Showing posts with label Iman. Show all posts
Showing posts with label Iman. Show all posts

Thursday, March 22, 2012

Tak cukup duit

Kami ke pasar malam Selasa lepas. Biasanya kalau ke pasar malam, aku hanya bawa duit ikut banyak mana barang yang nak beli. Masa keluar dari kereta, nampak orang jual belon.

Aku: Iman, ibu tak bawak duit cukup. So, kita tak payah beli belon ok?
Iman: Ok.

Dan kami memulakan operasi beli dinner (nasi dagang, nasi kerabu, laksam). Bila dah habis beli dinner, ke hulur ke hilir la aku cari nugget untuk Iman. Bila offer nugget, dia tak nak.

Aku: Iman nak makan apa?
Iman: Tak nak
Aku: Why?
Iman: Ibu tak de duit.

Huuu that was so sweet. Terharu. Lalu aku bagi RM1 untuk dia pilih apa dia nak. Tak terfikir pulak aku dia nak lampu nyala-nyala tu. Oh mannnn...

Jenuh la nak explain kat dia. Siap tunjuk duit seringgit-seringgit ada 3 je. Lampu tu nak kena ada 10 keping. Haiyooo...

Moral: Choose your sentences wisely when talking to your kids. They hear, absorb, think and make some relationships from the words.

Tuesday, March 20, 2012

Hello!!

Pheww. Fuh fuh.. tiup debu.

Last post was Nov 2011? Bukan berhabuk dah ni. Ini dah macam penuh dengan sarang labah-labah.

Terlanjur aku dah bangun pukul 1 tadi, aku buat kerja sikit. Dah jadi macam habit - tidur awal dan bangun time-time macam ni. Sementara tunggu program tengah update status, tergerak hati nak jenguk blog. I do miss this but I've lost my blogging mojo. Tweet a lot sampai tak ada benda nak cakap kat sini. Actually ada tapi entah. Haha.

Salah satu benda tu, aku rasa kesal sikit sebab tak dapat buat current pregnancy story kat mana-mana. Yes, we are 21 week pregnant and expecting 2nd child. 1st time aku announce kat public selain twitter. hahahaaa.. #bajetretis. The EDD is in July. Yaaa.. July which is equal to fasting month. Hamikk.. dah 4 tahun puasa penuh, tahun ni, rasakannn..

Sehingga sekarang, baru 3 kali checkup. I should make an entry. At least I wrote somewhere.

Iman sekarang dah 3 tahun 5 bulan. Tak melebar tapi meninggi. Tak tahu macam mana nak melebarkan dia. Ikut gene aku, memang senang je nak melebar. LOL.

Oh ye. Aku dah tak hantar Iman ke rumah pengasuh. Ended the journey with bitter story. Lesson learnt. Sekarang, Iman dah masuk pre-school dan habis school dia terus stay kat day care sana. Alhamdulillah, I've made a good decision. He developed his social skill well. Yang tu tak payah masuk school pun dia dah pass. Alhamdulillah. Memandangkan kami suami isteri kerja dan kat rumah banyak gadget yang me'lagha'kan dia, jadi salah satu harapan, agar dia belajar sesuatu dan improve sesuatu. Syukur Alhamdulillah, lepas school, dia join kelas mengaji (Qiraati). Actually aku tak register pun untuk kelas tu tapi sebab sekolah tu ada buat kelas mengaji untuk budak-budak besar, maka yang daycare ni pun join sama. Tapi selalu jugak dapat report dari nanny dia "Hari ni Iman tak nak mengaji, dia main". Haha.. sengih je la aku. Aku suka school tu sebab dekat dengan rumah. Environment dia pun ok. Iman pun happy (sampai kadang2 malam mintak nak gi school. Tanda kuat main) Tapi, kalau rezeki pindah Bandar Puteri tahun ni, boleh tak nak nangis? Haha. Kalau pindah, we have to go through the orientation again for Iman to adapt to new environment, new school, new teachers, friends.

Eh dah melalut. Esok kerja. Confirm ting tong kepala pagi karang. Aku tinggalkan entry pertama untuk 2012 ini dengan gambar baby baby aku.

Assalamualaikum.


Sunday, October 23, 2011

late entry - birthday Iman

Dah dekat 3 minggu birthday Iman tapi baru sempat nak buat entry.

Tahun ni tak ada plan nak buat apa-apa pon. Ahah, tipu lah tapi plan tu hanya dalam kepala sahaja. Jemput keluarga datang lunch, bake a choc cake with edible image on it. Or, belanja keluarga makan kat mana-mana seafood or Thai restaurant. Tapi semua plan ke laut sebab on the same weekend, kami ada banyak jemputan (weddings and aqiqah).

