Showing posts with label Serissa. Show all posts
Showing posts with label Serissa. Show all posts

Wednesday, July 28, 2010

Surat lawyer Indah Water

Ye betul. Dapat surat lawyer Indah Water. Indah Water. Hihiii...

Masa mula-mula dapat tu, aku dah macam "Ehhh aku dah bayar la. Apehal plak nak anta-anta surat lawyer nih."

Aku check semua bill payment records yang aku ada. I have a few folders (dalam hard disk) that keep almost everything pasal online payment yang aku buat. Checked in Indah Water folder, ehhh mana screen shot? Oh, ni mesti aku letak dalam word document. * cari lagi *

Tak jumpa.

Tapi aku jumpa M2U transaction history for Jan and Feb 2010. Haaa.. ada pon RM144.00. Check the payment acc. Ehhh... sejak bila pulak aku bayar Syabas RM144.00 nih? Ciss.. ni mesti aku salah select acc masa buat payment. Hampeh aaa.. Deng, sendiri salah. Ok, mari betulkan balik kesalahan tu.

Call Syabas. 1-800-88-5252.
  1. Cik officer kata "Cik boleh refund atau balance -144 tu boleh remain kat situ, so that, apa-apa bil lepas ni, tolak je dari situ". I choose to refund.
  2. How to refund? Kena bawa bil dan juga payment confirmation. Go to Jln Templer branch sebab itu paling dekat dengan rumah aii.
Problem is - I don't have screenshot payment yang dibuat. Remember? I only have the M2U history.

Call Maybank customer service. 1-300-88-6868.
  1. Ask whether can get transaction history for month of Feb in m2u. The reply "Tak ada cik".
  2. Solution - kena pegi branch yg buka account tu. Boleh request kat sana. Nasib baik aku buka acc kat sec 14 s.Alam je. Buatnya aku guna acc yang buka kat Jitra? Mampos nak pegi Jitra semata-mata sebab tu.
Dan hari ni, settle dapatkan confirmation dari sec 14 tu. Esok, kena pegi Maybank lagi sekali together with husband. Apesal kena pegi Maybank lagi? Apesal tak settle kan hari ni? Sebab kitorang nak kena apply banker's cheque. $$$ dari 2 account and to perform 1 banker cheque. Boleh nggak? Aku lupa nak tanya orang maybank tadi. Call customer service tadi tak angkat-angkat. Haish.

Ok itu je yang dapat dikongsikan kali ni.

Ehhh ada lagi. Aku nak beli henpon *gatal * Nak henpon yang boleh jadi organizer aku. henpon yang camera dia sangat-sangat bagus. (Read : aku tak ada kamera kecik. Kamera besar gabak je ada. Thus, camera phone is a must for me sb aku suka amik gambo). Henpon yang boleh guna FREE internet whenever wifi's around. Aku tak ada extra duit utk bayar internet bill utk henpon. Cukuplah dengan bayar streamyx kat rumah RM88 sebulan. So, does iphone or bb or nokia have the model? hahaha.. soalan ngok ngek. Mari sama-sama study. Suggestion? Sila la recommend. Sekian terima kasih.

Sunday, July 25, 2010

On Iman

Hari ini agak memeningkan but it's fun tho

  • Husband off to work, dan macam biasa Iman nangis nak ikut. I was ke hulu ke hilir bersiap nak pegi pasar stadium. Ajak Iman bersiap tapi "nanaaaaaaaakkkk". Bila tengok aku dah pakai tudung, "asyut" (kasut), tanda mahu keluar. Baru la tukar diaper, mandi, pakai baju.
  • 1st 15 min strolling kat pasar was okay. Masuk minit ke 16, dah start nak berdiri dalam stroller. Have to distract him to his botol air. Kembali tenang.
  • Climax nak keluar dari stroller dan mahu berjalan sendiri was when I was busy choosing baju untuk anak member. Iman dok tunjuk-tunjuk ke jalan, nak turun la tu. Hmmm.. okay, he free to go. Nak tolak stroller sendiri la pulak. Mana sampai sayang oii. At last, dia tolak dari tepi.
  • Sepanjang trip pilih lauk pauk, sayur, bawang etc etc, Iman tolak stroller. Bila berhenti kat mana-mana, Iman jaga stroller. Tapi paling menakutkan adalah, bila dia goyang-goyang tiang khemah. Adoiiii... mau roboh khemah orang.
  • Hanya diangkut masuk ke dalam stroller balik bila nak pegi ke kereta.
  • Ok, masa untuk nangis dah sampai. Tak nak keluar dari stroller la pulak. Orang dah tunggu turn parking. Have to angkut the menangis budak ke dalam kereta dan simpan stroller. All the way from stadium sAlam to PJS3, I was accompanied by the 'singing' Iman. Daripada menangis, bertukar menjadi melodi yg mendayu-dayu. Kejap high note, kejap low note. Terlelap 1 min, lepas tu buka balik mata.
  • Dah sampai parking rumah, baru ok dan tersengih-sengih.
  • Tapi tak nak balik la pulak. Dok tunjuk-tunjuk nak pegi Speedmart la pulak. Haiyoooohhhhh. Ok, daripada melalak bersambung episod, ikutkan aje lah. Nasib baik la dia nak yogurt aje.
  • And his mood was okay until now.
  • Anyway, it took me more than 2 hour to take out, cut, wash, pack, label, store in the fridge all the daging, ayam, ikan, sotong. Why? Iman dok ajak main. He wanted me to do star jump. He wanted me to chase him. He wanted me to wrestle with him. Bayangkan, terpaksa buat keje 10 min, break 5 min teman dia main, then sambung kerja 10 min, saaaaampai la settle semua. From kitchen to living room. Dari kemas groceries sampai la ke vacuum. Mop? Tak sempat.
  • Sementara buat semua kerja tu, sempat la siapkan 2 menu - sup tulang dan mee sup for Iman's lunch. Habis berkecah meja. Tambah lagi 1 kerja. Voila~~
That's all. A typical mom's job.

