Showing posts with label world. Show all posts
Showing posts with label world. Show all posts

Tuesday, March 15, 2011

Kalau Iman ada adik

... macam ni kot jadinya. Belek - cuit - angkat - peluk - picit - tepuk. Jangan cubit & 'ultraman'kan sudah. Tapi ada bunyi dia buat 'ultraman'. Action kemain. Husband bagitau suruh perhatikan dia, takut nak men'ultraman'kan anak orang. Haha. Action je lebih, tapi tak ada la berani sangat. LOL



With my niece, latest addition to my mom's grandchildren list, Nureen. Panjang nama dia tapi letak Nureen aje la :p Btw, this is during my sister's wedding last weekend. It explains why I was 'lost' in the Twitter-land. Dan juga tanaman rosak di FB's latest addiction, CityVille. LOL.

On another note, please pray for my husband's and other people safety in Japan. Although he's in Osaka, which is not affected with the huge tsunami last week, but the e.q and tsunami thing worries me.

Monday, July 12, 2010

back to normal

WC dah habis. Last berjaga sampai kol 5 adalah malam tadi. Kepala aku sudah ting tong. Sambil tengok sambil Twitter ^_^ Referee pulak sambil jadi ref, sambil main monopoli. Banyak gile kad kuning. Player pulak, ramai gak yg berlakon. Kena kat but tapi yg dipegang betis. Lepas kena lecture ngan ref, elok lak jalan. Tapi ada 1, NET sepak kena dada sorang ESP, tapi dapat kad kuning aje? Ape kes. Ada 2 kot bola solo NET tapi tak masuk. Gile berdebar keeper.

Berbaloi jugak aku berjaga sebab akhirnya Torres masuk. Heheh.

Anyway, congratulations ESP. Kesian pulak tengok player NET monyok kat bawah tengok ESP dok julang-julang trophy.

Hopefully my sleep pattern will be back to normal. So, tak ada dah lipat kain pukul 2-3 am heheheee...

Wednesday, June 30, 2010

Serrisa 2

Semalam kami ke pejabat lawyer @ Puchong. The building is opposite IOI Mall baru. Dan kat sana ada Daisho. Kedai barang RM5 yang sangat aku suka ^_^

Ke office lawyer untuk sign S&P dan bank loan document (tak tahu orang panggil apa). Juga sign MOT. Banyak set kena sign dan sementara kerja-kerja meng-initial setiap page, Iman dah sepahkan meeting room dengan coco crunch. Ops. Maaf.

Kemudian ke RHB Sec 9 sAlam. We spent 1 hour there. The officer mati-mati nak laki aku sign, guna signature yg dia guna masa buka passbook 10 years ago. Mana la nak ingat, der. Lepas sejam baru la officer tu tunjuk signature yang 10 tahun lepas tu, dan mintak laki aku ingat dan lain kali kena guna yang tu. Sebab lama sangat Iman pon dah buka kasut dan berpusing-pusing dalam bank tu, berlari-larian.

Kemudian, ke CIMB plak. Buka join account untuk housing loan dan payment untuk lawyer. Sekali lagi dugaan, lama gile ok kena tunggu. Aku dah masuk phase mood tidak bagus. Iman? Lagi la. Budak umur 20 bulan, paham-paham la. Nak-nak bila dia nampak tabung Toy Story tu.

Dah selesai semua tu, balik. Plan selesaikan urusan EPF dan cari meja, cancel sama sekali.

Reached home at 5pm. Both of the parents tertido tapi Iman segar bugar. Berlari-larian dalam rumah. Kacau aku tidur so, memang aku tak dapat tidur yang berkualiti, at all. Teman Iman main sepanjang petang dan Iman tidur awal malam tadi. Selepas menangis-nangis nak tidur, berjaya jugak dia tidur.

Belah malam, tengok Japan vs Paraguay. Berakhir dengan penalty. Semua orang tahu result. Then aku tidur. Dekat pukul 4 bangun nursed Iman dan tengok Spain main pulak. Banyak betul drama. Score tak banyak macam Argentina & Brazil.

Then, bangun 6.30 siapkan bekal Iman (nasi goreng & cokodok pisang).

Ehhhhhhhhhhhh lupa breakfast. Nak makan la dulu. Bye.