Jadi, adhoc plan was I bought 3 slices of cake from Secret Recipe (cheeze choc, choc mud and choc indulgence). Fetch Iman and went to Giant, bought some candles, balloons and his fav vitagens. Oleh kerana balik kerja pon dah pukul 6 lebih, so aku tak sempat nak masak apa-apa special. Masak dinner biasa je.

Balik rumah, belon ditiup sampai lenguh-lenguh la jugak. Sebab nak main belon,

Then tunggu husband balik. Kesian Iman, terpaksa menahan sabar untuk tiup lilin. Nampak je muka ayahnya dekat pintu, tak ada salam/hi/hello, terus dia "Ayah, nak tiup lilin". Makanya, tak sempat ayahnya nak hilang penat, terpaksa nyalakan lilin untuk anaknya. Biasa berapa batang lilin tu ikut umur tapi sebab anak nak main tiup-tiup lilin, letak 5 batang.

Dekat 1/2 jam dia tiup lilin. Api padam, nyala, padam, nyala. Sampai la lilin tu habis. Bila dah habis, dia mintak lagi. Uihh.. tak kuasa la weh nak pasang lagi. Then husband cari bunga api dalam store. Ada la 4-5 batang. Main bunga api pulak kat balkoni. Nasib baik tak ada kain kat ampaian. Kalau tak, teka la siapa yang akan bising.

Tak ada majlis besar-besar pon Iman dah happy. Rasanya, this was the best birthday he had :)





Monday, October 10, 2011

At 1.45am

Lokasi: Ruang tamu
Suspek: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun
Masa: 1.45 pagi

Kedengaran satu suara di ruang tamu. Gara-gara suara itu aku terjaga. Aku buka pintu dan menjenguk ke ruang tamu. TV terpasang kartun. "Iman?" Iman berpaling. "Hai Ibu. Iman tinok Chuggington". Huuuu.

Aku kembali ke katil. Cuba menyambung tidur yang terganggu. Kalau dipaksa budak itu tidur, maka dia akan melalak. Aku faham, dia tidur lama belah petangnya.

Tiba-tiba aku dengar suaranya lagi. "Hai Ayah!" Oh, suami sudah pulang. Ye, pulangnya lewat, selewat jam 1.45 pagi. Itu biasa kalau ada mesin yang down. That explains kenapa kami susah nak bercuti. Ok, luar tajuk.

Aku sambung tidur. Tapi tiba-tiba, ada tangan kecil mencuit-cuit aku. "Ibu, nak tusu (susu)". Eh, tadi elok je depan tv. Bila aku jenguk, oh, semua yang bercahaya di ruang tamu sudah gelap. Suami sedang rehat di atas sofa. Kepenatan. "Iman kena halau masuk bilik ke?" Aku bertanya. "Ye la, dah dekat pukul 2 dok tengok tv lagi. Esok mesti dia tak nak bangun". Haha. Itu lah dia, budak nama Iman. Tak sampai 10 minit dia masuk bilik, dia akhirnya tertidur.

Thursday, October 06, 2011

Books

Iman surprised me. He really did!

Selama ni aku selalu risau pasal dia kurang minat buku. Sangat risau. Reading about other toddlers yang suka buku, kalau tak suka pon at least minat buku, buat aku agak risau. Sampai dalam birthday wish dia 4 Oct lepas pon, aku selit sekali doa dan harapan aku untuk dia belek buku sikit-sikit.

Sejak sebulan lepas, aku kembali kepada hobi lama. Reading. Yes, aku dah lama tak sempat nak baca buku. Aku hanya baca buku yang santai. Be it novel, cooking books, and a few more. Dan, pada malam tu, on his birthday itself, macam biasa aku habiskan satu novel ni. Lampu bilik tidur memang aku tutup tapi aku pasang lampu bilik air. Katil kami mengadap bilik air, jadi cahaya cukup terang untuk aku membaca. Suddenly Iman datang, jenguk-jenguk apa yang aku baca. Dengan spontan, aku bangun dan ke bilik sebelah. Aku ambik 1 buku ni. Biasa kalau aku bagi dia buku tu, dia belek 2-3 minit je. Tapi kali ni, lama. Lama yang sangat lama untuk Iman. Sampai aku tak boleh sambung baca novel sebab dia nak aku bacakan dia buku untuk dia. Sampai aku kena tutup lampu bilik air sebab dah dekat pukul 1 pagi. Yes, pagi.

Dah 2 malam dia tidur macam tu. Aku harap, habit baru ini akan berterusan. Kalau bukan hari-hari pon tak pe. Asalkan dia ada hati nak buka buku. Walaupon baru 2 hari dia nak belek buku sebelum tidur, at least, itu permulaan yang baik untuk gadget boy macam dia.

Alhamdulillah. Keep it up Iman. We'll get you more books!

Love.

Tuesday, October 04, 2011

My son is 3 y.o today

It is 4 Oct today!


