Showing posts with label My event. Show all posts
Showing posts with label My event. Show all posts

Sunday, September 25, 2011

Lunch treats from OTD

Aku kena tulis ni sebab aku rasa ini adalah satu kenangan yg indah untuk aku kenang kot-kot aku tukar kerja. KOT-KOT. Setahun dua ni, InsyaAllah, kat tempat sekarang lah aku mencari rezeki.

Balik cuti raya, my OTD group bagitau yang ada 3 orang ni nak buat makan-makan for us kat rumah masing-masing. So I marked my calendar. Hihiii kot-kot la terlupa. LOL.

I was asked to make some trifle on the last lunch treat. Oh, mak memang suka trifle. Buat pon senang.

Makan-makan pertama was at my SM's crib at Casa Tropicana, on last Saturday. Condo itu sangat cantik. Simple tapi practical. We had soto, bergedil yang comel dan sedap, caramel pudding, kueh raya sedap, ketupat palas, serunding daging. Tapi sebelum tu, aku mengada cakap nak buatkan air mango lychee. Kan dah kena suruh follow sekali untuk prepare. Ngehngehh.. Singgah Jaya Grocer untuk beli mangga dan laici. Dan sampai rumah host hari itu, aku pon mulakan la tugas buat air tu. Tapi laici tin tu tak best. Rasa dia tak sedap. Biasanya yg aku beli brand lain. Tapi kat Jaya Grocer tak ada.




The next day, ke Section 19 Shah Alam pulak. Kali kedua aku pergi. 1st time pergi tahun lepas kot. Masa tahlil arwah ibu Arry. I love her parents' house. Sangat selesa dan comfy. The wallpapers. The kitchen. Peti ais yang boleh buat ais. Haha. Selamba je aku bukak. LOL. Oh, we had pasta. Meatball pasta. The sauce was so delicious. With some cocktail desert. Ada sumi jelly you. Sedap. Tengah-tengah makan tiba-tiba hujan and we totally forgot about our shoes. Bila buka pintu, ambik kau, semua kasut jadi sampan yg berisi air. Haha. Funny.


Kami rest satu hari. Kemudian sambung hari Jumaat, semalam. Kali ni di rumah manager kami, kat USJ Heights. 1st time aku masuk kat neighborhood tu. Kawasannya sunyi. Rumah besar-besar. Rumah host hari tu sangat simple dan minimalist. I just fall in love with the ID. Oh anak tuan rumah, sangat hensem dan cantik. Serius. On the food, we had nasi ayam, laicikang (i dont know how to spell), and as mentioned above, my trifle. Nasi ayam sangat sedap. Sos kicap adalah dari sos yang marinate ayam. Sup pulak ada banyak chicken wing. Lepas makan, kami tour rumah. I love the kitchen and back yard. Tuan rumah pernah cakap, "Rumah I simple je sebab I tak suka hias-hias". Well, sometime less is more :)




Itu sahaja lah. InsyaAllah ada rezeki, kita buat lagi.

Sunday, March 27, 2011

memories

I was in northern Malaysia during the weekend. One of my plan was to visit my ex-uni in Arau, Perlis. And I did. Too many old memories. Too many to list down here. I learnt a lot of things there. From the old memories, I'm creating new memories now. Bring Iman to my ex-uni and show him all my fav places there; is one of the new memories I created during the weekend.

Sunday, October 17, 2010

Potong kek 2 - super late entry

Let's put in point form.

Cake
  • the lovely and delicious Mickey Mouse cake was from lea oven.
  • the cake was so heavy.
  • Ordered on Tuesday and collect on Saturday, after jalan-jalan kat Sunway Pyramid :p
  • i get help from a friend. She got me some samples of MM cakes from www. I choose which I like most, combine here and there and email to kak Lea.
  • the MM characted was 100% in jelly.
  • the side of the cake was edible image.
  • after 2 hours, separuh cake habis
  • I cannot tapau sebab tinggal sikit sangat. Sangat laku :p


