Showing posts with label Olympic Beijing 2008. Show all posts
Showing posts with label Olympic Beijing 2008. Show all posts

Monday, August 25, 2008

Goodbye Beijing

Bila 2 minggu asyik flip ke channel 816 - 826, tekan butang R untuk tengok schedule dan result, buka official website lagi untuk tengok details, mesti rasa janggal sikit 2-3 hari ni, bila Beijing 2008 dah habis. Husband pon dengan sportingnya bagi laluan kat isteri yang sorang ni, to enjoy the olympic games for these 2 weeks. Takde komplen-komplen. Kadang-kadang kalau terjaga tengah malam, I switched on the tv, cari acara-acara feveret dan layaaan sampai tido balik. He didnt complaint that. Kalau sekali-sekala kacau dia tengok berita, sebab nak tengok live volleyball pon, dia tak komplen. Iye la, daripada tengok berita-berita politik yang makin lama makin menyemakkan itu, hihiii...

Btw, barang yang diorder sudah sampai. Ordered on 18th Aug, 2 days later I received a phone call from the despatch guy, saying that barang sudah sampai. Waaahhh sangat bagus lah. I loike. Tapi memandangkan diri ku ini kerja normal working hours and days, so, I only pickup the parcel on last Friday. Iye, Jumaat lepas bercuti-cuti. Spending hours at SJMC, Husband to solat Jumaat, lepak-lepak kat rumah dan ke PJ amik parcel. We didn't go anywhere but those 2 places. Hujan lebat babes, baik dok rumah, lepak-lepak tengok tv, makan-makan petang. Wonder if ada anak besok, what he/she'll do time-time macam ni? Tido? Join kitorang melepak? Eh, sekarang musim hujan ke kat KL ni? Hujan hampir tiap-tiap hari. Nasib baik tak terlajak pagi tadi. Subuh yang sejuk dan mendamaikan, tiba-tiba hancus dengan bunyi hon bas sekolah. So, there it goes, sekolah dah buka balik and goodbye to smooth traffic for 1 whole week *Sigh*

Thursday, August 21, 2008

5 perkara

Nak share 5 cerita / perkara.
  1. Ada seorang lelaki, dia berterus-terang dengan awek dia (I called her No 1) tentang orang yang dia sedang berkawan sekarang, I called her No 2. No 1 menangis dan No 1 admit yang dia pon salah jugak sebab tak pandai jaga si boyfriend. Si boyfriend kata dia selesa berkawan dengan No 2, dan dari hanya main-main, dia rasa macam ada chemistry dengan No 2. From my personal opinion, kalau setia dan betul-betul sayang dan hargai No 1, he should not, or even have any intention to try berkawan baik dengan other perempuan lain, yang mana, dari main-main boleh jadi betul-betul. So, stick to 1 person at 1 time. Komitmen pada 1 orang sahaja. I gave him my two cents, saying that "Fikir masak-masak. Baru kenal je budak tu, takkan nak terus tinggal awek kau sebab budak tu." Aku tambah lagi, "Jangan main-main".


  2. A friend that's moving to new house, tengah survey peti ais dan dia nak beli peti ais 1 pintu. I gave him my two cents "Untuk long term, peti ais 2 pintu sangat-sangat berguna. Percaya lah." Dia kata "Beli peti ais 1 pintu akan avoid kita untuk simpan barang banyak-banyak dan makanan berminggu-minggu." Itu kata-kata seorang lelaki yang tak menguruskan peti ais dan dapur. Tapi bagi aku yang hari-hari masak dan hari-hari uruskan peti ais, I need big one so that I can have space to letak all barang-barang yang memang rosak kalau letak kat luar. Itu hanya pendapat aku. And what I practise. Thanks to Husband :)


  3. Hari ni aku lunch dengan 3 orang kawan sekerja and we talked about makan dan berat badan. F said to N "Tension aku tengok kau makan. Makan banyak tapi tak gemuk-gemuk." And N said "Kau fikir macam ni. Aku makan banyak tapi tak gemuk-gemuk. Aku nak gemuk sikit." Rasanya itu adelah normal kot. Bila sorang tu kurus, dia nak berisi sikit. Bila sorang tu berisi, dia nak kurus sikit. Dan diorang pusing tengok aku "Yang ni lagi satu, dah nak beranak dah tapi tak nampak mcm mengandung. Tengok lama-lama baru perasan." Then I said "Kalau aku buka baju, perut besar gak". Hihiiii.


