Showing posts with label famili. Show all posts
Showing posts with label famili. Show all posts

Thursday, August 30, 2012

Hello

Alamak. Sejak bila blogger tukar layout. Dah terkial-kial aku. Punya la lama tak jenguk. Bukan setakat bersawang, dah nak roboh gamaknya.

Quick update. I have delivered a healthy baby boy on July 9, 2012 (morning 8.33am kot) at Sime Darby Medical Center, Subang Jaya. I will make an entry about it. Later. Bila aku punya later pun tak tahu lah.

#1. Izz Muhammad Iman. A few minutes before becoming a big brother. He will be 4y.o this October
#2. Izz Muhammad Irsyad (on his day 25. Sekarang sudah besar. 7w3d)


Eh, cool lah blogger baru. 1st thing yg aku suka, gambar boleh bagi caption siap-siap. Hahahaaa.. ok i iz jakun. Dah berbulan tak jenguk.

btw, Eid Mubarak!

Salam Syawal,
Love ~ Wafaa

Friday, March 30, 2012

3 years

Masa-masa macam ni, pada tarikh hari ni, kami adik beradik menghantar baba ke persinggahan terakhirnya. Segala masih jelas. Macam pita rakaman. Sehingga ke hari ini, air mata aku akan murah bila teringatkan hari itu. Tidak ada satu malam yang aku lalui tanpa teringatkan arwah. Ingatan terlalu kuat.

Sejak hari itu, pelbagai dugaan kami lalui. Sejak hari itu juga hubungan kami adik-beradik bertambah rapat. Kami menyokong dan menjadi kekuatan satu sama lain. Harta boleh dicari tapi bukan adik-beradik. Adik-adik aku menjadi menjadi matang dalam usia yg muda. Masa aku seusia mereka, ujian aku tak sekuat ujian mereka. Tiap kali berdoa, aku mohon dengan-Nya agar diberikan mereka kekuatan.

Semoga Allah swt menempatkan arwah baba di kalangan hamba yang beriman.

Al-Fatihah.

Tuesday, March 20, 2012

Hello!!

Pheww. Fuh fuh.. tiup debu.

Last post was Nov 2011? Bukan berhabuk dah ni. Ini dah macam penuh dengan sarang labah-labah.

Terlanjur aku dah bangun pukul 1 tadi, aku buat kerja sikit. Dah jadi macam habit - tidur awal dan bangun time-time macam ni. Sementara tunggu program tengah update status, tergerak hati nak jenguk blog. I do miss this but I've lost my blogging mojo. Tweet a lot sampai tak ada benda nak cakap kat sini. Actually ada tapi entah. Haha.

Salah satu benda tu, aku rasa kesal sikit sebab tak dapat buat current pregnancy story kat mana-mana. Yes, we are 21 week pregnant and expecting 2nd child. 1st time aku announce kat public selain twitter. hahahaaa.. #bajetretis. The EDD is in July. Yaaa.. July which is equal to fasting month. Hamikk.. dah 4 tahun puasa penuh, tahun ni, rasakannn..

Sehingga sekarang, baru 3 kali checkup. I should make an entry. At least I wrote somewhere.

Iman sekarang dah 3 tahun 5 bulan. Tak melebar tapi meninggi. Tak tahu macam mana nak melebarkan dia. Ikut gene aku, memang senang je nak melebar. LOL.

Oh ye. Aku dah tak hantar Iman ke rumah pengasuh. Ended the journey with bitter story. Lesson learnt. Sekarang, Iman dah masuk pre-school dan habis school dia terus stay kat day care sana. Alhamdulillah, I've made a good decision. He developed his social skill well. Yang tu tak payah masuk school pun dia dah pass. Alhamdulillah. Memandangkan kami suami isteri kerja dan kat rumah banyak gadget yang me'lagha'kan dia, jadi salah satu harapan, agar dia belajar sesuatu dan improve sesuatu. Syukur Alhamdulillah, lepas school, dia join kelas mengaji (Qiraati). Actually aku tak register pun untuk kelas tu tapi sebab sekolah tu ada buat kelas mengaji untuk budak-budak besar, maka yang daycare ni pun join sama. Tapi selalu jugak dapat report dari nanny dia "Hari ni Iman tak nak mengaji, dia main". Haha.. sengih je la aku. Aku suka school tu sebab dekat dengan rumah. Environment dia pun ok. Iman pun happy (sampai kadang2 malam mintak nak gi school. Tanda kuat main) Tapi, kalau rezeki pindah Bandar Puteri tahun ni, boleh tak nak nangis? Haha. Kalau pindah, we have to go through the orientation again for Iman to adapt to new environment, new school, new teachers, friends.

