Showing posts with label pengasuh. Show all posts
Showing posts with label pengasuh. Show all posts

Saturday, February 12, 2011

Cerita Iman

Dah lama tak tulis pasal Iman. Bila tengok entry lama, banyak jugak entry.




NOTE: Kalau tak nak baca, tutup je. TQVM.

Pada umurnya 28 bulan 8 hari, beratnya tetap 10kg. Kang orang kata aku tak bagi anak makan pulak. Dah jenis badan dia tak naik. Tanya doctor pon jawapan dia sama "Dia sihat cuma dia small size. Tengok balik gambar parents masa kecik". Checked - ikut Husband.

It has been a while since Iman lulus 99% turun dan naik tangga. Tak cukup 100% sebab most of the time aku akan mintak Iman pegang something (dinding/tangga). Going up is faster than going down. Advantage - aku boleh hand-carry barang. Dulu masa Iman tak pandai naik tangga, susah nak bawak barang. Maklumlah ye, rumah tak ada lif. Apartment 3 tingkat mana ada orang buat lif pon.

Current hobi - main p-eh-p (PSP). Main as in betul-betul main. Cuma ada la a few parts yang dia perlukan bantuan such as tak tahu nak buka treasure box atau tak tahu nak lompat across the gaung. Yang ni kena tolong sebab kalau tak, nanti hero tu jatuh dalam api. LOL. Itu kalau main satu jenis game. Kalau main Ultraman, ada problem 1 je. Dia nak buat aksi angkat - pusing - baling pada yang tak boleh buat macam tu. Itu pon satu problem jugak nak kena explain bagitau yang Ultraman jenis tu tak boleh buat macam tu. Hmmm.. I don't think it is good for a 2 y.o toddler to play such games. Jadi, plan aku adalah, bagi Iman main PSP time weekend je. He has been asking for PSP since yesterday tapi aku kena cekalkan semangat dan distract dia dengan benda lain.


Gigi. Gigi bawah Iman menunjukkan tanda-tanda mahu rosak (macam kereta pulak.. LOL). Not that aku tak cuci atau beruskan gigi dia or gave him too much sweets or candy. Nope. Aku memang tak belikan dia candy or sweets. Paling manis yang ada kat rumah pon; Vitagen, yogurt, sometimes we have homemade cakes in our fridge, once in a blue moon ice-cream. Tak tahu main silapnya sampai gigi Iman boleh kuning dan dah tak elok. I feel bad. Nak-nak bila ada yang komen "Tu la, bagi makan gula-gula banyak sangat". Errkkk.. suka hati je nak komen. Cuba datang rumah aku dan buka peti ais tengok ada tak benda-benda macam tu. Komen pandai je ye.


Rambut. He had a long curly hair, until yesterday. Oleh kerana tidak tahan, aku pon bawak Iman potong rambut kat kedai mamak kat bawah rumah. RM5 je dah boleh dapat rambut yang pendek dan kemas :) Sebelum ni, ramai pulak yang cakap Iman ni perempuan. Padahal dah pakai shirt dan jeans. Dah habis 'lelaki' dah aku pakaikan dia, tapi ada jugak yang kata dia 'perempuan'. Tailor dekat rumah kata "Rambut macam perempuan". Cousin Iman cakap "Rambut Jonas Brothers". Pengasuh Iman kata "Ni kalau Isha dapat macam Li, mesti lawa". (Note: Isha adalah seorang kawan Iman di rumah pengasuhnya, berusia hampir setahun. Li adalah panggilan Iman di rumah pengasuh. Kenapa Li? Sebab anak lelaki pengasuh Iman nama Fadli, dan aku tak tahu kenapa dia address Iman as 'Li').






Tertarik kepada toddler lain dan mahu bermain bersama. Friendly I can say tapi sokmo kedekut takut orang ambik barang dia. LOL. Pandai berbaik dengan budak kecik dari dia. Kecik as in budak-budak yang baru merangkak, contohnya. Kalau dia tak bagi budak tu ambik bola dia, biasanya dia akan offer budak tu benda lain. And thank God dia tidak suka tolak-tolak budak lain sampai jahat. Haippp... behave sikit ye Muhammad Iman.