Food

  • main menu made was soto. made by my 1st SIL.
  • I only made blueberry cheese tart, 2 flav of dadih and trifle. they were surprised to know that i made all the food by myself.. kekeke..
  • buah oren tak laku. Only watermelon licin.
  • dadih yang tak habis were brought to kak Maimon, the in-law's neighbor yang buat open house belah malamnya. She treated us with some home made sate, ayam & kambing panggang yang sangat sedap. Sate dia adelah terbaekkk.. slurppp.
  • Alhamdulillah semua food habis :p


Behind the scene:
  • it was on 9th oct, at sil house, pck aL4m
  • aku tak plan untuk buat birthday celebration untuk Iman sampai 2 kali.
  • honestly, it is a small request from bday boy's nenek.
  • I dont take this as cincai thing. So, preparation walaupon ala kadar, had to be done.
  • some simple party pack for kids. Glad to see their happy faces.
  • this time, party cum 2nd open house kot (for sil). Only for neighbor2 keliling rumah.
  • lesson learn from last year's party. macam serik je nak buat party kat apartment. Hahahaha.. so, next year, harap2 ada orang nak sponsor rumah lagi. Hehehe...
Ok, tu je. Eh, no, the celebration continues. Maklumlah, october is our month of celebration. Birthday Iman and our wedding anniversary. Will post about the other celebration. Hmmm.. celebration ke? Ntah. Nanti free tulis lagi. Nak iron baju keje :p See you later. Assalamualaikum.

Monday, September 20, 2010

back to reality

Hari ni baru back to reality. Back to office. Iman back to babysitter's. Husband dah lama back to work. Hari Jumaat lagi.

Tak ada entry raya sebab gambar belum transfer. However, I have a wonderful raya. Husband dapat cuti panjang. Tak pernah dia dapat cuti panjang :p thanks to IPS/p4n4s0n!c. Dapat la kami ke rumah saudara-mara. Kalau tak, raya ke 3 or 4 dah terkejar nak balik KL. Tahun ni, raya ke 7 (Khamis) baru balik sarang burung kami di PJ. Alhamdulillah, syukur. Recap la sikit.

  • ziarah pusara my arwah baba, husband's dad and atoks.
  • To mom's closest cousin's house dua hari berturut-turut.
  • To my tok sedara's. Gathering lagi.
  • Ate a lot of cake (paling sedap choc cake), nasi dagang (makcikSa's) , roti jala, biskut raya, nasi carrot with ayam merah (cikNie, mom's 1st sister buat, sedap!), nasi minyak with ayam tandori (cikHan mom's sister, walllllaweyyy sedapnya ayam tu),
  • makan @ husband's cousin's engagement (solok ladanya, perghhh terbaekkk).
  • spend 2 nights at in-laws (malam raya ke 2 & 5)
  • iman ride a horse name cindai. Cool! Dan sampai malam dia dok "nak horshhhh"
  • melantak at kfc-yang-asal-time-cuti-panjang-ramai-gila-orang with siblings.
  • spend wonderful time at pantai. Kesian Iman kena kacau tidurnya. Sorry but ibu want you to experience it ~ sand, breeze. I bought lokceng (satay ikan), aiskrim, air kelapa yang kaww dan sedap
  • husband belanja levi's lady slight curve. Ampun sebab terpilih yang lagi mahal dari yours. Hehehe.. anyway, thank you darling. I tak kisah kalau tahun depan kena jadi driver kat kampung :p
  • and as usual, sebelum balik, ke pasar besar p4sir m4s. Beli macam-macam like beras cap serindit (beras siam yang sama macam beras basmathi, RM31 for 8kg, beli 2 terus, puas hati aku), cili kering thai yg besar dan tidak pedas itu, serbuk kari ayam yang sedap-yang-tak-ada-kat-kay ell, dan beberapa benda lain.

Been twittering a lot from mobile phone.. eceh.. hari ni baru on laptop. So, bermakna hari ni baru buat entry. Nak taip banyak-banyak kat phone macam malas. Bila dah banyak tweet, dah malas nak tulis kat sini. Tapi untuk baca balik besok-besok, nanti tulis pasal raya.

By the way, Iman akan masuk 2 tahun 4 Oct depan. Mari menghitung hari. Dan, ini mengingatkan aku yang aku tak buat entry untuk 23 bulan dia. Ok, kita kumpul entry untuk 24 bulan lah ye Iman.