Eh dah melalut. Esok kerja. Confirm ting tong kepala pagi karang. Aku tinggalkan entry pertama untuk 2012 ini dengan gambar baby baby aku.

Assalamualaikum.


Sunday, October 23, 2011

late entry - birthday Iman

Dah dekat 3 minggu birthday Iman tapi baru sempat nak buat entry.

Tahun ni tak ada plan nak buat apa-apa pon. Ahah, tipu lah tapi plan tu hanya dalam kepala sahaja. Jemput keluarga datang lunch, bake a choc cake with edible image on it. Or, belanja keluarga makan kat mana-mana seafood or Thai restaurant. Tapi semua plan ke laut sebab on the same weekend, kami ada banyak jemputan (weddings and aqiqah).

Jadi, adhoc plan was I bought 3 slices of cake from Secret Recipe (cheeze choc, choc mud and choc indulgence). Fetch Iman and went to Giant, bought some candles, balloons and his fav vitagens. Oleh kerana balik kerja pon dah pukul 6 lebih, so aku tak sempat nak masak apa-apa special. Masak dinner biasa je.

Balik rumah, belon ditiup sampai lenguh-lenguh la jugak. Sebab nak main belon,

Then tunggu husband balik. Kesian Iman, terpaksa menahan sabar untuk tiup lilin. Nampak je muka ayahnya dekat pintu, tak ada salam/hi/hello, terus dia "Ayah, nak tiup lilin". Makanya, tak sempat ayahnya nak hilang penat, terpaksa nyalakan lilin untuk anaknya. Biasa berapa batang lilin tu ikut umur tapi sebab anak nak main tiup-tiup lilin, letak 5 batang.

Dekat 1/2 jam dia tiup lilin. Api padam, nyala, padam, nyala. Sampai la lilin tu habis. Bila dah habis, dia mintak lagi. Uihh.. tak kuasa la weh nak pasang lagi. Then husband cari bunga api dalam store. Ada la 4-5 batang. Main bunga api pulak kat balkoni. Nasib baik tak ada kain kat ampaian. Kalau tak, teka la siapa yang akan bising.

Tak ada majlis besar-besar pon Iman dah happy. Rasanya, this was the best birthday he had :)





Monday, October 17, 2011

Pegang tangan

My mom was here 2 weeks ago (8-9 Oct 2011). Aku mintak adik aku Widad datang. Melaka - KL naik bas 2 jam je :) Ada kenduri family friend kat Subang Bestari. Esok harinya, kami ke Shah Alam untuk aqiqah Ziya @zam_aiza. Sebelum ke sana, kami solat di Masjid Biru. Seperti biasa, bila masuk ke masjid yang besar dan lapang macam ni, ada budak tu berlari ke sana sini. Hanya Allah swt sahaja yang tahu macam mana perasaan aku masa tu. Takut dia kacau orang sembahyang. Takut sungguh. Tapi syukur, tidak sampai ke tahap tu.

Then dia mintak nak turun dalam kolam yang dikeringkan kat luar dewan solat. Aku kasi chance. Bukan nak turut kehendak anak tapi aku tahu, dia sebenarnya mengantuk dan penat. Jadi, macam tu lah dia channelkan perasaan dia - melalui permintaan yang pelik-pelik dan tak biasa dia mintak. Layankan aje la. Dah penat dia tidur le.

Salah satu permintaan dia, dia suruh ambik gambar. Haha. "Ibu, nak ambik ambar cik Dat". Makanya, adik aku terpaksa layankan je. Depan pintu masuk dewan solat pulak tu. Siap mintak nak pegang tangan lagi you.



