Showing posts with label wedding. Show all posts
Showing posts with label wedding. Show all posts

Tuesday, March 15, 2011

Kalau Iman ada adik

... macam ni kot jadinya. Belek - cuit - angkat - peluk - picit - tepuk. Jangan cubit & 'ultraman'kan sudah. Tapi ada bunyi dia buat 'ultraman'. Action kemain. Husband bagitau suruh perhatikan dia, takut nak men'ultraman'kan anak orang. Haha. Action je lebih, tapi tak ada la berani sangat. LOL



With my niece, latest addition to my mom's grandchildren list, Nureen. Panjang nama dia tapi letak Nureen aje la :p Btw, this is during my sister's wedding last weekend. It explains why I was 'lost' in the Twitter-land. Dan juga tanaman rosak di FB's latest addiction, CityVille. LOL.

On another note, please pray for my husband's and other people safety in Japan. Although he's in Osaka, which is not affected with the huge tsunami last week, but the e.q and tsunami thing worries me.

Saturday, May 08, 2010

1st May 2010

Kami mendapat ahli baru dalam famili. New menantu, new adik ipar (but he's older than me) and new abang ipar and new biras (for my husband).

My sister got married on last labor day. I took a long leave, leaving behind kerja yang menimbun kat office, which explains what kept me busy last week.

Majlis kecil-kecilan sahaja. Tapi kali ni my mom setuju untuk tebang pokok rambutan renek di halaman rumah kami. Hasilnya, laman yang luas bertambah-tambah luas. Oh, this is Iman with my grandfather. Cicit and moyang. Iman cicit pertama for my mom's side.


Di awal majlis, Iman pakai jersey lagi. Sebab dia dengan akifnya main2 keliling rumah. Nak tangkap untuk mandi dan tukar baru, mood main hilang pulak. Lepas tu, tengah-tengah orang ramai datang, Iman mengantuk pulak. Below pic explains. Lewat petang sikit, baru Iman mandi dan tukar baju hensem :)


Sending rombongan pengantin balik. This is me and my younger sister. Theme color is red and white.


Ini cerita paling mak suka. Husband hias bilik pengantin with our guidance of course. Pengarah dan pengkritik utama adalah my mom's closest cousin. Kain merah dibeli di Kamdar Jalan TAR. It's plain chiffon. My autie bought the white one, sehari sebelum majlis :) The blink-blink shiny blind, bought at a store near my house here. It's clipped on the kain so that naik seri sikit. Red cushions bought at Subang Jaya. Bunga-bunga ordered by mom with her friend.



Last but not least, congratulations to my sis, Lumi & her husband. To Putra, welcome to our big family :)

Wednesday, December 24, 2008

Gawat

Rata-rata tempat bercakap tentang krisis ekonomi. Banyak kilang dan syarikat terpaksa buang pekerja atau mengarahkan staffnya bercuti, dan banyak lagi cara untuk kurangkan kos. Contohnye:
  • kilang tempat Husband ku bekerja. Ada 1 dvision (camera div) bercuti sehingga akhir tahun, tanpa gaji. Dah banyak kali Husband bercerita tentang division tu yang selalu cuti extra dari division lain.
  • bonus yang biasanya dapat sebulan gaji, tiba-tiba tahun ni, dibuat secara quarterly. Syukur Alhamdulillah, kilang tempat aku kerja bermurah hati memberi kami tidak secara quarterly.
  • dulu production di satu kilang berdekatan tempat aku kerja, banyak line untuk buat camera. Tapi sekarang tinggal 1 line sahaje.
  • ada seorang kakak Finance bercerita, tentang seorang pekerja kilang yang dimiliki Filipina, terpaksa 'bercuti' 2 minggu tanpa gaji. Bayangkan, sekolah tak lama lagi, dan dia pulak 'bercuti' tanpa gaji.

Tapi yang pelik, kat Malaysia, skang tengah rancak Jualan Jimat Malaysia. Hmmmm...

Oh, bwt, off topic. Aku dah dapat 2 jemputan perkahwinan. Imah dan Ju. I love weddings, tapi banyak jemputan yang tak dapat dipenuhi sebab ada komitmen lagi :( Harap, dapat attend wedding Imah dan Ju.Dua-dua tu kawan dari form 1.

