Tengok gambar dulu.
Ini masa Iman playdate dengan Ashraf. Being Iman, tengok tinti lagi excited dari tengok air yang banyak dekat pool. Lama jugak nak pujuk dia untuk masuk pool balik.
Dan yang ni pula, masa melintasi fly over dekat Giant Kelana Jaya. Bukan je Iman, aku pon macam "Fuyyyooo Iman, banyaknya crane". Iman boleh nampak sekecik-kecik crane yang kita tak perasan. Observer.
Boleh dikatakan Iman obsess dengan mighty movers. I learn their names from his sticker book. Giant wheel loader, cement mixer, truck excavator, dump truck, tractor, mobile crane, grader. Ada lagi. So far, ada 2 nama Iman panggil - beshar (besar) & tinti (tinggi).
Kerana minat anakanda ini, aku pon kadang-kadang snap gambar, bila jumpa yang clear dan dekat. Dalam henpon, hanya ada 4 gambar. Gambar-gambar ni la Iman dok tengok sehari-hari, termasuklah sekarang. Siap duduk atas riba aku lagi masa aku tulis entry ni.
Ok la. Nak layan anak. Dah dapat order "Ibu, n3n3n".
Tata.
No comments:
Post a Comment