Showing posts with label Home. Show all posts
Showing posts with label Home. Show all posts

Sunday, July 25, 2010

On Iman

Hari ini agak memeningkan but it's fun tho

  • Husband off to work, dan macam biasa Iman nangis nak ikut. I was ke hulu ke hilir bersiap nak pegi pasar stadium. Ajak Iman bersiap tapi "nanaaaaaaaakkkk". Bila tengok aku dah pakai tudung, "asyut" (kasut), tanda mahu keluar. Baru la tukar diaper, mandi, pakai baju.
  • 1st 15 min strolling kat pasar was okay. Masuk minit ke 16, dah start nak berdiri dalam stroller. Have to distract him to his botol air. Kembali tenang.
  • Climax nak keluar dari stroller dan mahu berjalan sendiri was when I was busy choosing baju untuk anak member. Iman dok tunjuk-tunjuk ke jalan, nak turun la tu. Hmmm.. okay, he free to go. Nak tolak stroller sendiri la pulak. Mana sampai sayang oii. At last, dia tolak dari tepi.
  • Sepanjang trip pilih lauk pauk, sayur, bawang etc etc, Iman tolak stroller. Bila berhenti kat mana-mana, Iman jaga stroller. Tapi paling menakutkan adalah, bila dia goyang-goyang tiang khemah. Adoiiii... mau roboh khemah orang.
  • Hanya diangkut masuk ke dalam stroller balik bila nak pegi ke kereta.
  • Ok, masa untuk nangis dah sampai. Tak nak keluar dari stroller la pulak. Orang dah tunggu turn parking. Have to angkut the menangis budak ke dalam kereta dan simpan stroller. All the way from stadium sAlam to PJS3, I was accompanied by the 'singing' Iman. Daripada menangis, bertukar menjadi melodi yg mendayu-dayu. Kejap high note, kejap low note. Terlelap 1 min, lepas tu buka balik mata.
  • Dah sampai parking rumah, baru ok dan tersengih-sengih.
  • Tapi tak nak balik la pulak. Dok tunjuk-tunjuk nak pegi Speedmart la pulak. Haiyoooohhhhh. Ok, daripada melalak bersambung episod, ikutkan aje lah. Nasib baik la dia nak yogurt aje.
  • And his mood was okay until now.
  • Anyway, it took me more than 2 hour to take out, cut, wash, pack, label, store in the fridge all the daging, ayam, ikan, sotong. Why? Iman dok ajak main. He wanted me to do star jump. He wanted me to chase him. He wanted me to wrestle with him. Bayangkan, terpaksa buat keje 10 min, break 5 min teman dia main, then sambung kerja 10 min, saaaaampai la settle semua. From kitchen to living room. Dari kemas groceries sampai la ke vacuum. Mop? Tak sempat.
  • Sementara buat semua kerja tu, sempat la siapkan 2 menu - sup tulang dan mee sup for Iman's lunch. Habis berkecah meja. Tambah lagi 1 kerja. Voila~~
That's all. A typical mom's job.

Esok kerja. Reminds me lagi separuh baju/seluar nak kena iron. Deng.

Ohhh... my 2nd acc in epf sudah RM0.00. Cepat jugak epf s.Alam buat kerja. Hihiii...

Friday, May 28, 2010

Bertenggek

Is it "bertenggek" the correct word? Tak tahu nak panggil apa, tapi sekarang Iman suka duduk kat arm rests sofa kat rumah ni. It is wide and just nice for him to duduk, siap berlunjur lagi.


Pic #2, eating roti sosej. Kalau side sini, Iman tengok ikan. He now can clearly show and say "fish", instead of "sshhh". Other additions to his vocabulary - mpah (tumpah), tutup, ukak (buka), ashut (kasut), shu (shoe), akuk (takut), kek (cat).


Sekarang hujan lebat. The leaking problem is not resolved yet. Kena call maintenance lagi sekali. Maybe his work last time is not 100% complete. So now, Iman happily main hujan dalam rumah.

Wednesday, March 03, 2010

On new cushion

Am mintak nak tengok gambar kusyen baru saya. Ini lah rupanya.

Before
  • Stool totally separate from the 3-seater sofa tu. So, kalau letak/cantum dengan the 3-seater body, memang boleh tapi memandangkan it has its own cushion, stool tu akan bergerak-gerak ikut suka hati dia, which is so tidak menarik.
  • Material yang lama, ok tapi lama-lama dia macam tak berapa best. Haha.. ekceli ok je tapi memandangkan ada permintaan nak tukar cover, tu yang tukar sekali. Mahal gak ek?
  • Utk seat unit tu, ada 3 pc.