  4. A boss should not mengamuk to his staff dan hentak-hentak meja. Itu adelah tidak professional. Tak kisah nak marah tapi ini bukan sesi nak lepas geram. Adekah itu akan selesaikan masalah? Tidak sama sekali. Lagi-lagi kalau yang dimarah tu orang-orang lama yang kerja kat kompeni ni. Lama means satu usia dengan kompeni ini atau separuh. Marah boleh tapi kena la tengok tempat. Kalau bilik tu bercermin kaca yang clear, kamu juga dah menjatuhkan air muka orang lain. Bukan ke tak elok tu.


  5. Usain Bolt pecahkan rekod lagi. Dan kali ni dia tak lari main-main macam biasa. Btw, kenapa TPM kata Chong Wei bermain dengan bagus masa final? Bagus ke bila dengan mudah Msia diperkotak-katikkan masa final men single badminton. Come on mannnnn... Tak reti tengok game ke?

Ok sekian :)

Tuesday, August 19, 2008

Cik Liukin lagi


Cik Liukin.
Baju putih masa balance beam (silver). Baju pink masa all-around individual (gold).
Sangatlah lembut. Kaki panjang


Hari ni sempat tengok Nastia Liukin perform untuk last event, balance beam. Ok la tu, dapat silver. Shawn Johnson memang patut menang. Sebab cik Johnson tu banyak buat skill yang susah-susah, yang mana, bila dia buat tu, aku lak yang rasa nak tercabut jantung. Iye la, dah sebelum tu gymnast China terjatuh dari beam. Ok, hope to see you again in London 2012!

Tak lupa juga, team taekwondo kita. Chayok chayok!

Si cantik Elena Isinbaeva naik ke podium dengan anting-anting yang cantik, tiba-tiba menangis. Takpe, nangis pon maintain cantik.

Dan, Usain Bolt tu sangat la poyo kadang-kadang. Boleh lak dia macam main-main bila finishing. Nasib baik dapat no 1 masa 200m tadi. Haish..

Monday, August 18, 2008

Tak puas hati



Nastia dapat point sama dengan Kexin tapi kenapa bagi kat Kexin pingat emas. Mana aci wey.. kalau iye pon China tu tuan rumah, takkan kalau sama point aje, terus nak bagi kat China. Teruk la macam ni..

Tak nak cheer for China. Nak cheer for negara lain. Bluweeeek... tak best.

Alaaa.. mana ada orang dari team tu bole lawan Usain Bolt. Muehehehe. Emo.

Malam ni ada cite Ghost Train dan Nasib Si Labu Labi. Si isteri nak tengok Ghost Train, si suami nak tengok Nasib Si Labu Labi. Last-last, yang pening adelah tv sebab asyik kena tukar-tukar channel bila ada iklan hehehe..

Sunday, August 17, 2008

Wrap up




Weekend yang rasanya macam panjang pulak sebab hanya santai-santai kat rumah.


  • Thinking about to make puding gula hangus tapi tak ada tepung kastad. Keciwa lak.

  • Lipat kain yang penuh satu bakul. Kadang-kadang memerlukan mood dan masa yang sesuai untuk melipat semua baju-baju. That two combinations adelah sangat penting.

  • Meneroka dunia Internet. Google-ing tentang banyak perkara, You-tube itu ini. Desparately mahu lagu Yesterday by The Beatles. Hanya dapat .mp4, mahu .mp3 full version. Huh, susah bila tak pandai cari.

  • Install kipas yang dibeli last week. Kipas dari master bedroom dialih ke bilik sebelah dan kipas baru beli di-install dalam master bedroom.

  • Makan petang di kedai mamak, dekat dengan Tmn Sri Manja sambil menonton acara-acara sukan Olimpik.

