Showing posts with label baby and info. Show all posts
Showing posts with label baby and info. Show all posts

Monday, December 06, 2010

Iman sticker book and trucks!

Aku & Iman ke Midvalley pagi Sabtu lepas. Errr we went there 2 days in a row. Haha. Mentang-mentang 15 min je dari rumah.

I have tweeted my mission, like below.

misi: syampoo, lycra, cimb, book for Iman. can i add perfume?
9:19 AM Dec 4th
via web

This is one of accomplished mission: book for Iman. I love the book. Fun and colorful book. Yang penting, Iman pun suka *grin*




Looking at the pictures in it, no doubt why Iman love it so much. Ada dump truck, tractor, rig, big lorry, dan macam-macam heavy machines. I also learned their names. Hehe... Kids books can be so interesting. There are a lot I can learn too. Hahaha... dah boleh share buku. By the way, it also has animals and other transport. Sorry, tak ingat yang lain sebab asyik dok tengok page ni aje. It has more than 400 stickers. Wohooo... but we didn't use the sticker because it's so cute. Dah besar sikit nanti baru boleh guna. Stick it to appropriate space.

The best thing is, Iman ada banyak truck. Kita panggil truck je la. Dulu, masa nak belikan mainan untuk Iman, aku selalu la tak ada idea. I know a lot of girls' toys. But for boys, it will always come to same circle. Masa mula-mula beli, Iman suka. Siap bawak mandi. LOL. From a yellow Mega Block dump truck for his 1st birthday , now he has more than 10 trucks. Beli yang murah-murah je. Kalau selalu nak beli Mega Block macam kat bawah ni, pokai nokk. RM60 paling kurang. Hehe.

Like it? Next time ye. Serius ni, aku memang nak belikan dia.


Ini dari entry Bedak. Lori bedak terbalik.

Kebetulan ada truck kuning dalam buku tu, kalut dia cari truck kuning dia dalam bakul. Kekeke..


Autobot. Roll out and transform. Tapi tetiba ada ambulance kat hujung sekali tu. Kekeke.. Tak sure dalam buku tu ada ambulance ke tak. Yang aku ingat dalam buku tu, ada banyak sport car. So bila nampak F1, Iman tahu itu car yang dalam buku. Dan tak lupa juga Disney movie; Cars.


Last but not list, pemilik pameran kereta dan truck pada kali ini adalah, Encik Iman.

He purposely stand there for me to shoot. Haha. Lawak la Iman.


Thursday, August 05, 2010

half rubber long pants

Aku jarang beli baju untuk Iman. Baju-baju dia elok dan boleh pakai lagi. Boleh pakai as in muat lagi. Be a slim boy, it is advantage for him. Boleh pakai baju untuk satu tempoh yang lama. So, the money can be used to buy other things. Hehee..

Nak jadi cerita semalam kitorang ke Midvalley. 4 jam hanya di Jusco kid's dept dan Carrefour. 4 jam. Huh. Siap boleh solat Asar dan Maghrib kat sana. Isyak boleh gak solat kat sana kalau nak :)

Ada cerita yang baru dan menarik, for me la. Aku tau akan ada komen "Laaa... dah lama la ada seluar macam tu". Sukati lah. Memandangkan aku jarang shopping pants untuk Iman, semalam aku beli. Tested on Iman tapi longgar. Aku return, tapi salesgirl tu cakap "Ada rubber, u boleh adjust." Aku dah macam "Laaa... ye ke, tak perasan. Mcm maternity pants hehe".

Biasanya aku beli seluar yang half rubber. Kali ni, memang aku suka. Boleh adjust-adjust, tak yah susah-susah cari belt. Lain kali boleh beli lagi. Untuk Iman, he needs his kind of pants.




Sunday, April 11, 2010

flashcard and alphabet book

Iman ada 'big alphabet' book dan juga a box of flashcard. He only knows how to pronounce A. Bila pegang buku tu je, dia akan flip and say 'A'. Tapi board book tu susah nak belek-belek. So, anda akan selalu dengar Iman menjerit bila tak boleh nak turn to next page :)

Ada beberapa peristiwa menarik (at least for me) minggu lepas.

I showed him letter B. B for ball. The ball in the picture is exactly like his ball. Apa yg jadi adalah, tanpa berkata apa-apa, Iman pegi ke bakul mainan dia, dan cari ball dia. Awww... that's cute.



Iman ada 1 cho-cho train. I gave him the train for him to play. What happened was he went to his flash card yang berselerak atas katil dalam bilik and he brought me a train flash card. Awww...