Juga budak perempuan, mesti tersipu-sipu. Terbaru masa jumpa Sofia Alani anak Rozalinda & Azwan Shahady tu. Haishh.. Dipicit-picit pipi Fifi. Nasib baik la Fifi tak rimas. Weekend hari tu Muhammad Aqid anak Bob dan Nana jadi mangsa dia. Huhuuu.. Oh tidak ye, Muhammad Aqid tu lelaki. Itu nak cite pasal Iman yang suka main dengan pipi budak lain. Kesian korang. Sorry la ye, anak auntie memang macam tu bila jumpa budak muda dari dia.





Bila aku panggil "Iman!", dia akan jawab "Ye, jap". Dan dia berlari-lari datang kat aku yang dok dalam bilik, contohnya. Hihiii... "Ye, jap" tu selalu aku yang cakap. LOL. Too cute.



Kadang-kadang, aku ajak Iman buat kerja rumah. Yang terbaru, kalau dia ada kat dapur masa aku masak, dia yang tukang ceduk beras dan masukkan ke dalam periuk, of course with my supervision. Kemas area depan tv kalau nak bentang toto pon Iman kena buat. Siapa sepahkan, dia yang kena kemas. Tapi biasanya, aku la yang kena kemas. Haha, macam la tak faham kan?


Contoh bantuan dari Iman. Ini masa hari hujan, kami sidai kain dalam rumah. Cepat pulak keringnya :)

Hmm ape lagi. Oh, Iman suka nasi lemak. Dia tak suka bihun goreng, tapi mee goreng dia boleh jugak makan. Antara fish fillet, nugget dan french fries, he prefers fish fillet. Huhuhu mahal tu nak. Betik, tembikai, pisang, apple dia ok dengan tu. Tapi kalau bagi dia isi kelapa, dia tak nak. Apesal ntah. Licin kot.


Target nak PT sebelum bulan 3 tak kesampaian. Kalau tengah practice tu, mesti bocor 2 kali. Camane ibu bekerja train yang tinggalkan anak di rumah babysitter PT anak masing-masing? A big Q.


Ok lah, tu je. Bye.

Wednesday, November 03, 2010

Dia bukan girlfriend Iman - Part 2

Lagi gambar Iman dengan girlfriend.

Ini semalam, kat playground. The girl is his friend. Kawan kat rumah nanny. Minggu ni, aku jemput Iman dari playground je. Nanny Iman rajin bawak 'cucu-cucu' pegi playground. So, parents ambik anak masing-masing kat playground je.


Ini gambar masa kami ke zoo, a few weeks ago. Masa ni kami kat Ape Centre. Iman offered straw to that little girl. Tapi bila that girl nak ambik, Iman lari-lari. Then bila that girl walk away, Iman akan offer lagi. Sampaikan that girl nak ikut kami :p Wah, Iman. Kemain ye. Kecik-kecik ibu tak marah, besar-besar besok... hmmm... jangan buat ye sayang ku?

Monday, October 11, 2010

Potong kek 1

Enjoy the picture first before my rambling.

Tersengih dapat potong kek. Am glad he knew what to do with the cake. Potong instead of penyek-penyek. LOL.

Kids were aiming the patung-patung on it. And Iman was the one who pasang balik all the decorations :p

Bagi-bagi belon. Sekali sekala berebut jugak. Lain kali kena tulis nama on the balloon. Haha.

Ok, let's stori mori.

Jumaat aku ada date dengan babysitter Iman, nak celebrate birthday Iman kat sana. Patutnya on the birthday itself, 4 Oct tu. Tapi hari tu Iman was down with flue and caugh.