Walaupon kami selalu gaduh - be it sebab dia siram aku dengan air sampai habis basah seluar jeans aku, dia tak bagi aku duduk dalam bilik bersantai-santai lalu ditariknya tangan aku, dia yang suka pijak betis aku tanpa sebab yang aku nampak menyeronokkan, dia yang suka jawab "tak tahu", "tak beyak" bila ditanya sebab dia tak nak masuk bilik air semata2 kerana nak tengok tv / main game, dia yang cabut charger ipod/PSP walaupon benda tu baru 1-2 minit charge, dia yang tak nak jalan sendiri bila di tempat orang ramai, dia yang tak nak gosok gigi bila mandi pagi sampaikan aku kena gosokkan gigi dia kat sofa/depan tv/dalam kereta. Dan macam-macam lagi.


Dia lah buah hati - permata hati - kesayangan - cupcake - icecream - candy bar - lil Ultraman - boyfriend - u name it.


Walaupon tak suka buku dan kemaruk dengan gadget sampai aku pening tak tahu macam mana nak bagi dia suka buku. Sampai aku rasa I'm not a good mom (ok sedih), tapi macam ibu/mak/mama/mommy/bonda/ummi yang lain kat luar sana, selalu doakan yang terbaik untuk anak.


Walaupon berat badannya tidak ideal dengan umurnya, aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana Iman diberikan kesihatan yang baik. Walaupon dia ni kulit sensitif dengan gigitan nyamuk/semut sampai buat aku berkata "Ala, tak cantik la kalau dia pakai seluar pendek", aku rasa bersyukur kerana ada anak-anak kecil di luar sana yang kurang bernasib baik. Aku bersyukur kepada Allah swt. Dan kerana mahu menjaga kecantikan anak, makanya, aku belikan Vitamin E dan juga Mederma untuk hilangkan parut-parut kena gigit tu. Heheheee.


Last but not least. Ibu dan Ayah doakan, Iman sentiasa dilindungi Allah swt, diberi kesihatan yang baik, diberi cahaya untuk kurangkan main segala gadget yang ada dalam rumah, diberi akhlak yang elok, menjadi anak yang soleh. Kalau ada rezeki, semoga menjadi abang yang baik. Wah. Bila tu? Hanya Allah swt yang ada jawapannya. Semoga kami diberi rezeki itu. Amin.


Selamat hari lahir Iman. We love you.

Tuesday, September 20, 2011

Gembira

Early entry. Sementara masih di rumah. Ye, memang lambat pergi kerja. Semuanya sebab tengah nak tunggu makanan yang dipanaskan sejuk sebelum masuk peti ais.

Tidak boleh untuk tidak mengatakan yang aku happy dengan kehidupan sekarang. Not that sebelum ni tidak happy tapi sekarang upgrade sikit tahap gembira itu.

Gembira dapat melakukan hobi ini kembali. Dah lama tinggal. Kerana 2 buah novel yang dipinjam dari suami officemate (ye, suami) aku telah dibawa kembali ke dunia aku sendiri. Kalau sebelum ni aku hanya membeli karya Ahadiat Akasyah, kali ni aku menambah koleksi penulis lain - Aisya Sofea dan Siti Rosmiza. Ye, dulu aku menolak 100% untuk membeli karya orang lain selain AA sebab aku terlalu suka cara AA menulis. Simple. Tak berbunga-bunga. Senang cerita, tak jiwang. Sekarang, aku suka dengan storyline SR. Tak sangka, aku dah buka hati untuk penulis lain. Hahaha.. buka hati? Sebelum ni, aku banyak baca karya AS. Pinjam orang punya je. Kerana Adam & Hawa, aku buka ruang untuk aku baca karya-karya dia yang lain. Not bad. Dan, setelah dikongsi di Facebook, kawan, Aidat, recommend aku untuk baca karya Anis Ayuni. Baiklah kawan, nanti aku beli. Wah, tak de pinjam-pinjam, beli terus.

Tumpang rak buku Iman. All are mine, except for no 2 and 3 from left. And of course the flash cards. Haha. Itu anak punya. Koyak rabak.


Dan aku gembira, permata hati akan menginjak ke usia 3 tahun. In 2 weeks time. He developed so well. Hampir hilang baby talk. Tinggal lagi 20% kot. Walaupun mendapat soalan pedas seperti "Eh, dah lama kawin pon anak sorang je?" macam la jadi kudis pada aku. Kang jawab secara kurang bijak "Eh suka hati aku la. Kau ke yang bayar semua expenses anak aku?", kang ada yang tarik muka masam. Jadi, elok lah aku diam dan sengih je. Hanya Allah swt yang tahu. Lebih baik doakan kami murah rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Kan lebih baik.


Baiklah. Itu sahaja. Entry supaya blog ini tidak bersawang. See you when I see you. Hugs!