After
  • Stool still separate but it share the same cushion with the seat cushion, jadi the stool totally stick to one place. Memandangkan foam tu berat, jadi dia memang la tidak bergerak, kecuali ada daya usaha untuk menolaknya :)
  • The new one is using velvet. Lembut. Tapak kaki pon suka. Warna macam lebih kurang dengan yang lama, cuma yang baru ni slightly lighter.
  • Seat unit now ada 2 biji sahaja. We combined unit 1 and 2 become 1 unit. Another unit is unit 3 and stool's. Boleh imagine kan? Biasa je benda ni, cuma kami yg lukis sendiri camane nak. Dan request the thickness bagai. Heheh..


sila abaik model yang seksi itu :) tak jumpa gambar sofa tanpa model.

Selinga. Ini chilli crab yang dimasak weekend lepas :) Belajar @ Best-Wan, AFC.

Saturday, January 02, 2010

cuci rumah

Catatan pertama di tahun baru. Bila cuti lebih dari 2 hari ni, kami jarang ke mana-mana. Habiskan masa di rumah. Macam takde life pon ada gak orang kata. Home & family is my life. Me ok with it. Btw, I watched both Twilight and New Moon today. And jaga kedai @ cafe world.

Secara tak sengaja hari ni, ada sesi gotong royong cuci rumah. Asalnya mintak tolong husband bersihkan kipas je. Last-last, mop lantai sekali dan juga cuci lantai. Lantai kena cat belum bercuci. Akhirnya, selepas 2 tahun lebih, baru lantai dicuci bersih dari kesan cat :p

Kali ni kami ada pembantu. Mula-mula tak berkasut. Tapi bila dah start nak cuci lantai dan mop, kami pakaikan Iman kasut. Kasut ni bertapak getah. Jadi, tak ada la licin. Itu sebabnya Iman berjalan ke sana-sini tanpa ada rasa takut. Masa tak pakai kasut, gigil-gigil dia nak jalan, tau takut kot sb licin hehe..

Share a few pics here. Banyak lagi kat my fb.

Tuesday, December 15, 2009

Test power

Husband was installing his old amplifier dan speaker-speaker lain during the weekend. As a wife, hehe, i keep on asking him, "Bila nak test power?".

So last night, after a few time bini dia dok bertanya bila nak test power, he played a movie. Lupa cerita apa, tapi cartoon. Hehe. Test power dengan cerita cartoon. Takkan nak pasang action movie dengan speaker depan belakang malam-malam buta. Kang jiran sebelah kata apa plak.

Tapi taktau bila dan camana, I felt asleep.

Ni nanti sure dapat comment, "Iman, Ibu tanya bila nak test power. Tapi bila Ayah pasang, Ibu tido plak."

What to do, mengantuk sangat. Hehe

Thursday, December 03, 2009

bz bz bz

Lately, I am very occupied. Busy Ya Ampun. Sangat terasa bila nak siapkan seluar Iman malam tadi. Iman, macam biasa, tidak akan jauh dari toy baru dia tu. Nak-nak kalau aku ON, ada lampu, lagi dia suka. Nak fill bobbin dengan benang pon, dia akan membantu dengan menarik benang tu panjang-panjang, sampaikan aku terpaksa stop kejap.

Kenapa busy sekarang?

6.00-6.30pm - Jemput Iman (kadang2 lambat, 6.45pm baru sampai rumah babysitter)
6.30-7.30pm - Cinta Untuk Balqis @TV3, masak, main dengan Iman, mandi, solat
7.30-8.00pm - Nur Kasih @TV3. Pls do not disturb, this time tak ada iklan walau 1 saat.
8.00-8.30pm - Settle kan kerja-kerja lain i.e siapkan semua kerja di dapur, sewing sikit
8.30-9.30pm - Nenek Kebaya @TV9, hidang makan etc etc etc
9.30 onward - Siapkan semua kerja. Kadang-kadang tak siap. Kerja macam siapkan barang Iman, iron baju kerja. Selalunya pagi baru buat :(

Errr... busy dengan tv? Oh. Kita kena balance. Ada banyak program yang tak sempat nak tengok. Biggest Loser Asia sekali sekala dapat menyelit.

Ada orang tanya "Camane kau buat kerja rumah seme?" Ye, aku tak ada maid dan dalam masa yang sama aku nak rumah aku teratur dan bersih. Hari-hari kena sapu, vacuum. Kita kena cepat dan ada jadual sendiri. Aku busy sebab Husband aku balik lambat. Kalau dia balik awal, he took over kerja jaga Iman. Tapi kalau Iman nak dok dengan aku je, he'll take over buat kerja i.e kupas bawang, masak.