  • Read a book. About baby care. Lepas tu tertidur :)

  • Shopping barang-barang dapur @ Checkers, dekat rumah. Malas nak ke Carrefour atau Giant atau mana-mana mall sebab malas nak bayar toll dan kalau ke sana, it'll take hours. So, lebih baik ke Checkers sahaja, semuanya ada (walaupon donut Big Apple takde) dan murah.

  • Menonton semua acara kegemaran. Renang - setiap kali tengok Phelps, mesti cakap "Dia ni macam robot lah, laju". Athletic - Usain Bolt selamba je pecut 100m dan buat gaya Action Kamen lepas menang. Badminton - Lin Dan bukan lawan Chong Wei malam ni. Lin Dan deserved the gold medal. Volleyball - rally yang sangat menarik. Antara USA dan Poland, dan, Brazil dan Italy. Fav is Brazil. Dah la best, cantik lak tu :) Gymnastics artictic - sangat mahu Nastia Liukin menang, tapi takpe lah Romania menang pon. As long as it's not China hihiii.. Cik Liukin yang cantik itu akan compete dalam final uneven bar dan juga beam. She is cantik dan sangat best kalau perform dalam beam.
Ok, itu sahaje.

Friday, August 15, 2008

Fav events

Synchronized swimming - 18th
Athletics - 15th (today!)
Gymnastics rhythmic - 21st

Happy weekends!

Thursday, August 14, 2008

Yeay! Go go..

Lee Chong Wei vs Sony Dwi Koncoro. Result . Thanks to FR, sebab bagitau, terkial-kial aku mencari result. Kalau la kat rumah sekarang, jadi pom pom girl kot aku kat depan tv.

Bila regu emas kalah, baru nak timbul isu salah pilih. Memang awal-awal dah cakap, salah pilih.

Wednesday, August 13, 2008

See..

Kan betul.. tak ada harapan. Tapi game Mew Coo dengan pemain China tu sangat lah menarik, walaupon MAS kena belasah 21 - 7 masa 1st game. At least, Mew Coo ada semangat juang yang sangat lah tinggi masa 2nd game. Bayangkan, dia dapat 8 game point tapi banyak silap kat net dan juga out.

Sekarang tinggal la boifrennya, Chong Wei.

Tapi agak mengecewakan, bila China dapat emas untuk acara berpasukan wanita gimnastik. Atlit dia ada yang jatuh, pon boleh dapat emas ek?

I can't wait for the athletics to begin. Wehoooo..

Emo

A friend is moving into his newly bought double story house. Double story tu dua tingkat kan? He has just get married couple months ago and I know that he is using his own money in his wedding expenses. Now, he's looking somebody to install kitchen cabinet. I adviced him "Kau pindah dulu, beli apa yang perlu dulu." Ikutkan pengalaman aku pindah masuk rumah sendiri ni, ada beberapa benda penting yang nampak tak menghanguskan poket tapi sebenarnya sangat-sangat menghanguskan poket.
  • Kipas dan lampu. Walaupon nampak macam tak berapa mahal, we spent a few hundreds. Itu baru apartment. Kalau rumah 2 tingkat, lagi banyak habis.
  • Bilik tidur. Kami lambat sket beli set bilik tidur sebab terbeli plasma tv yang harga beberapa riban itu. Katil memang murah tapi mattress @ tilam, normally more than RM500. Yang selesa dan besar boleh cecah ribu.
  • Peti ais. Penting sangat untuk simpan lauk pauk dan apa-apa yang patut. Unless kalau selesa makan kat luar. As for me yang hari-hari masak, itu adelah satu keperluan. Dan harga dia untuk 2 pintu lebih RM1000.
  • Mesin basuh. Hoooo... i need this too. Tak larat nak cuci pakai tangan bila dah hari-hari sampai rumah jam 7 dan hari-hari kena masak. Mesin basuh can be cheaper than peti ais.
  • Kalau yang belum ada tv, mesti la nak beli 1. Sekarang setiap rumah ada at least 1 tv. Kawan aku tu cakap nak beli plasma tv bila masuk rumah baru.
  • I need Internet to surf to the entire net world. The first time payment is more than RM300. Itu kalau subscribe dengan Telekom dan Streamyx lah. Plus, kalau nak setup wireless network , additional gadget kena beli. Campur tolak ada la dekat RM600. Added - Astro! I need Astro :)

