Showing posts with label bfeed. Show all posts
Showing posts with label bfeed. Show all posts

Wednesday, December 01, 2010

Manual breastpump

Come across one blog. The writer stated that she did not recommend manual breastpump to other mommies out there. I used Philips AVENT ISIS Manual Breast Pump. Clearly stated, a manual breast pump and it served me really well. Hmmm... it is her personal opinion. Tak boleh salahkan dia but for me, it's up to personal choice.

The pump served me for 18 months, every single day, without a failure. And Iman was on breast milk for 14 months. At his 14m2w, I introduced him formula milk. I continue pumping for another 4 months and decided to stop pumping breast milk when Iman was 18 months. That time, I cannot express 1 oz after 30 min pumping. So, cuci semua & masuk kotak. However, after being introduced to formula milk, Iman continue direct n3n feed until now, at his 26 months. He'll turn 26 months in 3 days time. Ingat nak stop tapi bila one whole day tak bagi, it'll engorged. Then, breast milk weaning plan postpone until further notice.

Aku tahu, kat luar sana, tak semua orang mewah dengan breast milk. Aku ni kira biasa-biasa je. Not a type yang boleh dapat 8oz sekali pump. Using manual pump, aku memang boleh rely on it to express and make EBM stock. Allah bagi rezeki untuk Iman.

Mula-mula baca statement manual pump is not recommended, aku rasa nak je bagi komen. I have my personal blog, so, aku bebel je kat sini. Maybe that writer guna brand lain yang memang ada banyak not so good reviews. Macam ni la senang cerita. Kalau rezeki banyak Allah bagi, guna apa-apa pump pon tak apa. Dan tak semestinya guna manual pump, you dikira gagal. Don't ever under estimate what your manual pump can do. If you do not make study on what pump you gonna purchase and you purchase a not so good one/brand, then do not make such recommendation (on not using manual pump).

Ok itu je. Dah lama tak cakap pasal EBM, pump session. Rasa macam dah bertahun. Padahal baru 8 bulan berenti pumping.

Note: This is my personal opinion. I am not offending anyone's feelings. The choice is in you hand. Thank you.

Friday, January 29, 2010

Aku jadi emo bila

Seorang ibu baru, just come back from her confinement leave. And a conversation took place:

"Dapat berapa oz".
"3 je"
"Sikitnye".

Aku tolong jawab, "Lain orang lain. Ada orang banyak, ada orang sikit."

People, why don't you jawab macam ni,

"Dapat berapa oz".
"3 je"
"Ok la tu. Rezeki anak."

Instead of "Sikitnya". It'll demotivated a new mom. You should encourage new mom to continue the kerja pam2 ni, not condemn in that way.

Thursday, January 28, 2010

Ada apa dengan itu?

Semalam, aku EL. Menjaga Iman yang kurang sihat - batuk, selesema.

Nak dijadikan cerita, aku solat kat luar (bukan dalam bilik) sebab Iman tengah main depan tv. At least dia nampak aku depan mata dia.

Masa tengah solat, tiba2 Iman datang, dan masuk dalam telekung. Hmmm.... masa tengah tahiyat akhir, Iman berjaya mencari dan dapat apa yang dia nak. Dan dia siap n3n3n lagi. How? I don't know. Dia boleh bukak aku punye nursing br@. Hmmm... Expect the unexpected. Tapi ini kali, tak pernah expect dia akan buat macam tu. Hmmm...

Now, boleh cakap "nak... nak... nak" dengan clear. Most of his 'nak' is to my n3n3n. Aku selalu cakap "susu dah sikit la sayang". Tapi he kept saying "nak... nak... nak...".

So, what i did today, after a long time terbiar dalam peti ais, i made air longan. Hopefully tak terlambat untuk memperbanyakkan susu lagi. Relactation again, for 1y3m Iman.

Friday, January 15, 2010

the EBM thinGy

Me just a mom, yang suka baca dan suka dengan knowledge pasal bf and its stuff. Still bf Iman. Walaupon dah tak buat stok due to very high demand of anak bujang yang satu, tapi I support bf. 100%. It doesn't mean you're not good if you give fm to your baby. Parenting is personal choice. Me myself dah bagi fm to Iman since he was 1y1m2w and he still want my taktau-ada-lagi-ke-tak n3n3n.

Semalam dapat email dari kawan (u know who u are). Dah reply kat dia. So, ini nak share dengan sape-sape yang berkenaan. I am not a lactation consultation. It's based on my experience and reading.

