Friday, December 22, 2006
tiket
tapi kan, nak buat ape sepanjang weekend ni? nak buat kerja2 kreatif kreatif lah. atau pon jalan2 kat KL cuci mata tengok barang. gaji dah masuk tapi rasa mcm dah nak abis je. teruk betul lah.
Thursday, December 21, 2006
Phuket.. bila nak pegi?
rasa nak pegi jalan2 lah tapi tak tau nak pegi jalan2 kat mana. nak pegi jalan2 dengan sape? inazuke sibuk. adik2 pon dah tak leh nak ajak pegi sana sini dah. aya dah masuk semester baru. lumi lak susah nak dapat cuti. cuti utk kenduri ayahsu kat pasir mas pon tak lulus. ape laa bos dia tuh. tu mesti cha-ya-nun-alif.
tetiba aku teringatkan Phuket. tak tahu kenapa, itu lah tempat yg aku teringin sangat nak pegi, selain Jepun. orang lain mungkin nak pegi Europe, Paris. nak kata aku nih suka pantai, takde la suka sangat. sb leceh la kena bersihkan badan dari pasir. kan macam melekit2 gitu. tapi itu lah.. Phuket is just nice & beautiful place for a vacation.
apa yg kita perlu ada untuk ke Phuket?
- pasport - make sure pasport tak mati. kalau mati, sila lah renew
- duit - duit shoping, makan, hotel. kalau boleh tumpang tido umah sedara/kawan, boleh la jimat sket & ada la duit lebih nak shoping
- camera - tak kisah lah camera jenis apa, asalkan boleh snap gambar. kang orang tak caya lak kita pegi sana
- pakaian - penting! takkan nak bogel lak.
- ubat - kalau ada sape2 yg sakit2 tu, ubat penting tau. kang satu hal pulak nak cari klinik kat sana. panel proton takde kat sana tau.
- gadget - mp3 player ke, apa2 player ke yg boleh digunakan utk jadi 'teman' kat sana
- ape lagi??

how to get to Phuket from KL?
- air / aeroplane - hehehe ejaan masa kecik2. skang orang suka cakap 'flight' je. dari KL boleh naik MAS / Air Asia. berapa jam ek? tak lama kot. sebab takde la jauh sangat. hehe
- land - boleh pegi Hatyai dulu. kat sana ada Air Thai yg ada daily flight ke beautiful Phuket *wink*
Tuesday, December 19, 2006
nak shopping tapi..
hari ni makan banyak.
- breakfast - kueteow goreng Mak Tam RM1.80
- in between breakfast & lunch :) - pisang 1 biji
- lunch - bihun sup RM3.50 (tak sedap lah), donut 1
- in between lunch & dinner :) - pisang 1 biji
- dinner - sudah tentu tak nak makan nasi sb rasa seluar ini sudah ketat lah, gatal2 lak perut
Monday, December 18, 2006
aktiviti hujung minggu
khamis @ 14/12 - pegi setapak. tapi sebelum tuh singgah sentosa, amik camera. sampai setapak dalam jam 11 lebih. famili dari kelantan dah sampai umah ayah chik.
jumaat @ 15/12 - tengahari pegi umah kak ima. lunch kat sana. her house was sooooooooo cantik. sejuk sangat rumah dia. haziq (son) takde, pegi kem hafazan. abang kimi (husband) pegi solat jumaat. kak ima ni menantu-tak-jadi nenek aku. erm.. camane aku nak jadi macam dia ye? disenangi oleh seme2 famili aku. erm... then pegi carrefour wangsa maju. shopping sket. owh ye, aku beli kain stokin & dawai :-) suka lah, dah reti buat :-) kemudian dalam jam 4 lebih, kitorang bertolak ke kuala selangor. toksu & cikLah naik kancil. sampai kuala selangor dalam kol 6 kot. then check in hotel (De Palma Hotel). rupanya kat situ dekat je ngan bukit melawati. aku je yg taktau. budak2 laki sampai2 je terus mandi kolam. aku punye turn.. tunggu esoknya. malam lepas maghrib kitorang bersiap2 untuk pegi akad nikah ayahsu. hoooooooooooooo ayahsu aku dah jadi laki orang beb. mcm tak caya je. apasal tengok orang kawin cam senang jek?
