Showing posts with label sewing. Show all posts
Showing posts with label sewing. Show all posts

Wednesday, October 13, 2010

Iman is my little helper

Tengok gambar dulu. Ini barut baby. Mak saudara yang baik hati lagi rajin dan manis menawan sorang ni nak bagi kat unborn anak saudara yang sekarang dalam perut mak dia jauh di Aloq setaQ sana.


By hook or by crook, aku kena siapkan sebelum Jumaat. Jadi malam tadi sepatutnya boleh siap jahitkan tali pengikat dia tu. Tapi, kerana lil helper yang comel tapi selalu kena marah, akhirnya, dapat siapkan 1 helai je. Then, potong tali for another 3 pcs. Then, tali tu habis. Terpaksa tunda ke malam ni, iA.

Camane la tak kena marah bila asyik nak pegang itu ini. Kita takut la kena benda-benda macam jarum je. Tapi lepas marah tu, kesian la pulak. Perasaan ingin tahu Iman melebihi perasaan takut kena marah. Biasa kalau kena marah, terus jadi statue. Tapi kali ni macam "tak pe lah, tahan sikit. Bukan selalu dapat pegang benda ni (read mesin jahit)."


Masa ni agak kelakar sebenarnya tapi aku tahan gelak sb tak boleh la marah pastu gelak. Time ni mata Iman pandang je aku. Sambil menggigit hujung baju, tangan dia tetap nak duduk kat hand wheel. Iman oh Iman. Malam ni Ibu janji, no more marah-marah. Main je lah. Jangan pegang tempat bahaya sudah. Janji?


Saturday, July 24, 2010

Pants

Hari ini dalam sejarah. I made 2 pants for Iman. Long (stripe blue) and 3 quarter (orange, transformed from Mc D tee).



Honestly, the stripe blue is the 1st pant that 100% completed. The early 2 pants I made for him, were halfway done. Dua-dua tak cucuk getah sebab tak ada pin yang boleh jadi medium pengangkutan getah. Ok, mari siapkan esok * cross fingers *

Frankly speaking, I want to make another one tonight but Panic Room and followed by The Bone Collector, stopped me. Dua-dua cerita tu, tak pernah la tengok sampai habis. Jadi, another seluar, save for tomorrow, InsyaAllah.

By the way, ini yang jadi bila Iman tolong cuci mangkuk lepas makan coco crunch. Nampak terkial-kial nak letak atas rak, tapi last sekali, dia letak dalam tong sampah. Mana belajar ntah.

Iman helped me cuci this mangkuk. Later on he put in the dust... on Twitpic

Husband kena kerja besok. I'm planning to stroll at pasar tani stadium. Berdua dengan Iman. 100% depends on stroller. Mintak-mintak Iman tidak mintak dipimpin (which means, nak jalan sendiri). Tolak stroller sambil pimpin tangan, is not a good idea.

Ok, itu je. Good nite.

Saturday, July 17, 2010

mini mattress cover

I bought a 47 x 118" fabric from ik3a couple weeks ago. Ada car character. Comel. Niat di hati mahu jadikan sarung tilam Iman. Portable tilam yang boleh diangkut ke mana sahaja. This time the fabric turn to mattress cover earlier than I expected. Why? Because Iman threw up on his tilam, gara-gara tak nak makan ubat on last Thursday. So, having so many free time today, me and Iman work on this cover. Iman helped me a lot. Errr... tolong duduk atas kain so that kain tu tak bergerak, tolong ambilkan measuring tape, tolong ambilkan ruler ^_^ This is 2nd cover I made for Iman. 1st one was doraemon, yg kena muntah tu :)

Iman put teddy on the tilam as soon as I show him the tilam with new cover. He addressed the teddy as 'bibi' hahahahaha... nak adik ke Man? Lambat lagi la yang

Husband been super busy lately. Sabtu yang patut cuti pon kena kerja. Left alone at home with Iman, super tunggang langgang rumah. Kemas toy 5 min, kurang 10 sec dah berterabur balik. It is a home with a 21 month toddler. What to expect.

Let the pictures speak.

He is so into Playhouse Disney. Kalau kita tengah tengok cite lain, dia bawak remote kasi kita, mintak tukar. Kalau di'attend', Iman akan tekan button OFF. Haishhh.. gawat.

Selain pakar sepahkan toy barang 1-2 bakul, Iman expert bab hias sofa. Habis diterbalikkan. Lagi best, bila dia menyorok di celah-celah back kusyen tu.


He was chasing me. Lately, he likes to wrestling with me.

He found sock in the hill of unfold kain. Nak pakai sock dan mintak "asyut". Kemudian Iman kata "tomm". Later, kami dah pon ada kat playground. (read asyut=kasut, tomm=jom)

Thursday, June 17, 2010

update diri sendiri - kain dan sewing

Tak banyak rupanya cotton in stock. Dah lama tak dragged diri sendiri dan 'menyelam' di textiles stores nearby. Aku rasa sangat bersalah dan bermasalah sb tak jumpa cotton yg cantik-cantik macam orang lain. Ke aku yg bersalah sb tak merajinkan diri drive ke kedai / online shoping? Apa-apa je lah.

