Showing posts with label solid food. Show all posts
Showing posts with label solid food. Show all posts

Wednesday, August 11, 2010

1 Ramadan 1431H

With 2 tablespoon of plain flour, we can get 10 pcs of mini pancake. 1 tablespoon of batter can make 1 pc of pancake. Untuk budak-budak. Untuk adult, pandai-pandai la adjust time nak scoop tu :)



Bekal Iman untuk hari pertama puasa ^_^


Monday, March 01, 2010

Hello

Hanya sekadar mahu membuat catatan:

On new cushion
  • Kami tempat kusyen baru sebab kusyen lama dah rosak.
  • Kami custom-made. Measure old cushion, made our own design. 2 pieces only. Sit cushion je. Back cushion ok lagi. Masih sihat.
  • Kami tempah kat kedai perabot kat kgMelayuSubang. Sana ada banyak kedai perabot. Kalau rajin keluar masuk kedai, we might get cheaper. Perabot2 pon cantik2 dan harga affordable.
  • Price. Taktau mahal ke tak sebab ini 1st time custom-made. Cushion itself RM450. Extra cover RM550. There goes darling husband $$$
  • Material for cover chosen by husband. It's velvet. RM50/m. I was like "apeda mahal sgt".
  • Siap cepat, in 2 weeks kot. Consider cuti cny yg panjang, cepat la tuh.
  • Seeing the result, we are satisfied. Kemas dan cantik. Iman pon suka. haha. Ada kaitan?
On Iman
  • he'll turn 17 month this week.
  • Hari ni nenek pengasuh dia tak ada, balik Kedah. So, hantar dia rumah anak dia. Nasib baik dekat je dengan rumah.
  • Last friday, 1st experience jogging dgn Iman. Mula-mula Iman jogging. Then lepas 1 round, jumpa kucing. Main dengan kucing. Lepas tu tak nak jog, I've to carry him to car to take his stroller. Then, i jogged with the stroller. On the way balik, a chinese grandpa baru habis buat tai chi tegur, "He jogged just now", and smiling to us :)
On dapur
  • i made chili crab. Pat on my shoulder darling husb~~
  • Selepas beberapa kali "Abg, jom la cari ketam", husband bought me ketam @carrefour. How nice. He's willing to potongkan ketam tu @home.
  • After seeing BEST-Wan @AFC (chef wan masak food utk cny), ha, ape lagi, terus masuk dapur dan masak.
  • Takde sukatan, tapi result dia ok lah. Haha perasan.
  • Last week buat dorayaki. Beli kat summit RM4.50 for 3 pcs. Mahal tu. Buat sendiri lagi puas hati. Iman pon boleh buat bekal.
On isu dera budak 3 tahun sampai mati
  • Wah, kemain si emak tu bersekududukan sampai ada seorang atau lebih anak luar nikah
  • Btw, TIDAK LOGIK kalau dia tak tahu anak dia kena dera. Loser.
  • Takyah la nak mintak bantuan kebajikan masyarakat. Sumbat je penjara. Insap sendiri dalam hotel besi.
On family
  • InsyaAllah, kalau takde aral apa2, my 2 lil sisters are getting married and engaged.
  • They're 27 and 25, accordingly :)
On fb
  • Cw - I need more barang untuk spice rack
  • Fv - More barang pls. Other than harness and horseshoe.

Tu je lah untuk kali ini.

Thursday, January 07, 2010

yellow and blue

I think, Iman's color is yellow and blue. Hmmm... or, is it my color? Yellow is not my color. No, I'm into blue. Sky blue. But this yellow, the one in the picture, mak suka la nyah!

Pagi ni sempat buatkan Iman pancake. Mini as usual. 3-4 spoonful of flour, boleh dapat up to 15 pieces. Kali ni, modify sket. Guna honeystars powder dan sedikit fresh cream. So, nama dia adalah Honeystars Pancake.

He likes yogurt. Masa kat mini market semalam, kiri kanan tangan pegang yogurt. Bila bagi roti, dia tak tau mana nak letak yogurt tu. Kalau kiri kanan dia pegang makanan, and we give him the 3rd one, he'll put one into his mouth so that he can take the 3rd one. If it's not food, he'll drop one in his hand, to take the 3rd one.