sabtu @ 16/12 - pagi2 buta lepas subuh mandi kolam. berendam 2 jam.. hohoho best best. sb air dia suam2 je. kol 11 bertolak ke tanjung karang. sepatutnya majlis start kol 12 tapi sb rombongan kitorang dari KL 3 biji keta tak sampai lagi, jadi ter'delay' sejam.. hehehe nak wat camane. dah ramai orang, macam2 la. lepas kenduri kitorang terus blah balik KL.
to view photo click at my Photo Album
Wednesday, December 13, 2006
Huh!
sepatutnya kalau kita (merujuk kepada sesiapa sahaja yg bergelar perempuan atau wanita) dah kawin, dan rezeki dapat anak cepat, please stop asking people "eh, ko dah pregnant belum", or "dah 1st anniversary kan, belum ada apa2 lagi ke?", or "i kawin sama masa dengan siti tapi i pregnant dulu". only stupid people will react like that. mana la tahu kot orang yg ditanya tu tak boleh mengandung ke, atau rezeki dia lambat. tak boleh la tanya2 pasal orang "eh u dah ke belum". damn. buatnya Tuhan tarik balik rezeki yg dia pinjamkan kat dia, maunya meraung.
summary:
- if u get pregnant, just shut up your mouth & don't ask people "eh u dah pregnant ke belum"
- doesn't mean if u are married, the whole conversation must be in the same area - kawin, laki, kawin, laki. banyak lagi topik dalam dunia ni boleh dibawa sembang
- don't u ever set the timeline when i'll get pregnant, when i'll deliver. u are no one to talk like that to me
- if u get married, pls be loyal to your husband. don't contact ur secret admire or what so ever u may call them. just don't.
ok. one more entry. pernah tak jumpa mana lelaki yg excited / teruja gile bercerita pasal nak bertunang & bertunang? bercerita dengan nada suara yg kuat dan kalau boleh mcm nak semua orang dengar. penah tak jumpa? kalau belum, sila datang ke IT department (shah alam ye, bukan COE). kat sini ada.
Tuesday, December 12, 2006
movie : cinta
semalam tengok CINTA. komen? ok. tak macam cerita melayu yg biasa. ala2 yasmin ahmad punye cerita. bravo! buat banyak2 lagi cerita cam nih. jangan buat mcm prof razak, yg semuanya tah pape.tapi tak direcommend bawak anak2 tengok. nanti tido lak budak2 tu. dan juga kepada yg tak layan cite slow, better don't go to cinema & buy RM10 ticket. kang bising lak kata 'rugi lah'.
sharifah amani rocks! she's a really babe!
Monday, December 11, 2006
dating
bb kata nak makan kek :) aku bawa dia pegi Giant KJ. we have a great time. sembang2, borak2. suka tengok dia boleh gelak2. dia bercerita pasal felix, miya, ibuki. walaupon dia tak de social life, aku tak kisah. his social life is with me. aku yg bawa dia ke mana saja dia nak pegi. kalau bukan sebab dia nak pegi lowyat dengan keta, sampai skang pon aku tak tau jalan2 kat KL tuh.
ok lah. baju2 sudah siap didobi :) rosli pon dah balik. aku nak balik rumah lah. nak rehat sambil buat kerja2 kraftangan, kaki dan tangan hehehe
arghhh esok keje.
to PD with in-laws
bertolak ke PD dalam pukul 12 tengahari. itu laa 1st time aku pegi PD. dulu ada gak bercadang2 nak pegi tapi tak terpegi. dalam jam 2, sampai kat Tiara Beach Resort. check in dalam kol 3. mcm nak patah kaki aku berdiri dekat sejam lebih. kerusi ada tapi semua penuh. hohoho ramai gile orang.