Wednesday, August 03, 2011

Ramadan 3

Hari ke-3 berpuasa.

Pagi tadi lepas withdraw duit, tiba-tiba Iman cakap "Ibu, nak oti anai". (Oti anai = Roti canai). Aku dah macam, heii kat mana nak cari time-time puasa ni. Oh, lupa, ada kedai kat hujung sana. Kat kedai tu ada jual suratkhabar. Selalu aku free reading je :p

A few local newspaper front page head lines:
  • Rakyat Somalia tetap berpuasa walaupon kebuluran. So kepada yang sengaja tak berpuasa tu; malu la sikit dgn orang Somalia. Kalau tahu malu dan dosa dengan Allah swt, mesti dia puasa. Ni bangga pegi beli makanan kat food court. Ape hal.
  • Khianat - bakar motor dan kereta waktu orang sedang bersahur. Ni kerja orang mabuk ke apa. 3 kereta & 15 kereta hangus sama sekali.
  • Sepah berpecah.
  • Abby takut menangis di hari perkahwinan Norman.
Oh. Hari ni birthday my 2nd sister, Halumi.

Happy birthday! Semoga dilimpahi rahmat-Nya dan dipanjangkan umur.

Friday, July 22, 2011

Mengigau lagi

Malam kedua berturut-turut Iman mengigau. Kali ni kelakar sebab sebelum tidur aku hulur tangan nak salam dia. Dia sambut tangan aku, kiss dengan penuh sopan :p Tapi tergolek-golek selama 15 min jugak sebelum dia lelap.

Tiba-tiba jam 3 lebih, dia panggil aku, kuat pulak tu. "Ibu!". Aku terjaga, aku tengok mata dia tutup. Aku tanya dia "Apesal?" Dia angkat tangan, "Nak salam". Aku hulur la tangan aku. Dia salam and kiss kemudian sambung tidur.

Hahaha.. kelakar. Sampai masuk mimpi.

Mari tengok esok pagi esok mimpi apa pulak.

Thursday, July 21, 2011

Apam polkadot dan Iman

Akhirnya, mengukus jugak aku si apam-apam ni.

Aku suka tengok apam polkadot. Cantik. Tapi aku tak makan apam. For the sake of nak habiskan masa dengan Iman secara berkualiti (haha ayat tak boleh blah), aku ajak dia buat apam polkadot. Dia suka la bila aku ajak "Jom, kita buat kek". Laju je dia lari masuk dapur dan letak stool kat tempat biasa dia. Siap aku tak cukup ruang kat buat kerja. LOL.

Sementara aku tengah sibuk handle apam-apam yang baru keluar dari pengukus, tiba-tiba aku nampak dia tengah isi paper cup dengan adunan. Haiyoooo. Rupanya dah 3-4 paper cups dia isi. Warna pink pulak tu. Time tu warna pink tengah sikit. Pening pening. Last-last, aku kasi je dia habiskan semua. Then dia pegi pulak ambik silicon tray, nak isi jugak. Ha, yang tu aku tak bagi.



Lama jugak la kitorang bekerja di dapur. Bila dah siap, Iman suruh aku snap gambar dia dengan apam-apam. "Ibu, tantiknya tantiknya" (Tantik = Cantik). Polkadot tu tembam-tembam. Macam mainan pulak aku tengok.



It turn out ok. Satu adunan dapat 20 kot. Resepi kata boleh dapat 50. Untuk filling, aku guna blueberry. Guna balance yang ada dalam peti ais. Bila habis, aku guna jem strawberry yang dalam botol :p

Resepi nanti aku share kat blog lagi satu. Banyak hutang entry kat situ. Kesian dia.

By the way, sekarang Iman tak boleh tengok aku pegang telur. Sebab dia ingat aku nak buat cake. Padahal nak goreng telur dadar je. Nasib la, sebab dia memang akan jadi tukang masukkan bahan dalam mixer bowl. Dan dia siap nak tolong bawa telur tu. Dan nak tolong pecahkan telur lagi. Mau menjerit aku tengok dia ketuk-ketuk telur tu. #nangis.

Ok, itu je. Bye.

Mimpi Oso

21 Julai 2011, 6.30 pagi
Bilik tidur utama, kediaman keluarga

Iman sedang enak tidur. Macam weekend pulak dia nak bangun lambat. Aku pulak baring kejap sebelah Iman. Sambil baring, sambil main #fashionstory dan #bakerystory. Tiba-tiba, "Oso Oso..." Oh, mengigau ye Iman.

Aku: Kenapa Man?
Iman: Ibu, Oso Ibu.
Aku: Mana?
Iman: Tu.. (Dia tunjuk ke arah kipas, mata pulak tertutup. Ok sah mengigau)
Aku: Oso tidur lah.
Iman: No lah, Oso tak tidur. Iman tidur. Nantuk (Mengantuk)

Kemudian dia kembali tidur. Hihiii. Kelakar. Hari tu mimpi Ultraman. Siap panggil-panggil nama Ultraman. "Zes (Zeus), Tita (Tiga)". Obses Ultraman lah anak aku ni.