If you can see the double-decker lunch box, the bottom is for the cut fruits. Today's fruit is apple. I tried my best to give him good food. I cooked him myself. But, nothing much I can do when other people feed him with air milo or sometimes give him something sweet. It's not that, aku tak bagi anak aku makan selain homemade and homecooked, it's just out of my supervision and I don't know how much sugar in that food. Don't to be a cerewet mom, I let him taste a bit, not makan the whole ice-cream, for example. He tasted almost all food that I ate :p

It's ok to give Iman to taste ice-cream but not the whole ice-cream. I hope, cara ini betul. Errrr ok ke macam tu?

Friday, December 11, 2009

Mini French toast

Ini favorite Iman jugak. Mini French toast.

Bila buat makanan untuk Iman, kena fikir untuk jadikan mini version. Puding roti pon boleh buat dalam bentuk mini jugak bila diletakkan dalam papercup muffin. Puding roti pon Iman suka makan. Manis kismis lagi sedap daripada manis gula. Rasanya la.

Cuba lah.

Tuesday, August 25, 2009

Lempeng tak menjadi

Selepas tragedi buat lempeng tak menjadi pagi tadi, I turn my baby food book. Belek-belek cari resepi menarik untuk Iman. Hasil pencarian, esok InsyaAllah buatkan bubur kacang untuk Iman. Ada balance kacang hijau yang buat bubur durian hari tu.

Tragedi buat lempeng tak menjadi pagi ni sungguh sadis. Adunan cair dan juga, telur masuk in the middle of blending the mixture. Last-last masuk tong sampah. So, hari ni aku kukuskan pau kaya 3 biji untuk Iman. Bekalkan coco crunch 1 bekas, 1 roti spreaded cream cheese dan peanut butter (potong empat dan cantumkan buat 2 set).

Oh ye. Nak share Vitamin C source list. Courtesy of SuperBabyFood. Click for larger view.



Wednesday, July 22, 2009

yogurt

Khasiat yogurt. Source.

Yogurt is a great baby food. It contain lots of high quality protein, plenty of calcium, and beneficial bacteria. It is appropriate to offer yogurt to babies generally after six months of age, and then only as a supplement to formula or breast milk, not as a replacement. You indicate that you would like to try yogurt in this manner, which is fine.

"Saya suka yogurt. Sangat suka sampaikan Ibu tak boleh makan dengan tenang sebab saya suka nak minum dari bekas yogurt. Dalam peti ais, ada banyak yogurt. Sedapnya."

with love,
Iman

Friday, June 19, 2009

Let's talk food

Akhirnya, percubaan untuk buat chicken pie berjaya. Berjaya ke? The pastry tu belum 100% passed, baru 70% kot. 1st time buat, comot here and there. The inti was nice I would say. Hahaha perasan. 1 adunan only can produce 4 pies. Sangat sedikit. Kalau acuan aluminium tu kecik sikit, maybe boleh dapat banyak. Yang seronoknya bila buat sendiri, boleh letak inti baaaaanyak-banyak. Ye, gambar tidak menyelerakan dan comot. 2nd trial nanti boleh upgrade :)



It's our food. Ini lak menu baru untuk Iman. Bubur ayam untuk Iman. Dalam tu ada potato, ada sawi, ada bubur nasi dan paling penting, ada chicken. Tak lupa juga, chicken stock yang banyak dan sedap. Buat 1 periuk. Untuk Iman no sugar and no salt. Oleh kerana tumpang sekaki, aku amik 1 mangkuk tambah sket gula garam. Perghh heaven. Rasanya Iman suka bila makan any combination of chicken and apa-apa. Hari tu chicken with carrot, habis satu bekas dia makan. Oh, sekarang, bila dia tak mau, dah pandai say 'no thank you'. Cara Iman say 'no thank you' adalah geleng geleng geleng geleng. Dan juga, cara nak kejut Ibu adelah dengan menarik rambut. Oh.. sakit.