I need to format this laptop. Dah sengal. So, kena backup semua benda dan juga pindahkan semua harta karun dari C to D.

Dan lagi satu, pernah tengok Di Bawah Ketiak Isteri? Sekarang di Astro Aruna tengah main cerita Suami Takut Istri, dari Indonesia. Jalan cerita, watak, sebijik sama denga cerita Di Bawah Ketiak Isteri. Dan hari ni keluar kat paper. Haa... betul. Siapa tiru siapa?

Monday, January 07, 2008

album

this is our wedding album

akhirnya baru la aku pegi ambik. pernah dengar kes client yg lengah2 nak pegi amik album dari OP tak?
if yes, include me in your cerita okay!

love the box
love the album
love the red ribbon
love the color of the pics
love all the pictures captured

p/s dear husband bought 9 new fish - si Biru, si Mata Merah, si sirip Hitam.
hehe :)

Sunday, November 18, 2007

more gift


after more than 1 month, we still received wedding gifts :) another blender (i like household, serius) and a book (sila tengok gambar di atas). Book title "Amalan Ketika Mengandung dan Selepas Bersalin serta Panduan Menamakan Bayi". bagusnya. sebelum kawin, one of dear husband's technician bagi pinjam buku. hehehe. i never know about that book until i get married. rasanya sedikit sebanyak berguna. muahahahaha.

we went to Sunway Pyramid. we watch Baewolf. sangat impressed dengan 3-D graphicnye. sangat hidup. dah nama pon 3-D jadi cerita tu a bit tidak logic. so, kalau orang tidak suka tengok cerita2 yang tak masuk akal, do not go for this movie. kalau suka2 dan nak enjoy the action and the amazing graphic, boleh la nak tengok. p/s ada angelina jolie siot. muhahahahaha.

talking about the Sunway Pyramid, the new wing is big. sangat besar dan baru. paling cantik adalah tandas. rasanya, itu tanda yg paling cantik yg pernah aku masuk di mana2 Mall kat sini. biasa2 aje tapi warna dia cantik. oren. hehehe. dan, tandasnya tidak ada pintu. tidak ada pintu means, tandas lelaki & perempuan facing each other but with no pintu. so, i can simply jenguk into tandas lelaki. hehehe.

Thursday, November 08, 2007

The album


View photos here.
It's Helvetica's job.
Sorry for improper arrangement.

Wednesday, November 07, 2007

Day 25th

hari ke 25 :)

kali pertama balik kerja lambat lepas kawin. when i reached home @ 9pm, he did clean up the kitchen, goreng ayam. kerana kesiankan isteri yg sorang ni, dia tolong masak nasi. thank you darling. muah!

kemudian tertido di sofa. tiba2 terjaga. ada orang main mercun. eeeiii teruk.

btw, 1st Helvetica's photo uploaded

Friday, November 02, 2007

coming soon..

it has been 3 weeks
:)

Saturday, October 27, 2007

Wafaa & Najib - Khatam Al-Quran (Pagi, 15-10-2007)

I was khatam when I was in Standard 3. rasanya lah. dulu mengaji kat surau kat Kem Pasukan Polis Hutan, Pengkalan Chepa. The Ustaz was Ustaz Yasin (tiap kali mengaji, ada rotan kat sebelah dia) and Ustaz Osman (tiap2 hari pegi mesti nak mengaji dengan dia sebab dia baik, takde rotan kat sebelah dia).

And, on 15 Oct 2007, on my kenduri kawin day, there was a ceremony for me. tak pernah tengok majlis khatam Al-Quran. tak tau pulak kita kena ikut orang baca. hehehe

Few photos here.

Image Hosting by PictureTrail.com

Thursday, October 25, 2007

5 perkara

di sebalik majlis-majlis ku.