Esok kerja. Reminds me lagi separuh baju/seluar nak kena iron. Deng.

Ohhh... my 2nd acc in epf sudah RM0.00. Cepat jugak epf s.Alam buat kerja. Hihiii...

Wednesday, June 30, 2010

Serrisa 2

Semalam kami ke pejabat lawyer @ Puchong. The building is opposite IOI Mall baru. Dan kat sana ada Daisho. Kedai barang RM5 yang sangat aku suka ^_^

Ke office lawyer untuk sign S&P dan bank loan document (tak tahu orang panggil apa). Juga sign MOT. Banyak set kena sign dan sementara kerja-kerja meng-initial setiap page, Iman dah sepahkan meeting room dengan coco crunch. Ops. Maaf.

Kemudian ke RHB Sec 9 sAlam. We spent 1 hour there. The officer mati-mati nak laki aku sign, guna signature yg dia guna masa buka passbook 10 years ago. Mana la nak ingat, der. Lepas sejam baru la officer tu tunjuk signature yang 10 tahun lepas tu, dan mintak laki aku ingat dan lain kali kena guna yang tu. Sebab lama sangat Iman pon dah buka kasut dan berpusing-pusing dalam bank tu, berlari-larian.

Kemudian, ke CIMB plak. Buka join account untuk housing loan dan payment untuk lawyer. Sekali lagi dugaan, lama gile ok kena tunggu. Aku dah masuk phase mood tidak bagus. Iman? Lagi la. Budak umur 20 bulan, paham-paham la. Nak-nak bila dia nampak tabung Toy Story tu.

Dah selesai semua tu, balik. Plan selesaikan urusan EPF dan cari meja, cancel sama sekali.

Reached home at 5pm. Both of the parents tertido tapi Iman segar bugar. Berlari-larian dalam rumah. Kacau aku tidur so, memang aku tak dapat tidur yang berkualiti, at all. Teman Iman main sepanjang petang dan Iman tidur awal malam tadi. Selepas menangis-nangis nak tidur, berjaya jugak dia tidur.

Belah malam, tengok Japan vs Paraguay. Berakhir dengan penalty. Semua orang tahu result. Then aku tidur. Dekat pukul 4 bangun nursed Iman dan tengok Spain main pulak. Banyak betul drama. Score tak banyak macam Argentina & Brazil.

Then, bangun 6.30 siapkan bekal Iman (nasi goreng & cokodok pisang).

Ehhhhhhhhhhhh lupa breakfast. Nak makan la dulu. Bye.

Wednesday, June 23, 2010

3rd and 2nd

I am patiently waiting for this.

I'll protect you. No matter what. - Edward Cullen.
I'm gonna fight for you, until your heart stop beating - Jacob Black.

Dulu, masa orang dok kecoh-kecoh aku tak de la amik port sangat. Then, masa New Moon main kat sini, aku tengok (downloaded version hehe). Not bad. Pastu aku cari Twilight pulak. Ye, terbalik a bit. Hmmm... boleh tahan.

Sekarang, menunggu 3rd saga, Eclipse. Seminggu dua je lagi.

On another story, after weeks delay on submitting confirmed housing loan to bank, akhirnya, hari ni, aku submit jugak. Lepas ni, urusan dengan lawyer untuk S&P and make payment of a few thousands (duh!). Kemudian, ke EPF pulak untuk urusan keluar duit bagai.

2 Jun 2010 - book a unit of Serissa.
3 Jun 2010 - meeting with CI*MB bank personnel. Submit loan application. Lawyer called.
4 Jun 2010 - meeting with May*bank personnel. Submit loan application.
9 Jun 2010 - CI*MB sms. Loan approved.
10 Jun 2010 - May*bank called. Loan application approved.
14 Jun 2010 - Received both offer letter through fax (M) and email (C).
15 Jun 2010 - IOI called. Extend another 7 days for considering which bank to accept.
21 Jun 2010 - Meeting with CI*MB (Grace) to go through on the offer letter.
23 Jun 2010 - Confirmed and submitted.

Masih jauh perjalanan. Mari doa semoga semuanya dipermudahkan. Amin.

Semua benda memerlukan $$$. $$ $$ $$.