Showing posts with label sana sini. Show all posts
Showing posts with label sana sini. Show all posts

Tuesday, October 18, 2011

Selamat menunaikan haji

wafaalatiff
Off to TH
As tweeted above, kami ke TH (a.k.a Tabung Haji). Pergi berdua je dengan Iman. Suami macam biasa lah, balik lambat. Niat di hati mahu menghantar 2 orang boss yang InsyaAllah akan menjadi bakal jemaah haji. Sebenarnya aku tak tahu pukul berapa diorang akan check in kat TH Kelana Jaya. Sempat SMS tanya flight pukul berapa je. Aku bajet-bajet je bertolak dari rumah pukul 8mlm. Itu pon lepas dinner nasi kerabu sedap dari pasar malam. Ada pengajaran di sebalik nasi kerabu itu. Next time kena mintak nasi lebih sebab 1 bungkus share dengan Iman adalah tidak cukup :P

Kami sampai dalam pukul 8.30pm. Aku nampak ramai orang dah mula keluar dari bangunan TH tu. Tak terfikir lagi diorang dah check in. Lepas nampak sorang budak perempuan menangis, baru aku terfikir, alamak, diorang dah masuk ke. Aku call Kak Ab tapi tak de jawab. Ha, kali ni baru nak cakap kat diri sendiri "Padan muka, sape suruh nak surprisekan diorang" Bila tengok kawasan tempat letak bag kat luar dewan check in tu dah lengang, ok sah, bakal-bakal jemaah dah masuk. Tapi aku intai-intai cari. Tiba-tiba..

wafaalatiff
Smp lewat di Tabung Haji. Org dah masuk. Nasib baik nmpk Anding. Sempat jumpa bos. Bos baik anak buah pon syg

Aku ternampak seseorang berbaju hitam belang putih. Eh, macam Anding. Haaa... mesti diorang ada dekat-dekat situ. Laju je aku jalan ke arah sana. Ada famili Kak Ab je (husband dan anak-anak dia). Aku nampak Cik Lisa dan Kak Ab baru 2-3 langkah tarik bag nak masuk ke dalam dewan. Aku tepuk bahu Cik Lisa. Dia terjerit kecil "Heyyyy". Lalu kami berpelukan. Eh tiba-tiba rasa macam tulis novel. LOL.

Dia nampak surprise. Mana tak terkejut. Sempat lagi dia kenalkan Anding. "Ini adik I". Aku cakap la "I nampak dia la I terus datang sini". Kekeke..

wafaalatiff
Jadi, thanks to Anding sb nampak dia aku dpt jumpa cik Lisa & kak ab

A quick pesanan "Jaga office", "Mintak maaf kat Muna sebab dia kena attend UAT". Yada yada.. Aku cakap "Tak payah fikir tu. Pergi dengan aman. Kitorang ok je kat office" Padahal.. hihiii hanya orang dalam bilik tu je yang tahu :)

Bila Cik Lisa berpusing nak masuk ke dewan, dia tanya lagi sekali, "Datang hantar siapa?". Aku cakap "Korang lah", punya la dia terharu, maka aku dan Iman dipeluk untuk kali ke.. errr 3 kot. Nampak la mata dia berkaca (ok ini ayat dari novel haha maaf ye), aku pon nasib baik dapat tahan air mata. Masa mula-mula nampak Anding tadi pon nampak monyok je muka dia. Dengar la Cik Lisa cakap kat dia "Jangan nangis tau". Hehe.

Sempat jumpa 5 minit pon dah ok. Alhamdulillah. Semoga mereka mendapat haji mabrur. Semoga kami dipermudahkan untuk ke Tanah Suci juga. Maka, mari lah register dan start kumpul duit. Paling kurang RM15,000.00 kena ada.

Last but not least,

wafaalatiff
Byk benda aku tak faham hari ni. Salah satunya kenapa kat Tabung Haji Kelana Jaya ramai betul org jual belon.

Sesungguhnya, I really mean it. Tabung Haji/Menghantar orang menunaikan haji dan belo-belon langsung tak ada kena mengena. Nampak sangat target diorang adalah kanak-kanak yang ikut sama menghantar atuk/nenek/saudara mara/ikut parents hantar orang mcm aku ni hah. Dah la mahal. RM7 untuk 1 belon. Iman tak mintak tapi dia kata "Ibu, banyak belon. Sama.. sama", so aku tahu dia excited, jadi aku belikan 1 untuk dia, just to make him happy. So kami pulang bersama seekor Ultraman. Maaf, Spiderman tidak dapat menandingi kehebatan Ultraman di mata Iman. Hehe..

Sekian.