Ada yang kata
  • anak sorang boleh lagi.
  • amik la maid
  • bagi la Iman adik, dia nak kawan
Hmmm...
  • kenapa? Anak lebih dari sorang tak boleh ke buat kerja2 semua?
  • aku belum fikir nak amik maid. Aku boleh handle lagi. Selagi kudrat ada, InsyaAllah, Tuhan permudahkan urusan bila kita niat untuk rumahtangga kita
  • bagi la Iman besar. Btw, utk yang berkenaan, nak ke tolong aku jaga anak bila aku beranak lagi? Nak ke bagi duit utk beli keperluan tiap2 bulan? Duit pengasuh? Saving and insurans? Nak? Nak?
Ini bukan entry lepas geram hehe.

Iman dah boleh berjalan sendiri. Tapi malas mengatasi kerajinan. He can walk a few metres without falling. Congratulations sayang!

Oh, pertama kali mencuba resepi baru. Oatcake.
  • 125ml boiling water
  • 1 tsp butter (takde unsalted, salted butter pon ok)
  • oat secukupnye
Tuangkan air panas dalam mangkuk. Cairkan butter. Masukkan oat secukupnya. Sampai doh boleh dibentuk-bentuk. Bakar @10-15min atau sampai jadi perang @180degree. Boleh bekukan. Boleh dapat banyak. Cukup untuk 3 hari makan. Adult pon boleh makan dengan honey atau maple syrup atau apa-apa yang suka. Takde hal.

Itu aje entry yg carca-marba. Bye.

Sunday, November 15, 2009

Mencari almari.

After a hectic night, ke keramat attending husband's side majlis doa selamat+tahlil+bday dan balik jam 2pagi, hari ini, adalah ahad yang mendamaikan. Pagi banyak dihabiskan di dapur dan main dengan Iman. Oh, semalam masa 'berperang' nak tidokan Iman, found another way to tickle him - menggunakan siku. Dia punye la gelak sampaikan Husband kata "Dah la tu, nanti dia ngigau" :p

Sarapan hari ini adelah nasi lemak. Ada beberapa cawan beras sebelum habis licin. So, hari ni kena pergi kedai cari beras.

Semalam re-organize dapur yang kecil itu. Ada beberapa projek in my to-do list. Dibahagikan kepada 2: dapur dan 2nd room. 2nd room ada banyak kotak. It is a big room and it is the biggest waste in this house, which is, not fully use of it. Being planning to buy or custom-order for weeks. Buat kabinet sampai ke ceiling pon ok jugak tapi budget constrain la pulak. For the size that I want, it'd cost me almost 4-5k. Perghh.. mahal sangat tu for unused stuff. I don't save money for that. Oh, jalan-jalan tengok perabot @U6 (rasanya lah) Shah Alam. Sana ada banyak kedai perabot. Jumpa wardrobe 8ft size, RM2299. It's cheap compared to custom-order one. Tapi sayangnya, it has slide-door.

The almari hunting still on. Hopefully can get 1 or 2 before Dec. Amin.

Tuesday, November 10, 2009

Cantiknya dapur chef Wan

I love kitchen. Suka sangat-sangat. Bila my mom bagitau nak buat island kat dia punye newly extended kitchen, aku yang lebih-lebih teruja. My mom's island is dark brown color. Hari tu masa raya puasa, the island was packed with kueh raye. Hehehe.

Pagi ni masa tengah2 dok browse kosmo online, terjumpe dapur Chef Wan.

CANTIKNYA!

Chef Wan ada dapur yang cantik. Color combination sangat sweet. My mom hari tu nak buat hud macam ni lah, tapi tak jadi ;p


Ada banyak storage yang banyak. Sukax10000000. Sukanya la hai. My dapur ada 7 pintu tempat simpan barang dan 3 drawer. Drawer-drawer tu dah jadi hak milik Iman. Itu tempat dia main. Habis disepah-sepahkannye.


Read and see more here.

Monday, June 08, 2009

Dapur dan hasil

Hari ni transfer gambar and do some deleting and updating. Jumpa banyak gak gambar hasil masakan yang tak seberapa.