Kami ke kereta. Sekali lagi dia mintak nak bergambar. Dengan neneknya pula. Juga sama, mintak nak pegang tangan. Awww sweet. Sebenarnya diorang ni jarang jumpa. Terkilan jugak aku sebenarnya. Nak buat macam mana, kami tinggal di 2 negeri berbeza. Jauh pulak tu.




Ok itu aje lah dulu. Sampai update lagi (tak tahu bila).

Friday, October 14, 2011

4th

A successful marriage requires falling in love many times, always with the same person. (Mignon McLaughlin, The Second Neurotic's Notebook, 1966)


Happy 4th Anniversary, darling husband.


Love,
Your wife.

Sunday, September 04, 2011

Hello KL!

Raya kami officially ends on raya ke-4. Kami bertolak balik KL jam 10 pagi. Lepas 8 jam on the road, bawak kereta yang kejap speeding kejap macam siput, kami sampai depan Murni SS2 tepat jam 6.30 petang. Kenapa ke Murni SS2? Kerana kelaparan dan mahu makan. Tapi, bila sampai depan kedai, rapat je tertutup pintunya. Husband kata, "Mari tengok kedai kakak cute". So, kami ke Sri Sentosa, dan sekali lagi harapan hancus. Semua kedai makan tutup. Aku dah macam "Heyyy apesal semua tutup". Masa lalu depan Ani Sup Utara, kedai tu pon tutup. At last, kami balik rumah dulu, rehat dan keluar lepas Maghrib.

Kedai pertama yang kami tengok, JM Beriani Subang Jaya. Tutup. Then, menghala ke Shah Alam. Kedai-kedai dekat Nasi Ayam Pak Mal buka tapi kami terus drive ke Sec 9, nak jenguk ayam penyet. Kedai tu buka tapi kerusi semua atas meja. Tak tahu nak pindah ke apa. Masa lalu kat Tesco sebelum ni, aku ada cakap "Kalau semua tutup, Pizza Hut je lah. Confirm buka". So, bila ayam penyet tidak available, kami patah balik ke Tesco Shah Alam. Orang pon tak ramai. Fast food buka. Lepas order for take away, kami jalan-jalan ke dalam. Ehhh food court buka. Oleh kerana kelaparan, kami makan je kat food court tu. Pizza bawak balik.

So, that is our 1st dugaan mencari tempat makan pada hari raya ke-4.

Oh, 4 Syawal. 3 tahun lepas, ada budak tu menjenguk dunia. Dia keluar dari perut ibu dia pada jam 2.20 petang. Budak tu nama dia Izz Muhammad Iman. Iman, selamat hari lahir! Semoga menjadi anak yang soleh. Dan 2 Syawal pula, 4 tahun lepas, kami diijabkabulkan. Happy anniversary husband. Oktober nanti kita celebrate elok-elok. Ok? Love both of you.

Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya


Salam Aidilfitri. Maaf zahir dan batin.

Tahun ni:
  • baju kami purple. Love my baju raya. Kehkeh.
  • beraya dengan mertua.
  • tahun ke-3 beraya tanpa baba. Al-Fatihah. I miss you dearly.
  • tahun ke-4 beraya dengan suami.
  • tahun ke-3 beraya dengan anak.
  • semua adik beradik balik beraya kat Pasir Mas.
Ok, nak cucuk satay. See you when I connected to Internet. Love and hug.


Friday, August 26, 2011

Menjelang beberapa jam lagi nak balik kampung

Dari list semalam, berapa je dah kira consider done. Ada lagi yang perlu diselesaikan sebelum tengah malam ni sebab esok lepas Subuh nak bertolak. We'll see sejauh manakah kata-kata suami itu akan menjadi kenyataan. Aku mintak bersahur on the way, say kat Karak or Bentong, dia kata tak payah. Orang nak bertolak as early as possible supaya, tak de lah perjalanan tu di tengahari time mata hari terpacak atas kepala.