--------------------------------

From original email

Salam

Aku ada byk gile soalan nak tanya pasal breastmilk storing ni..aku baca2 tp still cam x sure..kompius...so, sbb ko byk experience, aku rasa better aku tanya ko..

aku x paham concept yg kena freeze kan BM pastu thaw dulu baru panaskan..xleh ke beku2 tu terus panaskan dlm air panas? pastu, kalo x guna warmer, cmne nak agak suhu air tu x panas sgt or x sejuk sgt? xkan kena beli termometer kot?

pastu, kalo kite pump kat ofis, konsep yg sejukkan guna ice pack tu, tahan berapa lama...lps balik tu kena terus bg kat baby ke? ke boleh masuk dlm freezer to be used next time? (iye la, kite dah balik, mesti baby nak nenen kan..xkan nak bg botol lak)

pastu cooler bag tu kena ada ke? xleh ke kalo pakai beg biasa? or nnt x leh tahan sejuk?

pastu, silalah suggest ice pack yg bagus..sbb aku x tau nak beli yg mana satu...

hope ko sudi2 lah ye..jawab soalan dr mom-to-be yg teringin sgt nak fully breastfeed her baby.. :D

--------------------------------------------

This is my answer

Meh aku nak menjawab sket :)

Konsep freeze-thaw-warm ni, senang je. Boleh je kau terus rendam dalam air panas utk cairkan ebm yang beku tu. Tapi aku tak practice mcm tu. Aku memang akan thaw kan dulu yg beku tu. Once dia dah thawed, the next morning aku tak yah panaskan dgn rendam dalam air panas. Aku transfer dalam botol (ni kalau aku guna storage bag) or bagi macam tu je (ni kalau aku guna botol) kat babysitter. Aku nak minimize susu punye downgrade. EBM boleh downgrade tapi tak boleh upgrade, ko tau kan? Frozen ebm dah ko cairkan & panaskan, ko tak boleh sejukkan & panaskan balik. Rosak susu tu. Tu yg boleh downgradekan susu. Once kau dah keluarkan susu dari freezer dan letak kat bawah tu, dia tahan up to 24 jam. This is all about to take care of its zat dan adik-beradik dia. Aku tak boleh tolong jawab soalan pakai warmer tu sb aku tak guna warmer :)

Express bm kat office. Ice-pack/chillers tahan ikut jenis. Avent’s is useless (sorry Avent, I heart u but not your ice-pack). Aku tak guna ice-pack tapi guna chillers. Chillers yg aku guna tahan sampai petang. Utk aku, konsep buat stok ni, adelah utk bekal anak bila dia tak ada dengan kita (kita pegi keje & letak kat nursery, kita kena tinggal kat sape2 kalau nak pegi dating ngan laki, and yadayada). Jadi, bila kita ada dengan anak kita, botol tak perlu. Direct bf je. Itu juga salah cara untuk increase the supply production :p Fresh bm lagi baik dari segi khasiat dia. So menjawab soalan kau, bila ko balik rumah tu, ko terus la masukkan dalam freezer dan bekukan. Make sure kau bekukan dalam masa 24 jam ye. Kalau kau nak store dalam storage bag, make necessary action such as transfer from bottle to storage bag. Dan make sure, bendalah storage tu airthight dan sterilized. Aku guna solution je, tak beli pon benda2 mesin tu :)

Kalau office kau tak ada peti sejuk, ini bermakna ko WAJIB ada cooler bag atau apa2 sahaja yg boleh simpan dan sejukkan susu. EBM ni dia sensitive. Once kau dah express dia tak tahan lama. Kau kena simpan kat (1) suhu bilik up to 3-4 hour, (2) dlm cooler bag @ apa2 yg sewaktu dengannya with ice-pack/chillers yg sejuk ye, up to 1 hari aku rasa. Tapi jarang nk jumpa chillers yg boleh tahan lebih dari 12 jam. Or, mebi aku yg taktau ada. (3) peti air kat bawah tu, up to 48-72 hour.

Ice-pack or chillers, ada 2 option yang aku rasa bagus. Aku guna chiller Coleman. Dan ada kawan kat office aku guna ice-pack Techni Ice. Both bertahan mmg lama. In case kau beli bpump Avent, dia dapat free ice-pack. Kau cari ice-pack lain.

Alamak, panjangnya.

----------------------------

To experienced mommies, correct me, if I got things wrong here.

Nota kaki:
EBM - expressed breastmilk
FM - formula milk

Dan, ini entry on my preparation to do 'stuffs' at office :)

Friday, November 13, 2009

no, saye tidak berdiet

Banyaknya mosquito bites kat badan Iman. Badan, kepala, belakang, tangan, kaki, everywhere. Rumah pengasuh tetiba ada nyamuk. Mungkin kerana nyamuk dah bertempiaran lari sebab tempat mereka tinggal ditenggelami air. Aduhhh..