Regards,

Monday, June 01, 2009

cepat betul

Nak tulis tapi tak tau nak tulis apa. Macam tak ada idea. Eh, ada tapi malas. Huk alos.. boleh gitu?

Oh ye, aku dah introduce meat kat Iman. Last week was chicken, this week beef. Rasanya, chicken lagi sedap. Chicken manis dia lebih sket dari beef. Semalam belikan sweet potato, nak gantikan potato yang sedia ada. Tak tahu cukup ke tak nutrition dalam makanan yang Iman makan. Semuanya digabungkan dengan bubur nasi atau orang putih panggil plain baby rice.

Selera makan Iman besar, tak macam tuan punya badan. Masih breastfeed. Malam-malam, mesti mau peluk-peluk Ibu. Oh my... Iman dah besar. Khamis ni Iman masuk 8 bulan. Time flies so fast. Really fast. 8 bulan. 4 months to be 1-year-old baby. Baby? Ke, toddler?? Ibu akan rindu saat-saat Iman jadi baby Ibu. Uwaaa... rasa nak nangis.


Regards,

Tuesday, April 28, 2009

How i prepare iman's food


  1. Combined of carrot puree and blended baby rice
  2. Combined of apple and plum puree with blended baby rice
  3. Plum puree
  4. Bekal harian untuk Iman
  5. Combined of plum puree and blended baby rice
  6. He has big appetite.
  7. Blended baby rice and apple puree
  8. Potato puree

Dah lama nak share cerita pasal Iman dan kawan-kawan makanannya. Ye, Iman ada kawan baru, iaitu makanannya. Macam-macam ada. Carrot, apple, plum, pear, bayam, pisang, potato.

Homemade and homecook Food. Kenapa aku memilih untuk d-i-y? Sebab minat, suka, dan sudah tentu rasa rewarding. Rewarding? A'a ada sedikit rasa rewarding feeling. Bila sudah memilih homemade food untuk Iman, physical dan mental mesti mau kuat. Sebab, the preparation of it can take considerable time, knowledge and effort. Yaa.. time and effort plus knowledge. Sebetulnya, kadang-kadang memang rasa penat. Balik kerja, amik anak, masak, basuh semua bekas susu + makanan, siapkan bekal untuk Iman untuk the next day, kerja rumah lain, layan anak layan suami. Sebab itu physical mental kena kuat. Walaupon ada yang awal-awal lagi dah bagi cadangan "Nanti beli nestum, bagi Iman makan", I remain silent. Lain orang, lain cara.

Solid food pertama Iman adalah pisang. Blended banana with EBM. Kenapa aku pilih pisang? Kerana pisang sangat berkhasiat, dan juga it's very easy for Iman to digest, InsyaAllah. Tapi anak ada masalah constipation, boleh try food with high fibre macam apricot, prune, plum, pear, peas.

What is my preparation? As a new mom, I did a lot of reading. Beli buku, magazine, Internet (sangaaaat bagus la www founder nih) dan last but not least, tanya colleagues. The magic word is knowledge. My personal opinion, I need knowledge. Kalau ada buku "Baby food preparation for dummies", aku beli beli tuh. Secondly, barang-barang or gadget-gadget untuk buat makanan bayi ni banyak. I use blender (tak beli food processor sebab blender kat rumah ada 2 biji), bekas nak isi puree, pen and salotape for labelling purpose, the cleanser (same thing used to prepare EBM). Ape lagi ek? Itu je kot. The bahan-bahan untuk makanan - sayur dan buah. Ada buah-buah dan sayur tertentu yang sesuai untuk baby. For Iman, I took from all resources.

How did i prepare the puree?

  • beli buah & sayur
  • basuh, under running water
  • prepare alat-alat untuk merebus atau steam - lain buah/sayur, lain cara. Steam is preferable. Rebus/steam, ikut masa yang bersesuaian.
  • drain and cool the buah/sayur. Kupas kulit, amik isi sahaje.
  • prepare blender dan bekas untuk isi puree. Bila dah sejuk buah/sayur, zaaaassss... blend. I like this process :)
  • Siap.