Masa yang dijanjikan adalah jam 11 pagi. Tapi jam 11 baru aku keluar nak pegi cari cake :( The whole morning before that aku sibuk dok buat dadih for 50 cups. Diselang-seli dengan buat kerja rumah dan mengadap kerja office. Bukan bawak balik kerja office ke rumah, tapi orang kat sana mencari sampai ke rumah. Kekeke.. buat je la sementara masih dok dalam rumah dan ada access Internet. From that, I can say that WAHM is not an easy task. Unless ada orang gaji or ada orang yang menolong. Maybe beban tu kurang sikitlah.

Reached at nek mun's house at 12. Potong kek, tiup-tiup belon. Makan-makan apa yang ada. Kids were happy with party pack. Masing-masing kata nak bawak balik tunjuk kat parents :p Their happy faces; priceless.

Lepas habis potong-potong kek, we went to fetch aishah and yada yada. Sampai rumah around 3.30 kot. Iman tidur and I continue buat another 50 cups of dadih. And, some filling for samosa. Tapi samosa tak pandai lipat, so I ended up with mutabak mini je. Malam, sambung masak dinner pulak. Juga diselang-seli attend issue office yang tidak diundang itu. Sungguh terasa seperti chef yang bekerja di kilang kereta. Phewww.

Ok, that's all.

Note 1: the babysitter is 50an nenek with 1 cucu. Currently dia jaga Iman with 4 other toddlers and 1 baby. Ramai tapi her daughter is around to help her.

Note 2: sebelum potong kek, i gave Iman botol ubat. "Iman, bagi nenek. Mintak nenek bagi Iman makan ubat." Faham instruction, Iman bawa botol ubat, bagi kat nenek dan duduk bersila, tunggu disuap ubat. Kekeke.. Kalau kat rumah sendiri? Mintak mahap. Siap tutup mulut guna dua-dua tangan.

Note 3: Kid happy. Me happy. Glad.

Monday, March 08, 2010

Gaji

Awal bulan hari tu, masa serahkan upah mengasuh Iman untuk bulan 2.

Bs: Gaji acik naik tau.
Me: Gulp. Berapa?
Bs: 50.
Me: Ok, nnt saya bagi.

Tapi lupa nak tanya, naik tu bila. Keesokkannya...

Me: Acik, naik bila 50 tu? Bulan 2 ke bulan 3?
Bs: Bulan 2 la. Mak dia ni dah bagi. (taktau dia tunjuk kat sape masa tu)

So, aku serahkan balance lagi RM50. Hmm... contoh kenaikkan harga yg last minute dibagitau adelah masa beli something dari seorang kawan. Dia kata, "Akak lupa nak bagitau Wafaa. Start Feb beli apa2 akak charge plus RM1. RM1 tu akak masuk tabung utk badan2 amal. Sebab akak bagitau last minute, next purchase la ek awak bagi RM1." See.. next purchase, or next month in my case. Hmmm...

So, upah mengasuh Iman di RUMAH pengasuh adelah RM300.00. RM300.00 ye.

Bila bagitau husband, dia tanya "Dia jaga extra ape ye?" Ntah.. taktau.

Thursday, December 03, 2009

bz bz bz

Lately, I am very occupied. Busy Ya Ampun. Sangat terasa bila nak siapkan seluar Iman malam tadi. Iman, macam biasa, tidak akan jauh dari toy baru dia tu. Nak-nak kalau aku ON, ada lampu, lagi dia suka. Nak fill bobbin dengan benang pon, dia akan membantu dengan menarik benang tu panjang-panjang, sampaikan aku terpaksa stop kejap.

Kenapa busy sekarang?

6.00-6.30pm - Jemput Iman (kadang2 lambat, 6.45pm baru sampai rumah babysitter)
6.30-7.30pm - Cinta Untuk Balqis @TV3, masak, main dengan Iman, mandi, solat
7.30-8.00pm - Nur Kasih @TV3. Pls do not disturb, this time tak ada iklan walau 1 saat.
8.00-8.30pm - Settle kan kerja-kerja lain i.e siapkan semua kerja di dapur, sewing sikit
8.30-9.30pm - Nenek Kebaya @TV9, hidang makan etc etc etc
9.30 onward - Siapkan semua kerja. Kadang-kadang tak siap. Kerja macam siapkan barang Iman, iron baju kerja. Selalunya pagi baru buat :(

Errr... busy dengan tv? Oh. Kita kena balance. Ada banyak program yang tak sempat nak tengok. Biggest Loser Asia sekali sekala dapat menyelit.