Monday, August 02, 2010

N97 mini photo

Seperti impian henpon dalam entry ni, I finally bought a white N97 Mini, sabtu lepas. For those yg komen "henpon slide cepat rosak", "mini? susah nak tekan keypad", "apesal beli touch screen, nanti kotor", please reserve the comments to yourself. Thank you.

Its camera spec agak cool. I love it. Walaupon hanya 5 megapixels, tapi kira okay lah. Always want a small camera, this N97 would be my new toy.

btw, this is the 1st photo from that phone. Laki aku kata "Tokei besar". Masa ni tengah jem nak keluar dari sunway Pyramid.


Tuesday, April 13, 2010

no title

If u ask me what will make me happy now, other than my boys, the answer is drowning myself in cooking-sewing-parenting books at MPH and Kinokuniya. Last but not least, good food. It's a ME time.

Enuff said.

Tuesday, February 02, 2010

2*

Today, on 020210 (it was beautiful to hit 020202), I turn 2*.

* is dot dot dot.

* is just a number.

So i can feel in the * with any number. Hahaha..

For those yang tak tau what is hidden behind the *, here's some hint (on exam year):

  • SPM 1999
  • PMR 1997
  • UPSR 1994
Itu standard punya. Tak ada skip2 kelas macam budak2 sekarang ni. I'm blessed with 2 heroes - darling Husband and my little sweetheart, my angel 1y3m Iman. Me not ready to tambah anak. So, let's skip that Q.

Happy birthday to me.

Iman, let's sing birthday song with Ibu~~~

Monday, January 11, 2010

outing day

Sabtu, 9th, kami (yours truly and Iman) ke pr0t0n family day. Husband not coming. Lucky we bumped into Aishah & co. And faz's joining later. Orang ramai. Gerai banyak. Cuaca panas. Petang tu baru hujan. Ada 3 buah kereta untuk cabutan bertuah. Having nabil, mila, amy mastura as artis jemputan. Tun Mahathir is the vvvvvip for that day.

Mari bercerita dengan gambar.



Iman?Macam biasa la. Merayau-rayau. I let him with max supervision.







Memandangkan Iman dah banyak berjalan dan main di siang hari, dia tidur awal. Husband with his psp. So, i took out sewing machine and work on the pending-beg harian Iman. At last, siap jugak in 2 hours.

About the bag:
  • the cloth for inner lining is actually for Iman's seluar tido tapi terbuat lining bag pulak. Sori darling. Ibu dah gantikan kain baru dah utk seluar Iman. Nanti ada masa Ibu buatkan ye :p
  • It has 2 big pockets
  • No zip. Main tutup macam tu je.
  • Jarum bengkok masa nak final touch utk tali bag. Husband was the saver of the night. He changed the needle.



Oh!! Happy birthday Siti Nurhaliza!

Sunday, November 29, 2009

Aidiladha & animals

Salam Aidiladha. Kami masih di kampung. Esok baru balik KL. Jammed ka? Tidak jammed ka? Baru dapat sms dari in-laws. Jam 6 pm, baru kat RNR kKrai. Bertolak jam 12tgh. Oh. Menakutkan. Balik ke kampung di malam raya, kami salah sebuah kereta yang stuck dalam kesesakan dari tol Gombak to Bentong. Read - sepanjang highway ye.

Raya ni tak ada gambar. Sibuk dengan acara korban pada hari raya pertama. Kami tidak di kampung one hour before sembahyang raya. Sedikit rasa weng. haha... From our family, me buat akikah utk Iman and my brother buat korban. Belah family my nenek, ada 3 orang buat korban. Jadi, sibuk sedikit. Ada a few piccies tempat kejadian lembu 3 ekor dikorbankan.

Iman was so excited dapat tengok haiwan lain selain cat and dog. Ye la, kat KL itu je haiwan yang banyak ada. Bila nampak lembu2 untuk dikorbankan, dia asyik dengan "eowwww...". Read - he's saying meow. Bila di rumah maksu, at husband's side, kuda pon dia panggil "eowww...". Meow oh meow. Later, we share story about Iman and cat.