Sunday, April 03, 2011

Teruk betul rakyat Malaysia itu

Semalam aku ke KLIA dengan Iman untuk jemput suami. Iman tertidur, jadi aku keluarkan stroller. Masalah di aras G, aku tak jumpa laluan troli atau apa-apa yang sesuai untuk laluan stoller. Jadi, terpaksa memanjat di atas so-called-divider itu.

Kebetulan masa tu, ada 2 orang rakyat Malaysia. Aku yakin 100% mereka rakyat Malaysia sebab (1) bawak kereta bernombor pendaftaran tempatan, (2) bercakap dalam bahasa Malaysia walaupon bukan berbangsa Melayu. Sedang aku bersusah-payah untuk mengangkat stoller melintasi divider itu, mereka langsung tak membantu. Pandang pon tidak.

Aku bukannya tak mampu nak angkat tapi sesungguhnya aku sangat terkejut dengan sikap rakyat Malaysia. Dah la kat jalan raya bawak kereta macam samseng; dalam situasi macam ni pon mereka langsung tak ada perasaan mahu menolong. Mungkin bukan semua tapi sedarlah, di kalangan kita ada yang seperti itu.

Saturday, March 19, 2011

When sky is the limit #2

We went there. For the 2nd time. Kali pertama kali pergi 2009 dulu, ada encik Suami.

Selepas terkejar sana sini, kami on the road by 8.23am. Lalu ikut Puchong, heading to Putrajaya. Sampai kat P2, minyak pulak dah nak habis. Sms bertanya orang Putrajaya (Watie), dan kami pon keluar dari P2, menuju ke P16. On the way ke P16, terjumpa P18 dan dalam tu ada Petronas. Near 1Malaysia Futsal. Nasib baik. Tapi terpaksa ke P16 jugak sebab nak keluar duit. Huhu.

Melihatkan orang yang bersesak-sesak cari parking sebelum ni, aku decide nak park kereta kat belakang bangunan office. Seberang jalan je pon. Exercise sikit.

Tak ada yang menarik pon. Maybe belon-belon yang menarik dah terbang ke udara. Biasa je. 1 je belon yang menarik perhatian Iman - doraemon. Dari dalam kereta dia dok cakap "Ibu, Emon".

Rata-rata orang pegang DSLR. Wah. DSLR aku ni umur dia dah masuk 5 tahun. Dah antik tapi masih berfungsi. Tak ada alasan kukuh untuk beli baru, kecuali alasan upgrade. Kalau upgrade, mahu cuba Canon EOS. Model apa tak tahu. Berangan je dulu, bukan kena bayar pon.

Ada banyak stall makanan. Tapi kami tak masuk pon. Malas. Tergerak hati mahu beli aiskrim, tapi malas menguasai diri. Last-last, kami blah macam tu je. Hanya beli 1 barang - bubble gun. Mahal wei. RM15. Aku pernah beli bubble gun size tu, harga dia bawah RM10. Cekik darah.

Have a quick tour, kami balik tak lama lepas tu. Dan terserempak orang drifting. Jauh lebih menarik dari belon, so kami lepak belakang Palace of Justice.

Itu je lah. Ni gambar sikit.



Ada komik, bola dan tak lupa juga Ultraman. Ni tak ada kaitan dgn silly uneducated joke from Berita Harian & Fiz Fairuz. Loser.

Main kat MOF. Haha. Macam tak ada tempat lain nak main.

Friday, February 25, 2011

Sushi at pasar malam

Hari Khamis ada pasar malam Tmn Sri Sentosa. Sebab takut sakit hati tengok Kejora & Bintang, aku decide tak mahu tengok episod hari semalam. Jadi, aku bawa Iman pegi pasar malam. Bawa dengan stroller sebab nak cepat dan tak larat weh nak dukung sambil bawak barang. Boleh tumpang letak barang dalam bakul stroller.

Banyak aku beli. Murtabak ayam x 2, bihun sup, laksa penang, mi kari (tak sedap, lain kali tak yah beli), char kuey teow (next time mintak kurangkan cili), egg tart x 2 (menyesal aku beli tapi habis jugak aku makan LOL), Ultraman (murah dan besar) dan juga last but not least ...

SUSHI.


Jangan main-main, sushi ada jual kat pasar malam. Ada banyak jenis. Siap ada California Roll lagi. Iman suka sushi, so aku beli yang paling sikit. 1 box of 8 rolls = RM2.50. Jauh lebih murah dari Jusco or Sushi King. Rasa dia sama je. So, lain kali boleh beli lagi.

Bila anak suka makan sushi, rasa macam nak belajar buat. Dalam Jr Masterchef Australia, selamba je si kembar yang tinggi tu buat sushi. Huhuu..