Tadi ada sorang brother tegur, "Wafaa, bakpo awok kurus nih". Diikuti dengan seorang kawan, "Muka kau nampak cengkung." Lalu jawapan ini diberi, "Oh, sebab aku pakai tudung coklat." Heh. takde kaitan.

No. I'm not on diet. Tak pernah mengikat perut, menahan lapar, kerana mahu turunkan berat badan. I eat a lot. And frequent. Jadi, itu sudah menidakkan kata-kata orang yg kata aku diet. I just do my daily house-chores. Maklumlah, takde maid. So, dari A sampai Z, semua kerja di rumah, I am the manager and kuli. Mungkinkah sebab itu? Atau, sebab aku breastfeed? I've been bfeeding Iman for 1y1m++. Counting till Allah bagi rezeki lagi :p

Monday, May 18, 2009

Masalah ke?

Iman fully BF. I am his only milk factory. No other milk but my only breastmilk. Ada masalah ke? * saiko *

Memenuhi permintaan beberapa peminat.. ekekeke.. iyoo yo jek.. cari la gigi Iman dalam gambar di bawah. He was "ta ta ta ta teeehhh ta ta teehhh" when I photographed this pic. He now can share roti with me. Huhuu..

Regards,

Thursday, April 16, 2009

Krisis bekalan makanan

Pagi tadi kira stok EBM. Risau la pulak. Memang krisis yang sangat teruk sekarang. Dulu ada 30 lebih. Now, stok hanya 17. Aku ada reason kenapa perlu ada sedikit kerisauan. Iman masih kuat minum walaupon dia dah di'introduce' to solid food. Ingatkan bila dah makan, takde la terkejar sangat nak buat stok. Tiap-tiap hari I'll make sure dapat express at least 16oz (equal to 4 botol) so that 3 botol untuk bekalan next day and another one simpan as stock. Tapi bila ada meeting dan discussion yang tak mengira masa, kena curi masa express kat rumah. Dan sudah tentu jadual harian pon akan turut sama berubah.

Dan Iman, hari-hari 4 botol of 4 oz EBM habis. Dan, 2 bekas bekal makanan pon habis. Oh, tak ada perkataan yang dapat menggambarkan how I loveeeeeeeeeee prepare food for Iman. I so enjoyed it. Semalam dan hari ni, I prepare him 2 flavor of bubur. One with apple puree, and one with carrot puree. Kenapa dua jenis? Kerana, semalam adelah hari pertama Iman was introduced to veggie. So, takut dia belum biasa, that's why aku bekalan sekali bubur with apple puree. Babysitter kata habis. Alhamdulillah.

Tapi, dengan stok yang dah jatuh menjunam, sempatkah nak memenuhi permintaan EBM Iman yang masih tinggi itu?


Regards,

Tuesday, February 24, 2009

When it drops...

Aku rasa gundah. Rasa takut. Rasa sedih. Baru 4 bulan lebih aku menikmatinya. I enjoyed it since day one. I have put my full passion on it since the day I figured out I was pregnant back in February last. I was so determine and bersemangat for it.

Tapi bila dah berkurangan for this past 2 days, aku rasa sangat takut. From 15 yesterday, it dropped drastically today. Only 8 after 3 session. Waaaa sedihnya.

Apetah lagi bila dengar cerita pasal anak dah tak nak menyusu direct. Takut. Sedih. Sooner or later, Iman will do the same thing. Dan itu lah yang paling aku takut dan sedih.

BUT,

I know I shouldn't give up. There are many solutions and tips to increase it. I have to try those tips. I have to do that for Iman. I've been his milk supply for almost 5 months. OMG. 5 months???? Biar betik. One more month to go for solid food? Then feeding set hunting begins! And, another 6 months for him to be 1-year-old??? Then to think how to celebrate it. Uwaaaaaaaa... my baby sayang dah besar. Rasa macam baru je semalam Iman selalu keluar tengok dunia yang indah ni. Then now I know how Kimora Lee Simmons felt when her daughter Ming straightened her very beautiful curly hair. KLS nangis, dan kata "10 years from now she'll be 18-years-old. And then getting married". Ahaks.. lawak pon ada. Tapi betul. I felt the same thing.

Tuesday, February 17, 2009

Post untuk cikyam

Question by Ayra's mommy

by demand nak tau camne ek? skang ni keje bangun minum bangun minum macam
baaanyakk je. ke nanti dia kurang frequency tapi more tu volume? aii banyak nak
tanya . takpe ke?