Monday, June 28, 2010

World cup 2010 - 2

Siapa tengok Germany vs England malam tadi? *me angkat tangan*

Siapa tengok Frank Lampard's crossbar goal yang dinafikan referee? *me angkat tangan*

Aku tak tahu rules tapi bukan ke kalau dah bola tu masuk, it is masuk? Tapi kuasa 100% di tangan referee. Dan FIFA pun tak nak comment apa-apa.

Dan, Argentina vs Mexico, siapa tengok? *me angkat tangan*

Dalam mamai-mamai, ada 1 goal cantik yang aku tengok. Dari jarak jauh. Perghhh... bila player Malaysia boleh buat macam tu? Ke ada tapi aku tak tahu?

And now, rasa mengantuk. Serve me right. Sape suh tengok bola.

*** i insert a hyperlink to "FIFA pun tak nak comment apa-apa" tapi apesal tak keluar? View at preview mode before publishing, ok je. Tapi bila dah publish tak keluar la pulak.

Thursday, June 24, 2010

not professional may*bank staff reply

In order to give a polite declination to May*bank, I sms the officer with this sms.

Dear R*****, after consideration, we regret to inform you that we have to decline the offer of housing loan. Please let us know if we need to write an official declination letter to you.

His reply?

Please give me 10 reasons why you decline.

A few comments:
  • Not a professional reply from a May*bank staff who's nature job to find customer in order to make business.
  • No greeting. That's rude for me.
  • For me , it is a provocation.
  • Other than application form, I do not sign anything yet. The offer letter valid for 2 weeks. Thereafter, it is expired. I don't see any problem if I do not sign within that period.
  • Change my perspective towards May*bank service. I can call it lousy.
  • If you loose one business, you can offer another business like ASB investment.
Ke sebab ko ego sangat, jadi ko marah bila kena reject. Selalu bank reject orang, kali ni orang reject bank. Apesal? Tak boleh terima? Tu je.

Oh, my SMS reply to the officer was like this.

Sorry, I can't make a phone call now. About the reasons why we decline, I'll write officially to you and cc to your management.

Mari mengarang.

Friday, June 18, 2010

World cup 2010

Ape hal banyak team hebat-hebat kalah ni? Adekah judi punya pasal? Kat Malaysia yang kononnya negara Islam pon ada hati nak bagi lesen judi bola. Akai ada ka sape bagi cadangan tu? Mana satu betul? Negara Islam or not? Yang judi secara haram (dah judi tu hukum haram, buat pulak secara haram, haa double haram la) pon berlambak; judi berlesen yang kononnya halal lagi la memperbanyakkan benda tu. Kepala o**k dia judi yg halal.

Pagi-pagi bengang. Bengang apesal? France kalah. Spain kalah. Greece pon kalah. Brazil tipis. Portugal seri. Yang keeper England si Hijau tu macam sengaja terlepaskan bola yang dah ada kat tangan. Ape halnye weiii.... Balik main congkak la.

Tuesday, January 05, 2010

Isu nama Allah.

Submit you petition here.

Thursday, October 29, 2009

ukur baju di badan sendiri

Lately, a few people came to me and said "Baik ko beli rumah atas tanah sekarang. Nanti rumah mahal, baru sakit." OR "Awak beli la rumah bawah, senang orang nak datang-datang." OR "Rumah kat sini cantik. Tak yah renovate dah. Rumah sekarang bagi sewa." OR "Ko beli rumah nanti renovate la. Baru puas hati".

Sape yang tak impikan rumah atas tanah. Maksudnya, bukan rumah apartment, condo dan rumah-rumah yg in that line. Aku pon. Impian tu memang ada. Rumah kat area sini rata-rata RM300 ribu ke atas. Beli rumah mungkin senang tapi untuk buat keputusan nak beli rumah kat mana, banyak benda kena consider. Contohnya:

  1. Rumah @Shah Alam 2 (contohnye) murah dan cantik. Memang murah kalau nak banding dengan rumah-rumah kat area PJ. Tapi cuba tengok lokasinya. Jauh dari tempat kerja kami suami isteri. Bila jauh, masa dan kos memainkan peranan. Very huge role to play.