By the way, the picture taken using our new kamera kecik. Macam ok je. Tapi kesian pulak dslr itu. Bukan niat untuk melupakan dirimu tapi kamera kecik ni adalah impian ku sejak dulu. Tapi jangan risau, kamu tetap aku sayang. LOL.

On our note, banyak jugak kompeni P itu bagi duit poket (excluding transportation masa kat jpn nanti). Convert-convert 5k++. Nak sikit? Haha.. Ok la good nite. Doakan hari esok lebih baik dari semalam. Amin.

Tuesday, February 22, 2011

Peragut mati bukan orang Malaysia

A gory end for Malaysian snatch thief.

Aku rasa tak patut tulis 'Malaysian'. Bukan ke 'Malaysian' tu maksud dia orang Malaysia? Adakah semua yang tinggal dia Malaysia ni, dikategorikan sebagai 'Malaysian' walaupon dia tu pendatang tanpa izin atau dengan izin. Bukan ke yang meragut tu pendatang? Local newspaper tulis dua-dua orang jahat tu pendatang. Berita Harian tulis peragut tu dari negara sebelah sana.

Haip. Tulis betul-betul tak boleh ke? Ehh ke sebab kejadian tu di Malaysia, dia pun tulis 'Malaysian'? Ehh aku dah confuse. Haha. Semangat patriotik tetiba.

Tuesday, January 11, 2011

Melaka - Day 1

I owe myself an entry on our holiday... hmmm ke short trip? Reminder; entry sarat dengan gambar. Maklumlah, orang jarang berjalan. LOL.

Melaka - Day 1

Pagi 1hb baru decide nak ke Melaka. 10am baru terkedek-kedek nak survey hotel. Online booking for 1 night stay at Emporer Hotel. Sementara tu, layan 2 movie dan tunggu Zohor. Bila lambat gerak, lambat la sampai. Siap terlajak ke Jasin lagi. Ini kes terlepas exit Melaka. So, dari tol Jasin tu, kitorang terpaksa patah balik. Jasin ke? Ntah. Tapi tol RM2.60.

Dari tol nak masuk Melaka, kami sangat berterima kasih kepada my beloved hp's navigator. Kami selamat sampai hotel pada jam 6.00pm.

Emperor Hotel terletak di Jalan Munshi Abdullah. Maknanya, kami terlepas dari jammed yang lama & panjang yang menuju ke town itu. Despite of bad reviews from Internet, we found out that the hotel was quite okay. Ye la, ko dah bayar RM200, tak kan ko nak service dia tu macam hotel yang bayar RM1000. U get what u pay lah. Given a room at 21st floor and facing the town and sea, siapa tak suka.

Masa mula-mula sampai, ikat langsir dulu :)


Menikmati pemandangan dari tingkat 21.

Dari bilik kitorang, boleh nampak kereta yang bersusun dan merangkak dengan sangat perlahan menuju ke town. Kat sebelah kiri, we could see the Bukit China. Aku sebenarnya nak bawak Iman main pool tapi sebab dah lambat, terpaksa la postponed. Then bila menghampiri Maghrib, pemandangan lagi cantik. The sunset was so beautiful. Subhanallah.

My sunshine and beautiful sunset.

Aktiviti lain sementara menunggu malam adalah seperti berikut.

Satu; surf Internet cari tempat makan, cari information pasal Zoo Melaka (the main reason why we went to Melaka). Kami pernah spent almost 5 1/2 hours in Zoo Negara. Guess how many hours we spent in Zoo Melaka. Heheee..


Dua; explore the room. Lari sana sini. Panjat sana sini. Sambil makan KFC and asked me to take his pix. Yes, he asked me. "Ibu.. ambar" (ambar=gambar).


Tiga; posing.


Empat; main game. His fav game on my phone is car racing. Tapi dalam phone husband lagi banyak games and his favorite applications. Baru Samsung, belum iPhone lagi tu. kekekeke...



Then, we were ready for next activities - food hunting and night sight-seeing. Owhh.. before we left the hotel, aku stuck pulak depan tv. Ada Confession of Shoppaholic. Ngeee....

Left the hotel room at 8.30pm and drove to nowhere to find food. We used the nagivator to find Anjung Batu, but it showed Umbai. Tak pe lah, kami ikut je. Masa ke sana, kami nampak ada banyak kereta bagi signal dan masuk ke satu lorong. "Ehh tu mesti orang nak pegi makan. Jom kita tengok". Then off we followed the cars. Checked the navigator and it showed Sungai Duyong. I was like "Haaa.. nama kedai ni ada dalam recommended restaurant". Ngee.. Sometimes, kita kena follow instinct.