Thursday, July 14, 2011

Iman 'pengsan' dan 'tidur'

Kebelakangan ni, Iman selalu 'pengsan'. Kalau main kejar-kejar dengan dia, dia akan 'pengsan'. Pura-pura pengsan, bukan betul-betul. Itu maksudnya dah tak tahu macam mana nak escape la tu. Bukan hanya 'pengsan' bila kena gomol, tapi dia juga akan 'pengsan' bila suami kata "Nak Iman nak Iman." Time tu jugak dia akan 'pengsan' sambil berdiri, kadang-kadang berjalan ke sofa dan 'pengsan'. Hadoiii.

Kalau dengan aku pulak, kadang-kadang dia pura-pura tidur. The best part is pura-pura tidur sambil berdiri. Tak kira la di mana dia berada masa tu termasuklah di pintu nak naik ke rumah. LOL. Kadang-kadang tu, dia pura-pura tidur sambil meletakkan pipinya di dinding dapur bila aku mintak dia bawakan cawan ke dapur. Ya ampun, apakah?

Auta sungguh. And he just know how to entertain us.

Wednesday, July 13, 2011

Thursday, July 07, 2011

Ku sangkakan habis rupanya...

Kejadian #1
Macam biasa, lepas ambik Iman dari rumah babysitter, Iman akan mintak nak makan. So petang tu aku gorengkan dia roti canai. Aku letak honey sikit. So, dia pon makan la. Kemudian, aku masuk dapur. Tiba-tiba teringat ada yogurt dalam peti. Jadi, aku pon bagi 1 bekas Calci-yum yogurt kat Iman.

Dan aku masuk dapur balik, sambung kerja; Iman pulak kat ruang ramu tengah tengok #613. Kemudian, aku jenguk nak tengok dia buat apa. Aku nampak bekar yogurt tu kosong. "Alhamdulillah, habis jugak dia makan". Aku tanya Iman, "Iman, nak lagi roti canai?" Dia kata tak nak, jadi aku angkat pinggan nak bawak ke dapur. Tapi aku heran tengok roti canai tu. Dah jadi warna ungu. Rupa-rupanya, roti canai tu dah bermandi Calci-yum yogurt perisa anggur T_____T

Kejadian #2
Fresh lagi ni. Hari Selasa lepas, macam biasa bila sampai rumah Iman nak makan. Jadi, aku letak beg laptop, on TV dan masuk dapur, nak goreng cokodok pisang. Kemudian Iman datang, bawak air Ribena yang dalam plastik, yang harga RM2++ (kot). So, aku pon buka penutup Ribena tu dan bagi kat dia, dan mintak dia bawa cokodok yang dah siap goreng. Aku letak dalam mangkuk. Sebelum tu, aku teguk dulu sikit. Sedapnya. Sejuk. Then, aku sambung goreng cokodok pisang.

Dah siap semua kerja, aku join Iman tengok TV. Aku tengok, Ribena tu terbaring atas meja. Aku ingatkan dah tumpah, jadi, aku pon angkat la. "Ehhh ringannya. Baru ingat nak mintak sikit". Aku terpandang bekas cokodok yang aku bagi kat dia tadi. Cokodok dah berendam dalam tasik Ribena, siap ada koko krunch lagi. Uwaaaaaaaaaa.. Nak nangis pon ada T_____T

Thursday, June 23, 2011

Upin Ipin dan Ultraman VS tomato

Selasa ada pasar malam Sri Manja. Aku suka pasar malam tu sebab hampir 80% peniaga adalah Melayu. Dan kat sana ada gerai jual nasi kerabu sedap. Dan tak lupa juga ada gerai jual bawang cantik. Aku sangat kisah dengan bawang merah dan bawang besar. Kalau bawang tak cantik dan size dia aku tak suka, mood nak masak tu boleh lari. Jadi, memang aku tak suka beli bawang kat Giant ka, Tesco ka, Carrefour ka. Sebab kat hypermarket biasanya dia dah siap pack, so tak boleh pilih-pilih.

Ok, ini bukan cerita bawang. Selasa lepas aku hanya bawa RM20. Niat hanya mahu beli nasi kerabu, bawang, sayur sikit dan apple. Gerai pertama adalah gerai nasi kerabu. Gerai kedua adalah gerai buah. Dan aku pon jalan kaki ke kereta dan cadang mahu singgah beli bawang dan sayur (gerai depan-depan je). Tapiiiiii aku terberhenti dekat gerai jual buku. Ada buku sticker Ultraman dan Upin Ipin. Gulp... duit kurang RM10 ni. Kira-kira duit, aku bayar RM5 untuk dua buku tu.