Ada orang tanya "Camane kau buat kerja rumah seme?" Ye, aku tak ada maid dan dalam masa yang sama aku nak rumah aku teratur dan bersih. Hari-hari kena sapu, vacuum. Kita kena cepat dan ada jadual sendiri. Aku busy sebab Husband aku balik lambat. Kalau dia balik awal, he took over kerja jaga Iman. Tapi kalau Iman nak dok dengan aku je, he'll take over buat kerja i.e kupas bawang, masak.

Ada yang kata
  • anak sorang boleh lagi.
  • amik la maid
  • bagi la Iman adik, dia nak kawan
Hmmm...
  • kenapa? Anak lebih dari sorang tak boleh ke buat kerja2 semua?
  • aku belum fikir nak amik maid. Aku boleh handle lagi. Selagi kudrat ada, InsyaAllah, Tuhan permudahkan urusan bila kita niat untuk rumahtangga kita
  • bagi la Iman besar. Btw, utk yang berkenaan, nak ke tolong aku jaga anak bila aku beranak lagi? Nak ke bagi duit utk beli keperluan tiap2 bulan? Duit pengasuh? Saving and insurans? Nak? Nak?
Ini bukan entry lepas geram hehe.

Iman dah boleh berjalan sendiri. Tapi malas mengatasi kerajinan. He can walk a few metres without falling. Congratulations sayang!

Oh, pertama kali mencuba resepi baru. Oatcake.
  • 125ml boiling water
  • 1 tsp butter (takde unsalted, salted butter pon ok)
  • oat secukupnye
Tuangkan air panas dalam mangkuk. Cairkan butter. Masukkan oat secukupnya. Sampai doh boleh dibentuk-bentuk. Bakar @10-15min atau sampai jadi perang @180degree. Boleh bekukan. Boleh dapat banyak. Cukup untuk 3 hari makan. Adult pon boleh makan dengan honey atau maple syrup atau apa-apa yang suka. Takde hal.

Itu aje entry yg carca-marba. Bye.

Tuesday, April 07, 2009

Home made solid food

4 April dah berlalu dan Iman masuk 6 bulan. After a few trial and attempts introducing him to solid food, he now enjoying his new food, selain susu ibu.

Dan hari ni, I made him baby rice with banana. 2 senduk sebagai bekal di siang hari di rumah pengasuh. Tengahari tadi pegi jenguk Iman and the pengasuh told me that "Suka dia makan, separuh dah habis." Separuh? Maksudnya 1 senduk ke Iman makan?? Iye laa tu. Banyaknya. Hmmm.. boleh ke macam tu? Itu pon, Iman macam boleh makan lagi. Ayooo.. banyak tu Iman.

Sehingga hari ini, Iman memang akan menolak baby rice semata-mata. Belum cuba campur EBM lagi. Mungkin dia akan suka dan makan. Let's try this weekend. Untuk hari esok sehingga Jumaat, the menu is baby rice with fruit.

Mungkin ada orang kata "Kenapa tak beli yang dah siap?" Yang dah siap bermaksud, nestum yang dalam tin. ^_^ For me, lebih puas hati buat sendiri. Adalah impian aku, masak untuk Iman dan bekalkan Iman makanan untuk in between EBM feeding meal. Tak ape lah kalau terpaksa bangun seawal 5.30 pagi, I don't mind. Bak kata cikyam, natural parenting is personal choice.

Kenapa tengahari aku jenguk Iman? Kerana dapat call "Badan Iman merah-merah". I rushed to rumah pengasuh and was about to take him to clinic. Tapi the pengasuh told me "Ini campak keladi ni. Kena bagi air kelapa. Pastu amik daun semambu, letak bawah bantal". Erk... letak daun semambu bawah bantal? Ape itu? Kenapa? Hmm... I need reasonable reason, not just terima membuta tuli.