Ok. Cita-cita nak buat cookies tercapai semalam. Tapi aku tak puas hati dgn outcome mama carries sebab aku lupa camane cara nak buat dia punya bedak sejuk. Bedak sejuk = white decoration dia. Dulu as in way before aku kerja dan kawin, aku pernah buat sekali. My mom bagi resepi. Menjadi je. Cara dia sama je, cuma aku lupa aku beat the white egg tu macam mana dulu. Cookies ok but not the decorations. Frust mak.

Then beralih kepada biskut favorite, biskut sarang semut. Last year, 1st time aku buat sendiri. Tak parut pon. Guna strainer. Tekan-tekan then keluarkan doh yang halus-halus tu. Tapi aku lupa yang strainer aku guna tahun lepas tu dah buang sebab rosak. Yang ada kat rumah sekarang adalah sangat halus. Tak sesuai langsung. Hampir give up. Dah la pemarut tak ada. Yang ada pon yang biasa2 tu je. Then aku freezekan the cookie dough. Duduk la dalam peti tu sejam lebih. Then aku keluarkan dan cuba parut. Yeay! Cuma leceh la sebab kena parut sikit-sikit. Kalau guna strainer yang lama tu, kejap je siap.

Resepi boleh refer kat sini dan sini.

Tapi ada satu pengajaran. Kalau buat cookies last minute dan oven kecik je, baik lupakan sahaja. Kerana, diri sendiri yang penat. Bila penat, mula la nak tension. Solutionnya satu je kalau dah nak buat last minute jugak - beli oven yang besar. Boleh bakar 100 (contoh) biji sekali gus. Ha, puas hati.



Thursday, August 25, 2011

Persiapan raya

Tolak hari ni, tinggal satu hari je lagi sebelum kami balik kampung. Secara jujur dan ikhlasnya, persiapan untuk balik kampung sekaligus merangkap persiapan raya tak siap lagi.

Antara yang pending:
  • buat biskut raya - sarang semut, suji pelangi, butter cookies
  • kerepek sedap - kena pergi kedai
  • kemas rumah - banyaknya!
  • laundry - pening aku
  • hamper for babysitter. kena pergi kedai
  • hadiah for my adik bongsu - kena pergi kedai.
  • collect duit raya
  • last but not least, packing - wohoooo this gonna make me tak dapat buat keputusan. Ada yang separuh almari aku bawak.
Jadi, aku kena pergi kedai untuk 3 benda lah.

Semoga semuanya lancar. Amin.






Sunday, August 14, 2011

Ramadan 14

Semalam kami buka puasa kat rumah SIL. Finally, aku jumpa keselesaan. Dah tak nervous dah.

Dan hari ni, sejam lebih lepas bangun tidur, kami keluar cari baju raya Iman. Senang je aku shopping. Less than 1 hour dah siap. Sementara aku pilih baju, husband jaga Iman. Diorang pusing-pusing kat tempat toys. Dan Iman pon dapat la sekor Ultraman dan sekor raksasa. Raksasa pertama. LOL. Dah tak boleh guna trick, exclude kan toys masa bayar. Tadi dia siap letak kat kaunter, dan cakap "Ibu, nak bayar Iman." Tunggang terbalik ayat.

There goes persiapan raya. Semua dah buat kecuali baju aku. Hmmmm....

Sementara tu, kami sempat tengok 3 movie malam ni. RoboCop, Transformers 2, dan Kick-Ass. Never knew that Nicholas Cage berlakon dalam Kick-Ass. Dan, congratulations Lin Dan.

Ok, tu aje. Bye.

Monday, August 01, 2011

Ramadan 1

Salam Ramadan. Ahlan Ya Ramadan.

Hari pertama Ramadan. Malam tadi malam pertama berterawikh untuk Ramadan kali ni. Aku terawikh kat rumah je. Berjemaah dengan suami. Iman pulak dok main psp, jadi gangguan anak adalah totally zero malam tadi :)

Masa pertengahan solat terawikh, aku brakedown. Tiba-tiba teringat arwah baba. I even shedding tear while typing this.

