Showing posts with label Islam itu indah. Show all posts
Showing posts with label Islam itu indah. Show all posts

Thursday, August 11, 2011

Ramadan 11

Hari ni sempat hadir ceramah Ustaz Zawawi Yusof (penceramah bebas). Lepas meeting 2 jam setengah, dapat dengar ceramah ni sejuk sikit hati. Aku tak tahu tajuk ceramah sebab masuk 10 minit lambat. Aku rasa yang berkaitan dengan ilmu dan amal.

Untuk ingatan diri sendiri, aku listkan kat bawah ni point-point aku yang aku pick-up
  • ada ilmu, percaya pada ilmu, ajak orang buat tapi dia sendiri tak buat. Dia adalah orang yang fasikh
  • ada ilmu, tak percaya pada ilmu, ajak orang buat, dan dia pon buat. Dia adalah munafik.
  • ada ilmu, percaya pada ilmu, ajak orang buat dan dia sendiri buat. Dia adalah mukmin.
Dan ada sesuatu yang menarik, yang aku baru tahu.
  • kalau kita berniat untuk buat sesuatu yang baik, contohnya kita berniat untuk solat tahajjud, itu pun sudah dapat ganjaran pahala.
  • kerana niat yang baik itu telah menjadi realiti di alam jin (tak sure term yang betul)
  • jadi kalau kita berada di tempat yang gelap tapi kita niat untuk menjadi berani, InsyaAllah jin yang akan menjauh dari kita.
Dan juga, solat kita mungkin sah sebab memenuhi semua syarat tapi sah itu tidak menjamin solat kita diterima oleh Allah swt. Nasihat Ustaz Zawawi, sempena Ramadhan, mari kita berdoa semoga semua amalan kita diterima oleh Allah swt. Amin.

Itu sahaja. Assalamualaikum.



Thursday, August 04, 2011

Kaabah

Dari email seorang rakan.

Rasa nak menangis bila membaca. Rindu rasanya nak pergi lagi ke Tanah Suci. Semoga Allah murahkan rezeki dan semoga dapat tawaf Kaabah lagi.

Tuan Guru Haji Mohd Baqi Osman, tok guru dah mula kuliah. Beliau menceritakan tentang peristiwa yang bakal berlaku di akhirat kelak. Tentang syurga, tentang neraka. Para jemaah masing-masing diam, tunduk dan insaf.

Salah satu cerita menarik yang disampaikan oleh tok guru iaitu berkaitan dengan titian As Sirat. Jambatan yang merentangi neraka menuju ke syurga itu bersifat fleksibel. Ia boleh membesar, mengecil, memendek dan memanjang mengikut kumpulan yang akan melintasinya.

Jika orang beriman, pastilah ia akan melebar dan memendek. Manakala bagi orang kafir, ia akan mengecil dan memanjang. Antara yang akan turut berarak menuju ke syurga ialah kaabah. Malaikat datang membawa perintah Allah kepada kaabah yang dihias indah pada hari itu supaya bergerak menuju ke syurga.

Yang menghairankan, biarpun kaabah tahu itu perintah Allah, namun ia enggan bergerak. Lalu malaikat bertanya kenapa enggan bergerak ke syurga. Kaabah menjawab bahawa ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan jika diiringi oleh semua manusia yang pernah tawaf di sekelilingnya.

Lalu malaikat mengumpulkan semua yang pernah tawaf untuk mengiringi kaabah ke syurga. Kaabah terus mendiamkan diri tak mahu bergerak. Malaikat bertanya lagi kenapa tak mahu bergerak.Kaabah menjawab, ada lagi beberapa orang yang tidak hadir..

Apabila diperiksa, rupa-rupanya orang-orang berkenaan telah dilempar ke dalam neraka kerana kesalahan yang pernah mereka lakukan di dunia.

Malaikat maklumkan bahawa orang berkenaan adalah orang-orang yang berdosa dan perlu disiksa di dalam neraka.

Kaabah berkata, ia tidak peduli orang itu berdosa atau tidak. Yang penting ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan diiringi oleh semua orang yang pernah tawaf di sekelilingnya.

Malaikat mengadu kepada Allah tentang hal yang berlaku.... Allah yang Maha Pengampun dan Maha Mengasihani terus mengisytiharkan bahawa orang-orang itu telah diampunkan dosa mereka. Mereka lantas di bawa keluar daripada neraka dan mengiringi kaabah menuju ke syurga....

Wallahu a'lam bis sawab.