On the same day, I gave him banana to eat. Iman suka. He can finish one whole banana himself, takde share dengan orang. Lepas makan, tanya dia "Iman makan apa?". Amazingly, he answered by showing me 'banana' flashcard :)


Knowing Iman can identify things, I discover he is able to differentiate color. He has a 'truck' flashcard. The truck is green color. I ask him to take me a truck (showing him the flashcard). I expect Iman to take me a big dump truck. But he go and take a small green soldier truck. Awwww... sebab warna hijau kot.

Cool. Baby (baby?) is so genius. All baby is genius. Mine and yours.

Tuesday, March 23, 2010

Hari gaji

Apesal bila hari gaji, gatal nak online window shopping. Lepas tu, mula la nak beli macam-macam. Berkenan kat beberapa jumper la. Nak beli toy tu la, ini la. Mengada.

Iman memerlukan beberapa jumper. Jumper dan romper (baby-baby dulu) sangat berguna dan menyenangkan aku sebab aku hanya perlu basuh/jemur/lipat 1 helai sahaja, instead of 2 helai (baju dan seluar). Melipat/Menyusun 1 helai dan 2 helai memberi banyak kesan kepada (1) masa (2) ruang dalam tempat kabinet baju Iman, dan (3) lenguh belakang/pinggang.

Sebab tu, romper dan jumper, i loike.

Friday, January 15, 2010

the EBM thinGy

Me just a mom, yang suka baca dan suka dengan knowledge pasal bf and its stuff. Still bf Iman. Walaupon dah tak buat stok due to very high demand of anak bujang yang satu, tapi I support bf. 100%. It doesn't mean you're not good if you give fm to your baby. Parenting is personal choice. Me myself dah bagi fm to Iman since he was 1y1m2w and he still want my taktau-ada-lagi-ke-tak n3n3n.

Semalam dapat email dari kawan (u know who u are). Dah reply kat dia. So, ini nak share dengan sape-sape yang berkenaan. I am not a lactation consultation. It's based on my experience and reading.

--------------------------------

From original email

Salam

Aku ada byk gile soalan nak tanya pasal breastmilk storing ni..aku baca2 tp still cam x sure..kompius...so, sbb ko byk experience, aku rasa better aku tanya ko..

aku x paham concept yg kena freeze kan BM pastu thaw dulu baru panaskan..xleh ke beku2 tu terus panaskan dlm air panas? pastu, kalo x guna warmer, cmne nak agak suhu air tu x panas sgt or x sejuk sgt? xkan kena beli termometer kot?

pastu, kalo kite pump kat ofis, konsep yg sejukkan guna ice pack tu, tahan berapa lama...lps balik tu kena terus bg kat baby ke? ke boleh masuk dlm freezer to be used next time? (iye la, kite dah balik, mesti baby nak nenen kan..xkan nak bg botol lak)

pastu cooler bag tu kena ada ke? xleh ke kalo pakai beg biasa? or nnt x leh tahan sejuk?

pastu, silalah suggest ice pack yg bagus..sbb aku x tau nak beli yg mana satu...

hope ko sudi2 lah ye..jawab soalan dr mom-to-be yg teringin sgt nak fully breastfeed her baby.. :D

--------------------------------------------

This is my answer

Meh aku nak menjawab sket :)

Konsep freeze-thaw-warm ni, senang je. Boleh je kau terus rendam dalam air panas utk cairkan ebm yang beku tu. Tapi aku tak practice mcm tu. Aku memang akan thaw kan dulu yg beku tu. Once dia dah thawed, the next morning aku tak yah panaskan dgn rendam dalam air panas. Aku transfer dalam botol (ni kalau aku guna storage bag) or bagi macam tu je (ni kalau aku guna botol) kat babysitter. Aku nak minimize susu punye downgrade. EBM boleh downgrade tapi tak boleh upgrade, ko tau kan? Frozen ebm dah ko cairkan & panaskan, ko tak boleh sejukkan & panaskan balik. Rosak susu tu. Tu yg boleh downgradekan susu. Once kau dah keluarkan susu dari freezer dan letak kat bawah tu, dia tahan up to 24 jam. This is all about to take care of its zat dan adik-beradik dia. Aku tak boleh tolong jawab soalan pakai warmer tu sb aku tak guna warmer :)

