindu nak tukar style rambut. dulu selalu potong, tukar style. tapi skang, sebab dah janji, takleh nak selalu potong. potong hujung je. sb dulu layer, jadi aku nak biar dia panjang dan sampai satu paras, aku nak kasi potong dan samakan.

Tuesday, November 21, 2006

tanggungjawab

i feel so tired, exhausted, dog-tired. semua2 lah. skang aku rasa tanggungjawab aku makin banyak.
  1. DIA
  2. keluarga
  3. mohd najib
  4. kerja
  5. diri sendiri

oho. i have to put myself at the last place. i'm trying to get myself to cope with all the stuffs. kadang2 penat lah. beban di tempat kerja makin bertambah. tambah lagi 4 module. argh! apasal Edar tak support sendiri. apasal lak nak suh aku. nobita pon satu. terima je dari si sarip Edar yg mcm bagus tuh. yg jadi mangsa, kitorang yg bawah nobita lah.

Doraemon, tengok je ke? tolong lah! sengih la pulak.

Monday, November 20, 2006

wedding season begins!

semalam pegi wedding ex-schoolmate (KP batch 98-99) cum my homeroom. btw, homeroom aku ape nama ek? lupa lah. tengahari janji kat umah g-jan. pastu pegi amik watie & fiance dan juga honey & boyfriend kat pintu belakang UiTM. skang ada convocation kot kat sana. eh, ye kot. then we headed to giant sec 18, beli hadiah. kena balut sendiri siot. hahaha. lepas tuh baru pegi tempat kenduri. banyak jugak nampak papan yg orang pacak tulis Nurul & Norzariman (a.k.a G-me) hehehe.. cam suspense gitu nak tengok apa theme color g-me.

kami sampai je, pasukan kompang dah siap2 nak balik. hoooo dari jauh nampak khemah warna putih & turqouise. kitorang pegi depan gate. ekekekek g-me tengah sanding siot. kat sekolah dulu panggil macho man. sakit perut tahan gelak. serius. zaman sekolah is the best zaman i ever have.

Congratulations guys. Next is Watie!!!

Photographed by G-jan

Thursday, November 16, 2006

UPSR

UPSR or Ujian Penilaian Sekolah Rendah. zaman aku dulu (1994) 4A tu dah dikira cemerlang gile. bangga gile dapat 4A. skang, budak2 makin pandai. ada yg amik sampai 6,7 subjek. dalam beribu2 orang budak darjah 6 yg berdebar tunggu result, salah seorang adalah adik aku, Wardah.

dear sis,

Wednesday, November 15, 2006

Detective Conan

today is wednesday. it means, today is detective conan's day! yeah, aku mmg suka cerita yg konsepnya mcm ni. CSIs, Missing, Midsomer Murder's, Ghost Whisperer.

Cerita Detective Conan ni merupakan kisah seorang budak sekolah rendah, yg bernama Conan Edogawa. dia ni kira terer lah menyelesaikan masalah, dengan pertolongan kawan2 dan juga gadget2 yg dia ada. Sebenarnya, Conan ni 17 tahun yg bernama Sinichi Kudo. pada 1 hari ada orang jahat dah ketuk kepala dia dan sinichi telah pengsan. masa dia dalam keadaan separuh sedar, sejenis dadah telah cuba dimasukkan ke dalam tekak dia. dengan tujuan utk membunuh Conan. instead, Shinichi was shrunk into a little kid. In order to prevent the men who did this to him from hurting his friends and family, Sinichi telah menukar identitinya kepada Conan Edogawa.

i had KFC for my lunch. 2 piece of ayam original. with siti nuraishah.

Sunday, November 05, 2006

muffin yg tak jadi

bangun pagi ni, benda pertama yg ada dalam fikiran aku - muffin. home made muffin, hot and soft. waaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhh sedapnya. tapi sebelum tuh, sambil bermalas-malas atas katil, tengok Missing. aku lebih suka jess partner dgn brooke, compare to yg lagi sorang. jess tuh comel la. dia berisi tapi tak gemuk. haaa camane tuh.

kak lin move out dari rumah no MF 111, apartment makmur. katanya nak pindah ke sg besi, rumah adik dia. kenduri kak ain nanti boleh la jumpa dia kot. and i'm going to move out once i get they key! yay!

back to muffin story. bila semangat tuh memuncak, tiba2 baru terperasan, semua sukatan tuh nak kena measure dengan kitchen scale. ayooo mana aku ada. hari tuh pinjam Lin punya. dalam keadaan hujan yg renyai (nasib baik la renyai) aku amik kunci keta, pegi kedai kat belakang. takde penimbang. last2 pegi carrefour subang. sebesar2 carrefour subang aku tak jumpa penimbang. ape nih. last2 benda lain yg aku beli. lari bajet beb.

dalam jam 6 lebih, honeybunny balik. aku pon pegi la sentosa, nak cari penimbang kat checkers. haaaa ada pon. this coming weekend, kalau rajin, nak buat lah.

Thursday, November 02, 2006

jue, i'm sorry..

what should i do in order to have better life? how should i manage my life? everyday i did the same thing. should i change my lifestyle? erm.. i don't think so. i own my own life. nobody rules my life.

itu omputih. skang omlayu lak. ada orang tanya aku - rasa lain tak lepas bertunang. jawapan - takde rasa apa2 beza. yg membezakan, skang sudah ada ikatan. cuma, aku rasa, aku dah buat seorang kawan baik aku rasa diabaikan. aku takde niat tak bagitau. entah la.. taktau kenapa aku tak bagitau sape2. kawan2 yg tahu sebelum bertunang hanyalah 3 orang - officemates. close friends, taktau. aku cuma email bagitau dalam friendster.

jue, sorry.. aku bukan taknak bagitau. beberapa hari sebelum raya baru kitorang decide. aku tak sempat nak pk apa2. sedara mara aku pon aku tak bagitau. mak aku je yg sampaikan berita. sorry dear.. tapi aku nak sangat ko jadi pengapit aku..