Showing posts with label Ramadan. Show all posts
Showing posts with label Ramadan. Show all posts

Sunday, August 14, 2011

Ramadan 14

Semalam kami buka puasa kat rumah SIL. Finally, aku jumpa keselesaan. Dah tak nervous dah.

Dan hari ni, sejam lebih lepas bangun tidur, kami keluar cari baju raya Iman. Senang je aku shopping. Less than 1 hour dah siap. Sementara aku pilih baju, husband jaga Iman. Diorang pusing-pusing kat tempat toys. Dan Iman pon dapat la sekor Ultraman dan sekor raksasa. Raksasa pertama. LOL. Dah tak boleh guna trick, exclude kan toys masa bayar. Tadi dia siap letak kat kaunter, dan cakap "Ibu, nak bayar Iman." Tunggang terbalik ayat.

There goes persiapan raya. Semua dah buat kecuali baju aku. Hmmmm....

Sementara tu, kami sempat tengok 3 movie malam ni. RoboCop, Transformers 2, dan Kick-Ass. Never knew that Nicholas Cage berlakon dalam Kick-Ass. Dan, congratulations Lin Dan.

Ok, tu aje. Bye.

Thursday, August 11, 2011

Ramadan 11

Hari ni sempat hadir ceramah Ustaz Zawawi Yusof (penceramah bebas). Lepas meeting 2 jam setengah, dapat dengar ceramah ni sejuk sikit hati. Aku tak tahu tajuk ceramah sebab masuk 10 minit lambat. Aku rasa yang berkaitan dengan ilmu dan amal.

Untuk ingatan diri sendiri, aku listkan kat bawah ni point-point aku yang aku pick-up
  • ada ilmu, percaya pada ilmu, ajak orang buat tapi dia sendiri tak buat. Dia adalah orang yang fasikh
  • ada ilmu, tak percaya pada ilmu, ajak orang buat, dan dia pon buat. Dia adalah munafik.
  • ada ilmu, percaya pada ilmu, ajak orang buat dan dia sendiri buat. Dia adalah mukmin.
Dan ada sesuatu yang menarik, yang aku baru tahu.
  • kalau kita berniat untuk buat sesuatu yang baik, contohnya kita berniat untuk solat tahajjud, itu pun sudah dapat ganjaran pahala.
  • kerana niat yang baik itu telah menjadi realiti di alam jin (tak sure term yang betul)
  • jadi kalau kita berada di tempat yang gelap tapi kita niat untuk menjadi berani, InsyaAllah jin yang akan menjauh dari kita.
Dan juga, solat kita mungkin sah sebab memenuhi semua syarat tapi sah itu tidak menjamin solat kita diterima oleh Allah swt. Nasihat Ustaz Zawawi, sempena Ramadhan, mari kita berdoa semoga semua amalan kita diterima oleh Allah swt. Amin.

Itu sahaja. Assalamualaikum.



Wednesday, August 03, 2011

Ramadan 3

Hari ke-3 berpuasa.

Pagi tadi lepas withdraw duit, tiba-tiba Iman cakap "Ibu, nak oti anai". (Oti anai = Roti canai). Aku dah macam, heii kat mana nak cari time-time puasa ni. Oh, lupa, ada kedai kat hujung sana. Kat kedai tu ada jual suratkhabar. Selalu aku free reading je :p

A few local newspaper front page head lines:
  • Rakyat Somalia tetap berpuasa walaupon kebuluran. So kepada yang sengaja tak berpuasa tu; malu la sikit dgn orang Somalia. Kalau tahu malu dan dosa dengan Allah swt, mesti dia puasa. Ni bangga pegi beli makanan kat food court. Ape hal.
  • Khianat - bakar motor dan kereta waktu orang sedang bersahur. Ni kerja orang mabuk ke apa. 3 kereta & 15 kereta hangus sama sekali.
  • Sepah berpecah.
  • Abby takut menangis di hari perkahwinan Norman.
Oh. Hari ni birthday my 2nd sister, Halumi.

Happy birthday! Semoga dilimpahi rahmat-Nya dan dipanjangkan umur.

Monday, August 01, 2011

Ramadan 1

Salam Ramadan. Ahlan Ya Ramadan.

Hari pertama Ramadan. Malam tadi malam pertama berterawikh untuk Ramadan kali ni. Aku terawikh kat rumah je. Berjemaah dengan suami. Iman pulak dok main psp, jadi gangguan anak adalah totally zero malam tadi :)

Masa pertengahan solat terawikh, aku brakedown. Tiba-tiba teringat arwah baba. I even shedding tear while typing this.

Dulu, kalau aku ada kat rumah parents masa bulan puasa, aku tak pernah solat di masjid sebab kami semua solat berjemaah kat rumah. Lepas berbuka tu, jangan harap nak melepak lama lepas makan. Berdesup semua orang ambik wudu' bila dengan baba berdehem kat luar, ready nak maghrib. Lepas Maghrib tu kitorang sambung melepak. Tapi kejap je sebab masuk je Isya', terus solat Isya' dan sambung terawikh. Yang best adalah, pukul 9 dah habis terawikh.

Those days, I will always remember. As a part of my memory with my late father. Sebulan Ramadan ni, semua ahli kubur terlepas dari seksa. Semoga roh arwah dirahmati Allah swt.

Al-Fatihah.