Ini je yang tinggal. Baru hari ni terasa mahu mem'foto'kan kain-kain ni. Sekali bentang, macam sama pattern je. Kalau tak stripes; kotak. Kalau tak kotak; stripes. Ape da...Warna pon tak meriah. Lebih kepada coklat, biru, hijau. Tu je? Sungguh la kesian.


kain dibeli di merata-rata kedai - nagoya, kamdar, Ikea

Sebulan lepas aku beli 3 helai A4 size felt (hijau, kuning, merah). Semalam, beli lagi 6. Hah, tengah-tengah pokai, beli jugak. Tu namanya apa? Anyway, i need more. Haha, tak ingat-ingat dah pokai, berangan nak beli lagi. Ohhh bought at anna patchwork house @S.Pyramid. Have a visit. Small store with friendly staff :)



In the process of making a house shape key-chain, aku terhenti seketika sebab demam batuk datang menyerang. 2 minggu sibuk urusan housing loan (read: meeting with bankers here and there) dan juga uruskan majlis pertunangan my little sister, surayya. Right after the ceremony, aku demam :)

In the meantime, I made this katak for Iman. Cacat a bit la kat tangan dia (dalam bulatan) Sepatutnya aku kena matikan kat tepi badan katak tu. Actually this is the 2nd attempt. 1st attempt langsung tak jadi. hahaha. Ape daa..


Have some plain flannels in stock. Buatkan Iman peanut soft toy. Kekekeke... macam mainan baby-baby padahal dah nak masuk 2 tahun.


A few mini projects in the list, harapnya dapat siap :)

Itu aje. Happy sewing!

Monday, January 11, 2010

outing day

Sabtu, 9th, kami (yours truly and Iman) ke pr0t0n family day. Husband not coming. Lucky we bumped into Aishah & co. And faz's joining later. Orang ramai. Gerai banyak. Cuaca panas. Petang tu baru hujan. Ada 3 buah kereta untuk cabutan bertuah. Having nabil, mila, amy mastura as artis jemputan. Tun Mahathir is the vvvvvip for that day.

Mari bercerita dengan gambar.



Iman?Macam biasa la. Merayau-rayau. I let him with max supervision.







Memandangkan Iman dah banyak berjalan dan main di siang hari, dia tidur awal. Husband with his psp. So, i took out sewing machine and work on the pending-beg harian Iman. At last, siap jugak in 2 hours.

About the bag:
  • the cloth for inner lining is actually for Iman's seluar tido tapi terbuat lining bag pulak. Sori darling. Ibu dah gantikan kain baru dah utk seluar Iman. Nanti ada masa Ibu buatkan ye :p
  • It has 2 big pockets
  • No zip. Main tutup macam tu je.
  • Jarum bengkok masa nak final touch utk tali bag. Husband was the saver of the night. He changed the needle.



Oh!! Happy birthday Siti Nurhaliza!

Saturday, December 12, 2009

mesin jahit

My mom pandai menjahit. Masa muda remaja dulu-dulu kala, she attended sewing class handled by a chinese tailor at pasir mas. Ada lagi kedai tu sekarang. A few years ago, rasanya 2002 kot, my mom purchased her 1st portable sewing machine. And it was an epal. Ada seorang kawan yang introduced her. Bila ada someone datang rumah and demo the machine, my mom teruja semacam and discussed with arwah Baba. Dapat green light, dan masuklah ke rumah sebiji mesin jahit epal. Masa tu, aku try la jugak sikit. Best ok. Dan masa tu, tak tau berapa $$$ sebijik. Dan juga taktau mesin brand tu glamer. All i know is Singer sebab my mom ada beberapa biji mesin jahit singer. She even has mesin jahit tepi.

Now i know that epal is not that cheap. It can reach 3k per machine. Perghhh. My mom's was 3k. She loves the machine so much. Dulu tak tau nape la mama suka sangat ngan mesin tu. Rupanya it can do a lot of things. Dan tak pernah buat hal. Thank God. My mom selalu bagitau, kalau nak beli, beli yg portable. Jimat ruang.

She even sent me to belajar menjahit when i was on my semester break back in 2003. Belajar dengan kawan my mom. Buku pattern tah ke mana :p Sempat la jahit sepasang baju kurung. And, I made my husband (masa tu boyfriend lagi hehehe) sehelai baju melayu. He wore it during our unplanned engagement. Yes, u read me right. Unplanned engagement.

After months of postponement, i finally bought myself a sewing machine few months ago. It was Singer 8280. It's cute. And white. Haha.. rasanya semua machine warna putih. Kalau ada pink or baby blue, i'll go for that :p

Ini kali kedua guna singer's portable. 1st time guna pinjam auntie's, weeks before masuk rumah sekarang, back in 2007. Guna untuk jahit langsir. I told my mom, "kak long jahit sendiri langsir. Senang je rupanya." Hahaha.. ni kalau dapat mesin industri ni, laju je tekan pedal.

Mine only has 7 pattern. I adore the one with electronic setting (lupa model). Wallaweyy.. gile banyak pattern. Up to 40 i think. For warm up, 7 pattern ni pon dah ok.

And now, let's make some project. I'm done with 4 projects. A few is in the list. Hehehe.. poyo jek. Lenguh menjahit manik, kita tekan pedal plak. It's fun.