I like food photography tapi tak berapa pandai. Ok, below is a mosaic of our home-made food. Sekarang dalam process nak mempelbagaikan menu. Asyik dok ulang yang sama je. Ye laa.. hari-hari kena masak, kadang-kadang habis idea, walaupon buku/mags/internet berlambak-lambak resepi yang boleh cuba. Tapi banyak lak masalahnye. It's either tak cukup bahan or Suami tak berapa gemar or masak tak berapa nak cukup. Contohnya; malam ni, tak masak nasi. Masak spagetti. Try buat sweet sour. Ok gak lah rasa dia.



Itu masakan untuk orang dewasa a.k.a kami suami isteri. Ini pulak stok makanan untuk Iman. Biasanya, aku akan sediakan makana untuk Iman sekali seminggu, dan biasanya hari Ahad. It'd take me max 2 hours to siapkan semua-semua. Each of the bekas has to be labelled so that tak konfius. Dan, yang perlu simpan kat fridge, simpan kat atas. Dan untuk bekal Iman dah siap-siap hari Ahad tu. So, Isnin tu takde la kalut sangat. Now, kena pelbagaikan makanan Iman. Pening gak kadang-kadang, dok pusing yang sama. Huhuuuu.



Lepas makan, mesti ada bekas. Dan, kat bawah ni adelah bekas makanan Iman dan juga botol susu, tak lupa juga yours truly's breastpump. 4 botol susu. 1 manual Avent pump. 2 bekas bubur. 1 bekas finger food. Huh... penuh 1 sinki. Itu lah rutin harian. Kena basuh, kemudian sterilized kan, kemudian bagi kering. Then baru boleh fill with the new EBM and food, untuk bekalan esoknya. Kalau dapat buat belah malam, tak ada lah kelam kabut sangat pagi esoknya. Tapi kalau kepenatan melanda, so, kena bangun awal esok paginya tu. Kalau bangun pukul 6, kelam kabut sikit, sebab Iman pon dah bangun masa tu. Dia akan cari orang untuk main dengan dia.


The best part is always kept last. Sape kata aku tak ada assistant? Adaaa.. ini dia. I was preparing the bahan-bahan nak buat nasi goreng masa ni. Lesung batu letak bawah. Tiba-tiba handphone bunyi, pegi angkat kejap. Bila masuk dapur, tengok-tengok ada yang rajin nak menolong. Dah la benda tu berat. Digolek-goleknya. Iman dah jumpa mainan baru. Laci kabinet. Ketungggg ketangggg bunyi dia main drawer.




So, itu lah dia, me and my kitchen.


Regards,

Sunday, April 19, 2009

Weekend random

Pureen Stock Clearance
Went there on Saturday morning. Orang ramai. Iman dok dengan Husband. Jalan-jalan sana sini. And of course I am the one who merempuh orang ramai yang dok memilih baju etc etc. Grabbed a few stuff for Iman: baju, pillowcase, towels, handkerchief, wet towel, socks, bibs.


Bosch
Husband purchase a new tool. Kali ni dia pilih Bosch. Pricey but worth. Sebelum ni dah ada satu tapi bukan brand Bosch. Pakai setahun rosak. Tapi rosak di tangan orang lain rasanya jika dibandingkan rosak di tangan sendiri. Oh, itu bukan gambar tangan Husband. Itu gambar mat saleh mana ntah :)



Iman
He now actively move forward dan boleh ke biliknya sendiri. I was ironing stok baju kerja untuk seminggu at his room (so called 'his' room la sebab memang dulu sediakan bilik untuk dia) dan tiba-tiba Iman muncul di depan pintu sambil tersengih-sengih ^_^


And, I have a great Sunday, relaxing at home with anak dan suami. Oh, it's so syurga dunia for me.

Regards,

Wednesday, March 18, 2009

I am thinking about

  1. balik kampung for a few days. Last balik kampung was on cuti raya cina, Januari lepas. One of my wish, nak dok kat kampung lama-lama, spend quality time with my biological family. Read: Biological family family

  2. buying a new handphone. Saya memerlukan handphone baru. A study is now in progress. Haha ye la tu. Satu benda penting yang kena ada adalah the quality of the pic and video taken using that handphone must be superb. Superb means cantik dan lawa dan juga bagus. Good quality.