Express bm kat office. Ice-pack/chillers tahan ikut jenis. Avent’s is useless (sorry Avent, I heart u but not your ice-pack). Aku tak guna ice-pack tapi guna chillers. Chillers yg aku guna tahan sampai petang. Utk aku, konsep buat stok ni, adelah utk bekal anak bila dia tak ada dengan kita (kita pegi keje & letak kat nursery, kita kena tinggal kat sape2 kalau nak pegi dating ngan laki, and yadayada). Jadi, bila kita ada dengan anak kita, botol tak perlu. Direct bf je. Itu juga salah cara untuk increase the supply production :p Fresh bm lagi baik dari segi khasiat dia. So menjawab soalan kau, bila ko balik rumah tu, ko terus la masukkan dalam freezer dan bekukan. Make sure kau bekukan dalam masa 24 jam ye. Kalau kau nak store dalam storage bag, make necessary action such as transfer from bottle to storage bag. Dan make sure, bendalah storage tu airthight dan sterilized. Aku guna solution je, tak beli pon benda2 mesin tu :)

Kalau office kau tak ada peti sejuk, ini bermakna ko WAJIB ada cooler bag atau apa2 sahaja yg boleh simpan dan sejukkan susu. EBM ni dia sensitive. Once kau dah express dia tak tahan lama. Kau kena simpan kat (1) suhu bilik up to 3-4 hour, (2) dlm cooler bag @ apa2 yg sewaktu dengannya with ice-pack/chillers yg sejuk ye, up to 1 hari aku rasa. Tapi jarang nk jumpa chillers yg boleh tahan lebih dari 12 jam. Or, mebi aku yg taktau ada. (3) peti air kat bawah tu, up to 48-72 hour.

Ice-pack or chillers, ada 2 option yang aku rasa bagus. Aku guna chiller Coleman. Dan ada kawan kat office aku guna ice-pack Techni Ice. Both bertahan mmg lama. In case kau beli bpump Avent, dia dapat free ice-pack. Kau cari ice-pack lain.

Alamak, panjangnya.

----------------------------

To experienced mommies, correct me, if I got things wrong here.

Nota kaki:
EBM - expressed breastmilk
FM - formula milk

Dan, ini entry on my preparation to do 'stuffs' at office :)

Wednesday, November 25, 2009

Good book


I have a lot of books in this line. Maksudnya, parenting and baby/toddler food. Tapi yang ini rasanya menjadi my new 'friend' from today onwards. Best ok. The gambar, the illustration (sangat-sangat memainkan peranan ok. Note to editors in m'sia), the menus, the ideas.

Tentang buku ini yang saya suka adelah:
  • macam buku lain, recipes/menus/ideas categorized according to age
  • sebelah resepi tu, ada gambar2 cute representing nutrition. Wah, mak suka yg ni. So cute.
  • this book has ideas on how-to frozen food. Read = food, not puree. I really need this!!!
  • full with sample of planner. Which is very good.
  • plenty of ideas on snack. Love it! Sangat sesuai utk Iman yg byk gigi dan suka makan.
Yang saya tak suka:
  • harganya mahal la. RM50. But it a good investment. It's book dear.
Ok that's all. Next time, i share my other book pulak.

Selamat Hari Raya Aidiladha semua. Safe journey. InsyaAllah.

Friday, October 02, 2009

Oh Iman

Tu la. Baca lagi kat office, kan dah kena tegur. "Wafaa, are u ok?". Uwaaa... lagi orang tegur, lagi aku nangis.

Amir Yusuf. Bila tengok gambar-gambar arwah, mengingatkan aku kepada Iman. Iman macam tu lah dulu, kecik je. Size mereka seakan. Iman lahir bukan bersize besar tapi Alhamdulillah sejak lahir, amat mudah menjaga Iman.

Selain hari Iman demam, aku tak pernah berjaga malam. Walaupon Iman kerap bangun menyusu, tapi dia tidur balik.

Bab makan, Iman tak ada masalah. Iman makan semua. Alhamdulillah, setakat ini belum allergic dengan apa-apa.

Iman suka berkongsi. Makanan dalam mulut, kadang-kadang dia bagi kat aku hehe.

Ahad ini Iman genap 1 tahun. Walaupon masih belum boleh berjalan sendiri, aku tak kisah. Kadang-kadang Iman berdiri sendiri dan tepuk-tepuk tangan. Kemudian duduk. It's ok Iman, take your time. He is expert in cruising. Hehehe.. Iman ada 7 batang gigi dan dah boleh petah bercakap baby language. He can clearly said "tatih", "papa", "mmmmaa". Bukan, bukan kami dipanggil mama papa. Tapi aku rasa tu basic word untuk baby, at least untuk Iman.

Ada beberapa orang kata sebab aku tak bagi Iman dok dalam walker, sebab tu Iman tak boleh berjalan. And they comparing with other baby, 3 bulan lebih muda dari Iman, dah boleh berjalan dan bila dok dalam walker, laju je jalan. Dan Iman bila diletak dalam walker, hanya berdiri main mainan pusing-pusing tu. Dan bila ada yang berkata "Kalau H**** duduk, dah laju dah jalan". Oh, poor Iman. What I did that time was, go to Iman and kiss him. Kiss kiss kiss.