Attending tahlil at my aunties, dapat jumpa sepupu-sepupu yang jarang dapat jumpa. Gossips and updates, macam biasa. Masing-masing membesar dengan jayanya. Anak-anak pon bertambah-tambah diorang. Hmmm... bagus2.

Mom's calling. Nak buat air untuk en. husband. See you later.

p/s: girls, let's buy kfc barrel tonight. dine at home. kfc ramai orang. rimas hehe.

Tuesday, October 20, 2009

i need

a food processor.

itu aje nak cakap.

Friday, September 25, 2009

Cerita raya

Sehari sebelum raya
Kami sampai PMas lepas Zohor. 13 jam perjalanan. Bertolak dari KL jam 12 malam. Sangkut dalam jammed beberapa kilo dari tol Gombak, lepas tol tu jammed lagi sampai la ke Petronas dekat tol Bentong. Sangat-sangat lah mencabar. I drove all the way from KL. Volunteer sebab Husband kerja. Iman tido sepanjang perjalanan. Beberapa kali bangun main.

Berbuka di rumah PMas. Ada ayam golek 2 ekor dan sup tulang. Sederhana sahaje tapi licin semuanya. Sukanya aku beli makanan kat kampung. Semuanya RM1. Jumlah yang sama tapi dengan harga yang separuh dari KL. Kat KL melampau mahal. Tak sedap tapi mahal.

1st raya
Bangun seawal jam 6 pagi. Terkejar sana sini. Biasalah, semuanya ada, penuh lah rumah. Husband pegi sembahyang raya dengan Adik. Gadis-gadis termasuk Iman tak pegi semayang raya sebab 4 daripada mereka uzur. Me not going. Tunggu Mama balik dari masjid untuk ke pusara Baba. Jalan masuk ke tanah perkuburan sesak. Dapat parking depan rumah orang. Kami berjalan kaki ke pusara. Tikar dibentang, surah Yasin dibaca. Baru beberapa baris ayat dibaca, air mata mengalir laju. Beberapa kali terhenti bacaan. I recalled all his last moment, macam di'playback' depan mata.

Hari Raya hari kemenangan, jadi aku tinggalkan kesedihan di pusara. InsyaAllah, ada peluang Kak Long datang melawat lagi.

Kemudian kami semua pegi ke rumah Che & Tok Ayah (@ Mama side). Ramainya orang, macam nak roboh rumah. Dah ada yang datang beraya.

Menginjak ke tengahari, kami ke rumah adik arwah Baba di kampung. Menjenguk Mak (@ arwah Baba side). Berkejar dengan Iman yang mengejar kucing.

Mama & adik-adik ke Kota Bharu, rumah MakcikSa, sepupu Mama yang paling rapat. Me+Husband+Iman to Beris Kubu Besar, rumah MakSu (adik bongsu Ummi a.k.a maksedara laki ku). In-laws ada di sana. Singgah di pusara arwah Ayah (Husband's side). Pertama kali aku dibawa ke sana. Kami satu-satunya yang ada di tanah perkuburan itu. Pulang ke PMas jam 6.30pm.

Raya 2
Hari ni kami di PMas buat open house. Simple saje hidangan. Sate dan roti jala ditempah. Ada kek coklat dan kek lapis. Biskut raya sangatlah pelbagai jenis. Air pon pelbagai jenis. In-laws datang selepas Zohor. Kemudian kami dijemput ke rumah ibu Abang Mat (Husband's brother-in-law), juga di PMas. Makan nasi dagang. Petang jam 6 gitu-gitu, bertolak balik rumah Mama. Ada jiran a.k.a saudara jauh. Husband rancak bersembang bila bertemu engineer yang kebetulan juga belajar di Jepun dulu. Keluarlah pelbagai cerita, sampai tunjuk-tunjuk henpon segala.

Ada acara potong kek untuk Iman. Kami tak biasa sambut birthday. Cukupnya ada sebiji kek dan keluarga terdekat. Iman suka potong kek rupanya. Hehe..

Oh ye. My 2nd sis, Lumi, accident sebelum Zohor, depan rumah Che. Mamat naik vespa langgar dari tepi masa Lumi buat u-turn. Ke balai polis buat report sementara mamat-mamat vespa yang lain yang sebelum ni kecoh, berdiam diri bila aku kata "Kita settle kat balai".