Lalu gerai bawang dan pandang je bawang. Berkira-kira untuk hantar barang ke kereta dan ambik duit lagi. Tapi kena tahan nafsu sebab sekelip mata boleh habis RM50 tu. Ish.. tak boleh jadi, aku ambik bawang merah sikit dan mintak adik gerai tu timbang. Hihiii nasib baik RM1.50 je. Dan pandang ke gerai sayur, say bye-bye to tomato yang sangat cantik dan menawan itu. Terpaksa lupakan tomato itu.

Aku terus drive ke tempat Iman. Bila ambik Iman, aku bagitau dia "Iman, ada buku kat depan". Dia pon jenguk ke seat depan dan tersengih. Bila tengok dia happy tersengih-sengih, langsung lupa tomato cantik itu.

Aku rasa kalau dah namanya 'ibu', akan utamakan anak. Walaupon terpaksa ikat perut, janji anak cukup makan.

Err macam dah lama tak tulis entry panjang. Kita sudahi dengan gambar terbaru anak bujang dan buku Ultraman & Upin Ipin. Sekian.

Friday, June 17, 2011

Budak gadget

Iman budak gadget. Aku rasa hampir semua budak-budak sekarang adalah budak gadget.

Start dengan main handphone. Walaupon application tak sebanyak macam iPhone tapi kalau Iman nak tengok video, dia akan ambik handphone aku. Kalau nak main application macam piano, drum, baby sound, dia ambik handphone suami. Sekarang tambah skill baru, ambik gambar guna camera phone. Tapi tak reti nak pegang betul-betul supaya jari tak tutup lens. LOL.

Kemudian upgrade dengan PSP. Daripada main game lawan orang dewasa, aku mintak suami install game Ultraman. Itu selepas dia kenal Ultraman, new year hari tu.

Dalam masa yang sama, Youtube-ing tu menjadi hobi. It's all started because of Backkom. Backkom hanya main kat #613 before 7am. So sekarang, bila Iman berYoutube dari iPod/laptop, aku cuma perlu taip 'ultraman' dan dia akan surf sendiri. Bila dia play around dan jumpa Mr Bean, Mickey, Backkom, dan yang lain, dia akan ok. Itu salah satu cara Iman layan diri sendiri dan untuk bagi ruang pada aku, untuk buat kerja kat dapur. Tak ada orang nak teman, so aku terpaksa bagi dia ber-YouTube. Suami pulak after 8pm. Itu bukan pilihan tapi aku terpaksa. Kalau tak, memang aku tak dapat masuk dapur. Mungkin sebab tu lah, Iman pandai bawak diri kalau aku sibuk buat kerja kat dapur.

March hari tu, aku decide untuk beli iPod Touch. Sebenarnya nak beli iPad tapi kat rumah tu ada 2 laptop dan 1 desktop. Dan last month, tambah lagi 1 laptop. Macam cyber cafe pon ada rumah aku tu.

iPod tu, aku share dengan Iman. Toddler application memang banyak aku install. 1-2 application aku beli. Tapi aku ada masalah. I don't know how and when, tapi semua game aku - fashionstory, bakerystory, restaurantstory - dia sudah ceroboh masuk. Gems habis dia guna untuk buat apa pon aku tak tahu. Clear cloth on the rack. Rasa mahu menangis pon ada. Game terbaru yang aku install, Diner Dash pon dia nak main. So, untuk menyelamatkan butik baju maya, aku terpaksa sorok fashionstory tu kat dalam folder.

Apa-apa pon, budak sekarang sangat advance. Umur 1 tahun dah pegang laptop, dah reti tekan-tekan. Aku dulu umur berbelas-belas tahun baru berani nak pegang desktop. Laptop tu pon masa umur 20an masuk degree baru pegang. 20 tahun akan datang, camane la agaknya.

Baiklah, mengantuk.

Monday, June 13, 2011

Jatuh katil

Sejak Iman pandai meniarap dan roll over on his tummy, bak kata dalam buku, kami memang tak tidur atas katil. Toto menjadi kepentingan untuk kami. Bentang kat ruang tamu, ha, tidur kat depan tv. Rumah apartment besar mana je pon ruang tamu tu. Baby cot memang tak beli. Mula-mula tak terfikir pon nak beli. Tapi lama-lama baru perasan yang kalau beli dan attach ke katil queen size tu, bilik akan jadi sempit. 2 wardrobe yang besar tu lagi. So, tak beli pon tak apa. Besok dah duduk rumah Serissa, master bedroom besar boleh letak 2-3 baby cot. Wah. Macam kembar.