Dulu, kalau aku ada kat rumah parents masa bulan puasa, aku tak pernah solat di masjid sebab kami semua solat berjemaah kat rumah. Lepas berbuka tu, jangan harap nak melepak lama lepas makan. Berdesup semua orang ambik wudu' bila dengan baba berdehem kat luar, ready nak maghrib. Lepas Maghrib tu kitorang sambung melepak. Tapi kejap je sebab masuk je Isya', terus solat Isya' dan sambung terawikh. Yang best adalah, pukul 9 dah habis terawikh.

Those days, I will always remember. As a part of my memory with my late father. Sebulan Ramadan ni, semua ahli kubur terlepas dari seksa. Semoga roh arwah dirahmati Allah swt.

Al-Fatihah.

Friday, July 08, 2011

January - July 2011 trip

Aku anak beranak ni kurang berjalan. Tapi tahun ni aku rasa aku banyak travel. Haha. Kalau dah naik kapal terbang atau drive lebih dari 1 jam dan keluar dari KL tu aku kira travel lah. Tak kira la balik kampung ke, kenduri kawin ke; janji keluar dari KL dan bermalam ^_^

Januari 2011
Ad-hoc plan ke Melaka sempena cuti tahun baru. Ad-hoc sebab 9 pagi baru surf Internet, looking for hotel and place to eat in Melaka. Result dapat book hotel untuk check-in jam 12 tengahari, dan kami masih di KL pada jam 10 pagi itu.



March 2011
Balik kampung masa wedding Surayya (my sister). Masa kenduri kat rumah Pasir Mas, aku balik berdua je dengan Iman, balik dengan Firefly sebab masa tu suami outstation kat Osaka. Ye, sangat risau sebab masa tu Japan kena tsunami.



Hujung bulan March, aku drive ke utara, untuk majlis bertandang kat belah Cik Mat (adik ipar baru aku), berdua je dengan Iman juga. Tapi aku singgah Simpang Pulai untuk ambik adik aku Hanif. Simpang Pulai - Manjung jauh oiiii.. Aku ingat 10-15 minit je.






Sambil menyelam, minum air. Aku ke Perlis, melawat Widad kat matrik dan singgah ke UiTM Arau. Tempat jatuh lagi dikenang. Cewah. [I was in UiTM Arau from 2000 to 2003].

July
Masuk 1hb July, kami ke Kuala Nerang, Kedah untuk wedding Faiz (sepupu suami). Tak berjalan ke mana tapi aku sempat ke rumah Cik Nie, mak saudara merangkap kakak sulung mama. Kami balik keesokan harinya dan singgah di Kulim, rumah sepupu suami. Dan, aku tak sangka it took me 2 hours from Kuala Nerang to Kulim. Balik KL kira-kira berapa habis untuk tol. Muahahaha.. amik kau, ada la RM100++. Minyak tak yah cakap la. Laki aku tu asal half tank je dia nak isi bagi penuh. So, yang tu aku lost track sikit.







Walaupon 2 kali ke utara tahun ni, tak de sekali pon aku ke belah pulau kat Penang tu. Aku nak tuntut janji. Tahun ni mesti pergi jugak. Dok hotel, then jalan-jalan cari makan, cuci mata, pegi rumah Surayya. Ok, aku ni sebenarnya rindu ngan adik-beradik. Bila dah kerja, mana nak ada cuti sekolah dah. #sedih.

Friday, July 01, 2011

Off to North (Kedah)

We'll be going to Kedah for husband's cousin's wedding. The akad nikah is tonight. Manage not to sleep at Puncak Alam and the result is 2 round of laundry. Ha, kan elok tu.

I packed all of our clothes in 1 big luggage only. Malas nak bawak beg baju asing. Toiletries tak masuk lagi sebab nak guna pagi ni. Harap tak de la tertinggal. But, I have issue when it comes to packing. Always bring extra clothes which end up tak pakai pon. Tak reti nak packing sikit.

I'll be missing tweeting. No Internet connection. Tapi kalau rindu, aku guna je DiGi. Hehe. Ok, see u later. Pray for our safe journey. Love & hugs.

Saturday, April 02, 2011

Countdown almost ends

It's 2nd April morning. Husband's coming home today. Yeay!