Kitchen cabinet can cost you thousandssss. RM1000 adalah tidak cukup. RM2000 tu pon boleh la untuk dapur kecik macam rumah kami. Kitchen cabinet boleh buat lepas semua setel. Sebab benda tu bukannye perlukan die-hard construction work. Contractor datang tengok - ukur - kita pilih design - dia quote - dia balik rumah buat - lain hari dia datang pasang. Itu aje. So, fikir la ye baik-baik. Percaya lah, you'll spend beribu-ribu ringgit dalam hal pindah randah ke rumah baru ni.

Eh emo lak. Bukan duit aku pon :) Dah la tadi emo pasal atlit Malaysia yang pegi Olimpik. Bayangkan, atlit China yang umur 16 boleh menang emas diving, atlit Korea umur 18 boleh menang emas dan perak renang. Tapi Malaysia pegi hantar atlit-atlit veteren yang kalah dengan pemain yang kita tak pernah dengar nama. Renang Malaysia, masa saringan dah out. Sekarang tinggal acara berbasikal dan badminton. Yang beregu emas (orang suratkhabar panggil) biasanya kalau dah over confident, nanti kalah la tu. Mati-mati tak nak hantar budak Melayu yang baru menang hari tu. Emo semacam sebab Malaysia invest terlalu banyak untuk sukan tapi itu je ke atlit yang kita ada? Opss... sensitif. Sorry. Tapi kalau negara Asean lain boleh menang medal, takkan Malaysia tak boleh.

Emo.

Tuesday, August 12, 2008

Cannot tahan

Tak boleh tahan la ini macam. Badan je kat office tapi fikiran melayang ke Beijing. Muahahahaha. AM, I wish can I be like you (stay-at-home-wife but soon-to-start-work) until 24th. Lepas 24th tu nak keje balik pon keje lah :)

Ye, saya sangat suka menonton acara-acara sukan kat tv. Olimpik ke, Asian game ke, Euro ke, anything lah. Sport channel kat Astro jarang tayang game-game macam volleyball and gymnastic. I have to do some You Tube-ing for those kinda events. Terima kasih banyak-banyak kepada semua yang upload ke You Tube :)

Semalam, masa kat office, tiba-tiba dapat sms dari mak angkat Ben-Chippy-Danny. "Sekarang badminton, cepat cari tv, tinggalkan keje". Muahaha... I wish I can, serius! Dan malam tadi, I woke up at 1am, buka tv dan flip-flip channel 816 sampai 82x (tak ingat hihi). Ada 3 channel tayang volleyball, dan satu tayang diving. Sungguh tertekan perasaan ni bila semua channel aku nak tengok huhuuu.. Dan, pagi tadi sebelum pegi keje ada 2 channel tayang volleyball (women), Cuba vs USA dan Brazil vs Russia. Eh, mana game untuk lelaki? Dan malam tadi tengok highlight badminton, Taufik Hidayat kalah dengan Choon Han. Malaysia boleh! Tapi team memanah sudah out dengan beza 5 point sahaje. Adus.. tension.

Off-topic. I think, we want to handle hari-hari pertama ada baby with our own bare hands. Boleh ke? Nak try lah. 3-4 days aje. Then baby and me will fly to kampung halaman terchenta. Kat sana ramai tukang jaga hihiii.. Have to ask our moms dulu. Kang, tak pasal-pasal kena marah. LOL.

Another off-topic. Husband decided to install kitchen cabinet after my confinement, InsyaAllah. Have to spend on hospital bill dulu. Then baru untuk lain-lain. Biasa la, makan gaji. Jadi kena la plan betul-betul. Kitchen cabinet, baby gear, honeymoon, futsal. Opss.. hihi..

Another off-topic, last. Janji. Lagi pasal dapur. I made ayam bakar. Sungguh menyelerakan dan juga menyihatkan. Thanks to Pensonic oven. Sangat-sangat berjasa. Cheesecake yang buat hari tu sangat lah tahan lama. Ada lagi 2 slice. Kena tunggu yang tu habis dulu, baru boleh buat puding :) Hmm.. rasa macam nak buat stimbot lah tapi tak reti buat kuah. Jumaat lepas ada order ngan kakak sorang ni, tapi dia dah masuk labor room semalam. Baru 34 weeks. Erk... takut. Semoga Kak Ina dan baby tak apa-apa.