The 1st restaurant was packed with hungry people like us. So, we went to 2nd restaurant. Also packed but there's some vacant. Kami dapat meja hujung dekat sinki dan dapur. Hehe. Wait for 1 hour for our order. In the meantime, Iman enjoyed the live band performance. Tak berkelip. Risau aku kot-kot dia boring sebab kena tunggu food selama sejam. For sure dia tengah lapar sebab tak makan apa-apa dari jam 6. Ehh ada ada. Makan KFC yang bawak dari KL. Kekekeke... Btw, banyak kali jugak band tu nyanyi lagu happy birthday. Ada la dekat 5 kali. And then, ada sorang penyanyi ni, dia nyanyi lagu Marc Antonny dengan sangat sedap.

Enjoying live band performance.



Selepas menunggu sejam, food sampai tapi kami makan tak sampai 1/2 jam. Lepas tu kami ke town nak tengok Eye On Malaysia tu. Ronda-ronda sesat dalam town. Terjumpa Jonker Street. Tapi lepas setengah jam tak jumpa jugak Eye On Melaka dan kami pon balik hotel. Eh sebelum tu, kami menyinggah ke Jambatan Kg Morten dan Taming Sari Guess House. 20 minit jalan-jalan di tepi sungai, tengok bot yang masih membawa tourist dan juga tengok guess houses yang cute. Thank you Iman sebab awak sangat behave, walaupon nak bawak bantal :)

Menyeberang sungai


This is my fav house. Cantik.

u can contact this line if interested.


Sampai bilik 11.45pm. Owh, ada New Moon lak. Tak dapat tido awal sebab terpaksa tengok. Haha.. bukan terpaksa tapi choose to.

to be continued.

Wednesday, October 20, 2010

Faris Fakri, a talented photographer

Faris Fakri.

Cerita lah sikit ye.
  • Secara tak sengaja terjumpa nama dia masa aku sibuk dok cari photographer masa nak kawin dulu. Back in 2007.
  • Updates on twitter and fb
  • recently discover that he is good friend to my old good friend's younger brother. The sister is Intan and the brother is Hafiz.
Go and visit his official website. Gorgeous photo waiting for you.

Note: Free promotion, tak de sape suruh pon

Monday, September 20, 2010

back to reality

Hari ni baru back to reality. Back to office. Iman back to babysitter's. Husband dah lama back to work. Hari Jumaat lagi.

Tak ada entry raya sebab gambar belum transfer. However, I have a wonderful raya. Husband dapat cuti panjang. Tak pernah dia dapat cuti panjang :p thanks to IPS/p4n4s0n!c. Dapat la kami ke rumah saudara-mara. Kalau tak, raya ke 3 or 4 dah terkejar nak balik KL. Tahun ni, raya ke 7 (Khamis) baru balik sarang burung kami di PJ. Alhamdulillah, syukur. Recap la sikit.

  • ziarah pusara my arwah baba, husband's dad and atoks.
  • To mom's closest cousin's house dua hari berturut-turut.
  • To my tok sedara's. Gathering lagi.
  • Ate a lot of cake (paling sedap choc cake), nasi dagang (makcikSa's) , roti jala, biskut raya, nasi carrot with ayam merah (cikNie, mom's 1st sister buat, sedap!), nasi minyak with ayam tandori (cikHan mom's sister, walllllaweyyy sedapnya ayam tu),
  • makan @ husband's cousin's engagement (solok ladanya, perghhh terbaekkk).
  • spend 2 nights at in-laws (malam raya ke 2 & 5)
  • iman ride a horse name cindai. Cool! Dan sampai malam dia dok "nak horshhhh"
  • melantak at kfc-yang-asal-time-cuti-panjang-ramai-gila-orang with siblings.
  • spend wonderful time at pantai. Kesian Iman kena kacau tidurnya. Sorry but ibu want you to experience it ~ sand, breeze. I bought lokceng (satay ikan), aiskrim, air kelapa yang kaww dan sedap
  • husband belanja levi's lady slight curve. Ampun sebab terpilih yang lagi mahal dari yours. Hehehe.. anyway, thank you darling. I tak kisah kalau tahun depan kena jadi driver kat kampung :p
  • and as usual, sebelum balik, ke pasar besar p4sir m4s. Beli macam-macam like beras cap serindit (beras siam yang sama macam beras basmathi, RM31 for 8kg, beli 2 terus, puas hati aku), cili kering thai yg besar dan tidak pedas itu, serbuk kari ayam yang sedap-yang-tak-ada-kat-kay ell, dan beberapa benda lain.

Been twittering a lot from mobile phone.. eceh.. hari ni baru on laptop. So, bermakna hari ni baru buat entry. Nak taip banyak-banyak kat phone macam malas. Bila dah banyak tweet, dah malas nak tulis kat sini. Tapi untuk baca balik besok-besok, nanti tulis pasal raya.