Raya 3
Ada 4 rumah yang perlu kami pergi. Melawat pengantin yang majlisnya pada raya ke2. Aku tersilap tengok hari. Maaf ye Su. Kemudian kami ke rumah Pakcik (Husband's uncle, his mom eldest brother). Lunch kat sana. Kemudian ke rumah MakSu (lagi sekali). Spent 1/2 day there. Lepas Maghrib bertolak balik PMas. Destinasi ke 4 tidak dapat dikunjungi. There goes my plan.

Raya 4
Kami dah bertolak balik ke KL sebab Husband kerja Khamis dan Jumaat. Pelik betul bos dia. Cuti after raya NOK. Cuti next week OK. Huh.

Sedikit gambar untuk dikongsi.

Bergambar sebelum ke pusara Arwah Baba

My new cousin, HaziQ. Lahir beberapa hari sebelum Syawal :)

Di ladang kuda AyahSu. Dia ada banyak kuda.

Iman pertama kali potong kek. Sukanya dia. Pastu comot.


Way back to PMas from Beris. Banyak lampu. Ada signboard orang kawin. Halumi dan Lutfi (not in picture). Ada jugak orang nama Halumi ye. Halumi tu nama adik kedua aku.

3 jenis biskut yang paling aku suka raya kali ni :)



Akhir kata, Salam Aidilfitri semua!

Monday, September 07, 2009

iftar with ex-pt

A quick post while Iman is sleeping. Lepas dia tidur tadi, cepat-cepat aku mop lantai. Hihiii..

The iftar was held @Johnny's BTS. Pegi berdua je dengan Iman sebab Husband ada keje. Wish to lepak lama sket tapi Iman dah garu-garu kepala, gosok-gosok mata. He even tertidur atas dukung masa aku bayar parking. Kesiannye. Tak bawak stroller sebab aku sorang yang handle dia. Kebarangkalian Iman tak nak duduk dalam stroller tinggi sebab dia suka panjat keluar or meronta-ronta minta diangkat. So, kalau dah aku sorang yang handle, sape nak tolak stroller kalau aku dukung dia.

Aku tak makan sangat sebab banyak kena attend Iman. Dia panjat keluar dari high chair dan nak naik atas meja yang penuh dengan mangkuk gelas segala.

I've ordered Nasi Goreng Belacan. Mintak Nani amik separuh sebab aku tak boleh habis. Strawberry Milk Shake lak, kalau setakat Dutch Lady perisa strawberry tu, kat rumah boleh buat. hahaha.. tipah tertipu. Aku buat smoothies kat rumah pon guna fresh and pure buat strawberry. Sungguh la nak kaut untung kedai-kedai makan ye.

I don't take any photo sebab dah ramai yang bawak camera. So, sesapa yg bawak tu (especially As) sile la share @fb ye. Nanti aku copy.

Ramai juga yang datang. As & Miza (rajin Miza tolong pegang Iman. Iman sedap peluk ke As?), Imah (husbandless gak macam aku malam tadi hehe), Nani & bf, Shaz (the organizer), Peja (dressing mcm manager daa), Mache, Saturn, Amri, Zulhusni Mokhti yg tinggi (or should i say Q-react.. dia ni dulu suka conteng buku aku), Nasir & family (anak dia tu aku rasa macam sebaya ngan Iman, sebab umur dia 1 tahun 8 bulan, so rasanya lahir Jan 2008 kot), bakal pengantin Tini & Syed, Shukri & wife, Ajis & wife (patut aa sorok bini, dapat awek cun), Rosdi (apesal botak licin?), Shahrir, Pesa (As kata makin putih hehe), Ikhsan, yang depan aku yg rambut macam askar tu sape nama aa.. lupa. Ampun!

Ada lagi ke aku tertinggal?

Iman telah pow uncle-uncle or pakcik-pakcik or abang-abang (???). Kekeke.. jumpe setahun sekali pon susah, ape salahnye bagi duit raya awal. Iman kan lahir raye ke-4 tahun lepas. Heheheh.. sorry kalau ada yang takde duit bayar parking or peli prepaid nak call awek sebab aku tolong pow duit raya utk anak aku. Anak-anak korang besok nanti macam anak aku jugak.