  3. kemas all my majalah masakan. I have a lot of Majalah RASA dan juga beberapa magazine yang berkaitan masakan. I've taken them out from the book shelf. Cuma.. hmm.. belum sempat nak compile. Haha compile tu.. Iyeee.. need new menu for Husband dearest. Kesian, hari-hari aku masak lauk sama. Cuma bezanya sekarang, I cook with Iman in his seater, sambil main whateva mainan aku bagi dia. Tapi dia suka main plastik sebab benda tu ada bunyi. Sometimes, I have to sing to him, panggil-panggil nama dia. Bila dia nangis sebab kebosanan, kena berenti masak, ambik dia dan bawak depan tv. That's what I did now, during my cooking session. Ehhh dah melalut lak ^_^

  4. to spring cleaning my files and folders on the working notebook and personal external hard disk. I bet, it'd take hoursss to finish it. I know it has been tunggang langgang.
  5. belikan Iman more socks dan topi. Dan juga selimut. Oh, Iman ada 1 selimut warna pink and it was my selimut when I was baby. Sorry dik, sebab warna pink :P

There's so much I want to do with so little time. I need a good organizer lah. Sigh.

On another hand, taken from Reuters:

PUTRAJAYA: Malaysia has shed 26,000 jobs since the global financial crisis blew up in September and nearly twice as many workers could lose their jobs this year as struggling manufacturers cut output, a senior government official said.

“It (unemployment) is going to be quite long and badly affected,” Sh. Yahya Sh. Mohamed, deputy director of labour in the Human Resources Ministry, told Reuters in an interview.

Malaysia lost 33,000 jobs in 2008, the bulk of them in the last few months as the global crisis suddenly worsened and Asia’s key export markets in the West slipped into recession. Some 40,000 to 50,000 more jobs were expected to be lost this year, Yahya said.


Let's pray for economy to get better. Amin. This makes me reconsidering on Item 2 above.

Wednesday, March 11, 2009

Tupperware

Aku tengah gile Tupperware hahaha.. very the makcik2 one, i know :)

Today, I received my order. It's cute and cool. Memang sangat comel. Dapat discount lagi. Click here to view the new cute thing that i'm addicted to ^_^

I have this in my collection. Sekarang tengah meng'usha' untuk beli ini untuk simpan lauk-lauk extra yang tidak habis. Ye, Husband tak bagi buang. Dia kata "Jangan buang, simpan. Boleh habiskan esok." Dan juga, untuk bawak bekal pi office :) Dan ini, untuk simpan dry item kat dapur.

I appreciate this, given by my mom's friend as my wedding gift.

Tapi Tupperware mahal, tak boleh beli tiap-tiap bulan. Pokai. So, kena lah plan dan beli masa ada best-buy.

Monday, March 02, 2009

I am a boy-lah



Kejadian ini berlaku pada hari Sabtu, at home sweet home balcony. Thank God, he behaved so well sepanjang majlis potong rambut. Hahaha.. majlis potong rambut. Ini pertama kali Iman potong rambut. Pertama ke? Masa dia umur 7 hari, Husband dah potong sket. "Ambik sunat potong masa 7 hari", as my mom said. Dan juga masa majlis cukur jambul back when he was 14 days old. Lepas tu, tak pernah potong, apetah lagi dibotakkan untuk jadi macam Beckham. Ahaks.

Ada orang kata kalau nak rambut lebat dan cepat tumbuh, elok botakkan. Betul ke? Dan, orang kata jugak (taktau la orang mana) elok dibotakkan sebab itu rambut dalam perut.

Tak ape lah, dah nak masuk 5 bulan dah pon dia. Haaa?? Dah nak 5 bulan?? OMG cepatnya masa.

Oh ye, my bmilk supply is back to normal. Alhamdulillah.

Sunday, February 22, 2009

From my humble new muahmuah

Typical kitchen cabinet untuk apartment yang kecik dan kiut ^_^ hahaha perahsan.

Belum habis kemas. Ingat nak mengemas semalam dan hari ni, tapi tak sempat. Been to SJMC and Armand's birthday party.





Trivia:


  • hadiah birthday ke 27. Yeee.... I'm 27.
  • ada banyak compartment tapi taktau nak letak apa sebab barang tak banyak.
  • memerlukan satu wall shelf untuk letak microwave oven. This one will be DIY-ed by Husband and Iman hihihh
  • tingkap yang half naked, sebab belum berlangsir.
  • this cabinet is 8ft x 6ft. Eh... rasa macam lebih 6 kaki.
  • oleh kerana tak suka lantai yang berhabuk, tiap-tiap hari aku sapu.
  • kalau tak spend masa dengan my 2 heroes, i'll spend most of my free time in here

Oho. Kesian Iman. Batuk belum hilang. Paed suh stop bagi Salbutamol. Try dengan Singulair pulak. Anyway, he's so suka roll here and there lah. Kali ni memang kena monitor sebab dia tiba-tiba dok bawah coffee table. Aiyoooo. And, he can roll towards me. Hahaha.. nak nenen punya pasal, he struggle to reach me.