Senang kan? Senang je. Cuma, time and effort is the main criteria. Penat? Iye, rasa kepenatan tapi seronok.

Ok, tu sahaja nak kongsi. Harap dapat membantu siapa-siapa yang memerlukan. Terima kaseeeyyy.

Regards,

Wednesday, April 22, 2009

Earth Day

pic courtesy of Hinton Library

It's April 22, Happy Earth Day everyone! Hari untuk menghargai Bumi. Tapi tak perlu tunggu 22 April. Everyday should be the Earth Day. Apa yang kita boleh buat, untuk selamatkan planet kita? Banyaaaak.
  • Simplest thing - BUANG SAMPAH DALAM TONG SAMPAH. We have to educate orang-orang dewasa pasal ni. The kids maybe being educated at school. Tapi sekarang, alllll over the world, kat bandar ke, remote area ke, tak kisah la mana, ada je nampak orang buang sampah, walaupon hanya sweet wrapper, padahal kat sebelah tu ada je dustbin. Sakit hati aku tengok.
  • RECYCLE. Kalau kat rumah tu ada banyak resit @ bil @ apa-apa aje yg paper-based, taruk dalam 1 tong @ bekas @ apa-apa aje, dan, masukkan ke dalam recycle bin. Tapi susah nak nampak recycle bin kat negara kita.
  • Tolong laaa JANGAN BAKAR SAMPAH. Stop burning allll your sampah sarap. Asap tau tak? Asap. Makin nipis la ozon.
  • TANAM POKOK. Tak perlu tanam pokok durian or rambutan, tanam apa-apa yang kecik-kecik pon ok. Tapi, kami tinggal di apartment, so got no tanah to plant any pokok. So, we need to plant in a pasu.

Rasa macam environmentalist la pulak.

Ohhh barang yang dipesan dah pon sampai. Thanks darl~~ . I have made entry for this here, pasal Iman dan foodie foodie.

  1. Philips AVENT via Gourmet set or One system - many options. Nama lain tapi benda dia sama je. Oleh kerana makanan Iman aku buat sendiri, so I need this to keep Iman's pureed food. No testimonial yet. Belum test.
  2. Ini cute. Brother Max small food container. Juga untuk simpan pureed food. Design dia sangat cantik. Sangat cool ok. Ekceli, ini kira bonus sebab I actually want MAM feeding set, blue. Tapi tak ada so, she bought the cute food container.

Aku heran kenapa kat luar Malaysia the range for baby's stuff sangat banyak dan sangat comel.



Regards,

Thursday, April 16, 2009

Krisis bekalan makanan

Pagi tadi kira stok EBM. Risau la pulak. Memang krisis yang sangat teruk sekarang. Dulu ada 30 lebih. Now, stok hanya 17. Aku ada reason kenapa perlu ada sedikit kerisauan. Iman masih kuat minum walaupon dia dah di'introduce' to solid food. Ingatkan bila dah makan, takde la terkejar sangat nak buat stok. Tiap-tiap hari I'll make sure dapat express at least 16oz (equal to 4 botol) so that 3 botol untuk bekalan next day and another one simpan as stock. Tapi bila ada meeting dan discussion yang tak mengira masa, kena curi masa express kat rumah. Dan sudah tentu jadual harian pon akan turut sama berubah.

Dan Iman, hari-hari 4 botol of 4 oz EBM habis. Dan, 2 bekas bekal makanan pon habis. Oh, tak ada perkataan yang dapat menggambarkan how I loveeeeeeeeeee prepare food for Iman. I so enjoyed it. Semalam dan hari ni, I prepare him 2 flavor of bubur. One with apple puree, and one with carrot puree. Kenapa dua jenis? Kerana, semalam adelah hari pertama Iman was introduced to veggie. So, takut dia belum biasa, that's why aku bekalan sekali bubur with apple puree. Babysitter kata habis. Alhamdulillah.

Tapi, dengan stok yang dah jatuh menjunam, sempatkah nak memenuhi permintaan EBM Iman yang masih tinggi itu?


Regards,