  2. Kami pergi kerja asing-asing. Untuk naik 1 kereta, it's a big NO. Husband aku bukan balik sharp 5.30 pm macam orang lain. Aku tak nak Iman and his siblings dok kat nurseri tu sampai malam. So pegi 1 kereta is IMPOSIBBLE. Bayangkan duit gaji habis kat minyak dan kereta. Orang lain gaji 5-6 ribu sorang tu boleh la. No money no talk.

  3. Renovate rumah. Ye, sape tak nak rumah cantik. Tapi renovate sampai berpuluh-puluh ribu tu, tak pernah aku terfikir. Sb tu aku kata 'ukur baju di badan sendiri'. Bukan kemampuan untuk renovate berpuluh-puluh ribu tu. Jadi, eloklah buat mana mampu.

  4. Pendapatan. Kami suami isteri kerja. Tapi kami berdua banyak komitmen dari segi duit. Income kami belum cecah 7-8ribu. Rumah, kereta 1, kereta 2, babysitter Iman, life insurance + education Iman, Ummi & Mama, bills, hutang loan belajar (aku menyesal amik PTPTN. Jgn mimpi aku nak suh Iman amik PTPTN), saving.

  5. Kami hidup hasil titik peluh sendiri. Tak ada durian runtuh dari mana-mana. So, kalau nak harap RM30ribu jatuh kedebuk atas riba tu, aku bawak 1 family pegi Mekah; umrah dan bercuti kat sana.
Aku suka rumah sekarang. Apartment 3 bilik 2 bilik air, ada balkoni yg boleh nampak bukit Jalil. Walaupon kecil, tapi cukup untuk kami bertiga. Lagi pon, aku bukan beli rumah untuk orang lain. Rumah untuk kami anak-beranak berteduh.

Jadi, biarlah aku mengukur baju di badan sendiri. Ada rezeki beli rumah teres, InsyaAllah ada. Bukan tak ada rumah teres mampu milik tapi ini pasal beli rumah. Rumah yg elok di mata dan di hati.

InsyaAllah, rezeki Allah ada di mana-mana.

Tuesday, June 23, 2009

Insiden dan Iman

Insiden 1
Ada 1 magazine, the cover was Siti Nurhaliza. Tunjuk kat Iman, "Siti...". Iman jawab balik "Titiii". Wah.

Insiden 2
Iman dok dalam bilik, tengah tengok Ayah bersiap nak pegi kerja. I was walking out of the room, sambil kata 'bye bye', Iman replied "baiiii" :D

Insiden 3
Ibu: Iman, tepuk
Iman: tepuk tepuk tepuk tangan.

Husband yang ajar Iman tepuk tangan, and now bila kita sebut tepuk, Iman akan tepuk tangan. Atau, kalau dukung dia, dan kita sebut 'tepuk', Iman akan tepuk-tepuk kita. Hihiii.

Insiden 4
Semalam Iman demam sikit. Dan dia tak nak makan bubur. Bila dia tak nak, dia akan tutup mulut dan geleng-geleng. So, I gave him biskut. Sampai lembik biskut tu dikerjakannya. Huhuu. Habis comot.



See. Comot.


Oh ye... aku gelak sorang-sorang baca artikel ni. Lawak betul. Hihiii..





Regards,

Monday, June 08, 2009

Atlantic Air France crash

I've been following the issue since the plane reported missing from their radar system. May they rest in peace.

Read more here.


Regards,

Tuesday, May 05, 2009

Amir Yusuf

I found a blog, and I clicked on Amir Yusuf's categori. I read. And I cried.

Iman, Ibu sayang Iman. Ibu sayang sangat.