By the way, Iman akan masuk 2 tahun 4 Oct depan. Mari menghitung hari. Dan, ini mengingatkan aku yang aku tak buat entry untuk 23 bulan dia. Ok, kita kumpul entry untuk 24 bulan lah ye Iman.

Thursday, September 02, 2010

Wrap up

Dah bersawang? Belum. Tweeting more than blogging. Blogging kena taip panjang-panjang. But for the sake of I want to keep the memories, I will wrap up sikit sana-sini.

Lusa, Iman will turn 23mo. Fuh. Lagi sebulan, he'll turn 2y. A few days later, we'll be celebrating our 3rd wedding anniversary. Iman has been so active now. Running here and there. He sometimes can throw tantrum kat mana dia nak (happened at petronas bila tak dapat belon, terus terbaring atas lantai). However, he's a darling bila nak suapkan aku biskut atau apa-apa yg dia tengah makan. Mencabar ok. Kalau time tak puasa, boleh la aku makan. Ini nak disuap petang-petang sebelum berbuka. Bila ditolak, berkeras nak suap. Bila kita pretend makan, dia nak kita buka mulut sb nak tengok kita chew. OMG.



As raya is few days left, aku dah dapat almost semua biskut raya. Beli 3 jenis je - 2 jenis choc based (RM25 each) and 1 pineapple tart (4 boxes of RM20 each). Ehh.. ada lagi. Kueh gunting (ye ke nama dia?). Semua jenis dah dimakan. Left 1 box each utk dibawa pulang ke kampung. Hihiii.. btw, I baked biskut sarang semut during the weekend. 1st attempt & Alhamdulillah it turn ok. Kekeekeke.. so, am looking forward to make more to give-away to babysitter, neighbours, in-laws & of course, bawak balik kampung ^_^

Tadaaaa... biskut sarang semut. Tak de nama lain ke? I dont like semut. Kecik2 pastu gigit orang. Bad ant, bad.


And, some more food. As I didn't go to param, i normally ordered some food from office. Hihihii.. suka mak. Dok kat office pon boleh order-order. Hari ni order 2 set of chicken chop, esok pulak 2 pieces of murtabak. Kadang-kadang, kalau nak makan kueh-mueh melayu, i can make order of kueh seri muka to this one kakak. Or, if feels like eating bubur lambuk, pon boleh order. Delivery sampai ke meja ^_^

Hmmm what else? Oh. Husband was so kind, belikan microwave. When I asked him "hadiah untuk apa?", his reply was "tak payah ada occasion pon boleh bagi hadiah" ^_^ After hunting one ELBA model, pegi sana-sini, it's either "sorry kak, habis stok" or "model ni tak ada". We end up bought a Sharp. It is grill oven. We wanted a convention one. Untuk sedapkan hati, we keep this kind of thoughts "Nanti kan nak beli package yg ada 3 barang tu, so, dapat la digital oven. Kalau nak bakar cake or cookies, we can use the old oven. Elok lagi." Hihiii.. berjaya sedapkan hati. Jadi, mari grill ikan/ayam/daging banyak-banyak.

Monday, August 16, 2010

6 Ramadan 1431H


Location: Fly over towards Bandar Sunway. Sunway Pyramid is on the right.

Agak kurang bernasib baik. Hari-hari kena lalu jem. Kepada yang tak perlu lalu benda ni semua, bersyukurlah anda :) Untuk lebih mengharukan, kalau hujan lebar turun mencurah-curah. Lihat, langit gelap di belah KL sana. Sekian, terima kasih.

Note: hari ni husband off. So, ada la teman berbuka dan sahur pagi nanti :)

Wednesday, July 28, 2010

Surat lawyer Indah Water

Ye betul. Dapat surat lawyer Indah Water. Indah Water. Hihiii...

Masa mula-mula dapat tu, aku dah macam "Ehhh aku dah bayar la. Apehal plak nak anta-anta surat lawyer nih."

Aku check semua bill payment records yang aku ada. I have a few folders (dalam hard disk) that keep almost everything pasal online payment yang aku buat. Checked in Indah Water folder, ehhh mana screen shot? Oh, ni mesti aku letak dalam word document. * cari lagi *

Tak jumpa.

Tapi aku jumpa M2U transaction history for Jan and Feb 2010. Haaa.. ada pon RM144.00. Check the payment acc. Ehhh... sejak bila pulak aku bayar Syabas RM144.00 nih? Ciss.. ni mesti aku salah select acc masa buat payment. Hampeh aaa.. Deng, sendiri salah. Ok, mari betulkan balik kesalahan tu.