Tapi seisi tidur atas toto berakhir pada bulan 3 tahun ni, masa suami outstation ke Japan. Sejak hari tu, Iman pernah jatuh katil sekali. Itu pon buat aku resah 1 malam. Dan lagi sekali pagi tadi jam 4, aku dengar bunyi jatuh dan dia menangis. Masa tu aku tengah bermimpi sedang dalam tahiyat akhir. Dalam mimpi aku tu, aku cepatkan solat aku, bagi salam, dan aku buka mata, terus ambik Iman. Kesian dia. Cuping telinga merah, aku rasa dari kesan jatuh tepi. Aku peluk dia. Bila tengok atas katil, patut la, habis bantal dia susun kat tepi almari. Ni mesti dia main masa aku tidur. Dan selalu memang macam tu, aku tidur lagi awal dari dia. Dan Iman akan masuk tidur ntah pukul berapa-berapa ntah.

2-3 jam lepas jatuh katil tu, punya la aku monitor dia. Ambik suhu badan, monitor kot dia ada muntahkan air/susu. Alhamdulillah tak ada apa-apa. Balik karang kena monitor lagi. Harap tak ada apa-apa lah. Amin.

Tuesday, June 07, 2011

Ulang dan ulang tanpa jemu

* Mungkin entry yang membosankan. Sila exit kalau tak nak baca. Sekian. Jangan kata aku tak warning, ye?

Teaching a toddler can be interesting. Dalam case aku, mengajar dan memperkenalkan Iman tentang benda-benda di sekelilingnya sangat seronok. Memandangkan Iman belum ke formal education system (be it a proper kindergarten) dan kami suami isteri bekerja, biasanya aku akan menggunakan masa yang terhad itu untuk mengajar dan memperkenalkan Iman kepada benda-benda sekelilingnya. Termasuklah memperkenalkan dia kepada traffic light. Hehe..

Dalam entry sebelum ni aku ada cerita pasal Iman yang cakap 'go' bila lampu isyarat jadi hijau. Bukan dengan sekelip mata Iman tahu bila lampu isyarat bertukar hijau, kami boleh jalan (go). Dalam seminggu dua ni, setiap kali kami berhenti kat traffic light, aku akan cakap sambil tunjuk kat lampu yang tergantung kat atas palang tu. "Iman, kita stop sebab lampu tu red color". Memang rojak habis la anak aku. Bila lampu hijau, pon aku cakap benda yang sama "Iman, sekarang kita boleh go sebab lampu tu green color". Hampir setiap hari aku repeat benda yang sama. Aku ulang ayat yang sama dan tunjuk kat lampu setiap kali merah dan hijau. Masa aku tunjuk kat lampu tu, sebenarnya aku tak tahu Iman tahu atau tidak the exact thing to look at. Ye la, kot la dia pegi tengok langit ke, pokok ke, iklan kat tepi jalan ke.

But after a few times, he surprised me. Masa tu dia dok belakang dalam car seat, dan aku tak cakap ayat yang biasa aku cakap sebelum ni. Tapi bila lampu bertukar menjadi hijau, Iman cakap "Ibu, go". Sebenarnya aku nak ajar warna kat dia, tapi tak apa lah. At least dia boleh relate the color changes, from stop to go.

Sama juga pagi ni. Masa nak hantar dia ke rumah babysitter dan kami singgah ke kedai sebab aku nak belikan dia roti dan dia mintak nak vitagen. Memandangkan aku hanya bawa duit hanya untuk beli roti, so aku terpaksa distract dia dengan lain. Kali ni kena tunjuk sky kat dia. Berpeluh jugak wehh. Dan dia dok repeat nak vitagen sambil tunjuk ke My Mydin sana. "Nak jejen.. nak jejen". Terpaksa la pujuk dia, bagitau dia "Iman, jejen tak boleh bawa sebab orang lain tak ada jejen. Tak boleh bawak kalau jejen ada satu je. Tak boleh share dengan Icha ngan Ayen. Petang nanti ibu beli, ok?" So, mula la kisah aku dok ulang "Petang nanti ibu beli" sampai penat lah jugak. Kesabaran aku hampir hancus selepas 10 minit dok pujuk dia. Lepas gosok gigi (ye, kadang-kadang terpaksa gosok gigi dalam kereta.. hahaha), terpaksa angkut dia keluar dan dia dan berhenti dari cakap "Nak jejen... nak jejen". Syukur Alhamdulillah dia tak mengamuk. Masa naik tangga, tiba-tiba dia cakap "Jejen petang ni".

Baru aku faham perasaan seorang cikgu yang mengajar student dia tanpa jemu, dan student faham apa yang diajarnya. So, baru aku faham dan teringat yang repetition also can be a good teaching method for toddler. Sama konsep dengan buat latihan Add Math berkali-kali. Lama-lama kita akan pandai Add Math. Juga sama dengan menghafal doa. Kadang-kadang benda remeh seperti repetition ni kita terlepas pandang.