Rupanya dekat gile tempat aku park kereta dengan tempat makan. Bayar parking kat hujung bangunan, pastu aku turun tangga sket ke level 2. Lorrr... Maklum la, aku tak biasa kat BTS. Dekat rumah aku tu ada Midvalley & Sunway Pyramid. Tu yang tak jejak kaki ke BTS.

Ok, a long quick post.

Photos courtesy of As, selepas dia mengupload dalam fb :)

Tuesday, June 16, 2009

Sejak semalam

Sejak semalam kalau hantar Iman ke rumah babysitter, dia dah pandai nak ikut aku.

Sejak semalam juga, Iman tak nak berenggang langsung dengan aku.

Sejak semalam juga, Iman nak pegang handphone bila nak tukar diaper.

Semuanya sejak semalam. Dan semalam juga birthday Arwah Baba.

Dan, aku nak beli banyak benda tapi duit tak cukup. Nak breadmaker, nak mesin jahit, nak camera, nak handphone. Kalau beli sebulan 1, maknanya 4 bulan la aku pokai. Semua tu keperluan atau kehendak? Kena pk kat situ.

Tapi buat masa sekarang, keperluan aku adelah purse. I need new purse. Sangat-sangat memerlukan purse baru. Yeah... repeated statement.

I end today's entry with Iman and bakul.

Taken last month. Nak tercabut jantung bila Iman selambe je pegi berdiri dalam bakul. He is unpredictable, like his dad.


Regards,


Thursday, April 30, 2009

Kawan sekolah SPM 99

Sebelum lunch semalam, i received a phone call from my ex-classmate-then-now-my-colleague-tapi-lain-division. He said "Wafaa, kawan kau kata kau sombong". Kawan? When we said kawan, it means kawan satu sekolah yang kerja sama tempat. "Kawan???" He replied "Auditor kat Finance tu". Aku pon "Astaghfirullah... aku dah agak dah." The auditor-friend met up with him dan bagitau "Apesal Wafaa sombong aa? Pandang aku macam tak nak pandang je". Wahahahaha. Aku takut salah orang la weii

Fyi, kawan kitorang yang tu dah setengah tahun kot dok wat kerja-kerja meng'audit' kat sini. Hari-hari aku nampak dia kat kantin. Hari-hari aku akan cakap kat kawan aku yang satu ofis "Dia ni kan macam muka kawan sekolah aku la".

Rupanya betul. Haiyaaa..

Kenapa aku tak berani nak tegur? Sebab, it has been 10 years since we left school (SPM 99) and then only now i met him. Dulu masa sekolah selalu pakai seluar merah, now dah smart dah, takde seluar merah dah ^_^. Skang dah pakai kemeja and slack dah. Tak cam siot. Hehe. Keciknya dunia ni.

Regards,

Sunday, April 12, 2009

Which short is short?

pic courtesy of TheHairStyler.com

I love my long hair tapiiii sangat susah mahu mencuri masa untuk duduk dan buat apa yang patut pada rambut. It'd take me hours to dok lama-lama dalam bathroom to syampoo and hair-conditioning. Rasanya kali terakhir i cut my hair short was hmmmm.. 2004? Haa betul betul. Masa tu belajar lagi dan duduk menyewa. Dan bila dah biarkan panjang, sayang pulak nak potong. Huh... tapiii kena buat harakiri (bukan suicide dalam kes ini), potong pendek. Pendek means pendek.

Kadang-kadang susah mahu memuaskan hati seseorang tanpa meletakkan kepuasan hati sendiri. Apekah? To make someone's happy without hurting own feelings. Correct.

Tahniah kepada pemenang ABPBH 2008. Nabil excited sangat menang award utama sampai pegi peluk awek. Melopong Fafau. Hahaha..

Friday, December 19, 2008

Hair

I have cut my hair short, finally. Kenapa? Sebab rasa macam rimas sket bila nak menyusukan Iman tengah-tengah malam. Plus, I need to change my hair-style. After giving birth to Iman, I noticed 2 things.
  1. Rambut banyak gugur. Bukan gugur sendiri, tapi bila disikat, haaa.. amik kau, secekak rambut kat tangan :( Masa pregnant, I love my hair sebab tak banyak gugur. Orang kata, rambut dan kulit akan jadi sihat dari biasa semasa pregnant. Why? I dunno lah.
  2. Rimas lah berambut panjang, kemudian nak menyusukan anak lagi.