Here's an article i want to share. Baca lah. It's about a Q from nenek/atuk yang cucu dia umur 7 bulan tapi belum merangkak. Points taken below.

Each individual child develops and blossoms in his own way, at his own pace
.... not spending enough time on the floor, using an infant walker (which often eliminates the desire to learn crawling behaviors -- infant walkers are bad for proper development)
Dan ini lagi satu article, pasal walker. 1 para to highlight.
Many parents think that walkers will help children learn to walk. As it turns out, walkers interfere with learning to walk. In addition to decreasing the desire to walk by providing an easier alternative, walkers strengthen the wrong muscles. The lower legs are strengthened, but the upper legs and hips become relatively weak. The upper legs and hips are most important for walking.
Oh, i'm not offend parents yang belikan walker untuk anak-anak mereka. It's just personal choice.

As my Iman, setakat ni secara traditional. Tak ada buai, tak ada puting/pacifier, tak guna boucher. Awal-awal lepas pantang, ada orang suh aku belikan buai, suh bagi puting/pacifier bila tengok Iman kuat menyusu. Tapi aku biarkan masa berlalu macam tuh, ignorekan suara-suara tu. Alhamdulillah, tanpa buai, Iman boleh tidur lena. Tanpa puting/pacifier, Iman tidak kelaparan.

Itulah Iman.

Entry emo menjelang ulangtahun pertama Iman.

Tuesday, August 25, 2009

Lempeng tak menjadi

Selepas tragedi buat lempeng tak menjadi pagi tadi, I turn my baby food book. Belek-belek cari resepi menarik untuk Iman. Hasil pencarian, esok InsyaAllah buatkan bubur kacang untuk Iman. Ada balance kacang hijau yang buat bubur durian hari tu.

Tragedi buat lempeng tak menjadi pagi ni sungguh sadis. Adunan cair dan juga, telur masuk in the middle of blending the mixture. Last-last masuk tong sampah. So, hari ni aku kukuskan pau kaya 3 biji untuk Iman. Bekalkan coco crunch 1 bekas, 1 roti spreaded cream cheese dan peanut butter (potong empat dan cantumkan buat 2 set).

Oh ye. Nak share Vitamin C source list. Courtesy of SuperBabyFood. Click for larger view.



Wednesday, July 01, 2009

Sekarang sudah tahu

Tahu apa? Camane untuk mententeramkan (erk.. apekah?) Iman di waktu pagi. Biasanya Iman akan menangis-nangis bila dia tengok tak ada orang nak layan dia or dia tak nampak kelibat Ibu atau Ayah. Dia akan rasa macam ditinggalkan bila dia bersendirian. Biasanya Iman akan ikut ke mana sahaje aku pegi. Dapur, siapkan food untuk dia. Bilik, iron baju. Balkoni, sidai baju. Iman akan berdiri sambil pegang kaki aku. So, itu akan buat aku rasa cuak gile, takut Iman jatuh.

So, pagi tadi, terfikir nak bagi Iman rusk. Iman layaaaan biskut tu, dan tak kisah kalau tak ada orang layan dia. Kemudian, pasang tv, play Barney. Haa... dok la depan tv tengok Barney sambil makan rusk. Sempat la buat semua benda mengiron, mandi, solat. Gile macam ribut. I think I'll do that every morning.

Starting last week, Iman experienced separation anxiety. Dan pagi tadi pertama kali Iman merengek-rengek campur nangis-nangis sikit. Kesian betul.

Dah malas nak guna signature. Haha. Ngoksngeks.

Sunday, May 10, 2009

Teething

How do you know your lil boy or girl is teething?
  • baby dribbles more. Iman has no running saliva
  • shows signs of swollen or sore gums. Taktau iman kena ke tak benda ni.
  • pulls their ears. Oh this one is always. I tot he wants to sleep.
  • has red cheeks. He has no red cheeks. Ke, aku tak perasan?
  • wants to chew on everything. Alwaysss since hmmm... 5m?? Yaaa see his 5m development.

What we can do to help?

  • give our baby cool teething ring or hard food to chew. I gave Iman Teething Rusks. Keras gileees. Marah2 anak aku ^_^
  • cold food also can be considered to get some relief. Cold food straight from fridge, i.e apple puree. Belum cuba. sebab selalu bagi pureed food with bubur nasik

Kenapa bercerita pasal teething? Kerana, Iman sudah ada gigi. Iman ada 2 gigi :) :) :) Related story here.

Now I know why mommies out there sangat teruja bila anak tumbuh gigi pertama. I've experienced it and i'm loving it.

Regards,