Regards,

Wednesday, April 22, 2009

Earth Day

pic courtesy of Hinton Library

It's April 22, Happy Earth Day everyone! Hari untuk menghargai Bumi. Tapi tak perlu tunggu 22 April. Everyday should be the Earth Day. Apa yang kita boleh buat, untuk selamatkan planet kita? Banyaaaak.
  • Simplest thing - BUANG SAMPAH DALAM TONG SAMPAH. We have to educate orang-orang dewasa pasal ni. The kids maybe being educated at school. Tapi sekarang, alllll over the world, kat bandar ke, remote area ke, tak kisah la mana, ada je nampak orang buang sampah, walaupon hanya sweet wrapper, padahal kat sebelah tu ada je dustbin. Sakit hati aku tengok.
  • RECYCLE. Kalau kat rumah tu ada banyak resit @ bil @ apa-apa aje yg paper-based, taruk dalam 1 tong @ bekas @ apa-apa aje, dan, masukkan ke dalam recycle bin. Tapi susah nak nampak recycle bin kat negara kita.
  • Tolong laaa JANGAN BAKAR SAMPAH. Stop burning allll your sampah sarap. Asap tau tak? Asap. Makin nipis la ozon.
  • TANAM POKOK. Tak perlu tanam pokok durian or rambutan, tanam apa-apa yang kecik-kecik pon ok. Tapi, kami tinggal di apartment, so got no tanah to plant any pokok. So, we need to plant in a pasu.

Rasa macam environmentalist la pulak.

Ohhh barang yang dipesan dah pon sampai. Thanks darl~~ . I have made entry for this here, pasal Iman dan foodie foodie.

  1. Philips AVENT via Gourmet set or One system - many options. Nama lain tapi benda dia sama je. Oleh kerana makanan Iman aku buat sendiri, so I need this to keep Iman's pureed food. No testimonial yet. Belum test.
  2. Ini cute. Brother Max small food container. Juga untuk simpan pureed food. Design dia sangat cantik. Sangat cool ok. Ekceli, ini kira bonus sebab I actually want MAM feeding set, blue. Tapi tak ada so, she bought the cute food container.

Aku heran kenapa kat luar Malaysia the range for baby's stuff sangat banyak dan sangat comel.



Regards,

Friday, March 27, 2009

Let's Kindle-ing

Oprah was on tv and Iman was sleeping besides me. Husband's not home yet, ada dinner for celebrate his advisor, Tsutsui-san. Then, I saw Kindle on tv. A wireless reading device. Ooooooo my God... this is what I'm waiting for. Waiting for ages. Download semua buku yang kita nak baca and read it from 300gm device. Sangat sangat cool.

We can save paper. We can read anywhere we want. Even masa tengah express Bmilk. It'd be so heaven kalau boleh dapat satu. Harganya sekarang adelah $359 bersamaan RM1302. Memang mahal tapi kalau download buku-buku dari Amazon, we can get half price from printed book.

Ada banyaaaaak sangat advantage kalau ada Kindle nih, I bet there is. Of course there is. But if the Kindle 3 boleh buat colorful screen, lagi menarik ^_^. I can happily and easily go through my cooking book. Hahaha..

For more review, read here.

Tuesday, March 17, 2009

Save the world

Pernah dengar pasal Earth Hour? Banyak negara dah buat. To name a few: Thailand, Australia, New Zealand.

Remember this date: 8.30pm Saturday 28-March-2009

Turn off the lights for 1 hour to save the energy, indirectly we can save the world. Our target is 5mil sign ups. Please click here and sign up.

Malaysia Boleh!!

Monday, March 16, 2009

Binatang lagi sekali

Belum dapat menghapuskan gambar baby yang terbiar di tepi jalan dari fikiran ni, hari ni, air mata aku mengalir lagi. Orang-orang yang buang bayi ni la yang sepatutnya digantung sampai mati.

Baca sini.

Tuesday, March 10, 2009

Typical Malaysian driver

  1. Steal somebody's parking. Cerita - Kami pusing-pusing cari parking, tiba-tiba nampak ada 1 kereta nak keluar. So, kami tunggu sambil bagi signal ke kanan. Kalau orang yang pandai nampak, dia akan tahu bahawa "Oh, kereta ni nak masuk parking tu." Tapi what happen was, ada seorang pemandu nih, dia tak ada that sense dan aku rasa dia tak nampak signal kereta kami atau pon buat-buat tak nampak sebab gelojoh sangat nak curi parking orang. Dia dengan selambanya masuk ke parking yang baru dikosongkan itu. Perasaan? Rasa nak maki pon ada. Dah la aku tengah lapar. Woooooiii... buta ke? Nasib baik Husband yang drive. Kalau aku drive, aku akan honk sekuat-kuatnya, bagi orang tu malu. Yep, this is my 3rd time berdepan dengan orang yang berlagak pandai tapi sebenarnya tak. Hahaha. Saiko.