Jawapan dari yang baru 4 bulan jadi mak. I put in points ye cikyam :)

  • Ada train Ayra guna botol tak? Penting train guna botol sebab nanti nak tinggal dia dengan bbsitter sepanjang kita keje, InsyaAllah senang.
  • What i did was i give EBM to iman start with small bottle, yg 2 oz tu. The amount tu akan bertambah sket2 ikut pertambahan umur dia.
  • Nak tau dia cukup ke tak minum guna botol, bila 2 oz tu dah habis, dan dia macam lapar lagi, then you'll know that 2 oz tu dah tak cukup. Then topup jadi 3 oz pulak.
  • Iman pulak, I gave him 3 bottles of 3 oz, masa mula2 start kerja lepas confinement. And 1 extra bottle kot-kot tak cukup.
  • Then his nenek kata "Iman dah tak cukup dengan 3 oz". So I gave him 3 bottles of 4 oz. Macam tu lah. Now he needs 4 bottles of 4 oz. Tapi pernah sekali his daddy jaga dia, he could finished 6 bottles of 4 oz. OMG. Haus ke?
  • Paling penting, must have 1 extra bottle. Stand-by kot-kot Ayra tak kenyang :)

To full breastfeed ni, banyak sikit kerja kena buat. Orang kata 'renyeh'. It's not simple and easy punya mission. Tapi berkat ketekunan dan a lot of patient, you'll appreciate every single drop of your breastmilk. Kata-kata semangat untuk diri sendiri which I said everyday is EBM is the only connection to me and Iman, while i'm apart from him.

A few items kena stand-by untuk buat adelah:

  • cuci semua botol untuk bekalan EBM anak
  • cairkan EBM dan panaskan EBM
  • prepare EBM dalam setiap botol
  • prepare breastpump untuk bawa ke tempat kerja. This includes basuh dan sterilize (can skip if you want to)
  • balik rumah, simpan EBM dalam botol/storage bag untuk EBM, keep it by 3oz or 4oz or 5oz, up to you. This one is to ease you to manage urusan membekalkan anak ke tempat pengasuh.
  • label by date. Penting sangat nih.
  • simpan EBM dalam tempat beku kat atas tu (fridge). Kalau boleh susun ikut tarikh. First in first out (FIFO).

Banyak kan? Tapi seronok, trust me.

Anything, you can email me :)

Monday, February 16, 2009

Percubaan

untuk memegang botol susu sendiri sudah berjaya. This is during his feeding time petang semalam, nak habiskan EBM yang dah dicairkan. Gambar a bit yellowish sebab rumah lampu kuning :)


Fyi, EBM yang dah dicairkan tidak boleh dibekukan kembali and it'll in good condition for only 3 days. Dan juga, EBM perlu dihabiskan at one time feeding. So, kiranya, kalau sekali feeding tu tak habis, kena buang. Sayang? Memang sayang tapi terpaksa buang.

Thursday, January 08, 2009

Bila dah 3 bulan

Lately, Iman sangatlah banyak minum.

Masa MIL jaga dulu, dalam last week macam tu, I need to topup 1 oz to make 4oz and prepare 3 bottle for him. Sebelum ni, dia minum less than 3 oz.

Minggu ni, he stays with new babysitter, and he demand another bottle of 4 oz. OMG anak ku dah semakin banyak minum. Alhamdulillah. Tapi aku risau takut stok EBM tak sempat nak supply demand Iman yang semakin tinggi. Semalam, balik rumah terus kira berapa EBM in stock. Dan as of now, ada 36 bottle/bag. Harapnya cukup lah. Orang kata bbBoy kuat minum. Ye la kot. Kena tingkatkan usaha nih.



Friday, January 02, 2009

BF - the preparation

Ada orang tanya, what is the preparation for breastfeeding-working-mom. Specifically, kalau nak express the breastmilk, what to have and to do.

Jawapan dari saya, a new working mom who express the breast milk at the office.

  1. A bag that can store your EBM (express breast milk). Make sure the bag can fit all your equipment. Equipment = bottle, chillers, pump. Dan yang paling penting, tahan sejuk to keep your EBM.

  2. Bottle. Ini untuk simpan EBM. Kalau EBM mewah, bawa lah extra botol. Ada botol yang 4 oz, ada juga yang 9 oz. Me? Bawak 2 botol 4 oz dan 1 botol 9 oz. My EBM is around 15 to 20 oz. So, muatlah 3 botol tu. Normally, the 4 oz can go until 5 0z EBM and 9 0z can go until 10 oz. Balik rumah I keep the EBM in the bottle and storage bag.