Oh this is Iman, lepas seminggu keluar dari wad. Dan gambar itu adelah ikut turutan. Lawak pon ada haha ~~


Malam ni nak tengok CSI. Rabu lepas CSI dan start season baru. Season 8. Tapi last week aku tengok cerita Cinta Gila (feat Rita Rudaini). Rita cantik lah :) Alamak, malam ni ada Merlin. Ayooo.. so packed lah tonight.

--------------------

So emotional tengok CSI malam tadi. Meleleh je air mata. Ape taknya, dah 7 season aku tengok Warrick dalam CSI, tetiba dia mati. Apesal orang nak matikan watak dia? The whole team was really shocked on his death. Btw, Sara's back. Back for good ke? And she looked stunning. Catherine juga, nampak sangat cantik lah. Haha emo sungguh.

Monday, February 16, 2009

A few simple things

Badan ku rasa sedikit kepenatan. I might need one sweet time for myself. Spa? Hair treatment? Body massage?

Aku rindu my 2 heroes.

Dr Angelina called Iman as "Izz". Not only her but all nurses at the paedtrics ward panggil Iman "Izz".

Oh, the delivery of my-long-hunting-meja-makan is today. Yeay!

I'm done with store spring cleaning. The store is actually 2nd room of the house. Tapi oleh kerana berdekatan dengan pintu masuk, jadi, all the kotak-kotak is dumped in there. Bila dah kemas-kemas semalam, nampak sangat bilik tu terlalu besar untuk dijadikan store.

Dan juga, the hadiah hari jadi will be installed this coming Thursday. Woooo... sangat seronok. Rasa nak tidur kat dapur jek. Hahaha..

Dapat tahu benda ni dari Am. 13-years-old dad? OMG. Tak muda sangat ke? Cannot imagine how he know how to 'do that' at age 12. Tapi semuanya tak mustahil dengan adenya segala mak nenek kemudahan sekarang.

The final cut of American Idol 8 is over. Tahun ni peserta lelaki sangat menarik. Menarik in term of bersuara merdu dan sedap :) Ada a few contestant yang menarik perhatian aku tahun ni. Nanti lah, sebab belum hafal nama diorang.

Happy birthday to Roza. Chatted with her a day before her birthday, tapi tak sempat nak wish sebab masa tu Iman dah boleh discharge. Sms-ed her but as she said "Aku off handphone".

Saturday, August 30, 2008

While he's away

BB has to go to office today, for few hours only, I hope. My weekend is just a normal weekend, macam orang lain jugak kot. Macam biasa, weekend bangun agak awal.

The 1st activity is collect all the baju kotor dan masukkan dalam mesin basuh. Balkoni agak berdebu dan perlu dibersihkan. Dan vacuum cleaner pon ada kat balkoni. Ada benda tak kena dia vacuum tu. BB kata berasap. Hmmm... kena cari warranty card. Harap-harap jumpe :

Sementara tunggu baju dibasuh oleh mesin basuh, kemas-kemas rumah sikit. Tak perlu mop. BB helped me with floor-mopping yesterday. Semalam dia cuti. Sapu ruang tamu, bersihkan balkoni sikit.

Next, 3rd activity, masuk dapur. Kemas dapur sikit. Cuci-cuci apa yang perlu dicuci. Kemudian, siapkan sarapan. Ingat nak buat makaroni goreng tapi tukar kepada yang simple-simple aje, roti celup telur.

Sementara buat 2 aktiviti tu, encik Mesin Basuh dah pun siap mencuci kain baju. Baju-baju disidai di ampaian di balkoni. Itu adelah aktiviti ke 4.

Aktiviti ke 5 adelah, melipat baju-bajuan.

Seterusnya, aktiviti terakhir untuk pagi ini adelah me-maraton Full House, start pukul 10.30pg, lepas BB habis tengok Pi Mai Pi Mai. Feveret tu. Dah beberapa minggu Astro @ 303 tayang Full House. Dari zaman belajar smp sekarang, belum jumpe cerita yang best mcm cerita tu. Sebelum ni, ada cerita Winter Sonata. Tengok gak tapi kurang gemar sebab cerita tu asyik menaaangis je. Ponat den. Sambil ber-Full House, sambil surf Internet. Check email, baca-baca blog orang dan blog sendiri, baca online newspaper. While doing this activity, kat dapur tengah rebus kacang, untuk dibuat bubur. Harap-harap menjadi :)

Oh, hujan. Segarnya. Bau yang paling sedap - bau hujan.

Sunday, August 17, 2008

Wrap up




Weekend yang rasanya macam panjang pulak sebab hanya santai-santai kat rumah.