After a few weekends, hari ni baru berkesempatan. Ini lah rupa rambut baru ku, 2 inches shorter :) Hope dearest Husband loves it :) :)


Thursday, July 17, 2008

Seven - 17/07/08

Here's our story, posted in 2006. We've been dating for 7 years, since I was 19. From long-distance-relationship, we finally decided to tie-knot on 14-Oct-2007 and now, we're expecting our 1st precious-Baby-MuahMuah. Semoga hubungan kami dirahmati-Nya dan dilindungi dari ujian yang menduga kesabaran.

Anyway, something happened on today's date, back in 2001, yang mana, sampai bila pon tak boleh lupa:
  • He was late for 2 hours. 2 jam okay.
  • Dia bawak Icha, anak saudaranya yang masa tu umur 4 tahun. She just turned 4 on 7-Jul-2001, few days before we met. She's soo muncong sebab ingatkan Uchu dia nak date ngan dia sorang. Rupa-rupanya, Uchu nak date ngan kakak ni :) Hihihi sorry. Aku pon taktau dia bawak anak buah.
  • Kami duduk-duduk di satu rest place kat Isetan Suria KLCC, sembang-sembang. Tiba-tiba Icha tertidur, atas riba aku lak tu. Ape jadi? I cannot move for almost 1 hour. Kebas tak hengat.
  • Hujan lebat sangat so we cannot go anywhere but pusing-pusing Suria KLCC
  • End up at Kinokuniya. Dok sana for hours. Sori, i just love bookstore.

Okay, that was our 1st date ever, ditemani anak buahnya, Alisya.

Happy dating Anniversary, BB. We love you.

Monday, May 12, 2008

GICT Team Building - Part 2

few piccies show how much fun I had..

Saturday, May 10, 2008

GICT Team Building - Part 1

I've just got back from Berjaya Hills (tapi degil jugak nak panggil Bukit Tinggi Resort) for division's team building. a few words to describe the event : Seronok. Penat. Sedap. Selesa. Frust.

Seronok sebab dah lama tak pegi jalan-jalan in a biiiiiggggg group. i've enjoyed it so much, walaupon ada beberapa event aku tak dapat join. itu nanti cerita kat Frust. kami 2 outdoor activities - telematch & explorace. i have so much fun walaupon frust.


Telematch & Explorace. Main pass gelung. Bawa kuda jalan. Bina 5ft tower. Rafting (masuk air tuu). Not in the picture is archering.

Penat sebab tak cukup rehat. we have rush from 1 location to another after one's done. our hotel room is at Colmar Tropicale and all our in-house activities took place at a convension hall @ Berjaya Golf Club, about 10mins by buggy. our main transport there was buggy. no time to rest sebab nak kejar masa with so many activities. hanya break kejap untuk makan & solat. don't even have time to baring2 kat hotel.



The activities. 8 kali makan in 2 days. Siapa yg diet, kesian :)


Like I mention above, we have 8 meals. from breakfast, to tea break in the morning, to lunch to tea break in the evening, to dinner, to supper at night. Semuanya Sedap. betul. tak tipu. kalau dah namanya pegi team building, tak keluar 1 sen pon untuk beli makanan. heh. owh, about the food. the cakes might not be my fav this time but the pastries, the pies were soooo nice. cuma, tak banyak pilihan buah. need to upgrade that part. heh. the lauks-pauks were great. rasanya semua orang naik at least 1kg kot. muehehehe.

Apart of that, the accomodation is also Selesa. Kitorang dapat bilik yang besar. To describe that, look at the pic.

We stay here for 1 night 2 days. but, because of the color, rasa mcm kat rumah sendiri.