Akad Nikah - 14 Oct @ 2 Syawal
  • lupa nak keluarkan bantal dari plastik. maklum lah, bapak excited anak nak kawin, dia belikan 3 biji bantal baru. termasuklah bantal peluk. tapi anak yg sorang ni pegi letak bantal yg dlm plastik atas katil. so, please mind the bantal yg enter frame dlm gambar2 tu :)
  • i tot i'd be with other people, to see the akad ceremony. rupanya tak. aku dok dlm bilik je. punye la aku tunggu orang panggil tapi alih2 diorang masuk dlm bilik. itu pasal tak sempat kemas habis bilik. huhuhuhu. budak2 (sepupu2 la, sape lagi) ramai sangat dlm bilik aku. lupa nak kemas barang2 yg diorang usik.
  • mekap kat kedai sebab mak andam ada beberapa orang yg dia nak kena mekap. bila tengok cermin lepas mekap, terkejut nyet aku. muka cam opera cina. fyi, mekap tak pernah ada kat muka ni. takat blusher sket2 kasi pink pipi tu ade la, gloss yg takde kaler. itu aje lah.
  • my youngest brother, bawa diri sebab kak long dah kawin. kesiannya. aku tak sempat nak jaga dia mlm tu. tau2, aku nampak dia tertido kat kerusi panjang :(
  • semasa siang harinya, aku masih lagi memandu, ke sana sini. tak yah ada pantang2. jangan percaya sangat. darah manis la, itu la ini la. yg penting, kita doakan keselamatan kita di mana saja kita berada.

Majlis / Kenduri - 15 Oct @ 3 Syawal

  • i dont like the mekap for that day :( tebalnya mcm nak berlakon cite hantu. tapi the baju is ok. puas hati.
  • there was a khatam Al-Quran ceremony for me. oleh kerana segan, aku ajak adik aku sama :) btw, aku tak bagitau pulak kat Azwan (photog) yg ada majlis tu. tapi dia shoot gak. btw (lagi), awal gile dia sampai.
  • it was raining when i was being mekap2 dlm bilik. and he slept over my place :) hari tu kata nak terus balik lepas kenduri, alih2, adik aku bawak masuk beg baju dia. yo yo o je.
  • my D40 terjatuh (secara tak sengaja) dan tak boleh on. so, there's no photo from my camera. dlm handphone ade lah. so, i have to mintak from my sister and orang lain. sedih la jugak. tapi gambar2 masa nikah buat aku tak de la rasa terkilan sangat. btw, my D40 telah direpair oleh dear husband lepas event habis :) thank you darlings, muah!
  • i dont have banyak persalinan. ada songket 2 pasang, gaun 1. tapi tak pakai pon :) tak berminat nak pakai baju yg berpasang2, lagi2 baju yg kimono, korea. tak best.

Bertandang - 16 Oct @ 4 Syawal

  • we supposed to bertolak from home at 11am, tapi kol 10.30 ada orang datang lagi. mlm tadi pon sampai kol 11 orang datang. nasib baik khemah ada lagi. jadi, pengantin ni la yg kena melayan tetamu. dear husband? lepak depan tv dgn adik.
  • i left (tertinggal, ok) a bag, the one that ada camera. 1 bag penuh camera. ok? dah sampai kat masjid dekat dengan rumah pihak lelaki baru perasan. my bad :( mintak camera dgn dear husband :) tapi rasanya mcm takde bateri, atau pon ada orang delete seme gambar takde :( photog? takde, tak hire pon
  • aku drive sendiri ke rumah pihak lelaki sebab tak cukup driver :)
  • bila sampai kat masjid tempat berkumpul, then only i knew that ada kereta kuda akan datang amik aku. OMG. camane nak panjat kereta kuda tu dengan kain yg meleret ni (fyi, baju tempah sendiri, kat Rantau Panjang). bila sampai masa, naik la kereta kuda tu. dear husband dah tunggu atas kereta kuda tu. cuak gile! bila nak turun, OMG, tak boleh nak turun. dah la tetamu dah ramai. seme pandang je. tersengih2. tengah orang lain kalut2 nak tolong aku turun dari kereta kuda tu, tetiba datang la hero Hindustan, dukung aku bawak turun. OMG. malu gile. depan orang ramai lak tu. adik aku cakap, semorang tepuk tangan. tapi takde orang capture that moment sebab terkejut. adoi. laki ku, unpredictable. ops, panjang plak cerita.
  • aku nangis masa hantar family aku balik. pastu menyorok belakang dear husband. malam tu 2,3 kali menangis. adoi. tak macho langsung.

ada lagi. tapi sebab title 5 Perkara, jadi aku tulis 5 benda aje lah :)

Wednesday, October 24, 2007

Wafaa & Najib - Nikah (14-10-07)

As promised..