  • Thinking about to make puding gula hangus tapi tak ada tepung kastad. Keciwa lak.

  • Lipat kain yang penuh satu bakul. Kadang-kadang memerlukan mood dan masa yang sesuai untuk melipat semua baju-baju. That two combinations adelah sangat penting.

  • Meneroka dunia Internet. Google-ing tentang banyak perkara, You-tube itu ini. Desparately mahu lagu Yesterday by The Beatles. Hanya dapat .mp4, mahu .mp3 full version. Huh, susah bila tak pandai cari.

  • Install kipas yang dibeli last week. Kipas dari master bedroom dialih ke bilik sebelah dan kipas baru beli di-install dalam master bedroom.

  • Makan petang di kedai mamak, dekat dengan Tmn Sri Manja sambil menonton acara-acara sukan Olimpik.

  • Read a book. About baby care. Lepas tu tertidur :)

  • Shopping barang-barang dapur @ Checkers, dekat rumah. Malas nak ke Carrefour atau Giant atau mana-mana mall sebab malas nak bayar toll dan kalau ke sana, it'll take hours. So, lebih baik ke Checkers sahaja, semuanya ada (walaupon donut Big Apple takde) dan murah.

  • Menonton semua acara kegemaran. Renang - setiap kali tengok Phelps, mesti cakap "Dia ni macam robot lah, laju". Athletic - Usain Bolt selamba je pecut 100m dan buat gaya Action Kamen lepas menang. Badminton - Lin Dan bukan lawan Chong Wei malam ni. Lin Dan deserved the gold medal. Volleyball - rally yang sangat menarik. Antara USA dan Poland, dan, Brazil dan Italy. Fav is Brazil. Dah la best, cantik lak tu :) Gymnastics artictic - sangat mahu Nastia Liukin menang, tapi takpe lah Romania menang pon. As long as it's not China hihiii.. Cik Liukin yang cantik itu akan compete dalam final uneven bar dan juga beam. She is cantik dan sangat best kalau perform dalam beam.
Ok, itu sahaje.

Tuesday, August 12, 2008

Cannot tahan

Tak boleh tahan la ini macam. Badan je kat office tapi fikiran melayang ke Beijing. Muahahahaha. AM, I wish can I be like you (stay-at-home-wife but soon-to-start-work) until 24th. Lepas 24th tu nak keje balik pon keje lah :)

Ye, saya sangat suka menonton acara-acara sukan kat tv. Olimpik ke, Asian game ke, Euro ke, anything lah. Sport channel kat Astro jarang tayang game-game macam volleyball and gymnastic. I have to do some You Tube-ing for those kinda events. Terima kasih banyak-banyak kepada semua yang upload ke You Tube :)

Semalam, masa kat office, tiba-tiba dapat sms dari mak angkat Ben-Chippy-Danny. "Sekarang badminton, cepat cari tv, tinggalkan keje". Muahaha... I wish I can, serius! Dan malam tadi, I woke up at 1am, buka tv dan flip-flip channel 816 sampai 82x (tak ingat hihi). Ada 3 channel tayang volleyball, dan satu tayang diving. Sungguh tertekan perasaan ni bila semua channel aku nak tengok huhuuu.. Dan, pagi tadi sebelum pegi keje ada 2 channel tayang volleyball (women), Cuba vs USA dan Brazil vs Russia. Eh, mana game untuk lelaki? Dan malam tadi tengok highlight badminton, Taufik Hidayat kalah dengan Choon Han. Malaysia boleh! Tapi team memanah sudah out dengan beza 5 point sahaje. Adus.. tension.

Off-topic. I think, we want to handle hari-hari pertama ada baby with our own bare hands. Boleh ke? Nak try lah. 3-4 days aje. Then baby and me will fly to kampung halaman terchenta. Kat sana ramai tukang jaga hihiii.. Have to ask our moms dulu. Kang, tak pasal-pasal kena marah. LOL.

Another off-topic. Husband decided to install kitchen cabinet after my confinement, InsyaAllah. Have to spend on hospital bill dulu. Then baru untuk lain-lain. Biasa la, makan gaji. Jadi kena la plan betul-betul. Kitchen cabinet, baby gear, honeymoon, futsal. Opss.. hihi..