Call Syabas. 1-800-88-5252.
  1. Cik officer kata "Cik boleh refund atau balance -144 tu boleh remain kat situ, so that, apa-apa bil lepas ni, tolak je dari situ". I choose to refund.
  2. How to refund? Kena bawa bil dan juga payment confirmation. Go to Jln Templer branch sebab itu paling dekat dengan rumah aii.
Problem is - I don't have screenshot payment yang dibuat. Remember? I only have the M2U history.

Call Maybank customer service. 1-300-88-6868.
  1. Ask whether can get transaction history for month of Feb in m2u. The reply "Tak ada cik".
  2. Solution - kena pegi branch yg buka account tu. Boleh request kat sana. Nasib baik aku buka acc kat sec 14 s.Alam je. Buatnya aku guna acc yang buka kat Jitra? Mampos nak pegi Jitra semata-mata sebab tu.
Dan hari ni, settle dapatkan confirmation dari sec 14 tu. Esok, kena pegi Maybank lagi sekali together with husband. Apesal kena pegi Maybank lagi? Apesal tak settle kan hari ni? Sebab kitorang nak kena apply banker's cheque. $$$ dari 2 account and to perform 1 banker cheque. Boleh nggak? Aku lupa nak tanya orang maybank tadi. Call customer service tadi tak angkat-angkat. Haish.

Ok itu je yang dapat dikongsikan kali ni.

Ehhh ada lagi. Aku nak beli henpon *gatal * Nak henpon yang boleh jadi organizer aku. henpon yang camera dia sangat-sangat bagus. (Read : aku tak ada kamera kecik. Kamera besar gabak je ada. Thus, camera phone is a must for me sb aku suka amik gambo). Henpon yang boleh guna FREE internet whenever wifi's around. Aku tak ada extra duit utk bayar internet bill utk henpon. Cukuplah dengan bayar streamyx kat rumah RM88 sebulan. So, does iphone or bb or nokia have the model? hahaha.. soalan ngok ngek. Mari sama-sama study. Suggestion? Sila la recommend. Sekian terima kasih.

Friday, April 02, 2010

park kereta

Tak ada cerita menarik. For the sake of nak update je.

Pagi tadi masa keluar umah, ada 1 kereta tekan horn keta bukan main kuat. Rupanya ada sorang uncle ni, kereta dia kena block. Dan of course, mangkuk yang letak kereta mem'block' kereta dia, angkat hand-brake. Aku tak tau berapa lama uncle tu tunggu kereta tu dialihkan. Yang pasti, lepas anta Iman ke rumah bbsitter, masih kedengaran bunyi honk. Ye, rumah aku & rumah babysitter hanya dipisahkan dengan playground dan jalan. Even dari balkoni rumah aku pon nampak bumbung rumah dia :)

It turn out that, kat parking lot kat tempat keje aku pon, aku nampak ada kereta berjenama Japang, block kereta orang dan sekali lagi aku nampak, angkat hand-brake. Kereta je mahal tapi itu pon nak kena ajar ke bang?

1st rule yang tak perlu diajar di sekolah atau tadika atau kat mana2 atau oleh sesiapa sekali pon - JANGAN SESEKALI ANGKAT HAND-BRAKE KALAU DAH NAK BLOCK KERETA ORANG.

Sekian.

p/s Pernah jadi pada aku. Tuan punye kereta yg block kereta aku, terkocoh2 datang tengok kot2 kereta aku terkena kereta dia. Aku turunkan cermin kereta dan cakap "Lain kali park lagi macam tu, angkat hand-brake, kena toreh baru tau".

Wednesday, February 24, 2010

Yasmin Nabilah

Tentang ketabahan dan kecekalan seorang Ibu yang mahu melihat anak kecilnya sembuh dan sihat seperti kanak-kanak yang lain.

Semoga Yasmin Nabilah sembuh. Baik-baik ye sayang.

Nabila disahkan Microcephaly and Global Developmental Delay seawal usianya 4 bulan.

Insaf. Syukur kerana dikurniakan Izz Muhammad Iman yang diberikan kesihatan yang Alhamdulillah baik. Syukur sangat-sangat. Ibu sayang Iman.

Of gambar. Budak kecik 1st time main pasir. He is such an explorer. Beberapa kali memasukkan pasir dalam mulut. haiyaaa... tu bukan nasi lah dear.

Monday, February 22, 2010

Bowling

Sabtu lepas, aku ke summitUSJ. Ada bowling. Sepatutnya Iman tak ikut. Tapi Husband ada emergency kat tempat kerja. Kat tempat kerja husband kena ada ID baru boleh masuk. Iman takde ID, so, Iman pon terpaksa ikut aii. Haha kidding.

I should thank Iman for his good behave masa dalam kereta, all the way to summit. Walaupon ada beberapa attempt untuk keluar dari car seat, he managed to be handled. Fuhhh.. lega den.