Berkat dok me'repeat' lagu ABC dan kira anak tangga from one to fifteen, aku consider Iman dah pass basic ABC dan 123. Cuma sekarang nak ajar dia lagu Alif Ba Ta. Aku belum sempat nak ajar dia kenal ABC tapi tak apa lah, InsyaAllah, Allah tolong hamba-Nya yang sabar mengajar anak :)Semoga kita semua diberi ruang dan masa untuk mengajar anak-anak kita.

Ok, itu sahaja. Bye.

Sunday, June 05, 2011

Macam-Macam Iman

Lagi 4 bulan Iman akan masuk 3 tahun. Bila dah nak masuk 3 tahun, perangai dia pun macam. Yang kelakar, yang memeningkan, yang boleh buat naik hantu/angin. Biasa la budak-budak. At least, setiap benda baru yang Iman buat, aku tahu dia develop. Seminggu dua ni dia ada 'akal' baru (akal, bak kata babysitter Iman).

  • pegang dahi sendiri, kemudian dia kata "Panas", lepas tu dia sambung lagi "Ibu, panas. Iman demam" LOL. Demam ye?
  • bila dukung dia masa turun tangga (memang kena dukung, cepat sikit. Kalau tak, paham-paham le). Dia akan pura-pura tertidur, siap terlentok kat bahu aku. Siap pejam mata tu. Bila turunkan dia, dia boleh berdiri sambil mata tertutup yang pura-pura tidur.
  • dulu kalau masuk dapur, dia datang kejap-kejap je. Sekarang dia siap angkat stool hijau dia, dan berdiri kat kaunter sambil monolong dan 'menolong'. Tolong tekan ON blender, tolong masukkan beras dalam periuk. Spot tambahan terbarunya adalah di kabinet tempat aku simpan barang-barang kering, termasuklah rempah ratus. Habis aku punya kulit kayu manis dah bercampur dgn lada kering. Lepas tu hari-hari mintak nak 2 batang spaghetti. Tujuan? Nak main pedang-pedang *pengsan*
  • tidur lewat malam. Jadi kalau aku masuk tidur dulu, dia akan masuk juga tapi bukan untuk tidur. Hanya untuk baring-baring sebelah aku. Tapi bila aku dah zzzzzz dia akan keluar sambung main kat luar. Bila aku bangun esok paginya, dia elok je tidur kat sebelah. Tapi semalam bila aku marah dia sebab tak nak tidur (mana tak marah, 1.30am masih berjaga). Lepas kena marah, dia bawa diri ke bilik sebelah (which is basically his room) dan baring-baring atas katil. Beberapa minit kemudian dia datang balik, mengadu "Ibu, nantuk". (Nantuk = mengantuk)
  • kalau gosok gigi, dia tak pandai nak kumur dan buang air kumuran. Dia pegi telan. Tapi seminggu dua ni dia practice. Caranya adalah sambil-sambil dia minum, dia pegi buangkan air tu kat balkoni. Mula-mula aku tak perasan tapi aku hairan kenapa kat balkoni selalu ada air, macam air tumpah. Bila Iman kantoi, baru la aku tahu kenapa balkoni selalu ada air. Heh. Elok sangat la tuh.
  • Sekarang dia boleh bezakan lampu isyarat untuk GO dan STOP. Bila lampu bertukar hijau, dia akan kata "Ibu, go". Aku happy.
  • Iman suka gadget. Habis semua gadget (kecuali laptop baru suami) dia guna. Tapi aku tak tahu bila dia belajar nak betulkan bila sound tak bunyi. Tak bunyi sebab aku 'mute'kan. Hari tu dengan selambanya dia pegi tekan icon speaker kat toolbar sebelah jam tu. Remote tv tu aku rasa dia dah tahu kat mana nak tukar channel. Tekan je up and down dekat program button tu. Tu pasal sekarang, tengah dok tengok AXN tiba-tiba channel bertukar jadi babytv *pengsan*
  • Sebut pasal babytv, rasanya kena subscribe. Sebab channel tu macam banyak pelajaran. Contoh dia ajar kenal part of our body. So Iman, pon sama-sama lah tunjuk each part yang tv sebut. Tapi Iman tunjuk kat seluar budak dalam tv tu, dan dia kata "Ibu, abang yak". Hahahaha.. adoi! Ya, tv tak boleh replace manusia. Tapi sekurang-kurangnya, dia tengok tv tak ada la sia-sia. Terutamanya masa aku tengah sibuk kat dapur dan Iman kena layan diri sendiri.
  • Masih obses Ultraman. Siap mengigau "Ibu, nak ultraman tiga". muahahahah.. amboi!
Ok lah. Rasanya dah boleh countdown dah. 3 months and 3 weeks until his 3rd birthday. No party party tahun ni. Kena berjimat. Kalau nak cake, mari kita buat cheese cake. Ngehehehe..

Wednesday, June 01, 2011