  3. Chillers. Beli yang tahan lama, up to 8 hours. Mula-mula aku beli ice pack dari Guardian. That one tahan sampai tengahari je. Then I bought Coleman chillers. Ha, ini tahan lama. Sampai petang sejuk. Kalau tak jumpa kat kedai, you can purchase online from MLO. Click here to see the rupa bentuk.

  4. Pump. In the market, there are various brand and type of pump. Kalau nak double pumping, you can get the electric pump. Me? Use manual pump, from Avent. Sangat berpuas hati.

  5. Dan, tak kurang pentingnya, cloth. Ini untuk mengelap apa-apa yang patut. Susah gak kalau tak ada.
Those things are the least thing you have to have to express the milk. Some 'pengusaha-pengusaha EBM' at my tempat kerja, simpan botol-botol dalam bekas khas, macam tupperware yang bukan brand Tupperware. Itu kalau bag is big enough to masukkan that thing. Ada juga yang bawa reading material. Dan ada juga yang bawa laptop, sambil pump sambil tengok movie. Pump session is taking about 15-20 minutes. Kalau keluar bukan macam shower, it'll take longer.

So, hope this helps.

Tuesday, December 16, 2008

Ter-motivate ke?



Above is my current motivation to get back my pre-baby weight and size (size???). Walaupon tidak terlalu ketara kedebaban diri ku ini, muat lagi uniform size S (thank you God, kalau tak kena beli baju lain la), tapi adelah amat tidak seronok kerana belum boleh pakai my fav jeans. Sakit hati kan? Dan juga baju nikah yang dipakai setahun yang lalu, adelah baju kurung moden pertama ku dan aku sangat lah suka baju itu. Tapi apekan daya... tidak boleh die-hard-diet sebab tengah nursing (breastfeed baby). Dan, nursing requires abour an extra 500 calories per day. Per day okay!

Tak ada perkataan yang dapat menggambarkan betapa I loveeeee breastfeeding. Rasa macam bonding dengan Iman sangat rapat. Kelebihan bf adelah bila kita bf baby, kulit kita akan bersentuh dengan kulit dia :) That's why, aku amat degil kerana tak nak bagi susu formula. Berkat susu ibu ini lah Iman dah bertambah berat badan. Dari underweight baby, sekarang sudah debab :) Alhamdulillah. So, kepada bakal-bakal ibu dan sesiapa yang plan to have babies, mind set kena positive. Susu ibu adalah anugerah yang sangat berharga dan berkhasiat. Jangan cepat putus asa. Semangat kena kuat. Kalau sikit, tak bermakna tak ada. Kalau sekali pump session dapat 4oz, it's ok. Jangan stress dan jangan banding-banding dengan orang. Lain orang, lain hasilnya.

So, conclusionnya dari post kali ini adalah


  • aku nak pakai balik jeans lama. sikiiiiiiiiiiiiiit lagi nak muat. chayok! wahai lemak-lemak kat pinggul ku ini, cepat-cepat lah hilang.
  • bf sangat lah best :)

Wednesday, December 10, 2008

;p

I love breastfeeding!
sorry, saje nak announce ;p

Tuesday, December 09, 2008

Ape rasa 2

Soalan biasa orang tanya kepada orang yang baru balik dari maternity leave adelah:
  • bila masuk kerja?
  • dapat anak apa?
  • anak nama apa?
  • anak tinggal kat sapa?
  • selepas mendengar jawapan soalan di atas mereka akan tanya, rumah mak mertua kat mana?
  • bersalin normal ke caesar?
  • ada ambik apa-apa tak (cth epidural)?
  • senang tak bersalin?
  • banyak tak dapat susu?

Empat soalan terakhir tu selalu ditanya di surau (semasa tengah menge'pump'). Jawapan standard kepada soalan di atas:

  • baru hari ni
  • anak lelaki
  • Iman.
  • tinggal dengan mak mertua
  • seberang jalan je, dia dok rumah kakak ipar masa cuti sekolah ni
  • normal. ambik pain killer, induce & gas je.
  • tak tahu lah senang ke tak. masuk kol 9.30pagi, kol 2ptg bersalin.
  • Alhamdulillah, dapat la dalam 13 oz.

Ada masa-masa tertentu rasa bengkak you-know-what, which is waktu biasa Iman menyusu. So, kena adjust masa menge'pump'. Sebut pasal menge'pump', I need more ice pack. Dah order dengan MomsLittleOne. Will share later how I store my EBM.

Oh ye, tak lambat nak ucap Selamat Hari Raya Aidiladha!