Tak banyak pic sebab aii busy baling bola. So, ada la beberapa keping here.



Ini awal-awal sampai. He kinda teruja tengok banyak bola warna-warni dan boleh yg laju bergolek dan melanggar pin2. Dan selepas beberapa ketika, ada percubaan untuk masuk ke lane. Hmmmm...



Ini dah nak balik dah. Kol 12 lebih. I like pray all the time for Iman not to be cranky, or meronta-ronta mintak n3n3n or mahu ditepuk2, dipeluk, dibelai untuk tido. Alhamdulillah. Allah The Mighty knows that I am husbandless to look after Iman. Syukur.

Sleep with sun shade. Haha.. silau?

Ohhh i thanked to my team members - irhan & sha, dan beberapa orang lagi. Sebab tolong tengokkan Iman masa aiii tengah baling bola. hehehe..

Friday, February 19, 2010

Sate @ Wakaf Bharu

Dulu-dulu, dari kecik lagi, kalau sebut pasal sate, arwah baba selalu bawak kitorang makan kat satu kedai kat Wakaf Bharu. Sape dok kelate tahu la ni (kot). Kalau tak makan sana, mesti bawak balik rumah :)

Balik cuti CNY last week, my mom ajak pegi makan sate kat tempat tu.

Ini la kedai tu. Satay Wakaf Bharu. Berdekatan dengan Pejabat Pos Wakaf Bharu. Dari Kota Bharu, 1st roundabout amik no 12, 2nd roundabout amik no 9. Nanti jumpa lah.


Taktau la sedap tu camane tapi tiap-tiap malam memang macam ni. Ramai orang. Tu semua dok tunggu sate la tuh. Murah je makan kat sinih. 100 cucuk sate campur + timun + kuah + nasi impit = RM60. Kalau tak silap aku la RM60. Ke RM30??? Mak lupa lah.


On the way ke kedai sate, Iman tido. So, kami keluarkan dia punya stroller. Sekali dia bangun dan tak nak duduk dalam stroller. Meragam beberapa ketika. Hmmm.. macam biasa, akan ada aksi-aksi acrobatic. Lembik-lembik badan. Oh Iman. So bila sate dah sampai, Iman duduk dalam baby chair and enjoy his sate. Habes comot. Biarkan je la. Comot tu bukannya tak boleh basuh :)


Bila dah habes makan, tiba-tiba Iman nampak kucing. Ini la yang jadi bila seorang budak lelaki berumur 1 tahun 4 bulan jumpa kucing. Kemain dia cucuk mata kucing tu. Bila tak bagi, haaa... habes 1 kedai pandang sebab Iman menjerit. Haiyooo..


Thursday, February 11, 2010

on str3@myx

Apesal kamu lembab sangat malam2 macam ni? Dah 3-4 malam kamu lembab. Nak login fb kemain lama kamu loading. Bila kamu lembab, susah kami kat rumah ni nak manage cafe & ladang kami. Susah tau tak? Sampai rosak food atas stove, pokok-pokok pon jadi rosak. Sia-sia usaha kami. Tau tak?

Potong kang baru tau...

Haishhhh....

Tuesday, January 05, 2010

Isu nama Allah.

Submit you petition here.

Tuesday, December 01, 2009

Aidiladha - cerita di kampung

WARNING: Entry yg penuh dengan gambar.

Malas nak buat karangan. Jadi, entry in captioned photo and points. Hehe, malas tahap gaban nak mengarang. Oh, photos arranged in 'pictures taken on'.

  • Kami bertolak balik kampung pada malam raya. Jam 10 malam.
  • Jammed hanye di tol Gombak dan kemudiannye sepanjang highway Karak.
  • Selamat tiba di kampung sejam sebelum sembahyang raya.
  • Ke tempat lembu dikorbankan selepas menjamu perut di rumah nenek.
  • Ada 3 ekor lembu tumbang, termasuk lembu untuk akikah Iman. 1 bahagian = RM320.
  • Cuaca sepanjang kami di kampung mendung dan cerah. Hujan? Tarak. Yilek.
  • Malam pertama kami bermalam di rumah husband's Mak Su.
  • Kali ni, Iman dah kenal dengan haiwan. Excited tiap kali nampak ayam, lembu, kuda, dan kucing. Semuanya dipanggil 'eow' (read = meow)
  • Hari Ahad kami beraya di 3 buah rumah. Result = Iman dia jadi extra penat. So, dia tido lama betul. Dalam sejarah, Iman tido dari jam 5.30pm sampai 7am esoknye. Tukar diaper pon kat tempat tido, lap-lap je. Nasib baik tak buang air besar. Fuuhhh lamanya dia tido.
  • Attend tahlil and akikah at a few houses.
  • Kenduri kahwin tak ada jemputan. Jemputan semuanya di luar Kelantan. Maaf sangat-sangat kepada yang menjemput kerana tak dapat hadir :(
  • Kami tiba di KL jam 5pm semalam. Alhamdulillah, jalan clear. Cuaca mendung sepanjang jalan. Iman pon tido manjang. Masuk MRR2 baru dia menunjukkan tanda-tanda keboringan.
  • Hari ni paper Prinsip Akaun (SPM). Widad, my sister salah seorang yang amik paper tu. Good luck!
Ok la. Itu je cerita dari kampung. Sekian.