Ok lah, itu aje.

Monday, August 11, 2008

I love my weekend

A busy weekend for me and Husband. Bila sekali sekala berkumpul dengan keluarga besar nenda ku, Hajah Zabidah Awang, seronok.

Lepas wedding, kami ke rumah Cik Na Zarina @ Taman Kosas, Ampang, lawat nenek saudara, yang dah bertahun aku tak jumpa. Update itu ini, petang baru bertolak balik. Alang-alang dah kat KL, ingat nak pegi rumah Ayah Cik @ Setapak, sambung update kat sana pulak, tapi tak jadi. Maybe next time.

Cousins - Aqila, Mimi and Yaya. Husband jadi videographer. Warna maroon dan putih jadi pilihan pengantin (the groom is my pak sepupu, and he's younger than me)

Itu aktiviti siang hari. Belah malam, kami ke Carrefour Subang Jaya. Tujuan utama, mau cari kipas. We soooo love Panasonic ceiling fan dan mahu gantikan kipas di master bedroom dengan yang itu dan yang sedia ada dalam master bedroom akan dialihkan ke 3rd room. Tapi, brand itu is out stock. Penat. At last, kami balik rumah. Tapi sebelum itu, isi perut di kedai kakak kiut dulu. Kenapa tomyam kat kedai sedap? Banyak bahan perasa? Oh, tidak bagus untuk kesihatan.

The next day, iaitu semalam, kami jalan-jalan ke Putrajaya. Ke Taman Botani dan Alamanda.

Taman Botani, kosong dan lengang. Maybe masa kami sampai, terlalu awal. Tengahari. Tengah layan shooting, tiba-tiba terjumpa satu bangunan. Ingatkan tandas, rupanya bangunan tu macam replika pintu istana. They called it Garden Door. Ala-ala istana macam dalam cerita dongeng. Cantik.


Garden Door, Taman Botani, Putrajaya. Oh, mind the Husband ye. Terpengaruh dengan Human Wall and Bolos :)



Menambah koleksi gambar berdua :) Mind the bulat-ness of me.


Di Alamanda, bayar parking hanyalah RM1.50 for first 2 hours, consider as murah la compare to KL. I tried to pejam mata bila nampak Dunkin Donut, Baskin Robbins and Roti Boy. I can ignore the donut and aiskrim tapi tidak Roti Boy :) Sekali lagi, kipas yang kami cari out of stock, juga di Carrefour. Should I complaint? At last, kami ke kedai eletrik di Jalan Klang Lama. Barulah jumpa. Moral - kalau nak cari barang eletrik, sila lah ke kedai yang memang jual barang eletrik.


Saye suka ini roti. Sangat sedap walaupon hanya sebiji roti yang bulat.

The rest - enjoy the olympic games. Swimming, volleyball and gymnastic :) Suka.

Saturday, August 09, 2008

Beijing 2008

We watched Beijing 2008 Olympic opening. Canggih laa. Hampir 50% guna tenaga manusia. Rasanya lebih kot. Sangat-sangat cantik. Tak kisah kot, rakyat China ramai. The Bird Nest is cute lah.

Selepas melihat dan meninjau-ninjau event schedule, buat masa sekarang channel utama adelah 816 dan 817, gymnastics dan volleyball. So hari ni, lepas nonton The Mummy: Tomb Of The Dragon Emperor, tibalah masa untuk melayan volleyball (women) Brazil vs Algeria. Dalam world ranking, Brazil is no 1 and Algeria no 21, currently. Terpengaruh dengan cerita Maero Attack, membawa aku terlibat dalam sukan ni dari darjah 4 :) Sekarang ada drama baru, Attack No 1, lebih kurang sama je dengan Maero Attack tu.

Ok, nak bersiap-siap, pergi kenduri saudara ku. Oh ye, malam tadi mimpi baby :) Hihiii..