Another off-topic, last. Janji. Lagi pasal dapur. I made ayam bakar. Sungguh menyelerakan dan juga menyihatkan. Thanks to Pensonic oven. Sangat-sangat berjasa. Cheesecake yang buat hari tu sangat lah tahan lama. Ada lagi 2 slice. Kena tunggu yang tu habis dulu, baru boleh buat puding :) Hmm.. rasa macam nak buat stimbot lah tapi tak reti buat kuah. Jumaat lepas ada order ngan kakak sorang ni, tapi dia dah masuk labor room semalam. Baru 34 weeks. Erk... takut. Semoga Kak Ina dan baby tak apa-apa.

Ok lah, itu aje.

Tuesday, July 22, 2008

Entry 2

Dah lama tak letak gambar :) Ok, let's post some.

Foto 1: Ini adelah Crumble Cheesecake, cheesecake pertama dibuat oleh ku. Tahan lama jugak kek ni. Ada sikit lagi. Husband suka. Hihi... Senang aje rupanya cara buat cheesecake ni.

Ingredients
250gm digestive biscuits (crushed)
120 butter (melted)
500gm cream cheese
100gm caster sugar
3 eggs
Whipping cream kotak kecik
2 tablespoon cornstarch
Lemon
Topping. Tak ada sukatan, belasah aje.
Plain flour
Caster sugar
Butter
  1. Base - combine biskut dan melted butter, masukkan di dalam bekas, tekan hingga padat. Make sure padat ok.
  2. Pukul cream cheese, gula, cornstarch until soft and smooth. Tambah telur, one at one time, beating well after each addition. Jangan masukkan sekaligus tau. Masukkan whipping cream, kacau hingga sebati. Campur 2-3 sudu besar lemon. Jangan banyak, nanti masyaam.
  3. Dah siap pukul semua tu, masukkan dalam bekas (1).
  4. Untuk topping, campur semua bahan untuk Topping. Gaul-gaul pakai jari je. Taburkan atas adunan yang kita masukkan dalam bekas tadi.
  5. Bake for 1 hour at 150c. Dah masak, sejukkan dulu sebelum di-refrigerate kan.

Foto 2: Di satu sudut di ruang tamu, di rumah kami yg kecil, ada satu aquarium. Dekat akuarium kami letak rocking chair. Boleh layan tengok tv kat kerusi tu kalau malas duduk kat sofa. Tapi sekarang, kerusi tu Patrick duduk. Nampak tak? Oh, rumah kami ada balcony hehe. Dan, langsir untuk sliding door tu sendiri jahit tau.. Huhuhu.. Mama saye pon tak percaya, apetah lagi orang lain. Biasa laa.. cost saving :)



Foto 3: Ini peti ais. Oh, mind the gambar. Itu adelah kerja aku. It has been there since 1st week kitorang balik KL lepas kawin. Tak ada tangan yang alih. Biar lah dok situ. Apa aku nak share adelah magnet ikan yang warna pink. That's my favorite. Beli kat mana ye? Lupa lak.



Foto 4
: Aiskrim. Sedap. Itu sahaje nak cakap pasal aiskrim. Tapi tak boleh makan selalu. Kang kencing manis lak. Dalam peti ais, sentiasa ada 1 kotak aiskrim, macam kat rumah ada budak kecik la pulak.



Saturday, July 19, 2008

Peti ais

Pernah tak perasan yang kita tutup pintu peti ais tak rapat? I did this morning.

I made nasi lemak for breakfast. Lepas breakfast, kemas-kemas rumah sket. Tiba-tiba Husband kata "Ha, tutup pintu peti tak rapat". I was like "Haa? Apedia?" Bila buka pintu kat bahagian atas, ada bunyi yang agak kuat dan pelik, came from the fan. I asked him to off and on the switch, but the sound still exist. Aiseyman. Then he switched off again, keluarkan barang-barang kat bahagian lauk. He took some of his tools, and started to betulkan ape yang patut. After a few minutes, the sound is gone. Thank God. Takut gak rosak. Lagi-lagi aku yang tak rapatkan pintu. Tak sengaja okay.

Someone suggest me to watch The Dark Knight. Will do soon.

Kaki sakit lah. Sebab cramp semalam. Seksa betul. I left the cream at the office. Susah betul la, asyik terlupa je sekarang ni. Some reading from here :

During the third trimester, you are often overwhelmed, both physically and emotionally. This can certainly impact memory. In addition, it can be difficult to get a good night’s sleep. The connection between sleep and memory has been solidly established by research, so if you’re not sleeping well it is no surprise that you are feeling a bit absentminded. On top of all of this, trying to get ready for both the labor and delivery experience as well as trying to prepare the house (and yourself) for a new baby can create a whirlwind of activity and emotion that can affect your memory.

So, jangan lah marah kalau aku ada terlupakan sesuatu :) Sori ye.