Wednesday, September 16, 2009

Tahniah!

Aku dapat cousin baru semalam. Adik perempuan bongsu my mom a.k.a my closest Auntie, CikSya, dapat anak lelaki. Selepas 7 tahun, dapat jugak anak lelaki. Anak sulung perempuan. Nama belum tahu. Nanti balik kampung raya ni boleh tengok. Sukanya!!! Suka baby, suka suka suka!

Ramai betul kawan aku pregnant tahun ni. Kat office je 4 orang dan sorang tu tengah tunggu masa. Belum department sebelah. Dan belum masuk bini kawan-kawan lelaki kat office nih. Kawan-kawan blogger. Seronoknye!

Meh nak tengok sket sape

Gee - new m2b, huhu mesti cute nih
Afni - new m2b, 2nd child
Lin - new m2b, 2nd child. Alooorr.. sian, mabuk teruk ek. Takpe, sabar ye
Boss aku hehe new m2b, 4th child
Aniza - new m2b, 2nd child, 1st child dia baya Iman & she's expecting 2nd on Dec. Oh, aku ketinggalan
Kak Mai - baru deliver last week kot
Sha - dah beranak belum??
Imah - new m2b, due next year kan kan kan? Feb? Tu bulan bday aku tu hehe
Wife Ajad - anak dah nak masuk sebulan, 1st baby
Jijan - 1st baby on April, Amna gebu dan semangat sangat2 tapi Auntie belum jumpe la.
Fadz - baru dapat anak no 3, umur 3 bulan lebih2. Ehhh.. ke 4? Rasa 3 bulan. Haaa betul lah.
Roza - new m2b, 1st baby, weii bila due?

Ada lagi??? Sile tinggalkan nama anda dalam komen hehe

Ha, Aishah, bila kita nak buat anak no 2? Kekekekeke..

To all, tahniah atas kelahiran anugerah paling indah dari-Nya dan kepada yang sedang 'membawa', I pray for your good health, both u and unborn baby.

Tambahan: Ooooo aku ada silent reader ek.. hehehe

Tuesday, September 15, 2009

Bukannye tak nak tapi..

Aku pernah kena tegur dengan sorang mamat ni, "Wah, banyak beli. Isteri mithali la katakan." Ini semua sebab dia tengok kat tangan aku ada plastik lauk untuk berbuka. Dan aku jawab, "Bila anak kau tak berenggang dengan kau, baru kau tau camane."

Aku bukan tak nak masak tapi masa terhad.

5.15 habis kerja.

5.30 baru keluar dari pagar. Sape yang tau jalan kat depan Proton ni camane, boleh la imagine, campur2 sket dengan ada construction.

6.10 paling awal boleh sampai kalau semua traffic light hijau, which is dalam mimpi kot. baru sampai kat tempat parking. Balik rumah, hantar beg laptop dan beg pump dan barang-barang lain.

6.20 sampai kat rumah babysitter. Biasanya pegi jalan kaki sebab rumah seberang jalan je. Tapi kat 5th floor, tak ada lif, ok. Kalau pegi dengan kereta, nak tenangkan Iman dah satu hal. Gedebuk gedebak dah amik masak 15 minit semua-semua tu.

6.40 lebih kurang. Uruskan anak - tukar diaper, n3n3n. Main kejap dengan dia. Bukannye sampai rumah, terus letak dia, dia akan dok diam. Dah tinggal 1 hari, bila jumpa tak layan, sape yang boleh dok diam. Cabaran bermula bila Iman start peluk kaki. Memang nak bergerak tak boleh.

So, fikirlah sendiri sebelum nak kata aku malas nak masak. Orang lelaki mana nak berkejar-kejar nak sediakan hidangan berbuka. It's all wife punye job scope. Kalau ada pon, 1 dalam 1000 kot. Dan, kalau ada orang gaji, semua orang gaji sediakan - dari kupas bawang, cuci ayam segala, semua-semua lah. Nak-nak kalau yang menegur aku tu tinggal dengan mak. Nak lagi best, bila ada orang gaji 2 orang lagi kat rumah tu. Jadi, jangan samakan semorang orang ye.

Ok, itu aje.