kitorang (cikna, angah, along, abg mat, ummi, aqil, icha) amik bilik kat tingkat 5. mula2 masuk bilik dia tak wat cleaning lagi. ape lah. toilet flush pon tak function. ape lah (lagi). ekceli kan, ini lah 1st time aku berada dengan inazuke's famili without inazuke. kalau tak, nak naik umah pon kena tunggu inazuke ada. aku kena biasakan diri lah.
dan, aku tak tau la pulak resort ni ada water park yg besar kat tengah2 resort. damn. kalau datang dengan famili sendiri nih, aku lah orang yg pertama terjun. argh.... balik pasir mas nanti nak ajak mama pegi perdana resort lah. tido 1 malam pon jadi lah. aku nak berendam puas puas. ini lah 1st time aku tak terjun dalam kolam bila kolam dengan air yg jernih ada depan mata. camno den nak terojun, den tak bawak innerware lebih. ahaks.
Friday, December 08, 2006
sakit mata ku
- donut x 2
- karipap x 3
- kuih seri muka x 1 (kueh yg kale hijau tu nama dia seri muka kan?)
- roti canai telur
- nasi putih, lauk sambal udang
isnin cuti, birthday sultan selangor. happy birthday in advance. kek takde?
berjaya meng'extract' 60 invalid chassis. yeay! sampai sakit2 mata aku. owh ye, hari ni dapat email kata NO MORE OVERTIME JOBS. kesian lah kat non-exec, most of them survive atas OT. kalau cut OT, susah diorang nak survive. tapi itu lah, ada non-exec pakai keta yg lain besar dari kancil ku yg kiut miut itu.
nak prepare utk kekkon lah. dah wat list dah. sama2 buat dengan Lin masa meeting. hehehe. ops... i should take the 1st step, i think.
Wednesday, December 06, 2006
Man's Talk
which is better
apa yg aku nak buat kalau aku berhenti kerja:
- bisnes sendiri
- home-stay-mom
dua2 ada advantage & disadvantage.
- bisnes sendiri - Adv - tak perlu kerja utk orang lain; Dis - kena tanggung risiko sendiri
- home-stay-mom - Adv - sepenuh masa utk family; Dis - mana wife nak dapat duit nak bagi kat parents kalau dia tak keje? what if the husband dump the wife?
Tuesday, December 05, 2006
Nama
Abdul Latiff – hamba Allah yang maha bertimbang rasa
Zainah – perhiasanku
Wafaa – kesetiaan
Halumi – yang lemah lembut
Surayya - bintang
Muhammad Hanif – yg bersih, suci
Widad – kasih sayang
Wardah – bunga ros
Noor Syahira – yang terkenal
Mohd Asyraf – yang dimuliakan/diagungkan
dan, my inazuke
Mohd najib – terpuji, yg cerdik
kekkonshiki
semalam inazuke kena diarea. makan lauk kenduri angah wat balik kot. tapi aku pon makan gak. nasib baik tak kena.
i have to start to plan for my kekkonshiki. have to. cane ek. taktau nak start kat mana. oh dear.
Asian Game 2006. skang Malaysia berada di tangga ke 11. baru 1 emas. itu pon dari bowling. shalin zulkifli tak perform sangat lah. next hope is squash queen, Nicol David. world champion in a row, hoho. ape lagi ek? badminton? erm.. tengok la cane. sb diorang compete dgn China & Indonesia. Gymnastic artistic pulak, m'sia tak perform. dulu masa komenwel 98 (eh cane eja?), dapat gold utk acara berpasukan. lepas tuh dah tak dapat pape dah. ke dulu sebab main kat tempat sendiri?
Monday, December 04, 2006
demam
asian game fever sudah start. berjaga tengok game. hohoho best best. gymnastic sudah start. dan aku pon dah terkena sama. aaaassssssssssyyyyyyyyyyyyyuuuuuuuummmmmmmm. haaa lega. tonsil sudah tak bengkak. doc kata tonsil bengkak punca demam. adoi.. patut la kepala berat je 2,3 hari nih. tadi pegi klinik alam medic USJ 4, ada doc cun. DR PARVEEN. lawanya dia. dah kawin ke belum ek? harap2 husband dia pon hensem, biar padan sket.
kepada kawan2 kat opis - aku tau korang sunyi.. ahaks.