Image Hosting by PictureTrail.com

Few photos on my malam akad nikah here. Source: Personal.

Tuesday, October 23, 2007

Millions of thank you!



Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi, kerana mengizinkan majlis2 kami berlangsung dengan lancar dan selamat. memang penat. famili lagi la penat. siang malam buat keje. jasa mereka memang tak terbalas. I owe so many people during those three days event.

  • Mama & Baba - my supporters. beberapa hari sebelum nikah, hari2 aku nangis. tiap2 hari. ye la, aku dah bukan tanggungjawab mereka. tanggungjawab dah beralih dah. even when i am typing this entry, pon rasa nak menangis. caits, tak macho langsung.


  • Lumi, Aya, Hanif, Widad, Wardah, Ira, Adik - my precious siblings. they are my gems! banyak tolong siapkan barang2 untuk bagi kat tetamu. Widad & Wardah jadi un-official photog. tolong aku cat rumah :) Hanif, tukang pacakkan papan tanda. time puasa dia tolong catkan bilik aku. diorang tolong sapu2 laman rumah. after 9 years, lama rumah kami jadi bersih gile. betul. clear. bersih sangat. dah rumah dikelilingi pokok, daun2 yg gugur pon banyak la. Lumi pulak tolong mekapkan aku lepas aku tertenyeh lip liner yg mak andam pakaikan. tak senonoh betul. Aya tolong cuci beranda. beranda tu dia cuci sorang2, dengan bantuan Aqila. hehehe. Adik & Ira, budak kecik yg tenaga mereka kadang2 amat aku perlukan. contohnya time mintak tolong amik barang :) thank you. terima kasih banyak2.


  • Pakcik Qabil & keluarga - sebab tolong kami. terima kasih banyak2. sampai bila2 jasa mereka aku akan kenang.


  • Cik Sya & Cik Nie - sebab datang menolong masa hari nikah. tolong Mama masakkan untuk tetamu. siapkan hidangan untuk makan beradab. walaupon aku jamah sikit saje (rugi sangat2), tapi sedap woooo.


  • Sedara2 yang lain - nak sebut nama ramai sangat. yg menyumbang dari segi tenaga & wang ringgit. terima kasih. Kak Long tak tahu nak balas dengan apa. yg sanggup ponteng keje untuk join family pergi menghantar (dalam bahasa kamus - bertandang).


  • Azwan - my official photographer. seorang yg on time. datang tepat pada masa. dan tak bersungut. taktahu la kot bersungut dalam hati. terutamanya time nak kumpul famili yg besar (dua2 belah - Wafaa & Najib), susahnya. bila budak2 dah siap sedia nak bergambar, mak2 diorang pulak tah ke mana. bila mak2 dah ready, anak2 pulak dah berterabur.


  • Friends - kawan2 yg sanggup meredah jem untuk datang ke majlis aku. terima kasih ye. ada yg bertolak kol 12, sampai kol 3. sorry la, time raya memang Kelate jem semacam.


  • Mak Andam ku (Kak La & Kak Da) - diorang ni competitor. hehe. tapi aku amik semua barang dari Kak La. totemo arigato, sebab make up saye sampai jadi mcm anak Jepun. even my own father said to the keluarga belah lelaki (masa diorang sampai), "Saya tak cam Wafaa". huhuhu.


  • Others - i might tertinggal few names. tapi from my bottom of my heart, i thank you all very much. daripada Kak Shaja (sebab provide pasu2 yg cantik tu, bukan free tau), kepada tukang masak (my parents hire people to cook the main dishes - gulai daging, ayam masak merah). sedap sedap. tetiba lapar. pakcik yg tolong pasang lampu lip lap. suka tengok budak2 ni seronok.

Sekali lagi, terima kasih kepada semua.

Tulus Ikhlas,

Wafaa

Monday, October 22, 2007