  2. Potong Q kat toll. Cerita - Pagi tadi kat toll NPE. I was the 2nd car to take turn to bayar the toll. So, yg belakang kereta aku of cos la the 3rd one. And it was a bus. Tiba-tiba , dari side mirror aku nampak satu cab dari lane belah kanan mencilok masuk tengah-tengah antara kereta aku dan bas tu. It was rude. Rude ok.

Itu baru 2 contoh. Ada banyak lagi. Tapi tak apelah. Tak elok marah-marah di hari pertama kerja selepas 3 hari cuti :)

Thursday, March 05, 2009

&^%$#

Menangis aku bila tengok gambar dalam berita ni.

Kalau tak nak anak, jangan la buat p**j*k. Tolong la guna otak sikit. Ni bila dah lahir yang cukup sifat, dibuang. Otak tak ada ke? Eh, mesti la takde otak orang ni. Kalau ada mesti dia guna. Tak pon, otak ada tapi tak boleh pakai sebab dah rosak. Tapi, bagi la kat orang wei. Letak la kat masjid ke, kuil ke, hospital ke. Mana-mana la.

Endless issue. B*ngang. Period.

Friday, January 16, 2009

Jumaat

Israel semakin angkuh. Bekalan makanan dan ubat-ubatan disekat. Orang awam dibom suka-suka hati. G*** betul la diorang.

Tapi apakan daya kita kat Malaysia ni. Patutnya boikot habis-habisan barang-barang yang ada sangkut paut dengan Israel tu. Tapi ini tak, iklan K*F*C ada lagi kat radio. Beli barang made in Thai*land la jawabnya. Dan, di Pro*on, ada buat derma untuk meringankan beban umat Islam di Gaza. Walaupon tak seberapa, tapi berkat doa dan bantuan yang tak sebesar mana itu, diharap dapat membantu sedikit sebanyak. Wakil Muslim Care Malaysian Society akan bertolak ke Syria untuk ke Palentine Ahad ini, membawa bersama wang yang didermakan. Semoga, roh-roh mereka yang terkorban di Gaza, dicucuri rahmat-Nya. Amin.

Selingan
Semalam aku pegi pasar malam. Mahalnya sotong putih. RM16 sekilo. Ikan pari 2 keping kecik RM4++. Mak aihhh... Itu belum ambik udang lagi. Udang tak tahu lak berapa sekilo. Yang pasti, duit not 50 yang aku bawak semalam, berbaki RM20 sahaje dengan hanya membeli sotong 1/4 kg, ikan pari 2 keping, keropok sikit, pisang 1 ikat, lauk siap masak 2 jenis. Tanpa ada barang-barang yang tergatal tangan nak beli.

Tuesday, January 06, 2009

Stop the war


Today, war doesn't bring anything but death of innocent people.

Malam tadi Dr*M cadangkan Malaysia untuk boikot matawang U*S dan barang-barang keluarkan negara Uncle Sam tu. Tapi mana mungkin. Malaysia nih dipenuhi barang-barang negara itu. They control the world. Dan semalam juga, dalam M*H*I Dr Chan*dra Mu*zaffar berkata, kemungkinan serangan kali ni adalah untuk membalas dendam kekalahan mereka di tangan tentera Hizbullah pada tahun 2006.

Beberapa kali aku nangis malam tadi, even now, bila tengok yang terkorban tu kanak-kanak. Malam tadi, dalam Buletin*Utama, dia tunjuk kanak-kanak yang cedera akibat serangan bom Yahudi yang tidak diakui oleh Allah swt, ke hospital dan ditangan mereka ada anak patung.

Tapi mereka, tentera di Gaza dan Lebanon (Hisbullah) telah berniat untuk syahid. Mereka tidak berani mati. Semoga roh-roh mereka yang terkorban dalam serangan tentera Yahudi Is*rael ditempatkan di kalangan para syuhada'. Amin. Alfatihah.

"Ya Allah, sepertimana Engkau menghantar burung-burung Ababil untuk menghancurkan 60,000 tentera bergajah Abrahah ketika mereka dengan angkuhnya mahu meruntuhkan Kaa'bah, bantulah saudara-saudara kami di Gaza, Palestin, tanah yang dibuka oleh Sayidina Umar r.a pada tahun 636M Ya Allah dari rejim Zionis. Amin."