Punya la cepat masa berlalu sampai aku tak sempat nak buat entry how our activities changed, and this house looks like bila suami tidak ada selama 5 minggu. Hahah.. eh tak tak.. bukan macam tongkang pecah ok. Hari-hari kemas. It's just dapur tidak berasap selama 5 minggu itu. Dan juga tentang aku yang hari-hari (I mean every day without fail) aku lambat pegi kerja.

Semalam spring cleaning 1 rumah. Mop lantai, cuci toilet, lipat baju 2 bakul, tukar bedsheets, clear the fridge. Tak sempat pegi pasar lagi ni. So, tak boleh masak sebab peti ais memang tak ada sayur-sayuran dan adik beradiknya, walau 1 pon.

Husband's flight Kansai - KL delay due to KL - Kansai flight is behind schedule. Oleh itu aku ada beberapa jam extra time untuk figure out what to cook for dinner. Ke, tapau aje? LOL.

Ok lah, suami, semoga selamat sampai. Amin.

Thursday, March 24, 2011

Quick post

Let's make a quick post. Not in order.
  1. My 3rd lil sister married 2 weeks ago and I owe an entry about that.
  2. Iman & I will be going to Kedah tomorrow. Satu apa pon tak packing lagi. And and... InsyaAllah I'll be visiting my uni, UiTM Arau. Too many old memories. Too many. Waaa... nak nangis. I want to be 18 again.
  3. Bought a new car seat for Iman.
  4. Welcome iPod touch. Double broke.
  5. CSI NY will start its new season on April 4th. Haha. Sempat promote.
  6. Husband will be leaving Himeji and going to Kadoma, Osaka next week, before coming back home. Let's start the countdown. 8 days to go :)
  7. Bought new pants for Iman. Tapi longgar, so, I've to alter it a bit. Camane la nak bagi Iman gemuk sikit.
  8. Did a silly thing today. Went to Subang Parade without the purse. Camane nak bayar parking? Nasib baik ada phone. Call Aishah and she came over to pass me some money. LOL. U saved me! Thanks a million.
  9. I baked 2 types of muffin tonight. And I am exhausted! Completely tired.
  10. This week, we had nasi goreng pattaya for dinner, for 4 days, straight. Nak muntah aku. Tapi nak buat camane, super sedap.

That's all.

Saturday, March 19, 2011

When sky is the limit #2

We went there. For the 2nd time. Kali pertama kali pergi 2009 dulu, ada encik Suami.

Selepas terkejar sana sini, kami on the road by 8.23am. Lalu ikut Puchong, heading to Putrajaya. Sampai kat P2, minyak pulak dah nak habis. Sms bertanya orang Putrajaya (Watie), dan kami pon keluar dari P2, menuju ke P16. On the way ke P16, terjumpa P18 dan dalam tu ada Petronas. Near 1Malaysia Futsal. Nasib baik. Tapi terpaksa ke P16 jugak sebab nak keluar duit. Huhu.

Melihatkan orang yang bersesak-sesak cari parking sebelum ni, aku decide nak park kereta kat belakang bangunan office. Seberang jalan je pon. Exercise sikit.

Tak ada yang menarik pon. Maybe belon-belon yang menarik dah terbang ke udara. Biasa je. 1 je belon yang menarik perhatian Iman - doraemon. Dari dalam kereta dia dok cakap "Ibu, Emon".

Rata-rata orang pegang DSLR. Wah. DSLR aku ni umur dia dah masuk 5 tahun. Dah antik tapi masih berfungsi. Tak ada alasan kukuh untuk beli baru, kecuali alasan upgrade. Kalau upgrade, mahu cuba Canon EOS. Model apa tak tahu. Berangan je dulu, bukan kena bayar pon.

Ada banyak stall makanan. Tapi kami tak masuk pon. Malas. Tergerak hati mahu beli aiskrim, tapi malas menguasai diri. Last-last, kami blah macam tu je. Hanya beli 1 barang - bubble gun. Mahal wei. RM15. Aku pernah beli bubble gun size tu, harga dia bawah RM10. Cekik darah.

Have a quick tour, kami balik tak lama lepas tu. Dan terserempak orang drifting. Jauh lebih menarik dari belon, so kami lepak belakang Palace of Justice.