See the 1st picture? That pic tells the telematch and explorace. Seronok tapi frust. Frust sebab tak dapat join, maksudnya i cannot do all those things because of my condition. tak dapat horse riding, tak dapat buat archering, tak dapat main semua game masa telematch. dan juga tak dapat buat "jumping photo shoot" :( however, i took part in the last explorace's game - rafting. kena bina rakit, dan sorang kena masuk dalam air untuk tarik from 1 pool side to the next side. the result is aku jatuh dalam air. muehehehe. i just cannot can't help myself bila ada aktiviti yg melibatkan air. serius. walaupon tak pandai berenang tapi i enjoyed water sport. nantilah lepas bersalin, pegi berkayak kat mana-mana.

well, i'm proud of myself for joining the activity. Alhamdulillah kerana diberikan kesihatan yg baik :)

i'll post some more pics.

Monday, February 11, 2008

CNY holiday wrap up

it's monday today & i extend my annual leave for 1 more day. kami sampai KL jam 2pagi tadi. penat yang hamat! history repeated. the traffic was sooooo terrible & menakutkan. 1st jam allll the wayyy from Machang to Kuala Krai, i bet the distance was 40km++. 2nd jam was when entering raub, 11km jam. 3rd jam was when entering bentong. and last but not least was at Karak Hiway. allll the way to Gombak toll. right after keluar bentong, kereta dah bersusun.

well, that's about the journey back to KL. ok now the holiday wrap up.

Day 1 (07-02-08)
we left home @ 5.30am. sampai Pasir Mas masa azan zohor. dan, malamnya, i took my family to fun fair :) ada bumper car, ada merry-go-round. mula2 tak nak main, konon2nya dah kawin lah. last2, aku yg mula2 masuk dlm bumper car. muahahahaha.


Bumper car & merry-go-round


Day 2 (08-07-08)
visit both grandparents. belah mak, dua2 masih ada. belah ayah, tinggal nenek. we managed to get home before sembahyang jumaat. dia pakai baju melayu hitam. and i loike. muehehehe.

old family friend pay us a visit. i know them since i was 4 and we were neighbour for 8 years i think. at 3pm, my dear & i went to beris, to visit his uncle. tapi bila sampai, takde orang. oleh kerana rumah dekat pantai, so we went there, while waiting them to get home.

kat pantai pon ramai orang. lucky we managed to get a parking. actually, this is my 1st time, pegi pantai dengan husband. masa berchenta dulu, tak pernah pegi pon. so, mcm jakun aa sket hehe. kat pantai, ada orang jual aiskrim & satay ikan (orang kelate panggil lo'cing). selagi tak dapat lo'cing, selagi tu tak nak balik. muehehe.

(Atas) Aiskrim itu hanya 50sen. (Bawah) Lo'cing itu hanya 20sen sebatang.


It's not layang-layang tapi panggil layang-layang.

balik pasir mas before midnight sebab ada BBQ :) oho, i loike!

Day 3 (09-02-08)
i was waken up by a door knock at 3.30am. i tot i was dreaming so i didnt open it. 15mins later, my sister sms me, bagitau dia kat ER. i woke him up, kami terus bersiap ke hospital. bila sampai kat ER, i saw my sister. omigod. it was my dad in the ER! and i cant stop my tears. rasa lemah lutut ni. but, i have to be strong. i cant drop a tear in front of my mom. mama kata baba sakit dada. yes, dia ada sakit jantung. according to doc, his body doesnt have enough O2.

at 7am, he was admitted. we stay until 8. and return at 10, lepas breakfast nasi kerabu kat rumah cik (i called my nenek belah mak - cik). her tumis is the best tumis ever!

at 3pm, dear husband & i went to his kampung, ada kenduri. lepas kenduri, pegi rumah pusaka. arwah ayah. masih kukuh. anai2 tu biasa lah kalau rumah kampung. we stay for another BBQ session at beris.

Day 4 (10-02-08)
hari balik KL. baba masih di hospital. so, we decided to bertolak balik lepas pegi hospital. oh, sekali lagi, breakfast kat rumah cik. nasi dagang. omigod sedapnya.

baba nampak ok. dia kata nak balik, bosan dok hospital. dia bukan jenis yang duduk diam. so i think better he stay at hospital for few days, get enough rest.

at 12, kami bertolak balik KL.

(Kiri) Tanah Merah, Kelantan. Bersusun kereta di belakang kami. (Kanan) Kawasan Bukit menuju ke Kuala Lipis pon boleh beratur panjang.