Itu je lah. Ni gambar sikit.



Ada komik, bola dan tak lupa juga Ultraman. Ni tak ada kaitan dgn silly uneducated joke from Berita Harian & Fiz Fairuz. Loser.

Main kat MOF. Haha. Macam tak ada tempat lain nak main.

Tuesday, March 15, 2011

Kalau Iman ada adik

... macam ni kot jadinya. Belek - cuit - angkat - peluk - picit - tepuk. Jangan cubit & 'ultraman'kan sudah. Tapi ada bunyi dia buat 'ultraman'. Action kemain. Husband bagitau suruh perhatikan dia, takut nak men'ultraman'kan anak orang. Haha. Action je lebih, tapi tak ada la berani sangat. LOL



With my niece, latest addition to my mom's grandchildren list, Nureen. Panjang nama dia tapi letak Nureen aje la :p Btw, this is during my sister's wedding last weekend. It explains why I was 'lost' in the Twitter-land. Dan juga tanaman rosak di FB's latest addiction, CityVille. LOL.

On another note, please pray for my husband's and other people safety in Japan. Although he's in Osaka, which is not affected with the huge tsunami last week, but the e.q and tsunami thing worries me.

Friday, March 04, 2011

Iman: Hello Ayah!

Sudah 5 hari suami outstation. 28 days to go.

Kami ber-video chat hampir setiap hari. Kecuali malam pertama dan ke-3 (kami berdua ke Jalan TAR tapi balik dgn tangan kosong)

Ini 1st time Iman video chat dengan Ayahnya. It went well. Siap kiss, hug & flying kiss bagai. Sebagai upah dia pandai guna headphone & microphone, I rewarded him with Kinder Bueno (haha there goes my late night snack) and gen-gen (Vitagen). Guna microphone sampai masuk dalam mulut. LOL. Thereafter, he knows that headphone connect to ear and sound. Jadi, setiap kali dia nak tengok video kat laptop, he'll request for the headphone. Huhu..


Tapi malam tadi Iman ada conflict dengan diri sendiri - cannot decide what to watch and hear and it ended like this.
Since Husband's laptop ada sedikit sakit, jadi malam tadi dia mem-back-up data masuk dalam external hard disk. Dan keadaan seperti di atas berlaku selama sejam lebih. Aku memang tak ada chance nak sembang dengan laki sendiri sebab anak nak tengok youtube. And it is a situation for me. *scratch head*

Monday, February 28, 2011

Selamat berkursus

Jap, training dalam BM apa? Kursus? Latihan?

Hari ni MC kerana perut tidak selesa. Iman hantar ke rumah pengasuh. Aku dok rumah, rehat. Makan ubat tapi mcm belum ada kesan. Sementara MC, update blog se-round.

En Suami sudah selamat bertolak ke Osaka untuk training 5 minggu malam tadi. First time away dari anak dan isteri, 5 minggu pulak tu. Bukan 5 hari. Kami pegi airport 3 beranak. Sampai sana dalam just nice. The other 2 colleagues dan boss pon baru sampai. Yang satu kapal dengan suami ku ada 2 orang je. Boss diorang tu datang sebagai support. Sebelum tu, group ke Tokyo dah masuk dah. Flight 10.30pm.

Baiknya boss diorang, tunggu sampai diorang masuk balai berlepas, iaitu 11.30pm. Sampai final call baru la laki aku berkejar nak masuk. Sebelum tu deal dengan Iman yang menangis sebab kena paksa keluar dari playland sebelah KFC tu. Terpaksa tebalkan muka berjalan agak jauh bila banyak mata memandang. Nasib badan.



Sebenarnya baju tu ada seluar dia sendiri tapi sebab kitorang pakai jeans, dia pon nak pakai jeans jugak.



Masa kat Mc D kitorang makan sebelah Rashid Sidek. Muda lagi dia. Dan sudah pasti tidak berperut buncit.



Jadi Iman, kita tunggu phone call dari Ayah, ok? We pray for your safety and health.

Ok, mahu makan ubat dan breakfast merangkap lunch. Hah, apekah?